Thursday, March 15, 2012

Orang politik berkelahi, nasib OKU ibarat tahi  

Kerenah politik tanahair tidak pernah kering di Malaysia. Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai isu di dada akhbar, televisyen mahu pun media portal online. Entah mengapa, sudah menjadi budaya agaknya segala masalah di Malaysia selalunya diselesaikan (baca: dicipta) oleh orang politik. Telagah dan polemik tidak sihat seakan sebati dan adakalanya keanak-anakan. Skandal seks, tuduh menuduh, fitnah dan adu domba sering menduduki carta teratas jika dibandingkan dengan perjuangan membela nasib rakyat terbanyak apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang cukup mencekik golongan marhaen.


Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah di antara mangsa perang tidak berfaedah ini. Nasib mereka kian terumbang ambing. Yang selalu digula-gulakan di media oleh pemerintah tidak kira kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat ialah membela kebajikan rakyat. Malah kerajaan baru-baru ini menyalurkan wang tunai ke sekolah dan pusat pengajian untuk dinikmati oleh segolongan rakyat sahaja. Bagaimana nasib anak-anak kurang upaya yang terlantar dan tidak layak masuk sekolah?

Berhujah bahawa bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah ada sangatlah dangkal malah istilah "bantuan" itu sendiri adalah sangat hina. OKU adalah rakyat Malaysia yang berhak menikmati hasil mahsul negara ini SAMA dengan yang lain. Menyalurkan bantuan ke badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menaungi sebahagian jenis kecacatan juga tidak mencapai ke seluruh sasaran. Itu belum lagi masuk sistem pendidikan yang ternyata masih jauh ketinggalan walaupun kononnya Malaysia sebuah negara yang maju.

Barat, sekolah khas untuk OKU adalah percuma. Ibu bapa yang punya anak OKU boleh bekerja seperti orang lain kerana urusan persekolahan dari menjemput hinggalah menghantar pulang diuruskan dengan cukup teratur. Penulis berpeluang membawa anak menjalani rawatan di Erkang Hospital, Beijing (gambar kiri) dan di sana pesakit diberi tempat tinggal untuk memudahkan proses rawatan dan latihan. Ini membuatkan penulis membayangkan jika di Malaysia terdapatnya pusat serenti untuk program pemulihan bagi penagih dadah mengapa tidak ada pusat pemulihan untuk OKU? Pusat Serenti wujud hampir di setiap daerah dan belanjanya pastilah besar dan jika penagih dadah dianggap pesakit bagaimana dengan OKU?Amat panjang jika mahu dihuraikan dan beribu OKU di Malaysia menantikan sesuatu yang istimewa oleh pemerintah. Bukannya pertolongan yang "bermotifkan politik". Contohnya baru-baru ini ada OKU diberhentikan bantuannya kerana dikatakan penyokong pembangkang. Sebuah parti politik telah menggerakkan usaha membantu OKU ini. Langkah ini sangat......

Baca seterusnya di http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12836

6 comments:

Anonymous said...

Gua sokong lu bro, OKU di Malaysia ni diumpamakan sebagai pengemis, malah x dipandang langsung...


Mohd Najib

Anonymous said...

harap pakatan semua YB dengar... dan ingatlah baik YB pakatan ke YB BN ke... ANDA AKAN DISOAL DIAKHIRAT NANTI TENTANG KELUHAN RAKYAT ANDA TAK KETINGGALAN OKU... jangan sibuk nak cerita je...pasal Umar Abdul Aziz ngan Para Sahabat je.... amalkan apa yg diorg buat ....

Siti_btp said...

Salam Perkenalan..
Ketiga-tiga anak saya juga OKU,
semasa saya disahkan kanser saya ..
tercari-cari mana rumah anak Yatim yg terima anak OKU ini tapi tiada..

Betultu pusat serenti merata-rata tapi tiadakah tempat anak2 begini yg di bina oleh kerajaan..

