Tuesday, October 19, 2010

Sam dan Chegubard: Siapa ikon anak muda?

Ini pra PRU13. BN terus menyerang dan berusaha untuk merobek kepercayaan terhadap PR. Imej Anwar terus-terusan akan dirosak dan kelemahan negeri di bawah PR akan terus dicari atau direka untuk dicanangkan di media yang mereka kawal demi survival untuk terus berkuasa. Salah satu ketakutan mereka yang paling nyata ialah kebangkitan anak muda. Atas sebab itulah, IPT terus dicengkam agar anak muda siswa jangan bangkit dan biar saja berbicara soal musik atau fesyen, artis dan gossip. Jangan sekali berbicara soal penyelewengan kuasa dan politik.
Anak muda sifatnya rongos, pongah dan protes. Lepas laku dan lantang. Anak muda yang kecut, lemau dan lembab biasanya dijauhi dan akan tua lebih awal.
Menjadi ikon mestilah dilihat macho, lasak dan rugged. Rugged bermaksud tahan cabaran, bijak dan tersusun. Bukan sembrono. Anak muda yang bukan ahli parti politik lebih ramai di luar sana. Mereka ini mat rempit, mat musik, penulis dan bermacam-macam. Mereka ini ramai yang tidak tahu isu negara dengan tepat. Ada yang terkejut tidak percaya bila diceritakan tentang komisyen kapal selam dirembat oleh seorang kroni dan menjadi jutawan sekelip mata. Pada mereka yang kerja hanya mampu bayar bil ini semua tak mungkin. Mana mungkin seorang boleh dapat sampai 500 juta.
Mereka inilah perlu didekati. Diberi pemahaman tentang busuknya rasuah, penyelewengan kuasa, penindasan. Mereka ini tidak pergi ceramah politik malah geli kalau dikaitkan dengan politik kepartaian tetapi pemimpin anak muda mesti turun meredah belukar alam mereka dan menyampaikan maklumat. Mereka ada di konsert, gig atau di jalanraya. Tapak ceramah hanya ramai orang tua pencen. Sasaran bukanlah kepada mereka yang sudah 'faham' tetapi mencari mereka yang masih hijau. Yang selalu digunakan oleh BN ketika pilihanraya. Dibayar untuk membuat kacau.
Ikon anak muda tidak boleh hanya syok sendiri mendengar pujian rakan-rakan sekeliling malah memilih rakan juga adalah faktor terpenting. Kata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani,"Jika mahu kenal seseorang itu, lihatlah siapa kawannya".
Kawan yang hanya membodek, menyampai berita-berita gembira bukanlah kawan yang baik. Kawan adalah penasihat dan pengkritik yang paling setia yang sanggup mendedahkan kelemahan ikon untuk diperbaiki.




Siapa pun yang menang,turunlah ke lembah anak muda yang selama ini dipandang sepi. Berdamping dengan mereka dan sampaikan dengan cara mereka. Cara anak muda. Dan jika berjaya, kebangkitan mereka akan menjadi ombak ganas menggulung yang akan menghempas -menelan penguasa zalim dan rakus tanpa simpati dan pasti langsung tidak meninggalkan sisanya.

2 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bro kulup nasib baik K.J ..tak masuk dalam pkr .. k.j lebih nampak macho, lasak dan rugged..
mereka berdua sesuai jadi pelatih FA England.. errr mat belia

Marhaen Hujung Lorong said...

biar masa yg menentukan...tunggu dan lihat..