Wednesday, November 23, 2011

Hope 2 Walk




Kempen mencari dana anak2 aku dinamakan "Hope 2 walk" yang diasaskan sukarela oleh Kecik, Bonai, Ustaz Wan Ji Al Bakistani dan disertai oleh Faizal Riduan ( penulis). Ummu Asiah dan Umi Zumrah isteri Dr.Badrul Amin juga memberikan khidmat. Di bawah ini dua amoi cun, Ki dan Shin Shin. Ki membuat design untuk fliers dan logo untuk kempen "Hope 2 Walk" Annisa dan An-Nur yang comel. Shin-Shin telah menterjemah website Erkang Hospital Beijing yang berbahasa Mandarin untuk memudahkan kami. Mereka adalah kawan Kecik.


Kecik (Tengah), Bonai (duduk) dan Ustaz Wan Ji Al Bakistani sedang merancang sesuatu untuk kempen ini. Kempen yang dinamakan "Hope 2 Walk" ini akan diluaskan ke facebook, twitter dan website yang mereka sedang usahakan.
Kemurahan tenagadan usaha mereka ini ,membuat kami terharu.

Selain itu ada juga yang telah menyumbangkan wang untuk pergerakan awal ini. Biar kecil nilainya tidak penting, keikhlasan itu yang mahal. Ada yang derma RM10 - tapi itu sudah baik untuk top-up aku.
Masa ini aku sangat sibuk dan jarang tengok blog. nama kalian yang terlibat akan kami masukkan satu demi satu nanti.
Doakan !

8 comments:

author faethal said...

Teruskan bro.
'Kecik' ni la yang aku jumpa di JB dgn Diqin masa dia escort Tukar Tiub sebelum Bersih 2.0 hari tu.

kulupSakah said...

ye, dia!

Anonymous said...

Salam bro..

Ni niat dan nazar aku..semalam rumah aku terbakar kat shah alam..atap, siling,dapur,dinding..wiring 1 rumah..bla..bla..bla..

Valuer insurans estimate hampir rm30K nak repair balik..

Esok aku akan uruskan utk claim insurans..duit lebih dari aku claim utk repair nanti aku akan sedekah+derma untuk anak2 lu..

Cuma aku nak minta lu doakan aku supaya cukupkan semayang 5 waktu dan moga aku dapat kerja lain dari kerja aku sekarang...

Email aku...sofiyakhadija@yahoo.com
Insyaallah dipermudahkan...
229348CF bbm..

kulupSakah said...

tumpang sedih dengan kejadian kebakaran itu sahabat, kau uruskanlah urusan kalian sehingga selesai. jika sudah, emel saja aku di ronasina@gmail.com.
terima kasih,
moga kita dirahmati Yang maha Esa.

Cenangau said...

Nak tolong dengan duit aku pun tak berapa nak ada tapi kalau takat nak parking banner tu kat dalam blog aku, memang takdak masalah. URL please...

kakcik said...

Kakcik dah tolong war-warkan di blog kakcik. Hanya itu yang mampu kakcik lakukan.

akuzle ayu said...

amin3!!

akuzle ayu said...

err.. kunampak Kakcik di sini..moh kiter sesama yer, kak?