*Mana sungai mengalir di sana berlembahMana lembah terbiar di sana berumputBagaikan oh mata rantaiTak terputus bergandingan segala yang hidupSejak kecil aku berminat melihat keunikan akupunktur.aku selalu tertanya-tanya apa rahsia jarum yang dicucuk ke tubuh dan mengapa begitu. Bagaimana jarum-jarum itu memainkan peranan mengubat penyakit?"akupunktur tidak membekalkan ubat ke tubuh penyakit." jelas Dr Hu, gadis Korea yang merantau ke sini dan langsung menjadi doktor An-Nur."Akupunktur sebaliknya merangsang sistem tubuh kita sendiri mengubati penyakit di dalamnya. Jarum itu dicucuk ke titik-titik di mana punca terminal semua saraf. Ia menghantar isyarat kepada tentera pencegah penyakit di dalam badan untuk merawat kawasan yang sakit." jelasnya yang lancar berbahasa Inggeris dan Mandarin.Aku mengambil peluang menggunakan kaedah ini untuk merawat migrain dan kaki kananku yang selalu lenguh dan kebas. Agak mengagumkan, setelah dua minggu kaki An-Nur sedikit lembut dan boleh dibengkokkan perlahan-lahan tanpa dia merengek seperti sebelum ini."An-Nur selalu tidur waktu siang tetapi berjaga malam, terbalik waktunya berbanding kita." kata Sham. Dan Hu menerangkan tentang konsep Yin dan Yang yang diamalkan dalam falsafah Taoisme. Aku percaya korang tahu Yin dan Yang dan simbolnya bisa kita lihat dalam filem-filem kungfu. Kalau tak tahu pergi google. Jangan malas. He he...Ya! Yin dan Yang adalah keseimbangan, perbezaan yang saling melengkapi. Ia pincang tanpa pasangannya. Seperti lelaki tanpa perempuan, siang dan malam, roh dan jasad. Seperti tiada Allah tiadalah Muhammad, tanpa Muhammad siapa yang kenal Allah?Keseimbangan menuju kesempurnaan. Suka duka, sedih ria terang gelap senang susah semua kena rasa dan di atas tubuh inilah diduganya semua itu. Kerana tubuh ini adalah rahsia yang diletakkan olehNya untuk kita mencari."al insanu sirri, wa ana sirruhu" - insan adalah rahsia dan Akulah rahsianya.Keseimbangan dunia dan akhirat dipupuk di dalam zahir dan batin lalu empat unsur tanah air api angin sebati di dalamnya- menyatu.Semuanya menyatu:- wujud nur ilmu syuhudSyariat tareqat haqiqat makrifatDi wadi mani manikamAllah muhammad adam insanNafas ampas nufus tanapas......Jadilah hayat dari nur, gerak bergerak, dari permulaan aku menjadi kami sehingga tinggal dia dan kemudian hilang....Kau faham? Begini ringkasnya. Diri kita ini lahir tunggal dan pasangan kita adalah pencipta kita. Lalu kita kena cari sang pencipta ini yang telah meninggalkan 'rohNya' di dalam diri kita.Dituntutnya kita mengenal akan dirinya sejak awal lagi sebelum perintah yang lain tiba.Awaluddin makrifatullah-awal ugama mengenal akan Dia.Bagaimana mengenal akan dia yang berselindung di balik diri kita?Ah! Kenal diri kita kenallah akan dia.Man arafa nafsahunfakad arafa rabbahu...Salam rindu dari Beijing. Entry ini ditulis sambil menyusukan An-Nur di bangku dalam Jaya Jusco saat menanti Sham beli barangan dapur.*kau tak bisa berdiri oh dengan sendiriKau perlukan sahabatKau perlukan kekasihKau perlukan seteruMengasah pengalaman merentas duniaNota: rangkap bertanda * adalah lirik Yin dan Yang oleh Loloq, lagunya dicipta M.Nasir nyanyian Search dalam album Gothik Malam Edan
Saturday, March 3, 2012
Yin dan Yang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Panjang umur kome. k.lin dok teringat kome orang. baru nak sms tanya khabar, dah dapat baca entry.
adiiiik! cepat berjalan otey!!! cik lin tak sabar nak tengok!!
salam bro, mudah mudahan semuanya ok kat sana.
hahaha, dah kat sana pun masih boleh bagi ilmu, terima kasih bang.
Terlalu tak paham dan sukar untuk ditafsirkan. T_T
Tumpang tanya boleh? Bro pergi jumpa pakar accupunture ni di mana? Daerah Haidian ke? Saya tinggal di Chaoyang daerah Guomao. Nak jugak try accupunture ni. Kalau sudi kita tukar contact lah boleh discuss lebih lanjut.
ini lagu search aku suka..lyrics nya begitu bermakna..
Post a Comment