Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Tuesday, October 30, 2012

duduk bantah tidur muntah

kawan aku ada sertai Pertandingan Tulis Sajak Duduk Bantah Bersih 3.0 dulu (waktu ni aku di Beijing). Perkembangan yang dibaca adalah penyertaan tetapi sehingga hari ini keputusan tak keluar-keluar. hadiah pertandingan ok juga. sekitar RM1500.
dia tanya penganjur ada dalih itu, tanya Harakah yang menyiarkan iklan tu kata cam gitu pulakkk...
ni dah nak masuk Bersih 4 dah ni habuk pun tarakkk....
kih kih kih!
harap Harakah dan Dinsman kasi clear jangan buat orang tertanya-tanya 'macam orang gila'...

gempar! spesis baru ditemui


Sunday, October 28, 2012

Suatu Hari di Kebun Buah



Lama juga aku di kebun buah-buahan Islam itu. Ramai penjual buah-buahan tunggu di pokok masing-masing dan memanggil-manggil aku merapati mereka. Ada penjual buah Islam Sunni, ada buah Syiah, ada buah Liberal, Kontemporari, ada juga buah Hadhari dan seribu satu macam buah Islam lagi. Masing-masing menyatakan buah mereka paling bagus. Apabila aku menanyakan tentang asal -usul buah yang merek ajaja, di antara mereka ramai yang gagal memberikan jawaban yang meyakinkan. Ketika ada beberapa penjaja mencanangkan kelazatan buah yang mereka jual, aku bertanya pernahkah mereka melihat dan merasai isi di dalamnya. Ada di antara mereka memberitahuku mereka tidak pernah merasainya malah mereka tidak membenarkan aku merasainya kerana mereka juga diajar untuk tidak bertanyakan apa isi dalamnya. Mereka hanya mengulang cerita dari kelazatan itu berdasarkan apa yang telah diterangkan oleh orang-orang sebelumnya.
Tiba-tiba bapaku datang membawa sebiji buah. Dikupasnya buah tersebut dan dihulurkannya isi buah. Aku memakannya dan ia sangat lazat. Aku berasa sangat terpesona dengan kelazatan sehingga aku mabuk. Suara penjaja yang memanggil-manggil tidak lagi aku hiraukan malah wajah bapaku sendiri makin lama makin fana di dalam dzauk.

Foto hiasan: Pyanhabib, aku dan Abby Abadi

Friday, October 26, 2012

Korbani korbani!

Korban 1
Balik beraya korban semalam pastilah ada agenda berborak dengan kawan sekampung. Lalu terbukalah cerita tentang kawan aku orang kuat PKR membawa seorang artis yang masuk Pakatan Rakyat berceramah di sebuah kampung dalam daerah kami. Kawan aku tanyalah pusat berapa nak bagi saguhati kat artis yang dah malap ni.
Menurut PKR pusat kalau ceramah di Lembah Klang tak perlu bayar tetapi jika di luar boleh bagi elaun RM200.
Kawan aku pun siapkanlah RM200 dan Ketua Cabang pun tambah duit poketnya sendiri RM50 untuk genapkan RM250.
Rupa-rupanya artis tu dah siap letakkan harganya RM500.
Kih kih kih!
Kalau seminggu tiga program atau sebulan dua belas program okeylah kannnnn?
Masyuuuk!

Korban 2
Lalu aku teringat ketika kes demo depan masjid ubudiah dan istana bukit chandan Kuala Kangsar ketika rampasan kuasa oleh kapten Jib Sparroh dulu. Ramai kawan kami ditangkap. Malamnya ada ceramah di rumah MB dan diceritakanlah kisah OKT ini betapa mereka adalah wira rakyat dan kutipan derma pun dibuatlah untuk wira-wira ini. Diumumkan malam itu berjaya memungut RM13 ribu.
Tapi sampai hari ini duit tu tak sampai ke tangan OKT dan mereka berkelintau jugalah mencari duit jamin.
Kawan-kawan ni kata tak kesah sangat dengan duit ni, bukan itu matlamatnya tapiiii.......
Marilah kita ketawa dengan kisah pengorbanan ini....

