Wednesday, October 20, 2010

aku, dia dan rokok

dia : brader, mintak api..

aku: takde, gua tak isap rokok.

dia: kenapa tak isap?

aku: dah 7 tahun berenti..

dia: alaaa...isaplah lagi..

aku: kenape lak?

dia: boleh gua mintak lu..rokok mahal sekarang....

ramai rupanya 'jiwa kacau' di KL sekarang ni..

monolog kajang-bangsar-kajang

"bukan aku tak tahu, bukan tak jaga-jaga tapi ia berlaku berkali-kali. jadi, waspada, jadi lagi."

itu yang bermain dalam kepalaku sewaktu memandu dari kajang-bangsar dan patah semula. ketika sedang berbual dengan sham atau tertawa dengan kerenah anak, ia tetap berpolemik dalam diri.
aku cuba bandingkan aku hari ini dengan tahun lepas. siapa yang datang siapa yang pergi. akhir-akhir ini aku dapat lihat ada kawan aku digigit anjing tersepit yang pernah ditolongnya. ada senyuman diukir kepadaku oleh mereka yang sudah tercapai impiannya tidak sama lagi bentuk senyuman sehari sebelumnya.
ada yang buat taik, datang balik. buat taik datang balik dan hari ini buat taik semula. tak tahu kami terima lagi atau tidak.
kelemahan aku ialah aku ni kadang-kadang 'yoyo o'. beria-ia.
lepas ni aku harap aku tak begitu.

..kadang-kadang kita pandang sepi pula mereka yang jujur dengan kita. aku mula cuba mengenali mereka semula.

"saya tegaskan di sini yang saya sudah tidak percayakan mereka lagi!" aku menghentak meja. kawan-kawan baikku senyap ketika aku mengisytiharkan itu kelmarin.
mereka juga kecewa dipangkah dubuk-dubuk bodoh.

aku harap mereka boleh tidur lena selepas menggigit kita..

Tuesday, October 19, 2010

hari ini dua tahun lalu

hari ini 20 oktober
dua tahun lalu
kami di makam
menangisi pemergian seorang srikandi
nenda Shamsiah Fakeh
Al Fatihah

Sam dan Chegubard: Siapa ikon anak muda?

Ini pra PRU13. BN terus menyerang dan berusaha untuk merobek kepercayaan terhadap PR. Imej Anwar terus-terusan akan dirosak dan kelemahan negeri di bawah PR akan terus dicari atau direka untuk dicanangkan di media yang mereka kawal demi survival untuk terus berkuasa. Salah satu ketakutan mereka yang paling nyata ialah kebangkitan anak muda. Atas sebab itulah, IPT terus dicengkam agar anak muda siswa jangan bangkit dan biar saja berbicara soal musik atau fesyen, artis dan gossip. Jangan sekali berbicara soal penyelewengan kuasa dan politik.
Anak muda sifatnya rongos, pongah dan protes. Lepas laku dan lantang. Anak muda yang kecut, lemau dan lembab biasanya dijauhi dan akan tua lebih awal.
Menjadi ikon mestilah dilihat macho, lasak dan rugged. Rugged bermaksud tahan cabaran, bijak dan tersusun. Bukan sembrono. Anak muda yang bukan ahli parti politik lebih ramai di luar sana. Mereka ini mat rempit, mat musik, penulis dan bermacam-macam. Mereka ini ramai yang tidak tahu isu negara dengan tepat. Ada yang terkejut tidak percaya bila diceritakan tentang komisyen kapal selam dirembat oleh seorang kroni dan menjadi jutawan sekelip mata. Pada mereka yang kerja hanya mampu bayar bil ini semua tak mungkin. Mana mungkin seorang boleh dapat sampai 500 juta.
Mereka inilah perlu didekati. Diberi pemahaman tentang busuknya rasuah, penyelewengan kuasa, penindasan. Mereka ini tidak pergi ceramah politik malah geli kalau dikaitkan dengan politik kepartaian tetapi pemimpin anak muda mesti turun meredah belukar alam mereka dan menyampaikan maklumat. Mereka ada di konsert, gig atau di jalanraya. Tapak ceramah hanya ramai orang tua pencen. Sasaran bukanlah kepada mereka yang sudah 'faham' tetapi mencari mereka yang masih hijau. Yang selalu digunakan oleh BN ketika pilihanraya. Dibayar untuk membuat kacau.
Ikon anak muda tidak boleh hanya syok sendiri mendengar pujian rakan-rakan sekeliling malah memilih rakan juga adalah faktor terpenting. Kata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani,"Jika mahu kenal seseorang itu, lihatlah siapa kawannya".
Kawan yang hanya membodek, menyampai berita-berita gembira bukanlah kawan yang baik. Kawan adalah penasihat dan pengkritik yang paling setia yang sanggup mendedahkan kelemahan ikon untuk diperbaiki.




