Thursday, August 1, 2013

aku, Tok dan anjing dalam rumah

"Jangan bela anjing dalam rumah nanti malaikat tak masuk." kata Tok.

Aku diam tidak menjawab. Aku tidak berminat membela haiwan apa pun.

"Jangan bela anjing di dalam rumah nanti malaikat tak masuk." ulang Tok lagi tetapi kali ini dia meletakkan telunjuknya di kiri dada sewaktu menyebut rumah.

"Anjing terkenal dengan sifat garang dan perengus. 'Rumah' adalah kalbu, tempat diamnya nafsu. Malaikat asalnya dari Nur." kata Tok.

"Maksudnya jangan simpan sifat garang dan perengus dalam kalbu nanti petunjuk tak masuk." kata Tok lagi. Tenang. Di kebun getah itu ada Kelabu, anjing peliharaan yang ditugaskan Tok untuk ia menjaganya.

"Tapi anjing juga setia dan baik Tok! Macam Qitmir dalam kisah tujuh pemuda Kahfi." kata aku.

"Tujuh pemuda adalah lambang tujuh martabat nafsu yang dibersihkan dengan tujuh sifat ma'ani. Qitmir adalah nafsu amarah yang dijinakkan. Gua adalah hati."

Dan Tok bangun mencari kurma untuk bersahur nanti.

5 comments:

NurIslam said...

"namun tok lupa" ... keluh ku.
"bukankah al-Qur'an memembenarkan buruan anjing di makan tanpa disembelih ". Mulut aku tersembur hujah tanpa niat untuk menentang yang terlebih garam.
"mana mungkin anjing pandai memburu, jika anjing tidak dijinakan, mana mungkin anjing menjadi jinak, jika tidak dipelihara dan dimanjakan, mana mungkin anjing dipilahara jika tidak dimandi dan digosok?". Aku berhujah dangan tok yang mula perasaan beliau akan tewas.
"pergi basuh tangan, kita makan" Tok mematikan hujah aku.

kulupSakah said...

kesian tok kau. feqah darjah 4 pun tak lepas macamana nak faham ilmu Hakikat. ye dak? hihihi

Anonymous said...

Tok dia wahabi

karl said...

maksudnya, kat luar rumah bolehlah,kan?

Anonymous said...

diam