Salut untuk yang berkorban

Wednesday, October 24, 2012

semangat cakaaaaap jelaaahhh!

selamat berkorban!
dari kecil sampai besar kalau hari raya korban pasti khutbahnya pasal Nabi IBrahim nak sembelin anaknya Nabi Ismail. diulang-ulang peristiwa itu sekadar nostalgia. Lepas tu kerumun lembu sambil gelak ketawa sehingga lembu berasa tension sebelum disembelih.
Akhirnya pesta makan ajee....

media langsung tiada membangkitkan semangat korban. Apa yang perlu diikorban? kenapa anak yang hendak disembelih?
sebab anaklah yang paling disayangi.
tetapi selalunya ceramah ni cakaaaappp je...
terkesan juga dengan kata-kata kawanku John Jemang "macam peristiwa Hijrah, yang kerap diulang cakap ialah acara hijrah itu. Berkenaan rombongan Mekah sampai, tentang Muhajirin dan Ansar bersatu....tapi pernahkah dihayati lalu diamalkan pengorbanan mereka menerima rombongan?"
"bayangkan mereka datang tanpa bawa apa-apa dan penduduk Madinah memberi apa yang ada pada mereka seperti tempat tinggal, tanah, kediaman untuk dikongsi bersama."

seperti begini:- Hey! Marilah datang saudaraku! duduklah rumah aku ini, makanlah apa yang ada... Haa tanah aku tu mari kita sama-sama kerjakan! Kita kan bersaudara?
boleh kita cakap begitu kepada saudara kita yang berhijrah ke sini.
Kita? bukan kau saja? Aku pun?
Ustaz-ustaz yang berceramah tu pun buat...
boleh?
SElamat HAri Raya Korban!

Tuesday, October 23, 2012

Si penghina Islam

Apabila ada orang menghina agamaku dan rakan seagama yang bersekongkol dengan penghina itu terus membisu, menjadi tugas aku untuk menghina pantat babi ini!

Monday, October 22, 2012

Friday, October 19, 2012

selamat hari hartal sa-malaya

20 oktober 65 tahun lalu...  satu mogok besar-besaran oleh penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India bagi membantah penubuhan Perlembagaan Persekutuan. Gerakan ini diketuai oleh AMCJA-PUTERA, iaitu gabungan parti dan persatuan berbilang kaum, yang juga bertujuan untuk meminta kemerdekaan daripada pihak British dan juga mencadangkan Perlembagaan Rakyat untuk diguna pakai oleh Tanah Melayu. British telah mengisytiharkan darurat pada 1948 dengan alasan untuk membanteras pergerakan komunis walhal kebangkitan total rakyat menggusarkan mereka. Hampir 30ribu ditangkap, dipenjara dan ada juga yang dibuang negeri . Sepuluh ribu daripada jumlah tadi adalah Melayu. (sumber: kalampatah.blogspot.com)

hari hartal patut diiktiraf kerajaan sebagai hari perjuangan.

tarikh keramat 20 oktober ini juga empat tahun lalu, srikandi tanahair Shamsiah Fakeh pulang ke rahmatullah. foto ini saksi penghormatan terakhir kami terhadap pejuang

Tuesday, October 16, 2012

kata Tok

"Dalam hidup ni kita tak boleh menunggu aje kamu tahu?" kata Tok sambil turun dari basikalnya. Aku yang membonceng di belakang melompat turun. Basikal diangkat Tok masuk ke dalam bot penambang untuk menyeberangi Sungai Perak menuju bandar Kuala Kangsar.
"Kita kena tahu, belajar mengenal bukan menghafal...sebab apabila kita mengenal maka barulah kita faham. dan kemudian kita akan dicuba dengan kefahaman kita. dari situ akan timbul keyakinan dan dari keyakinanlah akan datang nikmat."
"Bukan nikmat datang baru kita yakin?" tanya aku yang baru lepas SRP.
"Itu tangga lain dalam bab yakin." kata Tok sambil duduk.
Pemandu bot menghidupkan enjin. Aku memandang Kampung Sayong Lembah yang ditinggalkan bot menuju ke seberang. Sayup dari jauh nampak Istana Bukit Chandan dan Masjid Ubudiah, kampung Tok sebelah mak.

