akhirnya aku kena diam sebentar, menyorot kembali ke belakang apa yang telah aku lakukan dan merenung jauh ke depan apa yang mesti aku teruskan. agak tersasar juga aku selama ini. perjuangan sekarang tetap diteruskan tetapi prioritynya adalah untuk kebajikan anakanda aku yang ditugaskan oleh Allah swt untuk aku laksanakan.
Nampaknya pemerintah Malaysia tak kira kerajaan apa pun BELUM meyakinkan aku dalam memberi keselesaan untuk Annisa dan An-Nur yang Cerebral Palsy , tidak seperti sesetengah negara kafir yang menganggap setiap jiwa ada hak untuk menikmati hidup.
Di negara2 maju mentalitinya, pemerintah mereka punya dasar anak OKU adalah ciptaan Allah yang mesti mereka jaga dan beri kebahagiaan dan hebatnya pemberian itu bukan dinamakan 'Bantuan" kerana mereka punya hak untuk itu. Mereka adalah rakyat negara itu dan menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menjaga mereka. Di sini, aku canggung membawa anak-anak aku bersiar kerana mata-mata orang sekeliling memandang seolah anak-anak aku ini lemah, perlu dikasihani, menyedihkan dan letih juga kadang2 nak jawab soalan2 mereka. Kalau ke majlis, di kedai kopi atau di mana-mana ketenangan akan diganggu dengan soalan2 seperti "kenapa ye?", "demam panas ke?" "berapa tahun dah?" walhal mereka bukan nak tolong apa pun. Kadang2 kami jawab, "maaf! Saya datang sini nak makan bukan nak jawab soalan2 setiap kali di mana kami singgah." paling sial jika mereka cakap, "kenan ke?", "saka ni...bla bla..." yang biasanya akan dijawab oleh kami "kenan apa ye? kenan babi atau monyet?" dan macam-macam.
Di negara bermentaliti maju, kemudahan diberi percuma seperti rawatan kesihatan, makanan dan minuman dan ibu bapa tidak perlu bekerja tetapi dibayar gaji penuh. mereka punya pandangan kanak-kanak OKU mesti dekat dengan ibu bapa mereka>. Anehkan? Mereka bukan Islam tetapi negara mereka mengamalkan dasar "family oriented". Di Malaysia, nak luluskan akta untuk beri lesen memandu kepada yang cacat pendengaran pun terkial-kial lagi sedangkan di negara maju Akta Cerebral Palsy sudah wujud sejak 60an lagi. Mereka telah menyelesaikan masalah 'dalam rumah' rakyat mereka kerana jika masalah dalam rumah rakyat dikurangkan, rakyat akan terurus dan mampu memberikan sumbangan kepada negara dengan baik sekali.
malaysia maju? kepala butoh! harta negara difaraidkan kepada anak beranak dan kroni aje.
Buku Jingga PR pun tak nampak apa-apa untuk OKU.
Setakat ini JKM adalah bagi bantuan, itu pun kadang2 lewat. Ingat! Bantuan tak semestinya duit dan selagi ia dinamakan 'bantuan' bunyinya kelihatan menagih2...ia adalah tanggungjawab.
Isu PRU kotor SPR tipu, isu bahasa dan PPSMI, isu LYnas ~ bagilah mereka yang juangkan!
Ini kompas aku! Kami akan pergi sampai mana kami akan pergi walaupun mungkin boleh mati...

6 comments:
Sokongggggggg!!!!!!!!
Sebab apa negara kita jadi macam ni?
Sukar dihuraikan dalam tulisan yang singkat.
Mudahnya;
Pemimpin tak amanah -
kalau amanah inshaAllah sentiasa ada peruntukan bukan untuk sekadar bayar hutang negara yang dah bertimbun2, tapi untuk keperluan rakyat.
Ekonomi
Sosial
Pendidikan - ni paling penting. Kalau takde pendidikan, runtuhlah masa depan negara.
It's like a vicious cycle, bila pemimpin sekat pendidikan, rakyat jadi tak pandai, takde kesedaran nak pilih pemimpin yang adil, and so on.
Pemimpin tak berkelayakan -
Tak payah tengok pemimpin atasan, pekerja pejabat biasa pun kerja lambat, tak de organisasi, takde professional ethics langsung.
Aku bosan memikirkan masa depan dalam negara sendiri!
N3 nie senada dengan N3 terbaru Meor Pesta Jiwa...
Nak suruh hang 'bersabar' aku tak nak sebab...
1) aku tak layak
2) takut sia-sia kena maki dengan hang...
D'ayo
Bro,
Setuju...inilah perjuangan sebenar...Allah kurniakan anak2x tu adalah Medan perjuangan yang hakiki.
Perjuangan ko sekeluarga. Untuk hidup Dan terus hidup..hingga akhir hayat..walaupun siapa pemerintah waima regim apa pun...
Yang pasti hati anak2x mu berkata...berjuanglah ayahda...Demi diriku..
Anon Tanpa Nama- ikhtiar selagi bernyawa
Subahannallah..setuju..dari hati wa rase amat terharu dgn arah kompas lu Bro..
aperr nk jd dgn Msia..
Salam Ronasina,
Saya baru terbaca blog ini dan saya faham sgt dengan luahan hati saudara. Anak saya menghadapi Juvenile Arthritis, juga satu penyakit yg tidak berapa diketahui di Malaysia. Ada satu tahap mmg anak saya tidak boleh berjalan langsung kerana semasa itu para doktor yg merawatnya tidak dpt mengenalpasti apa penyakitnya. Tetapi syukur alhamudillah setelah setahun berusaha, akhirnya kami dapat mengenalpasti penyakit itu dan rawatan terus diberikan. Doktor pakar yg merawatnya pula hanya seorang sahaja di Malaysia dan hanya berada di Hospital Selayang. Sekarang anak saya menjalani kehidupan spt kanak2 lain tetapi kena makan ubat sepanjang hayatnya. Semasa dia dlm keadaan tidak bleh berjalan mmg ramai org yg 'sibuk' dan 'membuat andaian sendiri' ttg penyakit anak saya. Mmg sangat merimaskan.
Saya juga seperti saudara berharap agar kerajaan memberi lebih perhatian, kemudahan, kepakaran dan dana kepada penyakit2 yg sukar diubati spt anak saya dan juga anak saudara. Anak saya pernah masuk tadika bersama dengan seorang kanak2 celebral palsy. Dengan kesungguhan para cikgu tadika menjalankan terapi, kanak2 itu sudah boleh berjalan yg pada awalnya hanya terlantar shj.
Kepada anak saudara yg telah pergi, takziah saya ucapkan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin.
Post a Comment