Waktu kereta kami mencecah highway Sg Buloh, Mat Comot dah sampai Tapah..hampeh! Singgah sebentar di restoran jejantas beli makanan.
Kereta berpusing
Waktu nak mula perjalanan aku dapati lever gear aku tertanggal dan cuma boleh masuk gear 3 dan 4 saja..sebagai 'kulupsakah' aku teruskan perjalanan. Hujan renyai2 dan di sesetengah tempat amat lebat. Sewaktu hendak memotong sebuah kereta di jalan yang dipenuhi air, kereta aku hilang kawalan dan nyaris menghentam pembahagi jalan, aku membalas belokan dan kereta berpusing dan melelong ke kiri kanan...senyap! Mujur takde kereta di belakang..aku keluar memeriksa tayar dalam hujan dan masuk semula. Hanya tersedar apabila anak aku dah tertonggeng di kerusi belakang. Perjalanan diteruskan dalam hujan lebat..masih dengan gear 3 dan 4....dahlah air-cond takde dan reverse gear tak boleh masuk, haru!
Taiping yang sesak
Mat Comot , Halim dan Pyanhabib tunggu di pekan Simpang, menggeleng-gelengkan kepala sebab tak sangka kami sanggup datang. Blogger Ummi Hani dan Ana jemput kami ke markas Blogger PR di taman belakang Balai Polis Simpang..kami minum di gerai berdekatan. Di situ ada Black Amin dan geng yang melepak dengan Mat Saman Kati, Sam Ahmad, Anje Dugong Darat, Perisik Rakyat dan lain-lain. (maaf! sekadar menyebut beberapa nama). Di markas mereka memang tekun dan bersungguh-sungguh dapatkan maklumat. Blogger Mamamat, Cyberboron, Labuayor tak angkat kepala mengadap lap top. Mat Saman Kati bersedia untuk ditemuramah 'live' malam nanti oleh Malaysiakini.
Brader Pyanhabib sesekali berlagak seperti editor membetulkan tulisan Ummi Hani, aku jadi wakil jurucakap brader Pyan. Sms keputusan2 semasa menyenakkan perut aku!
PR menang dan berjumpa taiko Gombak
Sebaik tahu keputusan menang, kami pun keluar meraikan kemenangan. Mabuk kopi di gerai tepi jalan berlarutan ke Pelita Nasi Kandar. Di Pelita kami bertembung dengan Megat Zulkarnain (yang nak serang Karpal Singh di Parlimen haritu) dan kawan2nya. Aku mengucapkan tahniah di atas kemenangannya sebagai exco Pemuda Umno Pusat dan dia bersalam2an serta mengucapkan tahniah kepada kami di atas kemenangan PRK. Aku yang mengenalinya secara peribadi bergurau dengannya "wah! Tengok kat tv haritu hebat!" dia ketawa sambil menjawab, "Biasalah! Dia (Karpal) lebih2 sangat!" ..aku turut ketawa sambil berkata,'Ya! Itu perlu juga!". Aku, isteri dan anak2 pulang awal sikit bersama Ummi dan Ana sebab anak dah ngantuk, Bloggers Network meneruskan perayaan dan mereka telah bertemu dengan geng2 Zorro Unmasked, Malaysiakini dan lain2..
Aku berborak dengan Perisik Rakyat, Sam Ahmad dan Dugong Darat yang penuh dengan teori2 mereka sampai 3.30 pagi.
Balik dengan gear 3 dan 4
8.30 pagi aku sekeluarga bertolak balik pelan2 dan masih menggunakan gear 3 dan 4. Selamat sampai ke rumah dan ngam-ngam sampai rumah gear lever langsung rosak dan tak boleh masuk gear langsung..kah kah kah! Kata seorang blogger, "kau sekeluarga memang gile!" aku jawab,"korang blogger lagi gile..mana ade orang nak buat liputan macam korang PERCUMA! kalau Pakatan Rakyat memerintah satu hari nanti, mereka berhutang dengan korang!"
* inilah saat manis dalam hidup kami- bersama geng2 Blogger dan kawan2 yang ikhlas!
