Mat Comot sms 8 pagi Selasa, hari mengundi ajak pergi Bukit Gantang, aku tolak mentah2..aku penat dan malas nak layan PRK ni dan memang sepanjang tempoh kempen aku takde pun tulis entry pasal PRK. Mat Comot menghasut tinggalkan kerja dan ikut dia tapi aku tetap menolak. Tapi bila pukul sebelas, brader gua Pyanhabib sms yang dia ikut Mat Comot balik Bukit Gantang untuk mencabul gencatan balik Peraknya sejak krisis haritu aku menggelenyor geram macam cacing kepanasan. Sms bertalu-talu Mat Comot dan Brader Pyan mengejek dan menganjingkan aku yang tertinggal kat sini membakar telinga jobenku..Bini aku pun menambah api kat dada aku lalu selepas menghabiskan kerja kami sekeluarga membakar jentera roket untuk ke Bukit Gantang.
Waktu kereta kami mencecah highway Sg Buloh, Mat Comot dah sampai Tapah..hampeh! Singgah sebentar di restoran jejantas beli makanan.
Kereta berpusing
Waktu nak mula perjalanan aku dapati lever gear aku tertanggal dan cuma boleh masuk gear 3 dan 4 saja..sebagai 'kulupsakah' aku teruskan perjalanan. Hujan renyai2 dan di sesetengah tempat amat lebat. Sewaktu hendak memotong sebuah kereta di jalan yang dipenuhi air, kereta aku hilang kawalan dan nyaris menghentam pembahagi jalan, aku membalas belokan dan kereta berpusing dan melelong ke kiri kanan...senyap! Mujur takde kereta di belakang..aku keluar memeriksa tayar dalam hujan dan masuk semula. Hanya tersedar apabila anak aku dah tertonggeng di kerusi belakang. Perjalanan diteruskan dalam hujan lebat..masih dengan gear 3 dan 4....dahlah air-cond takde dan reverse gear tak boleh masuk, haru!
Taiping yang sesak
Mat Comot , Halim dan Pyanhabib tunggu di pekan Simpang, menggeleng-gelengkan kepala sebab tak sangka kami sanggup datang. Blogger Ummi Hani dan Ana jemput kami ke markas Blogger PR di taman belakang Balai Polis Simpang..kami minum di gerai berdekatan. Di situ ada Black Amin dan geng yang melepak dengan Mat Saman Kati, Sam Ahmad, Anje Dugong Darat, Perisik Rakyat dan lain-lain. (maaf! sekadar menyebut beberapa nama). Di markas mereka memang tekun dan bersungguh-sungguh dapatkan maklumat. Blogger Mamamat, Cyberboron, Labuayor tak angkat kepala mengadap lap top. Mat Saman Kati bersedia untuk ditemuramah 'live' malam nanti oleh Malaysiakini.
Brader Pyanhabib sesekali berlagak seperti editor membetulkan tulisan Ummi Hani, aku jadi wakil jurucakap brader Pyan. Sms keputusan2 semasa menyenakkan perut aku!
PR menang dan berjumpa taiko Gombak
Sebaik tahu keputusan menang, kami pun keluar meraikan kemenangan. Mabuk kopi di gerai tepi jalan berlarutan ke Pelita Nasi Kandar. Di Pelita kami bertembung dengan Megat Zulkarnain (yang nak serang Karpal Singh di Parlimen haritu) dan kawan2nya. Aku mengucapkan tahniah di atas kemenangannya sebagai exco Pemuda Umno Pusat dan dia bersalam2an serta mengucapkan tahniah kepada kami di atas kemenangan PRK. Aku yang mengenalinya secara peribadi bergurau dengannya "wah! Tengok kat tv haritu hebat!" dia ketawa sambil menjawab, "Biasalah! Dia (Karpal) lebih2 sangat!" ..aku turut ketawa sambil berkata,'Ya! Itu perlu juga!". Aku, isteri dan anak2 pulang awal sikit bersama Ummi dan Ana sebab anak dah ngantuk, Bloggers Network meneruskan perayaan dan mereka telah bertemu dengan geng2 Zorro Unmasked, Malaysiakini dan lain2..
Aku berborak dengan Perisik Rakyat, Sam Ahmad dan Dugong Darat yang penuh dengan teori2 mereka sampai 3.30 pagi.
Balik dengan gear 3 dan 4
8.30 pagi aku sekeluarga bertolak balik pelan2 dan masih menggunakan gear 3 dan 4. Selamat sampai ke rumah dan ngam-ngam sampai rumah gear lever langsung rosak dan tak boleh masuk gear langsung..kah kah kah! Kata seorang blogger, "kau sekeluarga memang gile!" aku jawab,"korang blogger lagi gile..mana ade orang nak buat liputan macam korang PERCUMA! kalau Pakatan Rakyat memerintah satu hari nanti, mereka berhutang dengan korang!"
* inilah saat manis dalam hidup kami- bersama geng2 Blogger dan kawan2 yang ikhlas!