Thursday, March 7, 2013

Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar, dakwa anaknya dipergunakan

http://www.malaysiakini.com/news/223284


Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar, dakwa anaknya dipergunakan
1:25PM Mac 8 2013 
Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
NONE"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya
Saiful, bekas pembantu Anwar adalah pengadu dalam kes liwat tersebut yang akhirnya menyaksikan ketua umum PKR itu dibebaskan daripada tuduhan itu tahun lepas.

akhirnya ke situ


gedebung gedebang
gedebuk gedabak ini akhirnya
membawa kita kepada "PRU boleh digantung di situ"
atau "anggota keselamatan boleh mengundi pos"

hey! hey!ketipang payung
kau masih duduk melengung?

terkini juga: POSTO! diharamkan jualannya di UPSI. kihkih!

Wednesday, March 6, 2013

jangan tolong mereka





Jangan tolong
Anak-anak oku ini
Ada yang tulang belakangnya bengkok
Sendi tertanggal
Tiub di hidung
Perut ditebuk
Jangan tolong mereka
Ibu ayah mereka perlu belanja ribu-ribu setiap bulan
Jangan tolong mereka
Ada yang berhenti kerja
Ada yang terganggu kerja
Ada yang tertekan hidup

Ada yang bapa atau ibunya lari
Ada yang bercerai-berai
Jangan tolong mereka
Tak perlu tolong mereka
Kalau mati mereka masuk syurga
Suruh mereka redha dan sabar
Jangan tolong
Tak perlu buat keputusan segera keluar dana juta-juta untuk mereka
Tak perlu
Mereka semua ke syurga

Macam Nur Qursiah

Macam Annisa

Macam Aiman

Macam beribu-ribu yang telah mati

Tak perlu tolong

Jangan tolong mereka

Tuesday, March 5, 2013

Lahad Datu simbol liang lahad umno

Kita sedih dengan terkorbannya pejuang kita. Pertempuran ini memakan nyawa anak watan Malaysia. Anak menjadi yatim, isteri jadi balu, ibu dan bapa kehilangan anak. Tiada keraguan di hati. Ia memilukan.
Tetapi jangan sesekali pernah cuba kita nafikan ini ada kaitannya dengan politik. Menjerit memaki Tian Chua tidak guna, kalau marah pun kepada Tian Chua ia sekadar memberi rasa sedap ketika menggaru kurap. Kurap tidak sembuh, malah makin celik dan makin membiak.
Krisisini buat kita langsung lupa tentang bila parlimen hendak dibubarkan, kita lunak apabila suruhanjaya siasat kad pengenalan palsu di Sabah ditangguhkan kerana krisis ini.
Terdesak dan nazak (singkatan najib razak) nya umno sudah semakin kritikal hari ini.
Kalau kita perhatikan jalur sejarah, 'takdir-takdir nasib baik dan kemujuran' akan datang menyelamatkan keadaan apabila umno terasak teruk.
13 Mei 69 - tragedi rusuhan yang menyelamatkan kembali umno setelah teruk dibelasah dalam PRU. Isu komunis, Memali, Sauk, tragedi 911 semuanya boleh menjadi loceng penyelamat untuk umno terus bangkit walaupun telur senak diterajang rakyat.
Ingat tak, ketika George Bush teruk popularitinya di Amerika dan ketika rakyatnya terus mengkritik, dan-dan itulah Osama Laden muncul di pita video mengugut akan melancarkan serangan.
Aku tidaklah mahu mengatakan ini sandiwara, cuma aku akan menyatakan bahawa senjata yang selalu umno gunakan untuk kekal berkuasa seperti memberi IC, manipulasi media, fitnah dan lain-lain lagi hari ini sudah mula makan tuan dan saat demi saat senjata ini - terbaharu di Lahad Datu - semakin terhunus mencucuk tengkuk umno untuk ditolak ke liang lahad.
Takbir!

datuk seri lendir


dari blog tukartiub

RAJA  JUDI BOLA
dengan
RAJA JUDI LENDIR
kah kah kah

Semalam disalah sebuah akhbar utama berbahasa Cina telah memaparkan ucap tahniah dari rakan-rakannya dari Barisan Nasional atas penganugerahan DARJAH KEBERSARAN SULTAN AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DI MULIAKAN PERINGKAT PERTAMA (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri. Siapa dia Dato Sri Koo Tee Yam? Jom terjah!!

"BEKAS" KETUA KONGSI GELAP ANTARA SEORANG YANG BERGELAR " FOUR HEAVENLY KINGS" OLEH MEDIA..., KINI BERGELAR DATO' SRI dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan haram seperti pelacuran, kongsi gelap, perjudian, kelab malam dan Ah Long. Malah beliau juga dikatakan mempunyai sebuah kelab malam ala Las Vegas.


Beliau pernah ditahan di sebuah restoran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 26 Mac 2004 sebelum dipenjarakan di Simpang Renggam, Kluang, Johor 2 bulan kemudiannya dibawah Ordinan Darurat 1969 selama lebih kurang 17 bulan. Terlepas dari hukuman selepas proses rayuan di Mahkamah Persekutuan setelah campurtangan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Bakri Omar. PDRM membuat keputusan untuk membebaskan Tee Yam atas nasihat Peguam Negara serta alasan-alasan beliau tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan dan keselamatan awam dan negara.

Dari gambar yang diperolehi jelas terpampang peguam handal bergelar Datuk juga terlibat, berapalah bayarannya ya ?

JANGAN TIDAK PERCAYA!!!!...AHLI PERNIAGAAN YANG PERNAH MENJADI TAJUK UTAMA BERITA KERANA DITAHAN DI PENJARA SIMPANG RENGGAM DITUDUH ATAS PENGLIBATAN DALAM KEGIATAN PELACURAN, KONGSI GELAP, PERJUDIAN, KELAB MALAM DAN AH LONG, KINI BERGELAR DATO' SRI !!!!!!!