12 comments:
dulu keta teman pun jadi gini juga. gear 5 tak boleh masuk.. tapi buat dek balik tapah hujung minggu sampai la gear tu tiba tiba terlekat masa reverse tak boleh nak free balik! pomen yang jadi passenger masa tu sampai hitam hitam pipi nak betulkan balik.. tapi gagal..
penyudahnya, gearbox half cut.
Salam sdr.
Rugi pula rasanya tertinggal kat sini. Tentu seronok dan semestinya letih tetapi hati puas.
Rasanya kena pencen awallah sebab nak rehat dan layan nafsu berjalan.
Apa-apa pun terima kasih kerana maklumat. Syabas kepada semua tenaga kerja yang berkubang di sana.
Rupanya geng-geng ni memang gila, sukakan kerja gila. Termasuklah yang tua ni, he..he..
Tuan Kulup Sakah,
Alhamdulillah tuan sekeluarga selamat sampai ke rumah.
Yang benornye teman teringin benor nak bersembang panjang dengan tuan, tapi tak kesampaian. Nak ngaku sebok sangat pun, tak berani juge sebab tuan pun tengok teman duduk je. Tapi gitu le, teman tak sempat nak belabon panjang dengan kengkawan yang datang. Yang hebat2 belaka.
Satu hal lagi, riso pun ade. Teman jadi takut pulak nak bersembang dengan tuan, pyan, black dan nama-nama besor yang lain. Teman ni kecik bebenor.
Harap2 dapat berjumpa lain kali. Insyaallah jumpa kali kedua tak jadi dah darah gemuruh teman ni.
Terima kasih atas kunjungan ke stesen maya. Maap le kalau tak selesa di stesen bujang ni.
biar terpecah kat mulut,
jangan terpecah perut, ha!
pergh...
mesti geram jer guna gear 3,4..
hahaha..
Alhamdulilllah brader sekeluarga selamat pergi dan pulang!
salam bro,
wak terkilan kerana tak dapat berjumpa malam tu di Pelita Nasi Kandar, terkilan sgt wak..MSK mengasak suruh datang,wak tak boleh nak tinggal majlis walaupun dah jam 12 malam,sebagai meraikan bro hadir ke rumah blogger kami, wak cilok entri ni untuk di bawa ke blog wak yang sebesar taik nyamuk itu..wak terkilan bro !
Salam perjuangan
Salam bro,
Memang salut... kat diaorang.. dan yang menjayakan mesi blogger di bukit gantang / taiping gitu...
aku ada pi..usahr2 line masa on the way balik dari ipoh.. ada contact perisik rakyat tapi tak sempat nak jumpa..
heee...
Orait..
Salam LKS,
Tahniah xpdc waje sekeluarge.
Kalau dah wire dikata gile pun takpe.
Tahniah.
oittt...kamu yop..jgn buat panas sgt gitu..berhati-hati banyak bila drive tu..jgn ikut ati weh...
tahniah utk gang2 blogger dan juga pihak editor blog yg bernama yahabibi tu..haha!
lu drift di behrangkan..........hahaha ADUN c2 marah lu kot.
aku terkejut masa tunggu kau di c.jering terjumpa dengan sasterwan kita,nolelist terkenal azizi hj abdullah yang turun berkempen utk PR.
ada beberapa pengiat seni yang lain.tapi aku x kenal mereka.kesemua mereka dtg dengan dua buah MPV.
lu memang gila dan tabah.respect sama kakak dan adik.lu gua tak respect.adik dengan kakak lagi hebat
semut- kereta tersadai tak tau sampe bile..tengah bulanle katakan
mountdweller- orang tua selalunya cool tapi ganas, haha!
cyberboron- nama teman besor? kah kah!
brader pyan- POMMMM!!!
dalyanoon- memang sujud syukur pastu! kah kah
albanjari- takpe wak! kenduri adik ummi nanti bole jumpe kalu diizinkanNya
Fazrull- tabik spring untuk depa
pengasas- orang gile yang menggerakkan dunia
pm ubi- salahkan mat comot dengan brader pyan yg bakor teman
meet uncle ludin- editor tu garang beb!
mat comot- hawau lahabau!
Post a Comment