Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Sunday, November 30, 2008

APAHAL di Kongres PKR tu?

Kongres dah selesai petang tadi...namun sok-sek apahal telah kedengaran..

1- GERAI PENIAGA
setelah aku timbulkan isu 'lintah darat' hari tu, seseorang memberitahu harga sebenar sebuah khemah gerai RM1500 untuk 3hari dan jika dibahagi dua tapak dalam satu khemah tu harga tiap satu tapak RM750.00. Jelas? jadi jika ada sesiapa yang terbayar lebih sila beritahu dan jelaskan dengan bukti yang kukuh..okey? seperkara lagi diharap akan datang Penganjur khemah peniaga kena peka dan panggil peniaga-peniaga yang biasa berniaga. Mereka ini adalah reformis yang dah 10 tahun berniaga dan sudah lali dengan risiko. Sewa yang mahal menyebabkan mereka tak berani menyewa lalu wujudlah peniaga-peniaga 'rambo' tanpa membayar sewa tapak. Cari kaedah agar kawan-kawan kita ini berpeluang mencari duit dan bukan setakat kayakan tokey khemah saja...pihak stadium juga tidak ditemui untuk mendengar pendapat mereka yang dah tentu berpengalaman menganjurkan karnival dan expo2..cadangan penyusunan gerai yang berkesan sudah pasti mampu mereka cadangkan..

2- AMK Boikot Tan Sri Khalid..
ketika Tan sri Khalid berucap pada Sabtu malam , kelihatan berbondong-bondong anak muda dari AMK- ada yang dari Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan di sekitar KL dan selangor keluar memboikot. Di luar mereka menjerit-jerit memperolok-olokkan ucapan MB Selangor tuu..Apahal? Getik lak temna nengoknye..

3- Papan lapis yang suka bersandar
Menyampah dengan beberapa ahli kita dan pimpinan2 tertentu yang suka menggunakan nama "Anwar" dan tokoh2 lain untuk menghalalkan perbuatan mereka. Sampai penyusunan khemah peniaga pun budak penganjur tu kata "Anwar yang nak susun cam ni"..ada juga yang cakap "saya orang Tan Sri Khalid, saya nak berniaga di sini" dan ada ahli Majlis MPK menelefon kawannya di luar yang hendak masuk agar menggunakan namanya, "cakap kau orang aku!'

Ek eleh..nak berjuang binalah nama sendiri..jangan nak jadi udang galah yang menompang belakang buaya!!

Friday, November 28, 2008

Nik Aziz- Apa lagi nak kuperkatakan?


Desas-desus sama ada benar atau tidak permintaan Adun PAS agar Tok Guru Nik Aziz berundur "pada zaman gemilang" beliau tersebar sejak akhir-akhir ini mula diperkatakan dan mula dimainkan oleh media milik Umno/BN..Bagaimanapun ia dinafikan Adun PAS dan meminta sesiapa yang menuntut pelan peralihan kuasa (dah macam UMNO lak) dari Tok Guru yang dkatakan bermasalah kesihatan tampil ke depan membuktikan kenyataan itu.

Ya! Seperti kata Pulai Chondong, Nik Aziz adalah simbol kedamaian, bapa perpaduan dan tokoh yang boleh dijadikan contoh yang agung!

Kezuhudannya menginsafkan..Beliau tidak pernah meninggikan suara biarpun ditekan, difitnah,dihina oleh saudara seagama dan sebangsa dengannya, malah masih boleh melawat PM Dollah sewaktu Allahyarham Endon meninggal dunia walhal ketika itu anaknya Nik Adli disumbat ke Kemunting oleh Menteri KDN waktu itu iaitu Dollah sendiri. Rakyat berbagai lapisan kaum dan agama tidak dapat menyangkal hakikat ini dan merasa cukup terpesona dengan ketrampilan beliau. aku pernah melihat seorang cina berseluar pendek turun dari bukit untuk melihat beliau dari dekat sebaik saja beliau habis berceramah di Bandar Tun Hussein Onn.

Rakyat Kelantan yang pekat Umno pun berasa sangsi untuk menukarkan Menteri Besar mereka sekarang dengan tokoh dari Umno sendiri, bagi mereka tokoh Umno sekarang bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Tok Guru. (Ibrahim Ali lagilah..bagai langit dengan perut bumi..hihih!

Desas-desus ini mula bermain sejak isu muqabalah lagi. Tok Guru menentang pertemuan PAS dengan Umno yang disifatkannya pertemuan orang jahat yang lemah hendak menjerat kekuatan yang dibina oleh Pakatan Rakyat. Isu ketuanan Melayu yang dimainkan telah memerangkap beberapa pemimpin PAS yang seolah-olah lupa pahit pedih perjuangan dipijak dan diliwat Umno/BN. Tok Guru dikatakan pro Anwar yang cuba menggadaikan bangsa dan agama demi mengejar cita-cita untuk menjadi PM. Mereka menghalalkan muqabalah ini dengan teori "Dalam keadaan darurat lebih baik bersahabat dengan penyamun Islam daripada bersahabat dengan kafir" lalu pandangan Mursyidul Am yang masih merasa sakit dihina Umno dikesampingkan! Akhirnya mereka menyedari kebenaran kata-kata Tok Guru apabila mendapati dalam keadaan Umno hendak menghulurkan salam dengan tangan kanan, tangan kiri pula mencubit telur mereka. Beberapa tokoh PAS yang disayangi tok guru dibelasah dan diberi gelaran kumpulan Erdogan.

