Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Saturday, January 28, 2012

Appa ceritaa?

Aku selalu lepak makan atau minum di warung atau gerai tepi jalan. Kadang-kadang dengan Yb, dengan seniman, dengan ustaz, dengan siapa-siapa saja. Biasa kita alami meja kita akan dikunjungi peminta sedekah buta. Kita pun hulurkan duit, YB yang duduk semeja dengan kita pun hulur duit. Tak lama kemudian datang yang lain pula. Kita beri lagi.
Lama -lama ia jadi biasa. YB yang duduk semeja dengan kita pun sampai lupa fikirkan mengapa ini berlaku. Apa silapnya Malaysia sehingga OKU atau orang buta ini terpaksa begini. Tiada tempat sesuaikah untuk mereka bekerja di jabatan-jabatan?
Kalau mereka dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai pengemis, mereka terpaksa. Begitulah nasib mereka. Mereka masih ada akal maka keupayaan mereka boleh diserapkan di mana-mana ruang.
Ahli Parlimen, Adun, Ahli Majlis, Ahli politik tak kira BN atau PR banyak buang masa di kedai kopi dan di mana-mana bertekak pasal jubor Saiful, liwat, seks, lembu Shahrizat, cincin Rosmah.
Rakyat susaaaahhh woii!!!

Thursday, January 26, 2012

pengumuman dan sebarkan!

perhatian: antara artis- Sohaimi Meor Hassan, Pyanhabib, Pekin Ibrahim and Sevenwords, Jawi Band, Nikjidan dan beberapa lagi aktivis seni. Fara Fauzana janji nak kasi barangan peribadi juga untuk dijual/lelong tapi minah ni sebok sangat. harap dia punya masa...JOM DAN SEBARKAN! Justice For An-Nur!






baca ini juga satu demi satu

Pengarah 'Budak Kelantan' Perjuangkan Filem 'Geng Pisang'

Pengarah Wan Azli Wan Jusoh dan D.O.P Mad Nor Kassim di set penggambaran filem ‘GENG PISANG’.

Turun naik perkembangan industri perfileman negara sejak dahulu sehingga sekarang adalah merupakan cabaran bagi sekumpulan penggiat muda kesenian yang bernaung di bawah nama Seni Suri Jawi.

Cabaran ini tidak pula melunturkan semangat mereka untuk menyumbang sesuatu kepada industri perfileman dan masyarakat khasnya. Maka dari itu lahirlah sebuah naskah filem yang bertajuk ‘GENG PISANG’, karya pertama yang bakal dipertaruhkan ke tengah medan industri perfileman tanahair tidak lama lagi.

Setelah dua kali gagal untuk mendapatkan pinjaman dana kreatif dari Bank Simpanan Nasional dengan tanpa alasan, produksi filem ‘GENG PISANG’ tetap tidak akan mengalah dan akan meneruskan penggambaran. Filem yang menggabungkan beberapa syarikat produksi seperti Seni Suri Jawi, One Zero Corporation, Framepersecond Pictures dan DFX Studio ini bakal menjalani penggambaran pada Februari 2012 nanti.

Pengarahnya Wan Azli Wan Jusoh yang pernah menggemparkan industri tanahair melalui filem ‘Budak Kelantan’ menyatakan, mereka akan terus berusaha untuk menjayakan matlamat filem ini walaupun terpaksa menjalani penggambaran secara indie atau gerila. Filem ini dirancang untuk menjalani penggambaran pada Oktober 2011 lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Menyedari tanggungjawab yang terpikul di bahunya, Wan Azli Wan Jusoh yang agak serius sewaktu seisi temubual menyatakan, selain masalah dana yang dihadapi beliau tidak mengalami masalah lain kerana di Seni Suri Jawi mereka berkerja secara berjemaah dan saling melemparkan pandangan untuk filem ini.

Dan inilah kekuatan kami untuk meneruskan perjuangan. Alhamdulillah, sejak akhir ini segalanya sudah mula menampakkan kemudahan untuk melaksanakannya. Dan sekarang masanya sudah sampai, ujar beliau dengan sedikit senyuman.Ketika ditanya mengenai lambakan filem bercorak gangster di pawagam sekarang beliau menjawab, apa yang lebih penting walaupun industri filem tanahair sedang dilanda gelombang filem bercorak gangsterism, namun filem ini bukanlah terpengaruh dari keadaan itu, kerana skrip filem ini sudah dihasilkan pada tahun 2008. Dan motif filem ini jauh berlainan dari filem gangsterism yang sedia ada.