Siapa pun yang menang,turunlah ke lembah anak muda yang selama ini dipandang sepi. Berdamping dengan mereka dan sampaikan dengan cara mereka. Cara anak muda. Dan jika berjaya, kebangkitan mereka akan menjadi ombak ganas menggulung yang akan menghempas -menelan penguasa zalim dan rakus tanpa simpati dan pasti langsung tidak meninggalkan sisanya.

Monday, October 18, 2010

spenda dalam kelambu

agak sebok akhir2 ini meninjau perkembangan jengjeng jengku...kurang menulis dan ada beberapanya tulisan telah aku simpan. mungkin ada yg perasan aku ada tulis dan kemudian delete semula entry..


saja...

jeng jeng jeng dijangka lancar mengikut jadual...


apa perkembangan pemilihan PKR yang dilihat sangat panas kali ini?
aku sangat suka demokrasi ini. cuma tindak tanduk budak tak cukup akal harus dikawal..memang menarik antara Sam dan Chegubard siapa bagus?

siapa?

aku pilih....dia...hahaha..

aku juga gembira mendengar reaksi orang awam tentang spenda, kelambu rosmah dan ada yang neutral pun dah mula ngutuk rosmah..

kahkahkah...sapa nak beli spenda bundle bikmama?
makin lama makin bodoh aku tengok puak2 ni..

well, jeng jeng jeng!

Saturday, October 16, 2010

alghuyup wal kulup

telah sampai angin perkhabaran bahawa selepas pilihan sebuah parti yang perjuangkan keadilan, akan ada yang keluar dengan penuh makian. mereka ini adapun ada yang lama dan ada yang baru. ada yang waibi. ada yang mendung ada yang cerah.
soheh atau tidak, nampak macam soheh.marilah kita sekalian menunggu khabar warta ini dengan penuh gembira.

ada kami kesah?
pedulik hapa haku!

Thursday, October 14, 2010

kita macam nilah..

"tq bro, kerana sudi add saya."
"Saya pengikut blog saudara. menarik dan saya sangat minat."
"tuan memang hebat. kirim salam pada sham, annisa dan an-nur."
"saya biasa juga lalu depan uk5 tapi segan nak masuk dan tegur."
"gua tunggu jeng jeng jeng lu kulup!"
"aku selalu baca blog kau tapi kenapa jarang update?"

ini antara yang selalu aku terima dan aku dapat lihat ragam ini pada hari ini. inilah hakikat hidup kita, tak kira siapa kita.
akan ada orang yang entah kenapa amat sayang dan suka dengan kita.
ada orang yang biasa saje dgn kita.
dan ada orang entah kenapa benci sangat dengan kita. berbakul2 aku dan family diseranah waktu gambar demo kami merayap di email2 satu malaya.
biasalah..

pada yang bertanya kenapa aku jarang apdet - ye, aku takkan menulis benda yang sama dengan orang lain sebab kalau pendapat itu sama, aku tak perlu tulis. kalau ada pun, aku hanya akan tulis dari sudut yang lain pula. yang jelas - aku dah terangkan apa pendirianku dalam sesuatu isu.

tentang jengjengjeng - aku juga masih suspen.

kepada yang benci aku - aku perlukan kebencian itu untuk terus ke depan. cuma aku kurang layan pengomen yang takde telur dan pondan, tak berani bertanggungjawab.

kepada yang segan nak tegur, buangkan rasa itu. mari kita berkawan dengan penuh kejujuran.
ya, jujur!

(entry ni ditulis sebab tiada cerita baru..hik hik!)