Kampung
Baru - sedang memandu. Tiba-tiba, "Bang! Tengok orang tua tu.." Sham
menjerit. Mujur juga kereta berhenti kerana berbaris menunggu lampu isyarat
yang sedang merah. Seorang tua berjanggut putih lebat sedang duduk di
perhentian bas tepi jalan. Biasa sahaja tetapi mengapa Sham menjerit
seolah-olah tertarik?
Yalah...
dari jarak tak sampai 10 meter dapat melihat pak cik yang tunduk itu bersih
mukanya. Berpakaian serba hitam, berselipar lain sebelah dan di sebelahnya
bungkusan plastik hitam berisi sesuatu.
Aku hendak
bertanya sesuatu lalu kubuka tingkap sebelah Sham dan bagai mengerti kami
hendak menyapanya tiba-tiba dia mengangkat muka, tersenyum ke arah kami dan
mengangkat kening seolah-olah bertanya, "Ada apa?"
"Nak
ke mana?" Jerit aku.
"Balik.."
jawabnya perlahan tetapi gerak bibirnya dapat difahami. Dia tersenyum sahaja.
"Balik
mana?"
"Dari
asal mana kita datang!" jawabnya.
Kereta pun
bergerak dan aku terpaksa meneruskan pemanduan.
Ya! Ke mana
pun kita pergi kita mesti akan pulang ke tempat asal. Ombak pulang ke pantai.
Do Re Mi akan pulang ke Do semula...
Bukannya
berapa banyak kau kendong hasil yang usaha kau untuk menebus ganjaran di sana
tetapi yang penting nampak dulu jalan pulang. Nelayan yang banyak hasil
tangkapannya akan merintih jika tidak nampak pantai...jika tidak kenal jalan
pulang.
Yang
dirindui kekasih adalah sebuah kepulangan..
pulang
dengan senyum, suci tanpa cacat cela...
Dari Ahmad
ke Ahmad...
ya! Ahmad
tanpa huruf Mim...
No comments:
Post a Comment