Berkisahkan tentang perjalanan hidup seorang pembunuh rahsia yang menganggotai sebuah kumpulan bawah tanah, filem ini dijangka akan dapat memberikan suatu sentuhan dan citarasa baru dalam industri perfileman tanahair. Kelainan cara garapan yang dipertaruhkan dalam filem ini juga diharap akan dapat membawa sebuah perubahan kepada dunia perfileman negara. Kerana filem ini lebih menerapkan serta menekankan jati diri Melayu dalam babak-babak serta aksi pertarungannya, dan tidak ingin dipengaruhi oleh babak-babak aksi filem dari Hong Kong atau Hollywood. Ini juga dibayangkan oleh salah seorang pelakon yang terlibat, yang juga merupakan seorang pengarah filem kontroversi ‘Dalam Botol’.

Pengarah filem dan pelakon Khir Rahman semasa ditanya menyatakan, naskah ini adalah sebuah naskah yang jujur dan penuh dengan kisah-kisah tauladan serta peringatan yang dapat membina serta menyedarkan masyarakat tentang apa yang berada di sekeliling mereka. Atas sebab itu saya bersetuju untuk menjadi sebahagian dari karya ini. Lagi pula kami semua memang sudah sepakat untuk menggerakkan ‘sesuatu’ untuk industri filem Melayu melalui wadah Seni Suri Jawi. Jadi nantikanlah kemunculan filem ini, ujarnya ringkas dengan senyuman penuh makna pada pertemuan itu.


Skrip filem ini ditulis oleh Wanji Aswandi berkonsepkan kritikan sosial yang bergenre drama aksi dan bakal membariskan barisan pelakon seperti Khir Rahman, Bront Palarae, Wanji Zain, Pekin Ibrahim, Amerul Affendi, Nam Ron, Melissa Saila, Pyan Habib, Ronasina, Khiril Ridzuan dan ramai lagi.

pergi ke page FB Filem:Geng Pisang dan tonton trailernya

Pada malam tahun baru yang lepas, sekumpulan artis telah bergabung tenaga untuk menjayakan “Konsert Amal Seribu Harapan An-Nur” yang diadakan di Dataran Apartment Harmoni, Damansara Damai, Petaling Jaya bagi membantu mengisi tabung dana perubatan buat adik An-Nur yang menghidapi penyakit cerebral palsy (lumpuh otak).

Antara artis yang terlibat di dalam konsert itu adalah Band Jawi, Rocktone, Sevenword, Pyan Habib, Pelangi Chenta, Nik Jidan dan ramai lagi. Program konsert ini dijangka akan berterusan dalam beberapa siri seterusnya di tempat-tempat lain sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Konsert yang sebahagian daripada kempen Hope to Walk itu diadakan atas kesedaran bahawa penyakit ini adalah satu penyakit kebas saraf di bahagian otak yang menjadi penyebab perkembangan kanak-kanak tidak berfungsi. Namun dengan sistem sokongan dan latihan fisioterapi serta beberapa proses pemulihan, kecacatan akan dapat dipulihkan atau dikurangkan dan pesakit akan dapat meneruskan hidup dengan lebih baik. Melihat kepada peluang inilah,

Seni Suri Jawi telah merangka sebuah program konsert bergerak bagi membantu adik An-Nur.
Menurut salah seorang pengasas dan penggerak utama Seni Suri Jawi Wan Azli Wan Jusoh, Seni Suri Jawi sanggup mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk menjayakan konsert pertama ini demi mengumpulkan dana tabung harapan An-Nur bagi mendapatkan rawatan secepatnya.

“Adik An-Nur telah menghidapi celebral palsy sejak dari dalam kandungan sehingga sekarang berusia lapan tahun, dan program ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan dana perubatannya ke Beijing, China, terang Wan Azli yang juga sebelum ini pernah mengarah filem Budak Kelantan.

“ Kos keseluruhan rawatannya pula mencecah sehingga RM 500,000. Dan pihak kami sangat berharap agar ada dari kalangan usahawan, VIP atau koprat yang sudi untuk menaja program kami demi mencapai tujuan ini”, jelasnya lagi.

Sementara itu semasa ditanya, Wanji Zain yang juga merupakan antara pengasas dan penggerak Seni Suri Jawi memberitahu bahawa pihak mereka akan meneruskan program konsert amal seribu harapan An-Nur ini sehingga pembiyaan perubatan adik An-Nur berjaya dikumpul.

“Kamijuga sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang mempunyai ruang dan tempat serta kelengkapan untuk mengadakan konsert ini di mana-mana bandar utama dalam negara, agar dapat menghubungi pihak kami untuk menjayakannya. Masyarakat harus disedarkan mengenai amal kebajikan melalui wadah kesenian”, katanya.

Setakat ini, jumlah tabung yang digerakkan oleh Seni Suri Jawi bersama gerakan Hope To Walk telah berjaya dikumpulkan sehingga lebih RM 60,000. Ini bermakna jumlah yang telah dikumpul masih jauh dari sasarannya, manakala adik An-Nur diharapkan dapat di bawa ke China pada bulan Februari 2012.

