Friday, December 2, 2011

kami dan Hope2Walk


sejak Isnin lepas 29 november bersamaan ulangtahun ke 13 perkahwinan kami - Annisa masuk wad kerana sesak nafas, diikuti esoknya An-Nur. Hari ini Sabtu masih di sini - namun semakin baik. Aku dan Sham juga turut demam dan sakit. Mungkin kami tak selasak dulu.
10 tahun lagi jika semuanya panjang umur - Annisa akan 20 tahun dan An-Nur 18 tahun sementara kami menuju 50 tahun.
Sebab itu kami sedang berusaha membantu anak-anak kami mencapai tahap tertinggi yang mereka mampu. Moga Allah merestui. Ada yang memberikan pandangan mengguris hati mempertikaikan jumlah yang kami perlukan terlalu besar iaitu hampir setengah juta ringgit sedangkan katanya belum tentu pulih lagi. Mereka menasihatkan kami bersabar dan redha dengan takdir, terima hakikat dan bermacam-macam lagi.
Tak mengapa kawan, tentang redha dan sabar atau hakikat tak perlulah kau ajarkan kami. kami telah merempuhnya tanpa sesaat pun rasa kesal.
Tentang perabis duit sedangkan belum tentu sembuh - kami tak pernah harapkan sembuh tetapi jika keajaiban berlaku, bagaimana? Tak cuba pasti tak tau. kami telah jumpa bermacam-macam orang malah pakar perubatan pun pernah memberitahu kami yang umur Annisa hanya 3 tahun saja, mereka tak boleh melihat (buta) dan mereka akan makan minum menggunakan tiub selama-lamanya sehingga jika keadaan teruk, perut akan ditebuk. kami lawan semua itu dan berusaha walaupun pakar tersebut menyatakan "langit ke tujuh pun cari takkan ada ubat"
Ya! kami degil dan kedegilan itu telah membuat kami nekad mencabut tiub di hidung Annisa dan melatihnya makan dan minum oral. Hari ini Alhamdulillah- dia sudah 10 tahun. Sesiapa yang punya anak pasti mahukan anak mereka mendapat pendidikan terbaik. Walaupun pendidikan di negara kita cukup tetapi ada di antara kita menghantar anak ke luar negara kerana mereka mahu yang terbaik. Begitu juga kami yang punya anak OKU tetapi di dalam negara hampir TIADA keperluan untuk Annisa dan An-Nur.
Setakat ini kutipan baru menjangkau RM10 ribu - masih jauh lagi. Terima kasih kawan-kawan yang berusaha dengan bermacam-macam cara. Ada yang menderma dalam akaun hanya RM3 saja tapi kesungguhan untuk menderma itu mengharukan kami.
Percayalah - kami percaya - kami akan berjaya! sampai di sini dulu...ketemu lagi
Ayuh!
haiya'alalfalah!

wad 5a hospital serdang
11.46 malam - 2 nov 2011

8 comments:

mae said...

tuan sungguh tabah...

Bicara hati ibu aisya said...

Semoga dipermudahkan segalanya.
Demi kemajuan dan peningkatan seorang anak...'kedegilan' itu perlu buat kita ibu bapanya.Saya pernah merasainya.Percayalah, setiap usaha pasti membuahkan hasil walaupun sedikit, namun cukup untuk membuatkan kita tersenyum.InsyaAllah..

Anonymous said...

Ya Allah. Berilah kekuatan dan darjat yang mulia buat kedua-dua hamba ini. Allah menyediakan pahala yang besar dan tidak putus-putus buat kedua2nya atas ujian yang amat getir.

Anonymous said...

urusan rumah hamba yg terbakar 2 minggu lepas blm siap sepenuhnya...

Insyaallah setelah selesai semuanya, bantuan akan dihulurkan secepat mungkin.

Masih menunggu jumlah dari pihak insurans..


//rgds
Throwluck

Anonymous said...

Bro,

1.syabas...teruskan usaha...inilah perjuangan..aku cuma membantu cuma sedikit..telah menolak semangat engkau bagi memastikan masa depan anak2x itu lebih baik.

2.jgn putus asa..teruskan perjuangan...apa jua yang manusia lain katakan dan hina kepada engkau..semangat engkau amat diperlukan oleh anak2x itu seperti semangat engkau semasa menentang kezaliman..

3.aku pasti...dalam situasi ini...engkau belajar sesuatu erti perjuangan,kezaliman,penghinaan,pengorbanan...segala2xnya...

4.keadilan untuk engkau mungkin bukan didunia ini..tapi pasti atas doa hati anak2x itu untuk diakhirat nanti..mengecapi keadilan hakiki..amin..

Anon tanpa nama- ikhtiar selagi bernyawa

akuzle ayu said...

amin3!!

Anonymous said...

Walaupun sya berlainan fahaman politik dan tidak sekata dlm setiap perjuangan anda tapi hati naluri ini tetap menyokong setiap langkah demi langkah utk si anak ini berkembang sempurna saperti orang lain walaupun dlm serba kekurangan.
Mari lah sama2 kita mencari titik tolak bagaimana utk menyempurnakan perjuangan yg belum selesai demi anak yg cukup mulia ini.Sama2 lah berdoa kepadaNya agar harapan ini menjadi satu kenyataan.
Salam sayang utk anak ini bro.. semoga tabah.

Captain Fahmi said...

Sy tiada anak kerana sy tidak kahwin lagi.

Tetapi sy punya seorang kakak yang terbaring. Sudah berbulan-bulan dia tidak mandi. Sebelum-sebelum ini sy saya yang angkat kakak saya ke bilik air. Kemudian ibu sy merangkak untuk memandikannya.

Sy tidak lagi mengangkat kakak sy kerana sakit dada akibat kemalangan jalanraya.

Perasaan saudara mungkin lebih "prihatin" sbb mereka adalah anak saudara berbanding dgn sy.

Semoga saya dan saudara "LULUS" dlm ujian ini. Insya-Allah.