Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Wednesday, March 6, 2013

jangan tolong mereka





Jangan tolong
Anak-anak oku ini
Ada yang tulang belakangnya bengkok
Sendi tertanggal
Tiub di hidung
Perut ditebuk
Jangan tolong mereka
Ibu ayah mereka perlu belanja ribu-ribu setiap bulan
Jangan tolong mereka
Ada yang berhenti kerja
Ada yang terganggu kerja
Ada yang tertekan hidup

Ada yang bapa atau ibunya lari
Ada yang bercerai-berai
Jangan tolong mereka
Tak perlu tolong mereka
Kalau mati mereka masuk syurga
Suruh mereka redha dan sabar
Jangan tolong
Tak perlu buat keputusan segera keluar dana juta-juta untuk mereka
Tak perlu
Mereka semua ke syurga

Macam Nur Qursiah

Macam Annisa

Macam Aiman

Macam beribu-ribu yang telah mati

Tak perlu tolong

Jangan tolong mereka

2 comments:

Anonymous said...

Yaa..sgt2 sedih.. puisi yg mengalirkan air mataku d pg hari..

Anonymous said...

izinkan saya bertanya satu soalan. Bagaimana saya sbg individual boleh membantu? sy berminat menyumbang dari segi kewangan kpd tuan. (hamba Allah jua)