"banyak orang hari ini bercakap tapi tak merasa sebenarnya apa yang dicakapkan. ia dimulut sahaja. kamu tahu sifat Allah ada dua puluhkan? Yang pertama apa?" tanya Tok.

"Wujud" pantas sahaja aku menjawab."Maknanya ada?"

"Mana maujudnya? Kalau ada asma'  mesti ada dzat,sifat dan afa'al..tapi di mana maujud bagi kewujudanNya? Dan sifat Allah itu bersalah-salahan dengan makhlukNya yang baharu ..Mukhalafatuhu lil hawadis" kata Tok.

"Maksudnya kalau sifatnya Wujud maka ia mestilah bersalah-salahan dengan makhluknya. Maknanya makhluk atau kita ini tak wujud? tapi kita ini wujud Tok?" tanya aku menggaru kening.

Bot penambang sampai ke tebing. Tok mengangkat basikal dan membayar empat kupang. sekupang untuk dirinya, sekupang untuk aku dan dua kupang harga basikal.

Tok dan Pah bersama aku (duduk kiri) dan sepupuku Arip

"Man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu" kata Tok. Aku membonceng basikal dan kami berhenti di sebuah gerai tepi jalan bandar Kuala sambil pekena ais kacang dan laksa...

Friday, October 12, 2012

Jom ke konsert hari ini

Konsert 8T Bersih di Stadium Kelana Jaya dari jam 4pm-11pm.
Gerai Hope2Walk ada di sana.
Band dan penyanyi yang hebat lagi melawan!

Wednesday, October 10, 2012

taik-taik lembu menghalang laluan

isu pertekakan orang-orang pro Azmin dengan Faekah setiausaha politik Khalid Ibrahim, Menteri Besar sehingga mengusulkan di sidang media agar Faekah dipecat adalah ibarat taik-taik lembu yang menghalang sebuah perjalanan suci menuju syurga.
Musuh yang hendak diperangi tidak diperangi betul-betul tetapi bergaduh dengan ahli keluarga sendiri macam bergaduh dengan musuh.
Bijakkah kita apabila bergaduh dengan ahli keluarga terus bertemu jiran dan musuh memberitahu keburukan ahli keluarga kita? dan mereka inilah juga yang sedang bercakap tentang perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran..
Bukan! Bukan! Bukan aku orang sesiapa sebab itu sejak dahulu aku mengambil pendekatan untuk tidak rapat sangat dengan mana-mana pimpinan  parti walaupun kami kenal antara satu sama lain.
Bukan! Bukan! Bukan pula aku benci dengan diorang. Tidak! Cuma dalam keadaan bapak belum mati anak-anak dah bercakar ni buat aku meluat.
hakkk tuih!

ni sorang lagi...ustat nasha nih..kenyataan akhir-akhir ni lebih banyak mengganggu Pakatan Rakyat dan memberi keuntungan kepada musuh. Yaalaah! Musuh mana lagi. Umno /BN laa..lanun tu. Dah mula cakap macam Hasan Ali Al Kepala Bana. Cuba cakap siapa yang berdoa agar kerajaan Kristian didirikan di Malaysia. Kalau ada pun, takkanlah kita nak larang orang berdoa. Isyy! Kita buatlah kerja kita. Haritu Hasan Ali kata ada Injil kuasa solar dan ada usaha murtad. janji nak tunjuk bulan Ramadhan dulu tapi saksi dilanggar lori katanya..
dey! mana diaa??
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sudah menulis 'halakan senjatamu ke arah musuh,jangan halakan senjata ke arah kawan walaupun tiada peluru'. Faham-faham!
ini semua taik-taik lembu yang busuk mencandu...

