Wednesday, November 23, 2011

Hope 2 Walk




Kempen mencari dana anak2 aku dinamakan "Hope 2 walk" yang diasaskan sukarela oleh Kecik, Bonai, Ustaz Wan Ji Al Bakistani dan disertai oleh Faizal Riduan ( penulis). Ummu Asiah dan Umi Zumrah isteri Dr.Badrul Amin juga memberikan khidmat. Di bawah ini dua amoi cun, Ki dan Shin Shin. Ki membuat design untuk fliers dan logo untuk kempen "Hope 2 Walk" Annisa dan An-Nur yang comel. Shin-Shin telah menterjemah website Erkang Hospital Beijing yang berbahasa Mandarin untuk memudahkan kami. Mereka adalah kawan Kecik.


Kecik (Tengah), Bonai (duduk) dan Ustaz Wan Ji Al Bakistani sedang merancang sesuatu untuk kempen ini. Kempen yang dinamakan "Hope 2 Walk" ini akan diluaskan ke facebook, twitter dan website yang mereka sedang usahakan.
Kemurahan tenagadan usaha mereka ini ,membuat kami terharu.

Selain itu ada juga yang telah menyumbangkan wang untuk pergerakan awal ini. Biar kecil nilainya tidak penting, keikhlasan itu yang mahal. Ada yang derma RM10 - tapi itu sudah baik untuk top-up aku.
Masa ini aku sangat sibuk dan jarang tengok blog. nama kalian yang terlibat akan kami masukkan satu demi satu nanti.
Doakan !

Tuesday, November 15, 2011

setapak langkah sebelum menjadi nyata...


foto: jika anda pandai mana satu Annisa dan mana satu An-Nur?

misi mengumpul dana rm500ribu untuk pembiayaan rawatan dan persekolahan untuk Annisa dan An-Nur ke luar negara sudah bermula. Apa sangatlah kelajuan aku suami isteri dengan membawa dua orang anak ke sana ke mari. Namun dengan pemberian laptop, blackberry dan beberapa bantuan oleh blogger Ummu Asiah sekeluarga walaupun mereka sendiri sibuk dengan urusan harian termasuk naik turun mahkamah kes Protes dahulu meringankan sikit kerja.
Juga abang Hasan Suyut yang sangat pantas bertindak mengirim bantuan dan maklumat untuk kami. ya! Beliau telah merasainya maka aku rasa sebab itulah beliau bersedia bekerjasama dengan cukup baik.
Sumbangan kawan-kawan pembaca blog ini aku hargai juga. Ada yang kecil tapi nilai bukan ukuran, keikhlasan kalian aku hargai. setitis jadikan laut sekepal jadikan gunung. Author Faethal, Faizal dari Canada, ada juga yang tak mahu bagi nama dan merahsiakan diri, terima kasihlah! bolehlah buat beli itu ini kertas, dakwat printer, petrol, tol bla..bla...
Siang tadi kami berunding dengan sahabat dari Yemen yang sudi mengiklankan di dalam majalahnya. Kami juga sedang berusaha mencari dana iklan di Arab kerana menurut sahabat ini, iklan di Arab efektif tetapi sangat mahal boleh menjangkau sehingga RM5k untuk satu hari saja. Kami akan cuba.
Terus mendapatkan kerjasama beberapa doktor pelatih seperti Dr.Kong yang berkomunikasi dengan Pusat Rawatan di China kerana masalah bahasa kita dengan pihak sana.
Malamnya melalui kawan aku si Kecik@Fiqtry, dia memperkenalkan Shin-Shin, amoi comel yang berusaha menterjemahkan website China ke dalam Bahasa Melayu dan Inggeris di The mInes tadi...
kepada yang terus beri sokongan, terima kasih! Aku mengaku berada di dalam situasi yang amat sensitif sekarang kerana sebarang komen yang berbentuk gurauan pun adakalanya mengguris walaupun mungkin kalian tak bermaksud begitu.
Beberapa rundingan sedang dijalankan lagi. Moga sinar itu cepat sampai ke alamku.

(kepada nama yang tercicir usah tersinggung, aku menulis dalam keadaan tergesa-gesa sebab banyak kerja dan agak letih. Aku akan kemaskini nanti)

Sunday, November 13, 2011

kau ilhamku, kau wiraku!