Daulat Tuanku ! 

politik pancutan inzal pra-matang PR


Baca ini dahulu:- 

K'jaan S'gor tubuh dana RM10j untuk wira yang gugur
5:43PM Mac 5 2013 
Kerajaan Selangor akan menubuhkan dana khas  RM10 juta sebagai mengiktiraf jasa lapan anggota polis yang terkorban mempertahan kedaulatan negara ketika berdepan dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
    
NONEMenteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat majlis exco negeri esok sebelum pengumuman rasmi mengenai butiran dana itu.
    
"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," Khalid memberitahu Bernamaketika ditemui di Kompleks Mahkamah di Kuala Lumpur hari ini.
    
Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggota keluarga terdekat wira-wira negara ini.
    
"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perlu diberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.
    
Dua anggota komando polis VAT 69 terbunuh dalam insiden tembak-menembak dengan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac sementara enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna Sabtu lepas. 

- Bernama

Inilah yang selalu membuatkan aku rasa terhiris dan pedih dalam usaha menyuarakan hak dan keperluan warga OKU yang sekian lama tidak terbela.

Pertama: TOLONG JANGAN PERTIKAIKAN RASA SIMPATI TERHADAP GUGURNYA PERAJURIT NEGARA DI LAHAD DATU

Kedua: TAK PAYAHLAH TUDUH AKU AGEN UMNO BILA AKU MENGKRITIK PR. UMNO SUDAH TAHAP WAJIB DITUMBANGKAN. KEPADA SESIAPA YANG BERANGGAPAN BEGITU, SILA JUMPA AKU BERDEPAN-DEPAN. AKU SENTIASA BERADA DI BANYAK MAJLIS PR.

Bagi aku, keputusan segera ini bersifat mencari political mileage. Mengikut apa yang dibuat Umno. Ini politik ejakulasi separa matang. Bersifat reaksionari. Lihatlah betapa cepatnya keputusan dibuat.
Ketika kami membawa usul agar dijayakan program untuk OKU, jawaban yang selalu diterima "ia melibatkan dasar", "kita belum tawan Putrajaya", "dah dapat bantuan JKM?", "Sekolah OKU di PJ, di sinun kan ada?"
Pandai pula serahkan tugas itu kepada kerajaan dan agensi kerajaan.
tapi dalam isu ini, kerajaan PR laju sahaja mencampuri urusan kerajaan Persekutuan.

RM10 juta memang besar. Duit Selangor banyak. Warga OKU di Selangor masih terkial-kial mencari pekerjaan, menjual tisu, duit rawatan, tiada sekolah......
TAPI... tak bestlah kan? Tak popular!

Percayalah! jika tiada ehsan di hati dalam memperjuangkan insan tertindas, sukar diberkati Tuhan apatah lagi jika mahu mencapai kemenangan.

Saturday, March 2, 2013

jalan kaki

Aku suka jalan kaki dahulu. Pernah aku ceritakan pengalaman jalan kaki aku sewaktu umur 20an dulu (ini kerana waktu itu aku tak berduit) dari panggung Coliseum Jalan Tunku Abdul Rahman  pulang ke Wangsa Maju seksyen 4 di tengah terik panas dan juga dari Ampang Park ke Bandar Tun Razak pada waktu tengah malam. Di Bentong juga aku kerap ke pekan 3 km hanya berjalan kaki.

Hari ini aku semakin manja. Berkereta walaupun hendak membeli goreng pisang 300 meter dari rumah. Aku rasa anda pun begitu. Ada juga aku lihat orang malas turun dari kereta dan memesan makanan dari dalam kereta sahaja. Baru-baru ini aku menegur seorang anak muda yang memesan sebungkus nasi lemak dengan membiarkan enjin kereta berekzos besarnya terus menderam. Perbualan aku dengan kawan agak terganggu. Ini di gerai nasi lemak depan Malaysiakini. Teguran aku dibalas dengan kasar dan anak muda ini berlalu sambil melepas geram memerah minyak agar bunyinya lebih bising. Kita bukan sahaja semakin malas malah semakin kurang ajar.

Kelembikan aku bermula beberapa tahun dahulu juga. Ini kerana kemalasan aku itu menggagalkan aku untuk mendaki Gua Hira' .Ia membuat peluang aku melihat besar dan luas mana gua itu atau kedudukan geografi mulut gua itu yang dikatakan menghadap Kaabah itu gagal.

Budaya jalan kaki ini masih kuat dan biasa diamalkan oleh orang China dan Korea kot? Waktu Wooyoung tinggal dengan kami dulu selalu juga aku hantar dia ke rumah kawannya di Ampang. Selalunya dia minta diberhentikan di hadapan Ampang Point. Suatu hari kami mahu menghantarnya betul-betul di kondo sewaan kawannya dan kami dapati ia sangat jauh dari Ampang Point yang mana aku tak sanggup berjalan kaki sejauh itu. Tapi kata dia, kami biasa jalan sejauh itu.

Mungkin juga kita malas berjalan kerana faktor keselamatan. Bayangkan jika anda berjalan kaki dari Bangsar hendak ke Brickfields. Pasti beberapa kali anda diancam maut dengan kereta yang laju menderu bukan? Ketika di Beijing laluan pejalan kaki sangat luas dan sangat selamat. Begitu juga laluan sikalnya. Taklah macam di Lebuhraya Persekutuan. Sempit, gelap dan membahayakan keselamatan.

Apa kata sesekali kita berjalan kaki? Macam pergi beraya ke segenap kampung masa kecil-kecil dahulu. Best kan?


(mengah...)