Sunday, March 18, 2012

Jejak Rasul


Jumaat hari itu kami berkesempatan ke masjid Niu Jie, Beijing kira-kira 40 km dari Haidian, daerah kami tinggal. Masjid Niu Jie dibina pada kurun ke 10, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu lagi. (fakta Islam di Tanah Melayu dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu pada kurun 13-14). Rombongan Saad bin Abi Waqs, sahabat Rasulullah SAW ditugaskan menyebar Islam ke tanah China ketika era pemerintahan Sayidina Uthman Affan. Dan Islam terus berkembang. Jika kita menelaah wikipedia, dinyatakan tiada rekod jelas sentimen anti agama di China.

Kami ke sana menaiki teksi.


Islam sifatnya sejagat. Bisa meresap ke segenap ruang melangkaui batas adat dan kaum. Seakan tokong dengan patung-patung naga serta ukiran dan kaligrafi cina, masjid Niu Jie bak muzium dalam tempat ibadat.



Kekacauan yang berlaku pada suatu masa dahulu membuat ramai umat Islam berhijrah dan dalam masa yang sama menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Di Kelantan dan di Melaka juga kita dapat lihat rekabentuk masjid yang ada unsur-unsur begini.


AJK masjid sentiasa menyambut dengan mesra jemaah. Segera aku teringat insiden lempar kepala babi di masjid Malaysia kononnya angkara kaum atau agama lain yang cuba cetus ketegangan. Penganut Islam di China adalah minoriti tetapi masih bisa mengamalkan ritual dengan aman. Kita di Malaysia sibuk suruh mualaf jadi Melayu, suruh cina mualaf tinggalkan chopstick dan suruh depa pakai kain pelekat walhal cina muslim di China hampir sama ramai dengan keseluruhan rakyat Malaysia.


Jemaah melimpah sampai ke laman seperti gelanggang kung fu...Kalau di Malaysia kita lihat pakaian jemaah berwarna putih atau cerah, di musim sejuk ini ramai berpakaian tebal, berjaket kulit gelap.


Foto di atas adalah pintu masuk ke balai solat wanita. Jemaah muslimah ramai bersolat Jumaat.


Foto bawah: Sham bersama petugas wanita yang boleh sedikit bertutur Bahasa Melayu...



Mamat-mamat dari Turki. Bekerja di Radio China International untuk channel Turki. RCI juga ada saluran dalam Bahasa Melayu. Cuba google...


Jumpa pelancong dari JB...


Lagi rombongan dari Malaysia. Penuh satu bas.... Lain macam perasaan jumpa orang kita...

Selepas solat kami ambil peluang meninjau kawasan sekitar pekan Niu Jie, pekan Islam. Restoran, pasar yang menjual barangan mentah seperti daging, sayur-sayuran, kuih muih dan macam-macam lagi dijamin halal. Foto di bawah Sham dan An-Nur dengan latar belakangnya sebuah pasaraya besar menjual barangan halal. Di tingkat atasnya ada food court masakan cina yang halal. Niu Jie adalah pekan wajib dilawati jika ke Beijing.


Puas juga kami hari itu. Melihat sendiri situasi sebenar yang selalu kita baca dan tonton. Malah aku mengaku tak khusyuk solat sebab terlalu tersentuh dengan bacaan imam ketika solat. Surat At-Tiin dan Al Nasr begitu menusuk. Ketika kita selalu bertaki soal tajwid dan wajah bacaan, pelat cina ini bagai suatu perasaan sakti dingin meresap ke dalam nuraniku. Perjalanan pulang kami dihiburkan oleh pak cik pemandu teksi yang ramah walaupun dia itik dan aku ayam. Hahaha....


Aha! 2.30 pagi tadi salji turun. Persis koboi ternampak whisky, aku dan Sham turun jakun menghayati titis-titis salji yang turun sambil berlatarbelakangkan lagu Winter Sonata... Simbol yang aku gayakan itu bukan simbol 1Malaysia tapi simbol yang selalu digayakan oleh arwah Annisa semasa hayatnya.


Wo ai ne!

5 comments:

ezamarny said...

Terima kasih update kali ini yg byk gambar.terima kasih kak nash. Tersentuh hati tgk annur.menitis air mata gembira. Ya allah syukur atas rahmat yg Kau kurniakan

UMNO PARTI PENJARA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam bro,

1.kalo dapat cuba duplicate ilmu terapi dierkang tu dan buat catatan supaya boleh buat SOP..

2.Lepak dgn pakar2x tu dan dapatkan sedikit idea..buat manual latihan dan terapi...dan boleh juga cuba minta jjadi sukarelawan di pst tersebut...timba seberapa banyak ilmu yang dapat dan pelawalah pakar2xyang ada tu utk bantu buka pst rawatan diMalaysia serta curahkan ilmu kepada bangsa kita diMalaysia.SISWAZAH perubatan ramai yang menggangur tu..boleh juga praktikan terapi OKU kat Malaysia.

3.Lepas ni takpayah dtg china dah...cuma bawak pakar china dtg Malaysia plak bantu kita dan ajar bangsa kita..Mungkin orang senasib OKU lepas ni dtg Malaysia utk dptkan rawatan cth---"Malaysia Annur terapi Centre (MATC) "..peehhh..ini barulah perjuangan bro..kalo lu mati pun kerana perjuangan ini org tetap akan kenang dan nama mu bapa kepada annur dan annisa akan terpahat selaku pelopor terapi OKU berbangsa melayu yang membawa kepakaran dari china..Perjuangan yang pasti mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat..pasti anakmu dan dirimu berbahagia diSANA nanti.

Ada berani bro...??.

Anon tanpa nama-"ikhtiar selagi bernyawa"

kulupSakah said...

Benda begini sepatutnya tak yah tunggu aku, tanyalah mak ayah yg punya anak OKU apa daya mereka nak buat semua ni sebab jadual sangat penuh. Tanggungjawab orang yang normallah untuk membantu.
Team hope2walk dah lama punya hasrat itu tapi misi An-Nur masih jauh, dana diperlukan hampir 100k lagi. Kerja ini perlu dibereskan dulu. Annur pergi dlm keadaan dana masih jauh dari ygvdiperlukan kerana team kami tak mahu terlambat seperti apa yang dilakukan. Jika mahu melihat MATC, bantulah encik Hasan Suyut pengarah kempen kami yg sangat komited dengan usaha ini.

Anonymous said...

Salam bro,

1.well done..teruskan usaha..

2.Sampaikan salam pada saudara hasan suyut

3.InsyaAllah...dengan doa dan usaha semuanya akan dipermudahkan..

Anon tanpa nama 'ikhtiar selagi bernyawa'