mabuk dan lalok kuasa ni lebih teruk dari lalok di konsert. sampah-sampah selepas konsert boleh disapu tetapi sampah-sampah merosakkan perjuangan ni amat membusukkan.
moral politikus yang cakap berbelit-belit melentok lenggok lebih haprak dari penonton konsert rock yang terkinja-kinja menari. tapi kaki bedah moral tak nampak semua ni. yang dia nampak budak berdengung. kutuk dan cerca bebudak ni konon rendah akhlak, bangang dan sesat. dia pegang kunci syurga dan mahu masuk sorang-sorang. "Kemut! Mau masuk syurga soghang-soghang ja!" kata peguam Fadiah pada aku dulu.
Yalah! kalau budak berdengung tu dekatilah...nampak mat rempit tu janganlah menjeling aje...kadang-kadang tu dia salam ahli dia je, kita yang sedang berborak dengan ahli dia tak dipedulikan...ahaiiii!
ahhh! apabende yang aku melalut nih? ok chow!

Attennnntiiiooonnnn!
mamat di atas ini akan menempel menjual lukisan buruk ala pikasot nya di konsert 8T Bersih 13 Oktober kat Stadium Kelana Jaya. JOM!

Tuesday, October 9, 2012

Nasha insooong matakajiii


Kartun ni dah tiga tahun dan tetap relevan.ia akan terus disiarkan!

Monday, October 8, 2012

Suaraummmm!!!

Konsert Bersih-Bersih Konsert


Ada juga suara ahli parti PR yang sinis menyindir bahawa konsert ini tak perlu.
Ada juga yang berpesan agar jangan lupa solat, jangan lalok, jangan tak tutup aurat, jangan buat sampah dan jangan bergaul bukan mahram.

Baik!
1. Jika Pakatan Rakyat bukan bermaksud "Pakatan Tiga Parti Politik" atau termasuk PSM sebaliknya PR merangkumi semua 'rakyat' seperti slogan "For All" maka mereka harus faham akan perbezaan cara dan kepelbagaian gaya. Rakyat bermaksud semua golongan tak kira ahli parti atau di luar parti yang lebih ramai termasuklah pelacur, mat gian, haji dan hajah, OKU dan lain-lain. Ahli parti ini yang masih gagal menghayati pemikiran pemimpin mereka (dan mungkin ada sesetengah pemimpin juga masih tak faham) harus tidak menolak habis-habisan kelainan ini dan memaksa golongan ini menyertai mereka.

2. Perjuangan suci ialah perjuangan mencelikkan rakyat bukan perjuangan mengajak orang masuk parti politik yang ada sesetengahnya tak hayati perlembagaan parti sendiri. Sepatutnya ahli parti khususnya anak muda dalam parti mengambil kesempatan ini untuk turun dan menyantuni golongan yang pergi konsert. Jika hanya turun ke pentas ceramah sahaja, anak-anak muda konsert tiada di sana. Jika anda berpendapat konsert itu hiburan melalaikan mereka juga menganggap ceramah itu hiburan melalaikan juga. Bagi mereka terlanguk dan ketawa dengar ceramah tak jauh bezanya dengan menari dan menyanyi di konsert. Isi atau mesej? Ilmu? Hahahah! Nak cerita bab dan tertib menuntut ilmu sila buka kitablah. Takkan tak reti-reti.