Nak ambil duit bulanan OKU terpaksa dengar ceramah YB 2jam..Bayangkan mcm mana keadaan saya dgn 3 org anak Autisme ini..Mcm minta sedekah

kulupSakah said...

Puan Siti, saya faham... Mari kita terus mendesak. Merintih mereka tak dengar, masa untuk bangun bersuara untuk anak atau untuk generasi akan datang yang senasib

Anonymous said...

Puan siti cuba cari kat Bandar Baru Bangi ILP,


Mohd Najib

Anonymous said...

Salam bro,

1.Pengalaman mu di erkang, china ini boleh tak duplicate kat Malaysia..?

2.Catatkan segala pengalaman dan cuba pelajari selokbelok rawatan yang dijalankan tu.Mungkin ada hikmah untuk dirimu dan isteri bagi membuka pusat rawatan mini dimalaysia bagi golongan OKU. sekurang-kurangnya dirimu dan isterimu dapat meneruskan kaedah rawatan di erkang tsbt pada anakmu dan pada masa yg sama dapat membantu OKU Lain.

3.Segala kepakaran dierkang cuba dipelajari dalam masa yg ada ini dan apabila pulang boleh set utk buat pst rawatan mini terutama yang senasib dgn anak mu.Soal modal aku rasa boleh diusahakan dengan NGO,YB DAN KERAJAAN YANG ADA.

4.Aku rasa pengalaman mu ini penting dan aku yakin kerajaan sedia membantu.dimana ada kemahuan disitu ada jalan.Jika kerajaan tak membantu banyak pun..biarlah kita bantu diri dan keluarga kita sendiri seadanya dulu..dan jika berpeluang kita juga boleh bantu OKU lain spt yang kita perolehi...Insyaallah..

5.aku yakin jika dipelajari dengan penuh keyakinan terapi anakmu itu pasti akan dapat dilakukan apabila pulang nanti...sekurang2x ada juga sesuatu yang dibawa pulang iaitu ilmu dan pengalaman yang berfaedah utk anakmu dan orang yang senasib seperti yang diceritakan.

6.Ya..bangi adalah lokasi yang cukup sesuai..sekarang boleh start cari networking yang boleh bantu utk wujudkan pusat fisioterapi spt dierkang..boleh start tanya mcm mana nak import kepakaran china ke Malaysia utk kontrak latihan dan rawatan kepada yang snasib.Dan pelawa siswazah kejururawatan menjalankan kerja amal dan bekerja tetap atau freelance utk pst tersebut...

7.Jika kita merungut tetapi tidak mengusahakan sesuatu..apa guna akal dan daya yang Allah beri pada kita.Jika usahamu utk berikhtiar sehingga ke china tlh dimakbulkan Allah..mana mungkin usaha dan ikhtiar mu utk buka pst rawatan mini yang berfaedah utk ramai orang senasib Allah nak tutup.?..

8.Ayuh bro...boleh juga bergabung dgn ngo dan badan amal yang membantu misi ke china sekarang nih..Mungkin ada hikmah..disamping merawat anakmu sendiri dirumah,boleh juga membantu org lain senasib..soal bayaran...??...serahkan pada Allah..tak perlu lagi bersusah payah meniaga bawah payung ditepi jalan dan dipasar ramadhan.

9.Buat rawatan utk anak sendiri dan beri khidmat pada yang senasib..uruskan pusat tersebut dan InsyAllah..benda yang baik pasti Allah bantu..daripada kita terus mencemuh,mengadudomba,memfitnah,mengutuk,berdemontrasi dan sebagainyA yang tidak memberi faedah pada umah sejagat..lebih baik kita berikhtiar utk mencari keredhaan Allah..

10.Ini merupakan pandagan peribadi dan segala yang baik itu dari Allah jua dan yg buruk itu dari diri saya sendiri.sy mendoakan kalian sekeluarga dalam keadaan sejahtera dan mendoakan supaya ikhtiar ini membuahkan hasil walautidak banyak..sekurang-kurangnya bermanfaat jua akhirnya..

Anon tanpa nama 'ikhtiar selagi bernyawa'