Friday, October 26, 2012

Korbani korbani!

Korban 1
Balik beraya korban semalam pastilah ada agenda berborak dengan kawan sekampung. Lalu terbukalah cerita tentang kawan aku orang kuat PKR membawa seorang artis yang masuk Pakatan Rakyat berceramah di sebuah kampung dalam daerah kami. Kawan aku tanyalah pusat berapa nak bagi saguhati kat artis yang dah malap ni.
Menurut PKR pusat kalau ceramah di Lembah Klang tak perlu bayar tetapi jika di luar boleh bagi elaun RM200.
Kawan aku pun siapkanlah RM200 dan Ketua Cabang pun tambah duit poketnya sendiri RM50 untuk genapkan RM250.
Rupa-rupanya artis tu dah siap letakkan harganya RM500.
Kih kih kih!
Kalau seminggu tiga program atau sebulan dua belas program okeylah kannnnn?
Masyuuuk!

Korban 2
Lalu aku teringat ketika kes demo depan masjid ubudiah dan istana bukit chandan Kuala Kangsar ketika rampasan kuasa oleh kapten Jib Sparroh dulu. Ramai kawan kami ditangkap. Malamnya ada ceramah di rumah MB dan diceritakanlah kisah OKT ini betapa mereka adalah wira rakyat dan kutipan derma pun dibuatlah untuk wira-wira ini. Diumumkan malam itu berjaya memungut RM13 ribu.
Tapi sampai hari ini duit tu tak sampai ke tangan OKT dan mereka berkelintau jugalah mencari duit jamin.
Kawan-kawan ni kata tak kesah sangat dengan duit ni, bukan itu matlamatnya tapiiii.......
Marilah kita ketawa dengan kisah pengorbanan ini....

1 comment:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

akhirnya konsep dan certa korban boleh di luaskan jugak ...kah kah