3. Mat Minah konsert dan aktivis seni juga turut berjuang menentang kebobrokan pemerintah dengan cara mereka dan itu hak mereka. Rock lahir kerana protes terhadap penindasan. Blues merintih dalam kesengsaraan perhambaan manusia. Raggae, Dang Dut adalah suara marhaen bergelandangan. Folk adalah keluhan rakyat. Semua ini ekspresi yang lahir dari penindasan. Dalam perang ada lagu yang dinyanyikan untuk membakar semangat.Perjuangan ini bukan milik sesiapa. Ada aktivis 'tak islamik' telah mengambil tugas ahli politik muda yang jarang turun ke sarang anak muda di tempat konsert, di litar rempit dan di lorong-lorong. Memang susah tapi ia harus dilakukan. Rasulullah ditindas dan berhijrah ke Madinah. Rombongan hijrah disambut penduduk Madinah dengan pukulan-pukulan rebana dan tabuh yang berirama melagukan Tala'al Badru Alaina sementara ada anak-anak gadis dan kaum wanita berlari-lari anak mendapatkan rombongan. Bayangkan kalau Rasulullah marah dan berkata "Hoi! Ni apa berlari-lari nih? Tak malu ke?"
Hahaha!

4. Buang sampah, lalok, ganas? AHHH! Harap dapat dikawal dan berdoalah. Atau jom turun bantu. Bantu juga budaya lalok kuasa dan ganas berebut kedudukan di dalam parti sendiri dan buanglah sampah yang merosakkan parti serta perjuangan sama.

5. Ada juga yang risau konsert ini akan dimanipulasi media regim yang mengaitkannya dengan Parti Pembangkang seperti insiden 'tunjuk punggung' Carburetor Dung pada konsert protes minyak beberapa tahun dulu, aksi tayang punggung pada gambar PM malam 31 Ogos lalu.
Ahhh! Sejak bila media regim lapor yang baik-baik? Tanpa tayang punggung pun akan dimanipulasi. Pergi umrah, naik jet, hadir di majlis pluralisme pun akan dimanipulasi.

Sebab itu , turunlah! Tengok sendiri dan sampaikan tugasmu. Jangan hanya baca dan dengar cerita Carburetor Dung tunjuk punggung yang diperbesar-besarkan seolah-olah memang tunjuk punggung walhal ada tak anda nampak punggung dia terdedah?
Kepada mereka yang ambil bahagian dalam konsert ini juga ambillah nasihat yang wajar, jika perjuangan menentang kebobrokan itu suci, maka jangan juga dikotorkan acara.

Reformasi yang meminggirkan seni dan kebudayaan akan tempang. Reformasi adalah perjuangan berbagai jalur dan setiap jalur akan mengepung pemerintah yang makin lama makin tersepit.

JOM!

Saturday, October 6, 2012

ukulele untuk An_Nur

video
cahayaku
ku rempuh badai yang menghentam rusuk
ku redah gerimis peniti dan belati yang mencucuk mata
biar ngilu menggigit hempedu
biar sebak menekan halkum
biar ditertawa syaitan tak nyata
asalkan cahayamu lurus memancar

pedulikan sulbi yang terlipat
persetankan belikat yang tersimpul
cahayamu ku pegang
untuk ku suluh jalan pulang

Friday, October 5, 2012

bersama angin...


Kampung Baru - sedang memandu. Tiba-tiba, "Bang! Tengok orang tua tu.." Sham menjerit. Mujur juga kereta berhenti kerana berbaris menunggu lampu isyarat yang sedang merah. Seorang tua berjanggut putih lebat sedang duduk di perhentian bas tepi jalan. Biasa sahaja tetapi mengapa Sham menjerit seolah-olah tertarik?

Yalah... dari jarak tak sampai 10 meter dapat melihat pak cik yang tunduk itu bersih mukanya. Berpakaian serba hitam, berselipar lain sebelah dan di sebelahnya bungkusan plastik hitam berisi sesuatu.

Aku hendak bertanya sesuatu lalu kubuka tingkap sebelah Sham dan bagai mengerti kami hendak menyapanya tiba-tiba dia mengangkat muka, tersenyum ke arah kami dan mengangkat kening seolah-olah bertanya, "Ada apa?"

"Nak ke mana?" Jerit aku.

"Balik.." jawabnya perlahan tetapi gerak bibirnya dapat difahami. Dia tersenyum sahaja.

"Balik mana?"

"Dari asal mana kita datang!" jawabnya.

Kereta pun bergerak dan aku terpaksa meneruskan pemanduan.

