Thursday, January 8, 2015

Terroris Agama VS Terroris Seni

Kita bersimpati dan tidak langsung menyokong sebarang bentuk tindakan ganas yang melampau seperti pembunuhan kejam yang berlaku di pejabat Charlie Hebdo, sebuah akhbar satira Perancis sehingga menagih dua belas korban termasuk empat orang kartunis. Mana-mana pembunuhan atas nama agama, bangsa atau apa motif pun adalah kejam. Baik di Palestin, Syria, Amerika atau di mana pun. Kita tidak menyokong terrorisme. Namun peristiwa Charlie Hebdo tidak berlaku tanpa sebab. Ia dipercayai sebagai reaksi ganas ekoran penyiaran kartun yang menghina Islam, termasuk mempersendakan pemimpin gerakan Islam. Akhbar ini memang selalu mempersendakan agama-agama, selalu mengeluarkan kartun menghina Nabi termasuk Rasulullah SAW. Nyatanya, seperti hukum alam ada aksi maka ada reaksi, berlakunya tembakan di pejabat Charlie Hebdo adalah sebuah reaksi dari aksi yang melampau.

Bagi saya jika tindakan kejam membunuh diklasifikasikan sebagai terrorisme, maka sebarang bentuk kerja seni sama ada lukisan, tulisan, foto, filem yang menghina apa juga agama, nabi-nabi yang diimani oleh penganutnya, pengamalnya adalah sebagai terroris seni. Fitrah beragama sudah wujud sejak manusia pertama lahir ke bumi. Apa agama dan kepercayaan seseorang itu ia adalah mengikut apa yang dia percaya. Sama ada seseorang itu tidak percaya wujudnya Tuhan dan enggan hidup beragama, itu juga hal sendiri. Jika tindakan terroris membunuh itu dianggap tidak bertamadun, menghina apa-apa agama juga adalah tindakan zaman jahilliyah. Tidak boleh terlalu apologetik kerana penghinaan dalam bentuk karya seni adalah suatu provokasi yang bakal mencetuskan berbagai lagi aksi ganas sebagai tindak balas dari respon tersebut. Jika selepas ini umat Islam atau apa juga penganut agama lain menjadi mangsa keganasan kerana membalas tindakan ganas satu kumpulan ekstrim yang sebenarnya juga bertindak balas ekoran dari sebuah karya terroris seni yang cuba membuat provokasi, dunia akan menuding jari dan kesalahan akan diletakkan di bahu terroris agama. Kita menenggelamkan dan membisu terhadap terroris seni yang sebenarnya cukup berniat jahat dengan perancangan yang cukup tersusun.

Seniman sejati tidak akan menghina mana-mana kepercayaan agama, rasulnya lebih-lebih lagi Tuhan. Melainkan mereka punya agenda tertentu atau dibiayai pihak tertentu maka berlakunya demikian. Seniman sebenarnya lebih merasai keberadaan Tuhan atau mencintai kehidupan yang harmoni. Kebebasan berkarya bukan bermaksud menghalalkan kebebasan menghina. Kebebasan berkarya atau kebebasan melahirkan perasaan mesti punya tanggungjawab jika mengaku bangsa bertamadun. Jika menghina agama, Tuhan dan pengamalnya dikategorikan sebagai kebebasan berekspresi mungkinkah membunuh juga boleh dikategorikan sebagai hak untuk berekspresi? Atau membenarkan anak-anak kita membaca atau menonton karya-karya lucah atas nama 'freedom of expression' atau 'freedon of speech', boleh? Silakan dan saksikan sama ada kehidupan ini akan bertambah harmoni atau tidak.

