Bayangkan hari ini seorang Adun Bn di Kedah letak jawatan dan seseorang tokoh umno tiba-tiba masuk nama bertanding di situ setelah sosek-sosek berita pecah semua itu kerana hendak menggantikan MB Kedah.
Apa reaksi penyokong Pakatan Rakyat? Sokong atau kutuk?
Ingat kes MP BN mengamuk bilamana MP Pakatan Rakyat minta potong elaun sedikit demi memahami derita rakyat? Penyokong PR tumpang kutuk. Tapi apabila gaji dan elaun Adun Selangor diumumkan naik gila-gila oleh MB, mereka gila-gila pertahankan. Macam-macam hujah. Berkerahak lendir kahak memutar ayat-ayat dalil.
Apabila anak menteri dan pemimpin umno bermewah-mewahan, kaw-kaw kutuk. Nazri lantik anak dia jadi pembantu, kutuk! Apabila YB Pas dari Perlis guna AP yang diberikan kepadanya untuk anak dia membeli kereta mewah maka sekali lagi macai....ya...macai PR bersilat putar cari kitab sirah.
Apabila BN keluar manifesto macai PR kutuk, bila aku sendiri dan teman OKU kritik, Manifesto PR ketepikan OKU kami dikutuk sebagai macai umno maka keluar lagi kuntau dalil 'Manifesto Bukan Janji'.
Ahahahahahahaiii!
Apabila Pemuda Pas nyatakan pendirian sokong PRk kajang tapi tak berbangkit isu Anwar jadi Mb Selangor budak-budak PkR melenting-lenting dengan hujah macam-macam.
Kih! Kih! Cuba tengok muka dalam cermin... Kerusi pun atas ehsan Pas...biarlah Pas pun ada pandangan. Berhujahlah dengan cara bijak.
Selagi Reformasi hanya jeritan kosong, dan pendewaan tahap Maha Sakti terhadap Anwar habislah! Lambatlah nak tawan Putrajaya atau jika tawan pun beginilah dapat pembodek-pembodek.
Maka suku tahun pertama 2014 di Selangor dihidangkan drama "Kau tak tahu apa kami tahu, tak boleh cerita". Sebelum tu, kita baru saja menang kita akan susun. Penggal lalu kita kata kita sedang rangka maka pelan ini akan dilaksana penggal kedua. Kemudian jika menang Anwar di Kajang timbul pula lepas tak lepas jadi MB. Lepas tu bungbangbungbNg lagi isu kedudukan dan jawatan orang-orang parti dalam GLC.
Sekolah anak OKU entahlaaahhhhh...
Usah haraplah dengan diorang niiiii....
Kita tak pandai, merekalah pintar...
3 comments:
tu lah kulup dari dulu gua dah ckp pr ke bn ke sama je kita dipergunakan utk agenda mereka. akan dtg nnt akan ujud kuasa ke-3 yg dimiliki oleh rakyat yg tidak memihak kepada bn atau pr. ini telah berlaku di indonesia.. kuasa ke3 inilah akan memegang tampuk pemerintahan kepada negara republic. mungkin bukan generasi kita kulup... barangkali generasi cucu cicit kita nanti
Bhai Fendi @ PapaRON 97...
Gua sokong republika .... Hahaha.... Republika Rakyat Merdeka ...
Amacam??
selagi ada bekas ahli umno dlm pkr,mmg hancur pkr jadinya
Post a Comment