Tadi aku ke rumah Encik Hassan Suyut dan Cikgu Dora. Siapa mereka? Lihat buku ini:-

Atiq Wazif adalah anak lelaki mereka yang dilahirkan seperti Annisa dan An-Nur. Ketiadaan sekolah dan rawatan yang secukupnya untuk anak-anak Cerebral Palsy di Malaysia membuatkan Encik Hassan nekad mengorbankan pekerjaan mereka dan mengintai peluang ke luar negara yang menyediakan kepakaran yang cukup untuk Atiq Wazif. Mereka berusaha keras memanjat tangga ke sana ke mari, membuang perasaan segan demi melihat anak kesayangan mereka menikmati hak untuk mendapat rawatan. Berjumpa orang perseorangan, syarikat-syarikat, jabatan kerajaan dan swasta serta mana-mana yang difikirkan untuk mencari dana. Bukan sedikit yang diperlukan, hampir setengah juta ringgit Malaysia. Akhirnya berkat usaha yang gigih, bantuan penyumbang-penyumbang serta tenaga kerja ahli keluarga dan kawan-kawan, media-media ~ mereka berjaya mendapatkan dana. Mereka sekeluarga dengan anak-anak yang lain berangkat ke China untuk menjalani rawatan rapi dan latihan fisioterapi yang cukup tersusun. Satu hari Atiq Wazif dilatih selama 8 jam untuk tiga bulan pertama. Gambar di bawah menunjukkan keadaan Atiq pada awalnya dengan tulang belakang yang membengkok.

Tiga bulan dilatih, berehat sebulan dan menyambung latihan seterusnya sehingga setahun, akhirnya Atiq mampu berjalan. Suatu keajaiban!
Mereka sekeluarga kemudiannya ke Amerika Syarikat, meneruskannya di sana. Suka-duka, susah payah, ketawa, tangisan, persahabatan dan persaudaraan mewarnai kisah keluarga ini. Sesiapa yang mempunyai anak sebegini pasti dapat merasakan denyut syahdunya. Buku ini memaparkan perjalanan kisah mereka.

Buku cetakan pertama kisah mereka telah habis dijual dan sudah masuk cetakan kedua. Gambar di atas adalah senarai penderma-penderma yang terdiri daripada individu, syarikat, jabatan kerajaan dan swasta juga pertubuhan-pertubuhan. Antara yang turut menyumbang adalah Vincent Tan, bekas Menteri Besar Terengganu Idris Jusoh dan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan (sekadar menyebut beberapa nama).
Atiq Wazif (berbaju serba biru) di samping Annisa, An-Nur dan Sham. Di belakang dari kiri adinda yang menemani kami Faizal Riduan (penulis majalah Milenia) juga Encik Hasan Suyut dan Cikgu Dora.

Kalian berdua adalah wira! Menyediakan syurga untuk Atiq dan syurga jualah untuk kalian.

Misi kami

Terangsang dengan ini, kami juga mempunyai impian yang sama. Ingin melihat Annisa dan An-Nur mencapai kejayaan tertinggi dalam hidup mereka. Ini impian setiap ayah dan ibu di dalam dunia ini. Bagaimana pun keadaan anak mereka, mereka mahu melihat anak-anak mereka berjaya. Setelah beberapa tahun sebelum ini kami merancang dan beberapa kali tertangguh, kali ini kami merasakan masanya telah tiba untuk kami lakukan perkara yang sama. Mentelah pula kesihatan Annisa dan An-Nur stabil sekarang dan mereka semakin peka. Kalau keperluan Atiq lebih RM300ribu, sudah tentulah kedua anak kami memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000.
Apakah ini mustahil? Adakah aku ada wang sebanyak ini?
Sudah tentu tiada. Kami sedang berusaha menjual apa saja yang kami ada demi masa depan anak-anak kami. Kami akan menjual rumah, kereta, motorsikal, perabot dan peralatan dapur malah apa saja yang boleh dijual akan kami jual. Mungkin bersih kami masih tidak sampai RM100ribu, malah entah-entah tak sampai RM60 ribu agaknya. Kami akan cuba. Mulai hari ini, kami akan bergerak memanjat ke sana sini, menebalkan muka untuk kejayaan permata hati kami. Mungkin ada pihak yang akan malu dengan usaha kami ini, walau kau tentu takkan terfikir betapa malunya aku dan Sham hendak memulakan ini semua, tapi aku dah tak peduli. mungkin aku akan ditertawakan~ tak mengapa! Jika itu memuaskan hati mereka, aku rela puaskan. Kami akan bekerjasama dengan sesiapa yang sudi bekerjasama. Jika kalian ada cara untuk menjadikan misi ini berjaya, kemukakanlah di sini, di email aku : ronasina@gmail.com atau inbox di facebook aku : ronasina kartunis

