Wednesday, October 3, 2012

AkuTakPeduliAkuAkanRockSampaiTua - konsert G4 - Petikan Legasi

Era Rock berbeza dengan hari ini. Selain munculnya band-band rock yang gah seperti Sweet Charity, Black Dog Bone, Search, Lefthanded, Rusty Blade, BPR, White Steel, Unwanted, SYJ, Bloodshed dan seterusnya Wings, May, XPDC turut memeriahkan demam ini ialah munculnya hero gitar. Selain vokalis band yang popular, gitaris seperti Rosli Mohalim dan Wan Ahmad (Sweet Charity), Hillary Ang dan Kid dari Search, Man Kidal dan arwah Samad (Lefthanded), Khalid Mubin (Rusty Blade), Opie (Bloodshed) juga Joe (Wings). Sehingga hari ini hero gitar ini menjadi idola peminat muzik rock khususnya berbagai generasi.
Bertempat di Life Centre pada malam 30 September yang lalu aku ke sana menyaksikan Konsert G4 : Petikan Legasi menampilkan Man Kidal, Hillary Ang, Kid Search dan Joe Wings - pertama kali di dalam sejarah konsert gitar. Dianjurkan oleh RK Polaris (RK bukan Ronasina Kartunis tau? hihi), aku teruja ke sana dan seawal 7.30 malam sudah berkumpul jemaah-jemaah rock. Tiket RM100-120 ini mengumpulkan lebih kurang 300 penonton yang sangat menghargai bakat pemuzik selain mungkin meminati muzik rock itu sendiri.
Mereka muncul di atas pentas pada awal persembahan di samping pemuzik undangan yang duduk di posisi gitar kedua, bass, keyboard dan drum. 
Kemudian Kid Search mengambil tempat memulakan persembahan dengan riff dan sound yang tersendiri. Aku meminati sound dan solo Kid yang unik juga. Aru Koffin Kanser penyanyi undangan Kid menyanyikan beberapa lagu. Kid memainkan solo 'Mencari'. Secara peribadi aku agak kecewa dengan Kid kerana walaupun lincah tetapi aku lihat aksi beliau seakan dikawal sesuatu dan agak poyo seperti Frankenstein.
Hillary Ang kemudiannya mengambil tempat dan tak perlu dinafikan beliaulah yang memberikan nafas dalam album Search lebih-lebih lagi album Langit Dan Bumi dan Mentari Merah Di Ufuk Timur. Solo Sebatang Tongkat Untuk Berdiri, Serigala SEgalanya, Pelesit Kota masih berdesing di telinga aku sejak dahulu. Evelyn Feroza diberi kepercayaan menyanyikan lagu bersama Hillary. sayangnya HIllary gagal mengingati malam itu malam beliau, sebaliknya menyangka beliau ahanya sebagai pemuzik pengiring kerana hanya melekat di sudut kanan pentas.
Joe Wings akhir mengambil giliran dan menunjukkan skilnya menyanyi lagu Orang Timur dan sebuah lagu blues. "Jangan bandingkan suara saya dengan Awie" selorohnya. Joe dengan kepantasan jarinya dan sound yang pelik-pelik berjaya memukau.
Sebelum Joe, Man Kidal muncul dahulu dan walaupun aku memang peminat setia Man tetapi aku tak perlu 'bias' untuk menilai bahawa beliau raja malam itu. Memulakan dengan instrumental 'Arah Yang Hilang' dari album Lefthanded - Evolusi, Man menggoreng dengan gila. Sentuhan Kidal adalah anthem dan wajib selain menggigit gitar.
Putera- penyanyi muda menyanyikan lagu mengiringi Man dan sebelum itu ke semua mereka menyanyikan lagu Hati Emas. Elly anak Man Kidal yang sepatutnya turut mengiringi persembahan tidak dapat hadir. Tetapi Man Kidal berjaya mengatasinya.
Ahh! Cukuplah tuu...












5 comments:

Anonymous said...

Terbaik ni

Anonymous said...

nak rock ke!! nak rak ke!!tak jadi hal bro!!tapi hati dan jiwa kena gak jiwang jiwangkan ngan allah swt.itu kita kena ingat mengingati,sebab kita sayang sama lu bro!!.

Ronasina said...

Untuk jiwang dengan Allah, sila baca posting yang lalu2 dan blog gua 'Wak Jono' kemudian kita bincang, oraitt?
Rock n roll pun boleh dengan Allah sebab kadang2 jiwang2 melemaskan..hehe

Anonymous said...

lemas dalam menjiwangkan allah lebih rock dari rock bro!!mintak maaf bro ini pertama kali sikap bro punya blog.posting yang lain nanti saya singkap ya bro!!apa pun buat pertama kali dah jatuh suka..kedua..ketiga jatuh cinta kut!!!hai bro!!bukan cinta apa,hanya cinta ilmu.

Irwan said...

CAYALAH bro! *jilat siku sendiri*

posting ni epik sebab:
a) ia cerita pasal rock; sifat rebel anti konformiti. Dan gambar2nya kejap besar, kejap kecik, soooo rockers!
b) ni cerita pasal satu sudut bro yg made you who u are now, cuma sebab dah jadi bapak, lu kaver sikit rock2 ni.
c) timing tepat sebab skrg bebudak mula beralih semula ke basic kugiran sebab dah mula jemu dgn elektronika, thanks to kawan lama kita dalam rock: Skrillex.
d) dua dalam satu: showcase latest concerts by these rock otais AND riding on em. almost genius...

I loike...