Ya! Ke mana pun kita pergi kita mesti akan pulang ke tempat asal. Ombak pulang ke pantai. Do Re Mi akan pulang ke Do semula...

Bukannya berapa banyak kau kendong hasil yang usaha kau untuk menebus ganjaran di sana tetapi yang penting nampak dulu jalan pulang. Nelayan yang banyak hasil tangkapannya akan merintih jika tidak nampak pantai...jika tidak kenal jalan pulang.

Yang dirindui kekasih adalah sebuah kepulangan..

pulang dengan senyum, suci tanpa cacat cela...

Dari Ahmad ke Ahmad...

ya! Ahmad tanpa huruf Mim...

seperti angin...

Kampung Baru - sedang memandu. Tiba-tiba, "Bang! Tengok orang tua tu.." Sham menjerit. Mujur juga kereta berhenti kerana berbaris menunggu lampu isyarat yang sedang merah. Seorang tua berjanggut putih lebat sedang duduk di perhentian bas tepi jalan. Biasa sahaja tetapi mengapa Sham menjerit seolah-olah tertarik?
Yalah... dari jarak tak sampai 10 meter dapat melihat pak cik yang tunduk itu bersih mukanya. Berpakaian serba hitam, berselipar lain sebelah dan di sebelahnya bungkusan plastik hitam berisi sesuatu.
Aku hendak bertanya sesuatu lalu kubuka tingkap sebelah Sham dan bagai mengerti kami hendak menyapanya tiba-tiba dia mengangkat muka, tersenyum ke arah kami dan mengangkat kening seolah-olah bertanya, "Ada apa?"

"Nak ke mana?" Jerit aku.
"Balik.." jawabnya perlahan tetapi gerak bibirnya dapat difahami. Dia tersenyum sahaja.
"Balik mana?"
"Dari asal mana kita datang!" jawabnya.

Kereta pun bergerak dan aku terpaksa meneruskan pemanduan.
Ya! Ke mana pun kita pergi kita mesti akan pulang ke tempat asal. Ombak pulang ke pantai. Do Re Mi akan pulang ke Do semula...
Bukannya berapa banyak kau kendong hasil yang usaha kau untuk menebus ganjaran di sana tetapi yang penting nampak dulu jalan pulang. Nelayan yang banyak hasil tangkapannya akan merintih jika tidak nampak pantai...jika tidak kenal jalan pulang.
Yang dirindui kekasih adalah sebuah kepulangan..
pulang dengan senyum, suci tanpa cacat cela...
Dari Ahmad ke Ahmad...
ya! Ahmad tanpa huruf Mim...

Thursday, October 4, 2012

Bajet: anak muda dapat diskaun Rm200 beli smartphone, anak Ali Ketam dapat kahwin

Betul punya cilaka! Babi!
Hari ini mahfuz mendedahkan peranan jabatan kerajaan negeri dalam membiayai kenduri kahwin anak Ali ketam yang dihadiri lebih 200 ribu orang. Belanjanya rm600 ribu.
Mungkin ini sekadar mengikut teladan ketua agama yang beli plat kereta rm500juta.
Semua makan free! Ada sponsor! Pergi unrah tiap-tiap tahun sponsored! Naik jet, lim0, beca, basikal semuanya sponsored. Hotel penginapan sponsored tak kiralah ahli politik parti apa sekali pun.
Kawan-kawan aku yang punya anak Oku terlantar muntah hijau bekerja cari duit rawatan anak tapi tetap tak mampu.
Ini Malaysia punya ahli politik, depa kelahi pun depa kaya!
Blahlah lu orang! Jika tiada keseriusan untuk membela anak Oku aku akan tidak mengundi!
Sama sahaja!