kami juga mahu jadi wira untuk Annisa dan An-Nur seperti Hasan Suyut dan Kak Dora, wira Atiq Wazif.
Jika kalian mahu juga, aku alu-alukan! Mungkin jika suatu hari nanti kejayaan ini milik kita, akan aku rakamkan ia di dalam sebuah buku juga.

kau ilhamku, kau wiraku!

Wednesday, November 9, 2011

malam yang panjang, kala kau tak pulang...

aku suka tajuk entry ni~ bait lirik lagu oleh arwah Loloq Malam Yang panjang nyanyian Hattan (dan satu versi lagi oleh Arab)

Aku sebenarnya tak dapat tidur sepanjang malam gara-gara melepak dengan Tukar Tiub dan Sidiqin wartawan Suara keadilan tadi sampai 2 pagi. menghirup kopi di Brikfil - menonton pondan (hey hey LGBT?). Brikfil - pekan yang menggambarkan realiti dunia kerana semua jenis manusia ada di situ. OKU, Normal, lelaki, perempuan, pondan, gay, lesbian, hotel, rumah urut, pelacur, berbagai bangsa, masjid, kuil, tokong, gereja. kedai kopi, gerai, warung sampailah ke restoran. basikal, motor, kereta, bas dan tren.

Cerita pasal itu itu dan ini ini. balik rumah melihat Sham sedang melayari internet untuk mencari sesuatu yang kami sedang cari.....apa? meneruskan hidup.
An-Nur merengek-rengek sampai jam 4 buat aku ambil keputusan tak mahu tidur sampai subuh.
Capai blekberi apalagi....kacau adik aku si Najwan (oh ye! saksi misteri kes liwat tu) yang sedang belajar di jerman.
pot pet pot pet - dari kisah tempatan hingga ke zaman nabi - tautau dah subuh. ayam berkokok azan bergema syuruk menyingsing.

aku masih hidup..
selepas minum kopi, bermesra anak isteri - menggunakan teknologi sampai germany- hebat yang maha esa!

yang poyo aku, pergi kerja tak tidut - muka macam frankenstein!

Saturday, November 5, 2011

bayangkan... (dari fb aku)

Sila bayangkan dan tulis "Apa akan jadi jika Kaabah berada di Malaysia?"
aku mulakan:- 1) Telaga zam zam akan diswastakan.
2) Masuk masjidilharam dikenakan tiket RM50.
3) Tahun ini subsidi jemaah haji tempatan ditarik.