Justeru itu, pihak Seni Suri Jawi menyeru kepada penggiat seni tanahair khususnya serta seluruh masyarakat amnya agar prihatin dan dapat membantu keluarga adik An-Nur dalam menyediakan kos perubatan yang di luar kemampuan mereka.

Seni Suri Jawi adalah merupakan sebuah gabungan penggiat kesenian fitrah yang berteraskan kesenian berlandaskan Tauhid dan sufi. Penggeraknya terdiri dari beberapa penggiat filem, teater dan muzik tanahair seperti Wan Azli Wan Jusoh, Wanji Zain, Amerul Affendi, Khir Rahman, Nam Ron, Zaid Yusof, Fandi Che Hisyam, Pekin Ibrahim dan Khairil Ridzuan. Para penggiat ini sedang berusaha keras serta memperjuangkan sebuah ketelusan dan kejujuran berkarya di dalam industri perfileman dan muzik tanahair.

Kempen Hope 2 Walk ini hebat digerakkan melalui laman facebook. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi melalui pautan http://www.facebook.com/?ref=tn_tnmn#!/groups/345006588846928/



Adam Adli - mahasiswa yang popular sekarang turut bantu juga

Wednesday, January 25, 2012

Tuesday, January 24, 2012

kerana gitar...

aku bukanlah pandai main gitar. tau kord-kord asas je. aku suka main bass.


baru-baru ni anak murid aku yang kini 30 tahun umurnya sudah dapat dikesan melalui fb. dia pemuzik tetap hari ini.
"sebaik saja tengok cikgu main gitar atas pentas dulu tahun 99, membakar inspirasi saya untuk main muzik."
bila dia tahu saja tentang Hope2Walk terus dia bertindak pantas mendekati nama-nama besar dalam industri hiburan untuk menyumbang bakti. Syukur - beberapa artis sudi memberi bantuan dan akan diberitahu nanti.
tak sampai 3 minggu lagi kami akan berangkat berhijrah ke China meninggalkan keluarga,kawan dan saudara. untuk An-Nur.
"Ramai lagi anak murid aku jadi band boy... band Pesawat, Black Maria dan entah apa lagi...
yang lawan gomen lagi ramai...aku tak hasut depa..tapi depa pandai guna akal...
kah kah kah kah!
semuanya kerana gitar...
... dan kejujuran.
kejujuran bukan boleh dilakon-lakonkan... ia takkan bertahan.

Tuesday, January 17, 2012

dari kawan-kawan

tulisan dan lagu kawan-kawan sangat aku hargai. Antaranya tulisan Isham Rais di blog Tukar Tiubnya. Arwah Annisa sempat juga makan dal masakan Isham, malah kucing, kura-kura dan 2 ekor penjaga rumah yang comel tertambat tu pun sempat berkenalan dengan Annisa.
SELAMAT JALAN DAN REHAT ROH KAMU






AL-FATIHAH


mana berat mata memandang
berat lagi badan memikul
mana berat mata memandang
berat lagi kesedihan ayah dan ibu


SAAT AKHIR PERGINYA SEORANG ANAK















NOTA:
saat saat akhir kasih seorang ibu
saat saat akhir kasih seorang ayah
saat saat akhir perginya seorang anak

kau tidak pernah berjalan
kau juga tidak pernah berlari
kau juga tidak pernah berkata kata

tapi yang kau tinggalkan adalah sebuku hati
tapi yang kau tinggalkan sebakul senyuman
kini yang tinggal segunung kenangan
kini yang masih ada selaut harapan

jika kura kura aku boleh becakap
jika anjing aku boleh bercakap
jika kucing aku boleh bercakap
mereka pun sama mengucap selamat jalan

Lagu ini khas Airmas tulis untuk Annisa:-
JIka nanti di syurga

Jika nanti aku tercari cari
di padang luas itu
Apakah kau akan di sana
menanti dengan depa tangan
Berlarian merentas dataran cinta

Jika nanti tika aku melihatmu
sedang berdiri sungguh asyik
Apa nanti kau masih mengenali
mengenali aku yang terelalu menyintaimu
Mimpiku melihatkau berlari