Wednesday, October 3, 2012

AkuTakPeduliAkuAkanRockSampaiTua - konsert G4 - Petikan Legasi

Era Rock berbeza dengan hari ini. Selain munculnya band-band rock yang gah seperti Sweet Charity, Black Dog Bone, Search, Lefthanded, Rusty Blade, BPR, White Steel, Unwanted, SYJ, Bloodshed dan seterusnya Wings, May, XPDC turut memeriahkan demam ini ialah munculnya hero gitar. Selain vokalis band yang popular, gitaris seperti Rosli Mohalim dan Wan Ahmad (Sweet Charity), Hillary Ang dan Kid dari Search, Man Kidal dan arwah Samad (Lefthanded), Khalid Mubin (Rusty Blade), Opie (Bloodshed) juga Joe (Wings). Sehingga hari ini hero gitar ini menjadi idola peminat muzik rock khususnya berbagai generasi.
Bertempat di Life Centre pada malam 30 September yang lalu aku ke sana menyaksikan Konsert G4 : Petikan Legasi menampilkan Man Kidal, Hillary Ang, Kid Search dan Joe Wings - pertama kali di dalam sejarah konsert gitar. Dianjurkan oleh RK Polaris (RK bukan Ronasina Kartunis tau? hihi), aku teruja ke sana dan seawal 7.30 malam sudah berkumpul jemaah-jemaah rock. Tiket RM100-120 ini mengumpulkan lebih kurang 300 penonton yang sangat menghargai bakat pemuzik selain mungkin meminati muzik rock itu sendiri.
Mereka muncul di atas pentas pada awal persembahan di samping pemuzik undangan yang duduk di posisi gitar kedua, bass, keyboard dan drum. 
Kemudian Kid Search mengambil tempat memulakan persembahan dengan riff dan sound yang tersendiri. Aku meminati sound dan solo Kid yang unik juga. Aru Koffin Kanser penyanyi undangan Kid menyanyikan beberapa lagu. Kid memainkan solo 'Mencari'. Secara peribadi aku agak kecewa dengan Kid kerana walaupun lincah tetapi aku lihat aksi beliau seakan dikawal sesuatu dan agak poyo seperti Frankenstein.
Hillary Ang kemudiannya mengambil tempat dan tak perlu dinafikan beliaulah yang memberikan nafas dalam album Search lebih-lebih lagi album Langit Dan Bumi dan Mentari Merah Di Ufuk Timur. Solo Sebatang Tongkat Untuk Berdiri, Serigala SEgalanya, Pelesit Kota masih berdesing di telinga aku sejak dahulu. Evelyn Feroza diberi kepercayaan menyanyikan lagu bersama Hillary. sayangnya HIllary gagal mengingati malam itu malam beliau, sebaliknya menyangka beliau ahanya sebagai pemuzik pengiring kerana hanya melekat di sudut kanan pentas.
Joe Wings akhir mengambil giliran dan menunjukkan skilnya menyanyi lagu Orang Timur dan sebuah lagu blues. "Jangan bandingkan suara saya dengan Awie" selorohnya. Joe dengan kepantasan jarinya dan sound yang pelik-pelik berjaya memukau.
Sebelum Joe, Man Kidal muncul dahulu dan walaupun aku memang peminat setia Man tetapi aku tak perlu 'bias' untuk menilai bahawa beliau raja malam itu. Memulakan dengan instrumental 'Arah Yang Hilang' dari album Lefthanded - Evolusi, Man menggoreng dengan gila. Sentuhan Kidal adalah anthem dan wajib selain menggigit gitar.
Putera- penyanyi muda menyanyikan lagu mengiringi Man dan sebelum itu ke semua mereka menyanyikan lagu Hati Emas. Elly anak Man Kidal yang sepatutnya turut mengiringi persembahan tidak dapat hadir. Tetapi Man Kidal berjaya mengatasinya.
Ahh! Cukuplah tuu...












Monday, October 1, 2012

najib ponteng. takde punai!

hari ini najib dan menteri kabinet ponteng Perbahasan Bajet 2013. takut dengan ketua pembangkang.

najib adalah pm paling lembik, bacul, penakut, takde punai, bododohhhh.
kabinet ini adalah kabinet dapur.
mampus!
apalagi nak diharapkan dari mangkuk ni?