  • Ronasina Kartunis Puak Pakatan Rakyat nak tunai haji kena minta permit
    about an hour ago ·
  • Ronasina Kartunis kata Rafeah Mat Saat: Parking pun diswastakan
    about an hour ago ·
  • Chegu Fakta Auta Masuk tandas kena caj
    about an hour ago ·
  • Shahrul Azam Golongan muslimah diwajibkan memakai tudung tetapi perlu mempamerkan jambul macam Hajah Mah.
    about an hour ago ·
  • Ikbal Hamzah hehhehrehrherherher!!
    about an hour ago ·
  • Mohd Azizi ‎-dimana ada lukah disitu lubuk duit...kesatuan ummah katanya..
    about an hour ago ·
  • Mohsein Azmi satu batu lontar sepuluh sen. nak kena mina muzalifah dan arafah ada tol!!!
    about an hour ago ·
  • Hafiz Nong ‎-caj 5% dikenakan bg setiap barangan,makanan, serta cenderahati yg bakal dibawa pulang oleh peserta haji..
    about an hour ago ·
  • Hafiz Nong Bercukur pun kena caj....
    about an hour ago ·
  • Raja Badrol Hisham Diwajibkan beli bintang korban dari ladang menteri,
    about an hour ago · · 1
  • Jefrie Sharif ‎'kursus usahawan' utk jemaah2 dari luar selepas tamat ibadah haji...
    about an hour ago ·
  • Ikbal Hamzah air?
    about an hour ago ·
  • Hafiz Nong Kroni dpt projek pembersihan masjidilharam serta pengubahsuaian masjid..tp..akhirnye bocor & runtuh sane sini..
    about an hour ago ·
  • Sepatu Hijau batu melontarpun terpaksa dibeli......
    about an hour ago ·
  • Ronasina Kartunis pakaian ihram ditukar ke warna merah
    about an hour ago ·
  • Haf Dzi Sofi ‎..sebelah kaabah akan wujud lagi sebijik shopping komplek ala ala sunway piramid berbentuk piramid giza dgn spinx ternganga macam nak ngap kaabah.
    about an hour ago ·
  • Ronasina Kartunis penggiat agama TETAP kena ada tauliah
    about an hour ago · · 1
  • Hafiz Nong Hahaha.,.mesti menteri hal ehwal agama makin kayo kan bang?,..banglo riban2 la...
    59 minutes ago · · 1
  • Chegu Fakta Auta papa gomo dan seantero...dapat tapak niaga...
    39 minutes ago ·
  • Ikbal Hamzah Waha hahaha.. Nasib baik x di msia..
    30 minutes ago ·
  • Mat Saman Kati Aku takut...kaabah pun hilang.
    10 minutes ago ·
  • Ronasina Kartunis itu paling betul, bang MSK
    7 minutes ago ·
  • Ronasina Kartunis doa untuk Sultan tetap ada
    7 minutes ago ·
  • Muta Ligat Logo 1malaysia k0mp0m ada !!! Lagi satu signboard ''projek KERAjaan barisan nasional'
    A few seconds ago ·

Friday, November 4, 2011

aku ini ketam durjana

aku tidak sepandai kamu, sayang. aku tidak sempat memakai jubah hitam dan mengutip sehelai kertas dari gedung ilmu sebagai lesen untuk aku berkokok megah menunjuk cerdik aku 'drop school' ijazah, lari dari medan perang merebut sarjanamuda kerana anakku sakit waktu itu. aku tidak pandai, hanya mahir menolak kereta sorong anak aku dan mengelak lekuk-lekuk aspal.

aku hanya mahasiswa universiti kaki lima yang masih mengulang 'paper'. aku tak baca buku banyak~ tebal-tebal ditulis penuh akademik dan falsafah oleh tokoh-tokoh pengubah dunia. aku tak pernah menjadi panelis mana-mana forum untuk menggoncang dunia dengan teori-teoriku.
aku hanya menyanyi lagu-lagu damai untuk merangsang dua anak cerebral palsy benihku.
aku tak pegang jawatan penting mana-mana pertubuhan atau organisasi walau pernah juga tapi aku lari.
aku hanya pegang jawatan ketua keluarga untuk isi perut isteri, annisa dan an-nur.

tapi aku nampak perangkap yang dipasang musuh untuk kamu, sayang. Supaya kamu melatah. dan mereka akan tembak lalu bom kamu sehingga kamu tewas dan tak dipuja.

aku ada juga baca berpuluh atau ratus buku tapi aku masih gagal habiskan buku karangan tuhan. Al Quran disimpulkan di dalam 7 ayat Al Fatihah tapi aku gagal menguasai arti setiap ayatnya. tunjukkan jalan yang lurus, jalan yang engkau redhai bukan yang sesat (ihdinassirotalmustaqim......)
aku tak tahu jalan lurus yang macamana yang engkau suruh aku faham setiap kali aku berdiri di atas sejadah memeluk tubuh, memujimu dalam keadaan tegak, bongkok tunduk dan duduk.
aku tak tahu Al fatihah disimpulkan di dalam kalimah Bismillahirrahmanirrahim yang mengandungi 19 huruf. mengapa digunakan 'bismi' (dengan nama). kenapa hanya dengan nama saja? mana perginya 'diri' yang bernama? hilang. yang tinggal 19 huruf mewakili 19 sifat dari 20. satu lagi hilang untuk dikenali.
Awaluddin makrifatullah. Awal agama mengenalnya. Tapi berapa ramai yang belum kenal? Ah! Aku tak mahu tanya berapa ramai tak kenal. Aku hanya mahu cerita yang aku sendiri saja.
Aku tak tahu Bismillahirrahmanirrahim itu disimpan rahsianya di dalam titik huruf Ba di awal ejaan itu.
Titik itulah benih yang telah mengembara dari alam loh mahfuz sebelum berkata jadi maka jadilah (kun fayakun), sebelum ditajalli menjadi nur lagi.
aku tak tahu.

