Tuesday, August 6, 2013

mari membaca. bow wow! bow wow!

                                                                                  Mira Sani's photo.

Ada nampak anjing kat depan tengah-tengah tu? Naahh... yang segak bergambar dengan anjing tu, semuanya kan tokoh-tokoh Islam yang tersohor. Mufti Kelantan Haji Wan Musa dan Dr Burhanuddin Al-Helmi tokoh besar PAS, dan Raja Kelantan pun ada situ. Silakan tengok gambar ni, diambil pada 1930an. Saya taipkan semula di sini dalam tulisan rumi : Gambar ini diambil sempena perbicaraan tentang masalah najis anjing. Yang duduk di sebelah kanan sekali ialah Haji Wan Musa, yang tengah Yang Teramat Mulia Raja Kelantan Yang Mulia Haji Abbas Taha, qadhi besar Singapura dan Haji Nik Mhd Sadiqi Haji Wan Musa.

Yang berdiri di sebelah kanan sekali ialah Yang Mulia Tengku Chik, Yang Mulia Doktor Burhanuddin Al-Helmi, Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Kelantan dan Nik Mahmud.

Berikut adalah petikan dari tulisan Tn Hj Nik Abdul Aziz bin Hj Nik Hassan yang diterbitkan dalam buku 'Islam di Kelantan' terbitan Persatuan Sejarah Malaysia :

Raja Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibnu Sultan Muhammad IV memanggil Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa, seorang ulama lulusan Mekah dan juga anak kepada Mufti Kelantan (Hj Wan Musa), ke Istananya yang bernama Sri Cemerlang. Raja Kelantan yang ingin sangat memelihara anjing, bertanya kepada Hj Nik Abdullah sama ada anjing itu boleh dipelihara atau tidak, dan bagaimana jika terkena air liur anjing?

Hj. Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjawab bahawa 'kiranya binatang anjing itu difikir sangat perlu untuk keselamatan rumahtangga, maka binatang itu perlu pula dipelihara oleh anggota keluarga itu'.

Seterusnya, Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjelaskan bahawa 'jika mengikut pendapat Imam Syafiii, anggota tubuh badan manusia yang terkena jilatan anjing wajib disamak, akan tetapi jika berpandukan pada pendapat Imam Malik pula, tidak harus disamak. Justeru, menurut Hj Nik Abdullah, orang ramai boleh memilih pandangan mana satu di antara kedua itu yang mereka mahu amalkan.

Bagi Hj Nik Abdullah, kesemua pandagan yang mewakili setiap mazhab empat iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali boleh diamalkan oleh orang ramai, walaupun dengan cara 'talfik' (campur aduk) di antara satu sama lain. Cuma apa yang beliau ingatkan ialah agar amalan mereka tidak terkeluar daripada lingkungan mazhab empat itu. Menurut beliau, perbezaan pendapat di antara ulama-ulama mujtahid mutlak itu hanya berasaskan daya ijtihad masing-masing berpandukan Al-Qur'an dan AL-Hadith . Tambahan pula, tiap-tiap Imam yang mengasaskan mazhab mereka masing-masing itu tidak menyalahkan pandangan-pandangan yang berbeza di antara mereka, dan tidak pula mewajibkan orang-orang kemudian supaya mengikuti kesemua pandangan mereka masing-masing'.

Bapa Hj Nik Abdullah iaitu bekas Mufti Kelantan Hj Wan Musa, Haji Abas Taha yang merupakan Qadhi Besar Singapura dan tokoh besar PAS iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah antara tokoh Islam yang menyokong pendapat Hj Nik Abdullah.

via Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

2 comments:

Anonymous said...

Ur point is obvious.

Mazwandi Mustaffa said...

Pelihara anjing spt kucing adalah haram utk SEMUA 4 mazhab.

Yg boleh ialah dibela utk KESELAMATAN spt menjaga rumah dari dimasuki pencuri, jaga haiwan ternak dan utk memburu.

Membiarkan anjing masuk keluar rumah juga adalah haram. hanya boleh dibela diluar rumah spt tujuan diatas.

JGN keliru. Nanti ade org yg jahil menganggap Mazhab Maliki menghalalkan pelihara anjing spt Mat-mat Saleh dan org kafir di Malaysia. Padahal ianya tetap HARAM!

Yg menjadi kilaf antara mazhab hanyalah najisnya anjing itu, tetapi menjadikan ianya binatang peliharaan adalah HARAM.

Hanya utk haiwan belaan shj boleh.

PS- Bahasa Melayu pasar bila disebut pelihara, maka mereka akan anggap spt pelihara spt kucing. bebas keluar masuk dan main-main binatang itu didalam rumah. Padahal, SEMUA Mazhab mengharamkannya.