Baca ini dahulu:-
K'jaan S'gor tubuh dana RM10j untuk wira yang gugur
Kerajaan Selangor akan menubuhkan dana khas RM10 juta sebagai mengiktiraf jasa lapan anggota polis yang terkorban mempertahan kedaulatan negara ketika berdepan dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat majlis exco negeri esok sebelum pengumuman rasmi mengenai butiran dana itu.
"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," Khalid memberitahu Bernamaketika ditemui di Kompleks Mahkamah di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggota keluarga terdekat wira-wira negara ini.
"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perlu diberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.
Dua anggota komando polis VAT 69 terbunuh dalam insiden tembak-menembak dengan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac sementara enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna Sabtu lepas.
- Bernama

Inilah yang selalu membuatkan aku rasa terhiris dan pedih dalam usaha menyuarakan hak dan keperluan warga OKU yang sekian lama tidak terbela.
Pertama: TOLONG JANGAN PERTIKAIKAN RASA SIMPATI TERHADAP GUGURNYA PERAJURIT NEGARA DI LAHAD DATU
Kedua: TAK PAYAHLAH TUDUH AKU AGEN UMNO BILA AKU MENGKRITIK PR. UMNO SUDAH TAHAP WAJIB DITUMBANGKAN. KEPADA SESIAPA YANG BERANGGAPAN BEGITU, SILA JUMPA AKU BERDEPAN-DEPAN. AKU SENTIASA BERADA DI BANYAK MAJLIS PR.
Bagi aku, keputusan segera ini bersifat mencari political mileage. Mengikut apa yang dibuat Umno. Ini politik ejakulasi separa matang. Bersifat reaksionari. Lihatlah betapa cepatnya keputusan dibuat.
Ketika kami membawa usul agar dijayakan program untuk OKU, jawaban yang selalu diterima "ia melibatkan dasar", "kita belum tawan Putrajaya", "dah dapat bantuan JKM?", "Sekolah OKU di PJ, di sinun kan ada?"
Pandai pula serahkan tugas itu kepada kerajaan dan agensi kerajaan.
tapi dalam isu ini, kerajaan PR laju sahaja mencampuri urusan kerajaan Persekutuan.
RM10 juta memang besar. Duit Selangor banyak. Warga OKU di Selangor masih terkial-kial mencari pekerjaan, menjual tisu, duit rawatan, tiada sekolah......
TAPI... tak bestlah kan? Tak popular!
Percayalah! jika tiada ehsan di hati dalam memperjuangkan insan tertindas, sukar diberkati Tuhan apatah lagi jika mahu mencapai kemenangan.
7 comments:
Aku setuju.... Patut mengambil kira semua pihak termasuk OKU tanpa menafikan penggorbanan pasukan keselamatan... Wujudkan dana 30 juta untuk OKU di Selangor tanpa banyak kerenah politik... Wassalam...
Memamng benar, PR tak perlu ikut rentak tarian BN. Itu tanggungjawab federal, LTAT pun ada banyak duit hingga boleh beri Deepak berjuta-juta. Orang OKU di negeri PR lebih afdal di bantu. Rasanya adalah lebih baik tubuhkan dana untuk membantu negeri-negeri PR yang kurang mampu.Tentera dan polis mereka dah ada menteri dan tabung sendiri yang duitnya dah berlebih-lebih........
Assalam.gua setuju juga dgn lu...macam merayu aje nampaknya..sad but true
ini bukan perjuangan diri sendiri
Sgt2 sokong wpun kami bkn d Selangor!
haa.haaa..haaa..samo jo 2xlimoo
lari mulut buayo..masuk mulut nagoo..lari mulut nago..tergadailah negaro dan bangso..
2xlimo samo2x tak berguno..
Post a Comment