Jika nanti di syurga
Engkau lebih tenang
Kuharap kau lebih reda dengan cintaku
Kerna aku tahu disana dia lebih menyintaimu
Dan itu cukup membuat aku tersenyum

airmas sz
SSU
1319 251211

Dan di bawah ni coretan kak Shamsiah Ismail bonda peguam dari Lawyers For Liberty Murnie Hidayah Anuar (yang potretnya pernah aku lukis tulahh...)
Puisi Annisa:
Abadi di Memori Sham dan Fendi Annisa
Hadirmu seketika cuma
Demikian ketentuan alKholiq Maha pencipta Mengatur waktu dan saat kembalimu Kepangkuan Yang Maha Esa Annisa, Hadirmu seketika cuma Dipinjam mengubat rawan peneman duka Sham dan Fendi ibubapa bahagia Annisa Hadirmu seketika cuma Dihati Sham dan Fendi bertahta selama Abadi di memori tak sekali dilupa Kini kau kembali Kepangkuan Ilahi Disambut bidadari firdausi Bahagiamu di Taman Raudhah Limpahan rahmat lautan barakah Menguji sabar ibubapa tercinta Melepaskanmu penuh rela .... buat Raja Rohaisham Raja Muhaiddin dan Ronasina Kartunis dari Kak Shamsiah Ismail, USJ 13 .... 24 Disember 2011.

juga di sini:-
http://www.youtube.com/watch?v=Zr7AWiMqTj8
dan suasana di perkuburan di link ini:-
http://www.youtube.com/watch?v=6opKz2KQRM0&feature=related


Wednesday, January 11, 2012

Nak tulis apa?

Susah juga aku nak apdet blog akhir-akhir ni, tiba-tiba tergerak hari ini walaupun sebelum ini dah taip tapi tersimpan di draft aja....rupanya hari ni 3minggu genap pemergian Annisa. Apakah semangat aku masih dipengaruhi arwah? Tapi misterinya kami masih 'rasa' dia ada walaupun dia sudah menyatu. Di sebalik kerinduan akan kehilangan, tersimpul satu perasaan aneh yang bahagia manna dari Yang Maha Esa. Tiada apa yang menarik sangat untuk ditulis selain beberapa peristiwa berlaku seminggu ini. Kisah politik tanahair, wajah-wajah politikus, mat enterframe, mat oportunis....juga dua sukarelawan Hope2Walk - Bonai dan Kecik ditangkap bersama Diqin kerana kononnya menconteng dinding "TTR 709".

Beberapa perkara menarik sepanjang kempen ini ialah ada sms dari seorang pelajar yang menyentuh perasaan- "saya baru selesai SPM, saya derma RM10 semoga anak abang dan kakak selamat. Doakan saya lulus SPM cemerlang"

Tentang 5 minit sebaik saja Annisa meninggal dunia, polis yang entah macamana boleh tahu tiba2 telefon dan menawarkan bantuan.
Aku masih lagi terkejut dan mengakui kebesaran Dia yang menitipkan jiwa-jiwa pemurah yang entah dari mana tiba-tiba menawarkan diri membantu dengan wang, tenaga dan bermacam usaha.
Mereka bukan ahli politik yang cakap saja lebih....

Thursday, January 5, 2012

15 hari lalu...

sudah 15 hari Annisa pulang, sesekali ada juga dia muncul mandi sungai bersamaku di alam mimpi, tersenyum. Sesekali kata Sham ada dia duduk di kerusi dalam kereta dengan wajah yang sehat dan kulit semakin putih.
Itu mimpi. Hadiah Sang Pencipta untuk semua insan. Yang nyata aku percaya, Annisa sudah kembali suci bercahaya seperti sebelum hadir di sini.
Ada yang kata banyak hikmahnya. Untuk kami, ya memang banyak! Itu rahasia kami...
Antara hikmahnya -

aku lihat ada topeng wira pejuang telanjang!
ada itu ada ini

yang lebih mengharukan apabila muncul 'wira-wira' yang tak aku kenali datang menghulur. kata mereka 'suara Tuhan' berbisik.

Kata Wan Azli Wan Jusoh (pengarah filim "Budak Kelantan') Itulah terjemahnya ke realiti "Ayat Seribu Dinar" - bukan sekadar digantung tetapi berlaku nyata.

Kata Wanji Aswandi aktivis seni dari Seni Suri Jawi - Jemaah Seni Suri Jawi anggap perjuangan untuk An-Nur (dan Annisa) adalah JIHAD untuk mereka. tak perlu minta apa-apa malah apa yang ada akan diberikan.
terlalu ramai aktivis di dalam Seni Suri Jawi yang berkorban. Tak sempat aku nak catat di sini. Kalian tahu.

Budak-budak muzik - Punk, underground dan macam2 genre yang buat showcase untuk dana.

dan kawan-kawan rakyat marhaen yang tak banyak cakap tapi terus jalan..aku tabik! aku salut! Dari Utara hingga ke Borneo, Indonesia, Brunei, Jepun....
team Hope 2 Walk...

dan anda anda anda...yang mengejutkan aku dengan sifat dermawan itu.
HAIYA ALAL FALAH!


Pyanhabib bacasajak dan aktor Pekin Ibrahim tiup seruling.

(di facebook banyak foto aktiviti Hope2Walk)