Thursday, February 20, 2014

Orang besar datang kampung saya

Pada suatu hari Jumaat saya ke surau berjalan kaki kerana surau tidak jauh. Saya memang suke berjalan kaki kerana badan kita akan berpeluh dan ia baik untuk kesihatan. Apabila memasuki kawasan surau saya dapati jemaah lebih ramai daripada biasa. Saya pun berasa sangat hairan. Di beberapa sudut terlihat beberapa biji periuk besar dan meja hidangan. Ketika saya tertanya-tanya itu kedengaran suara pengumuman dari cencorong surau menyatakan ada jamuan rakyat selepas solat Jumaat. "Oh, patutlah " bisik saya kepada diri sendiri. Orang-orang besar negara datang ke kampung saya rupa-rupanya.

Selepas solat jamuan pun bermula. Jemaah dan kariah mengambil peluang menjamu selera. Yang jarang dilihat pun turut ada. Mungkin penyokong-penyokong dan pencukong-pencukong pembesar agaknya. Ahli jawatankuasa surau bersungguh-sungguh memastikan layanan yang diberi kepada tetamu di tahap terbaik. Jemaah dan penduduk berebut bersalam dengan pembesar-pembesar. Ada juga yang merakamkan gambar menggunakan telefon pintar mereka. Ada telefon pintar yang mahal dan ada yang murah dan tiada jaminan warranty. Wajah penduduk sangat gembira dan puas kerana dapat bertemu secara langsung dengan pembesar negara. Sesekali sendawa mereka terlepas.

Pembesar-pembesar memang dilayan dengan baik. Begitu juga beberapa watak masuk bingkai yang berdiri, duduk dan mengekor pembesar-pembesar ini, turut dilayan juga. Sesekali jelas terpancar kekembangan di hidung mereka kerana terasa dihormati.

Saya tidak berbaris untuk mengambil makanan kerana ibu saya berpesan balik segera selepas selesai solat. Saya pasti akan dapat melihat berita ini disiarkan di akhbar nanti dan pastinya penduduk kampung saya berasa sangat bangga akan kehadiran pembesar-pembesar negara ini. Ini pasti akan menjadi kenangan manis untuk semua. Ketika berjalan pulang saya sekali lagi berbisik "alangkah seronoknya jika tiap-tiap minggu ada jamuan rakyat percuma di semua tempat ibadah di kampung saya".


(350 patah perkataan)

Gambar hiasan

5 comments:

IndukYati said...

anak yg baik,akan mendengar cakap ibu..dan dlm masa yg sama melatih diri,niat dan perbuatan agar sama seia sekata..dak gitu!!

Unknown said...

Kan bagus kalau semua manusia tanamkan rasa pada pembesar tadi pada yang Maha Besar..cinta pada pembesar tadi letak kan cinta pada Maha Besar yang lebih Maha Pemurah lagi dari pembesar-pembesar..

CEO_Siber said...


Anwar Jadi MB - Skuad Sayang Selangor Bubar Ganti Terengganu

LIHAT BUKTI DI SINI
LIHAT BUKTI DI SINI

'Please Note'

- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR

- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN..

- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka

- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...

Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kalau vip datang tempat kita hidang ikan kering dan pucuk ubi sudah... kalau hidang daging ... tentu diaorang rasa rakyat senang senang .. makan daging hari hari

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kalau vip datang tempat kita hidang ikan kering dan pucuk ubi sudah... kalau hidang daging ... tentu diaorang rasa rakyat senang senang .. makan daging hari hari