Kita menentang juga amalan rasisme. Banyak forum, diskusi dan sebagainya membincang dan mengutuk amalan rasisme sehingga suatu masa kita mencadangkan fahaman rasisme adalah suatu jenayah yang perlu dihukum kerana boleh memporak-perandakan masyarakat. Karya seni yang menghina agama juga adalah suatu bentuk rasisme. Ia diselitkan sebagai kononnya sebuah karya seni. Apakah kerana menyokong kebebasan bersuara dan berekspresi maka kita terlupa dengan isu rasisme yang kita tentang selama ini? Isu rasisme yang menyusup dalam karya seni. Karya seni sebegini tidak perlu dibincangkan di forum atau majlis diskusi. Buat leceh dan buat letih. Ia jelas bermesej jahat, buat provokasi dan mengundang respon ganas. Ia adalah terrorisme dalam seni dengan niat jahat yang memancing respon keganasan terroris. Seperti membunuh, karya seni yang menghina kepercayaan apa juga agama bagi saya adalah jenayah.

Ya, ada aksi pasti ada reaksi tetapi reaksi juga boleh dimanipulasi. Apakah pasti serangan itu benar-benar dari suspek yang tertinggal kad pengenalan di dalam keretanya? Atau kerja Al Qaeda Yaman seperti didakwa dan diakui pihak yang menyerang? Atau ini taktik konspirasi pihak tertentu kali ini menggunakan saluran seni untuk memanjangkan lagi isu bagi menghalalkan sesuatu yang lebih besar lagi? Seperti isu 9/11, atas alasan memerangi terroris yang menghentam menara WTC, Afghanistan yang gersang dilanggar menjadi padang jarak padang tekukur. Atas alasan senjata kimia, Banghdad hancur dibedil? Apa juga pun ia tetap ganas dan ekstrim yang kita tidak mahu lihat ia berlaku. Maka itu, suatu punca penyebab keganasan seperti karya seni yang menghina lebih-lebih lagi menghina Tuhan, agama atau kaum wajar diklasifikasikan sebagai jenayah dan terrorisme seni dan patut dibanteras.
Wallahua'alam.






11 comments:

Sab 사브리 said...

Kdg2 secara x sedar 'terrr..'tolong sebarkan jg apa yg depa fitnahkan ke atas agama & nabi kita... maaf kalau saya tersilap,

kulupSakah said...

Aneh jika kita hanya nampak yang itu. Kalau aku tulis tanpa bukti orang akan kata mana bukti? Penyiaran ini untuk pembaca yang mengatakan lukisan itu adalah hak freedom of expression menilai kembali apakah siri siri lukisan itu bersifat freedom of expression atau menanam rasisme.

kulupSakah said...

Aku lebih suka jika kita fikir siapa yang dimaksudkan di dalam surah Al Maidah ayat 54 itu

Anonymous said...

Aku sgt sgt sgt SETUJU bhw prbuatan segelintir kartunist itu 'mungkin' melampau..

...dan 'mungkin' ke-melampauan mrk itu didasarkan atas dorongan kpd pengalaman & OBSERVATION yg 'real' yg mrk sendiri SAKSIkan yg trjd hampir disetiap negara yg MENGAKU sbg negara ISLAM yg mrk sndiri lihat umat/RAKYAT nya terlalu sgt2 terlalu terlalu BODOH sehinggalah hatta kpd PEMIMPIN2nya juga sgt sgt trsgt2 BODOH dgn korup KEJAM tipu-khianat-FITNAH dgn semahu mahunya SENGAJA menipu-memBODOH2kan rkyat mrk sendiri!!!

Ciri2 PEMIMPIN dinegara2 Islam yg pernah mrk SAKSIkan itu..
--sgt2 korup!
--sgt2 kejam & ZALIM
--slalu mmbuli rakyat
--menipu-FITNAH tahap paling gaban
--BODOH & sgt suka mmBODOHkan rakyt!
--undang2 & KEHAKIMAN paling BOBROK!!
--hidup ddlm GELAP yg amat2 PEKAT!!!

'mungkin' & 'mungkin' mrk trgambar sbg PEMIMPIN nabi SAW itu bg mrk 'mungkin' sama-SEPERTI dgn ciri2 PEMIMPIN dinegara ISLAM bobrok-BODOH yg ada pd hari ini..