aku tak tahu. aku tak pandai. tapi aku nampak musuh mengintai kamu, sayang. dengarlah walaupun aku tiada ijazah dan tak baca banyak buku. aku hanya ketam durjana yang reti menyanyi.

aku si penolak kereta sorong anakku.

Tuesday, November 1, 2011

tukar kompas



akhirnya aku kena diam sebentar, menyorot kembali ke belakang apa yang telah aku lakukan dan merenung jauh ke depan apa yang mesti aku teruskan. agak tersasar juga aku selama ini. perjuangan sekarang tetap diteruskan tetapi prioritynya adalah untuk kebajikan anakanda aku yang ditugaskan oleh Allah swt untuk aku laksanakan.

Nampaknya pemerintah Malaysia tak kira kerajaan apa pun BELUM meyakinkan aku dalam memberi keselesaan untuk Annisa dan An-Nur yang Cerebral Palsy , tidak seperti sesetengah negara kafir yang menganggap setiap jiwa ada hak untuk menikmati hidup.

Di negara2 maju mentalitinya, pemerintah mereka punya dasar anak OKU adalah ciptaan Allah yang mesti mereka jaga dan beri kebahagiaan dan hebatnya pemberian itu bukan dinamakan 'Bantuan" kerana mereka punya hak untuk itu. Mereka adalah rakyat negara itu dan menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menjaga mereka. Di sini, aku canggung membawa anak-anak aku bersiar kerana mata-mata orang sekeliling memandang seolah anak-anak aku ini lemah, perlu dikasihani, menyedihkan dan letih juga kadang2 nak jawab soalan2 mereka. Kalau ke majlis, di kedai kopi atau di mana-mana ketenangan akan diganggu dengan soalan2 seperti "kenapa ye?", "demam panas ke?" "berapa tahun dah?" walhal mereka bukan nak tolong apa pun. Kadang2 kami jawab, "maaf! Saya datang sini nak makan bukan nak jawab soalan2 setiap kali di mana kami singgah." paling sial jika mereka cakap, "kenan ke?", "saka ni...bla bla..." yang biasanya akan dijawab oleh kami "kenan apa ye? kenan babi atau monyet?" dan macam-macam.

Di negara bermentaliti maju, kemudahan diberi percuma seperti rawatan kesihatan, makanan dan minuman dan ibu bapa tidak perlu bekerja tetapi dibayar gaji penuh. mereka punya pandangan kanak-kanak OKU mesti dekat dengan ibu bapa mereka>. Anehkan? Mereka bukan Islam tetapi negara mereka mengamalkan dasar "family oriented". Di Malaysia, nak luluskan akta untuk beri lesen memandu kepada yang cacat pendengaran pun terkial-kial lagi sedangkan di negara maju Akta Cerebral Palsy sudah wujud sejak 60an lagi. Mereka telah menyelesaikan masalah 'dalam rumah' rakyat mereka kerana jika masalah dalam rumah rakyat dikurangkan, rakyat akan terurus dan mampu memberikan sumbangan kepada negara dengan baik sekali.
malaysia maju? kepala butoh! harta negara difaraidkan kepada anak beranak dan kroni aje.
Buku Jingga PR pun tak nampak apa-apa untuk OKU.

Setakat ini JKM adalah bagi bantuan, itu pun kadang2 lewat. Ingat! Bantuan tak semestinya duit dan selagi ia dinamakan 'bantuan' bunyinya kelihatan menagih2...ia adalah tanggungjawab.
Isu PRU kotor SPR tipu, isu bahasa dan PPSMI, isu LYnas ~ bagilah mereka yang juangkan!
Ini kompas aku! Kami akan pergi sampai mana kami akan pergi walaupun mungkin boleh mati...