Sunday, November 13, 2011

kau ilhamku, kau wiraku!

Tadi aku ke rumah Encik Hassan Suyut dan Cikgu Dora. Siapa mereka? Lihat buku ini:-

Atiq Wazif adalah anak lelaki mereka yang dilahirkan seperti Annisa dan An-Nur. Ketiadaan sekolah dan rawatan yang secukupnya untuk anak-anak Cerebral Palsy di Malaysia membuatkan Encik Hassan nekad mengorbankan pekerjaan mereka dan mengintai peluang ke luar negara yang menyediakan kepakaran yang cukup untuk Atiq Wazif. Mereka berusaha keras memanjat tangga ke sana ke mari, membuang perasaan segan demi melihat anak kesayangan mereka menikmati hak untuk mendapat rawatan. Berjumpa orang perseorangan, syarikat-syarikat, jabatan kerajaan dan swasta serta mana-mana yang difikirkan untuk mencari dana. Bukan sedikit yang diperlukan, hampir setengah juta ringgit Malaysia. Akhirnya berkat usaha yang gigih, bantuan penyumbang-penyumbang serta tenaga kerja ahli keluarga dan kawan-kawan, media-media ~ mereka berjaya mendapatkan dana. Mereka sekeluarga dengan anak-anak yang lain berangkat ke China untuk menjalani rawatan rapi dan latihan fisioterapi yang cukup tersusun. Satu hari Atiq Wazif dilatih selama 8 jam untuk tiga bulan pertama. Gambar di bawah menunjukkan keadaan Atiq pada awalnya dengan tulang belakang yang membengkok.

Tiga bulan dilatih, berehat sebulan dan menyambung latihan seterusnya sehingga setahun, akhirnya Atiq mampu berjalan. Suatu keajaiban!
Mereka sekeluarga kemudiannya ke Amerika Syarikat, meneruskannya di sana. Suka-duka, susah payah, ketawa, tangisan, persahabatan dan persaudaraan mewarnai kisah keluarga ini. Sesiapa yang mempunyai anak sebegini pasti dapat merasakan denyut syahdunya. Buku ini memaparkan perjalanan kisah mereka.

Buku cetakan pertama kisah mereka telah habis dijual dan sudah masuk cetakan kedua. Gambar di atas adalah senarai penderma-penderma yang terdiri daripada individu, syarikat, jabatan kerajaan dan swasta juga pertubuhan-pertubuhan. Antara yang turut menyumbang adalah Vincent Tan, bekas Menteri Besar Terengganu Idris Jusoh dan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan (sekadar menyebut beberapa nama).
Atiq Wazif (berbaju serba biru) di samping Annisa, An-Nur dan Sham. Di belakang dari kiri adinda yang menemani kami Faizal Riduan (penulis majalah Milenia) juga Encik Hasan Suyut dan Cikgu Dora.

Kalian berdua adalah wira! Menyediakan syurga untuk Atiq dan syurga jualah untuk kalian.

Misi kami

Terangsang dengan ini, kami juga mempunyai impian yang sama. Ingin melihat Annisa dan An-Nur mencapai kejayaan tertinggi dalam hidup mereka. Ini impian setiap ayah dan ibu di dalam dunia ini. Bagaimana pun keadaan anak mereka, mereka mahu melihat anak-anak mereka berjaya. Setelah beberapa tahun sebelum ini kami merancang dan beberapa kali tertangguh, kali ini kami merasakan masanya telah tiba untuk kami lakukan perkara yang sama. Mentelah pula kesihatan Annisa dan An-Nur stabil sekarang dan mereka semakin peka. Kalau keperluan Atiq lebih RM300ribu, sudah tentulah kedua anak kami memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000.
Apakah ini mustahil? Adakah aku ada wang sebanyak ini?
Sudah tentu tiada. Kami sedang berusaha menjual apa saja yang kami ada demi masa depan anak-anak kami. Kami akan menjual rumah, kereta, motorsikal, perabot dan peralatan dapur malah apa saja yang boleh dijual akan kami jual. Mungkin bersih kami masih tidak sampai RM100ribu, malah entah-entah tak sampai RM60 ribu agaknya. Kami akan cuba. Mulai hari ini, kami akan bergerak memanjat ke sana sini, menebalkan muka untuk kejayaan permata hati kami. Mungkin ada pihak yang akan malu dengan usaha kami ini, walau kau tentu takkan terfikir betapa malunya aku dan Sham hendak memulakan ini semua, tapi aku dah tak peduli. mungkin aku akan ditertawakan~ tak mengapa! Jika itu memuaskan hati mereka, aku rela puaskan. Kami akan bekerjasama dengan sesiapa yang sudi bekerjasama. Jika kalian ada cara untuk menjadikan misi ini berjaya, kemukakanlah di sini, di email aku : ronasina@gmail.com atau inbox di facebook aku : ronasina kartunis

kami juga mahu jadi wira untuk Annisa dan An-Nur seperti Hasan Suyut dan Kak Dora, wira Atiq Wazif.
Jika kalian mahu juga, aku alu-alukan! Mungkin jika suatu hari nanti kejayaan ini milik kita, akan aku rakamkan ia di dalam sebuah buku juga.

kau ilhamku, kau wiraku!

12 comments:

Anonymous said...

Bro,

1.Yes...aku salute lu bro...i'm first..

2.itulah perjuangan..aku doakan lu sekeluarga berjaya dan tabah..jangan putus asa..demi masa depan anak-anak..inilah amanah allah..