Yeah..aku tetap menyalahkan kartunist yg melampau itu..tetapi naseb mrk sgt MALANG sekali krn mrk TIDAK pernah mndpt gambaran sbnar2 siapakah nabi SAW itu pd hakikat yg sbnr2nya lantaran bodoh-BOBROKnya pemimpin2 negara ISLAM kini yg sgt2 HEBAT meNIPU & mmBODOHkan rkyat mrk sendiri!!?

kulupSakah said...

dalam Al Quran dan hadith serta sirah telah lama dikhabarkan tentang pastinya ada musuh yang senantiasa entah kenapa ingin berbuat jahat. Hujah anda tidak salah tetapi jangan menafikan niat jahat musuh. Sebab itu adanya disertakan ayat 54 Surah Al Maidah itu. Dan banyak lagi ayat-ayat yang menyuruh umat Islam sentiasa bersedia mempertahankan diri (bukan mempertahankan Allah yang Maha Kuasa).
Pastikan benar-benar faham maksud entry ini yang mengusulkan agar elemen rasisme, ganas, menanam kebencian sesama insan tidak menyusp masuk di dalam karya seni atas kononnya berselindung di sebalik nama kebebasan berekspresi.

Anonymous said...

Swktu nabi SAW wafat, wktu itu tanah Arab dbwh KUASA baginda..seolah nabi pd wktu itu adalah RAJA tanah Arab!!!

Tahukah???
pd wktu wafat itu nabi yg tlh pon mnjd RAJA tanah Arab yg sgt digeruni Rom & Parsi pd wktu itu hanya memiliki CUMA sehelai @ dua pakaian shj..
...dan dipoket bajunya HANYA ada 2 dirham shj!??

ALANGKAH
ALANGKAH TINGGI
Alangkah tinggi nya INTEGRITY/taqwa yg nabi SAW miliki!!!!!

ALANGKAH
Alangkah kudus SUCInya TRANSPERENCY yg nabi miliki!!!!!!

Hampir semua HARTA/ghanimah perang 2/5 yg melambak2 yg mnjd bhgian milik baginda SAW itu djdkan harta-BAITUL-maal utk umat/rkyt, bukan & BUKAN utk milik peribadi!!!

Coba
Cobalah
Cobalah kita bandingkan dgn PEMIMPIN negara Islam kini brp..???
--harta milik Saddam Hussein
--harta Gaddafi
--harta benAli
--Hosni Mobarak
--Suharto

..dan trmasuk HARTA berbillion2 yg dimiliki oleh PEMIMPIN yg mengaku ISLAM dinegara ini..yg anehnya mrk bawa LARI kenegara2 'KAFIR' harbi & Yahudi sbg tempat HARTA/duit itu disembunyi..???
..kita sndiri melihat tipu-FITNAH sengaja dijaja mnjd2, demi meNIPU & meNGELIRUkan rkyat sndiri..trmsuk lah FITNAH merapu pilkuda & BARUA akibat parah separah2nya gejala RASUAH yg brtopengkan serban-jubah seolah2 mrk adalah PEMIMPIN Islam yg mnjd org2 nabi dan org2 ALLAH!??

Secara RASIONAL..
Seandainya nabi SAW maseh hidup..
Kpd siapakah nabi SAW akan merasa sgt2 MARAH???
...adakah baginda SAW akan marah kpd "kartunist" yg 'mungkin' terKELIRU itu?????
ATAU
Baginda SAW....bro, lu pikir lah sendiri bgmn agaknya yg trjd kpd PEMIMPIN2 yg sgt2 SYIOK mengaku ISLAM itu disisi nabi seandainya nabi SAW hadir pd masa ini...???


Anonymous said...

bagi aku agama tu menyusahkan.. tapi mustahil pulak manusia hidup tanpa agama.. zzzzzzzzzzzzz

kulupSakah said...

Kahkah! Kartunis tu ta faham...Kahkah!

Anonymous said...

aku sokong ape yang ditulis, Islam agama damai, damai disini bkn bermaksud Islam itu bebas dihina, dan dipermainkan, Nabi sendiri mengajar umatnya supaya bersabar TETAPI bkn sabar seperti UNTA yang boleh kamu, naik pijak dan diperlakukan sesuka hati.