3.jika ini adalah catatan bersejarah buat lu..ini juga adalah hari bersejarah buat aku kerana aku akan bagi email aku kepada lu bro siap nama sekali sedangkan sebelum ini aku selalu tak bernama..emailkan no.akaun dan aku cadangkan lu buat satu tabung khas untuk itu. (azelan.abusamah@gmail.com)aku niat akan menyumbang sedikit yang aku mampu untuk perjuangan lu..tapi kalo perjuangan untuk ambiga...mati pun aku tak nak..haa...haaa..

4.kenapa nak 'malu' demi misi ini jika dibandingkan lu sanggup duduk atas jalan kerana 'bersih',lu sanggup berlari nak mencabar polis/kerajaan bagi menuntut keadilan.lu sanggup kehulu kehilir menuntut keadilan,menuntut kepimpinan bersih,kepimpinan islam...mencabar disana tak betul,disini tak betul...semua tak betul..maki sana,dimaki lagi...semua itu lakonan dan duniawi sahaja..

5.tapi yang ini betul...aku percaya inilah yang paling betul..sangat betul..dan amat adil untuk anak-anak mu..ayuh jangan pandang kebelakang..terus mara...aku percaya doa anak mu pasti membawa mu ke syorga..tempat dimana lebih adil daripada keadilan didunia..bukan lagi lakonan..tapi pasti adalah realiti perjuangan..

6.Jika ini perjuangan lu..lu akan lihat keadilan sebenar dimana jauh dari batasan politik,perkauman,extremis...kerana nilai insan tidak terbatas samada kamu islam atau bukan,melayu cina india,PKR,DAP,PAS,UMNO,MCA,MIC...semua pasti tidak terbatas...nilai insan yang jujur dan murni..demi kebahagian insan seperti anak-anak lu..inilah perjuangan keadilan..dan aku yakin serta percaya..lu memang ada hati untuk terus berjuang...berjuang untuk anak2x mu..biar ketitisan air mata darah sekalipun..aku percaya lu juga akan diangkat sebagai wira..jika bukan kami..tapi pasti dihati anak2x mu..

7.Bagi melancarkan perjalanan misi perjuangan lu ini..aku memohon seribu kemaafan jika aku ada menyinggung perasan lu..dan aku juga mencadangkan supaya lu memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran ke atas semua pihak samada yang tersirat atau tersurat..demi misi ini..aku pasti..keadilan hakiki akan menerangi kehidupan keluarga dan anak2x mu..

anon tanpa nama'ikhtiar selagi bernyawa' @ azelan.abusamah@gmail.com

kulupSakah said...

terima kasih. aku juga minta maaf. tapi aku tak pernah kesal apa yang aku buat dan aku percaya apa yang aku buat betul sebagaimana kau yakin kau betul.
kenyataan perjuangan untuk Ambiga, mencabar polis, maki itu ini adalah JELAS menghina aku kerana aku tak pernah berjuang kerana sosok tubuh sesiapa. kita boleh berbeza pendapat tapi menyatakan aku berjuang demi manusia lain adalah MENGHINA.
apa yang kau kata tentang keadilan tak terbatas melalui perjuangan anak2ku ini sangat betul.
terima kasih.

azmietaha said...

Ayuh, jangan bertangguh!

author faethal said...

Salam bro.
Emailkan no. akaun bro. Mungkin sumbanga aku tak banyak. Tapi sekurang-kurangnya aku nak 'saham' dalam kemajuan Annisa dan Annur.

Mudah-mudahan di sana kelak. Jika ditanya berapakah timbangan pahala ku. Sumbangan tak seberapa ini menjadi galang ganti di sana nanti.

email ye bro-->faethal@gmail.com

Anonymous said...

bro,

1. jika kata2x ku itu menghina..aku pasti hinaan itu akan menjadi api untuk membuat lu lebih bersemangat dan tidak berpatah hati dalam perjuangan misi anak2x lu..sebagaimana kerajaan ini tidak pernah berputus asa mempertahankan kepimpinan melayu walaupun ada cacatcelanya dimata kita..mereka tetap berjuang..terus berjuang walaupun ada sosok yang cuba meruntuhnya.

2.bro..emailkan no.akaun tabung anisa dan anur..t.kasih..mungkin aku boleh panjangkan kepada sosok2x yang lain..jgn kerana aku menghina lu pun tak jadi nak bagi no.akaun..hee..heee..ikhlas ni sebab aku memang akan hentam lu demi anisa dan anur..lu boleh preview balik kot tulisan aku yang lepas2x.

3.aku doakan misi lu berjaya..forever anisa dan anur.

anon tanpa nama 'ikhtiar selagi bernyawa'

anon tanpa nama

neslo said...

insyallah bro.. mudah mudahan usaha kau akan berjaya. aku akan tolong apa yang termampu

Faizal Riduan said...

Saya mahu bersama Annisa dan An-Nur!

Anonymous said...

assalam
mohon emailkan no akaun bank pada sy di ezamarny@yahoo.com.

Kimi Kay MS said...

salam wbt.

tersentuh hati sy & suami membaca entry tuan. semoga sumbangan kecil kami dapat membantu keluarga tuan dalam mencari penawar utk Annisa & An-Nur.

Anonymous said...

bro,

email me your bank account no to rsmgmt@gmail.com

Anonymous said...

Salam,sy nk menolong sekadar yg sy mampu utk meringankan beban abg sekeluarga,sila hantar no akaun maybank abg utk sy bantu ke email sy rocking44people@yahoo.com
~ semoga ALLAH mempermudahkan dan meringankan segalanya ~ Amin..

Dr Wan said...

Assalamualaikaum..kepada ibu bapa yg memiliki anak istimewa seperti masalah Autism,Dyslexia,Cereb Palsy ,Sawan sila berhubung terus dengan saya untuk mendapatkan rawatan secara holistik di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak.Jaminan dlm tempoh 6 bulan akan menampakkan perubahan.
019 6676236 -Dr Wan