Apabila agama kamu dipermaikan dan dihina, adakah kamu hanya cuma berdiam diri? Adakah kekasih Allah dihina dan dipermaikan kamu hanya hanya berdiam diri?
Betul, selemah2 iman itu didalam hati, TETAPI sampai bila kamu sanggup lihat agama dan nabi kamu dipermainkan dan dihina sedemikian?
Sedangkan kamu telah dinyatakan dengan terang didalam Surah Al Maidah.

AKu mmg tidak sokong keganasan, tetapi dalam soal mempermainkan agama ini bkn soal keganasan, tetapi soal menghina agama Islam dan Rasulullah, aku tak sanggup melihat org megnhina Rasul aku, tetapi aku tidak tahu kalau umat Islam lain tidak merasa apa2 disaat Rasulullah dihina dan Islam dipermainkan.

tp sayang Pemimpin Tertinggi Malaysia bachul dalam mempertahankan Rasululullah dan Islam.

Anonymous said...

Contoh kebebasan bersuara: Ibrahim Ali dan Zul Nordin bebas untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasis dan kita juga bebas mengkritik pandangan rasis mereka, tanpa ancaman kekerasan dari mana-mana pihak. Kalaupun Charlie Hebdo ini sebuah majalah satira yang rasis dan menghina agama (ramai yang salah tafsir kartun yang diterbitkan mereka dan menyatakan ianya sebuah institusi rasis akibat tafsiran dibuat diluar konteks politik perancis - termasuklah golongan 'kiri'!) kebebasan bersuara adalah hak mutlak mereka dan jika ada mana-mana penganut agama yang tidak puas hati sepatutnya menjawab kartun mereka dalam bentuk seni lain dan perdebatan intelektual bukan keganasan yang meragut nyawa!

Baca:
On not understanding "Charlie:" Why many smart people are getting it wrong http://www.dailykos.com/story/2015/01/11/1356945/-On-not-understanding-Charlie-Why-many-smart-people-are-getting-it-wrong

Lost in translation: Charlie Hebdo, free speech and the unilingual left
https://ricochet.media/en/292/lost-in-translation-charlie-hebdo-free-speech-and-the-unilingual-left

p/s: Tukar Tiub juga seolah-oleh hanya menyalin sahaja pandangan dari anglophone 'left'.

Anonymous said...

Assalamu Alaikum wr-wb, perkenalkan nama saya ibu Rosnida zainab asal Kalimantan Timur, saya ingin mempublikasikan KISAH KESUKSESAN saya menjadi seorang PNS. saya ingin berbagi kesuksesan keseluruh pegawai honorer di instansi pemerintahan manapun, saya mengabdikan diri sebagai guru disebuah desa terpencil di daerah surakarta, dan disini daerah tempat mengajar hanya dialiri listrik tenaga surya, saya melakukan ini demi kepentingan anak murid saya yang ingin menggapai cita-cita, Sudah 9 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 4 kali mengikuti ujian, dan membayar 70 jt namun hailnya nol uang pun tidak kembali bahkan saya sempat putus asah, pada suatu hari sekolah tempat saya mengajar mendapat tamu istimewa dari salah seorang pejabat tinggi dari kantor BKN pusat Jl. Letjen Sutoyo No. 12 Jakarta Timur karena saya sendiri mendapat penghargaan pengawai honorer teladan, disinilah awal perkenalan saya dengan beliau, dan secara kebetulan beliau menitipkan nomor hp pribadinya 0853-1144-2258 atas nama Drs Muh Tauhib SH.MSI beliaulah yang selama ini membantu perjalan karir saya menjadi PEGAWAI NEGERI SIPIL.alhamdulillah berkat bantuan bapak Drs Muh Tauhib SH.MSI SK saya dan 2 teman saya tahun ini sudah keluar, bagi anda yang ingin seperti saya silahkan hubungi bapak Drs Muh Tauhib SH.MSI, siapa tau beliau bisa membantu anda