Isu ini diharap selesai. Tok Guru masih diperlukan dan ketika ditanya kepada beliau adakah tokoh lain yang setandingnya untuk mengambil alih kerusi Menteri Besar beliau memberi jawapan yang cukup simple dan menyenangkan sebagaimana beliau ditanya tentang isu ketuanan Melayu, apa jawapannya? "semua manusia berasal dari Adam dan Hawa. Nabi Adam apa bangsanya?"- (baca wawancara dengan beliau di majalah OFF THE EDGE keluaran NOV

Salam untuk Tok Guru!

Thursday, November 27, 2008

SAIFUL BUKHARI@mat liwat mengaku STRESS?

SAIFULLIWAT mengaku dirinya stress difitnah menghidap penyakit kelamin dan dimakan sumpah. Dia cuba meyakinkan orang ramai bahawa dia masih sihat..

HOHOHO!(tiru gelak JOE ROCK)..
aiseh! baru difitnah berpenyakit kelamin dah stress sampai tak nak tengok internet dah? haritu masa buat report kena liwat tersenyum sengih siap julang tangan lagi..kena liwat tak stress pun? apa yang stress?punai ke?

orang yang kau tuduh meliwat tu tak stress pun? manalah kau tak stress..cerita kau tak laku,orang tak percaya..budak bodoh kena reject U, pi jumpa TPM minta biasiswa? lepas tu ngadu kat laki Rosmah kena liwat..pastu ambil gambar dengan pegawai Najib yang satu Malaya kenal perangai hodoh dia..mengaku suka sama suka..pastu dakwa dipaksa?...lepas tu bersumpah..pastu imam sumpah mengaku dipaksa..HOHOHO!

kau kata kau sihat dan tak dimakan sumpah?haaaa...tu tengah rasakan bahana sumpah laknatlah tuu...sikit-sikit....kesiaaaaaann!!

Pimpinan AMK takut kena belasah?

Pimpinan Angkatan Muda PKR pusat meminta sidang AMK di kongres PKR Jumaat esok dibuat secara tertutup tanpa pihak media..

laa..pasaipa? Takut kena belasahke? Wanita pun buat secara terbuka..takkan takut? FRU,SB pun lu langgar setakat ni pun tak boleh tahan? Tadah jelah telinga tu ye tak?
Harap Jonah boleh tidur lena malam ni..

Aik?? ada LINTAH DARAT ke kat kongres PKR?

BERITA YANG AKU DENGOR!!

Tapak gerai Karnival RM750 untuk selama 3 hari..(keluasan mungkin dalam 10'X20' kot..aku check malam karang..) maknanya 1 hari +- RM250.. ini SAHIH!

kawan aku yang menyewa tadi dok telefon mengatakan Pusat membuat keputusan sewa tapak gerai sehari RM100..dia dah tengok sms yang Tian Chua kirim sendiri kepada kawan2...

aik? ada LINTAH ke yang sedut kat tengah2 sampai RM150?..nak bikin bisnes pun biorlee sepadan dengan konsep "NEGARA BERKEBAJIKAN" atau "MERAKYAT EKONOMI SELANGOR"..

ada sesapa wakil penganjur boleh jawab agar tak berlaku salah faham? kalau ada sebab yang konkrit kita boleh terima, tapi kalau ada pihak cuba mengaut keuntungan RM150 satu tapak maka darablah dengan ke semua tapak..kayolah sajo sajo!..jawab sebelum korang disumpah PANTEK!!

Wednesday, November 26, 2008

HAHHHH!!! APAHAL NI? CUBA JAWABBB!!

tadi aku, YB kawasan tu (sebuah daerah di Selangor)dan PAnya pergi ke tempat yang kami diberitahu ada pembalakan haram di hutan simpan Selangor.....kami pun meninjau..Jengjengjeng!!

mula-mula kami jumpa papantanda ni.."Projek ladang Hutan getah?"

sampai saje di situ kami lihat ada rumah kongsi pembalakan..


papantanda permit pembalakan dan butir-butir syarikat kontraktor pembalakan


papantanda balai pemeriksaan ..hehehe! (sori silap tadi: dah dibetulkan)





jalan balak...mungkin di adalam sana dah banyak ditebang..kata mereka sudah beroperasi 2 bulan lalu..


di bawah tu ada anak sungai yang tercemar....apakah banjir yang berlaku di kampung2 atau kawasan berhampiran disebabkan pencemaran ini?





Bagaimana hutan simpan boleh ditebang balaknya? aku belum boleh komen apa-apa..YB ni sedang menyiapkan laporan untuk di bawa ke atas!!





Tuesday, November 25, 2008

Menteri Pelajaran dan budak Melayu kurang AJARan!

Masih lagi aku menyeru agar Menteri Pelajaran turun ke sekolah berasrama buka sekolah tahun depan..lihat suasana asrama..paling bagus cuba pilih mana-mana sekolah asrama dan duduklah sebulan jadi warden di situ..tengoklah anak-anak Melayu punya perangai kera macamana..rokok dan ganja diseludup sembunyi2 tapi tak putus...

KISAH BENAR awal November 2-3 minggu lepas....

kawan aku seorang guru dan juga warden asrama sebuah sekolah menengah..rumahnya telah dicuri masuk oleh pelajar asrama pada suatu malam..dia mendapat tahu siapa budak tersebut dan keesokannya dia memanggil budak tu dan memarahinya..Kawan aku hilang kesabarannya terhadap perbuatan kurang hajar pelajar ini apatah lagi dia mempunyai ramai anak perempuan yang dikhuatiri keselamatan mereka..Kawa aku ini memukul pelajar tersebut dan....kerana dia hilang kawalan tiba-tiba dia tumbang..!
Kawanku ini akhirnya meninggal dunia akibat pendarahan di otak..Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 7 anak..yang sulung lelaki 18tahun dan yang lainnya semua perempuan berumur antara 17 dan yang paling kecil 2 tahun!..

BAGAIMANA NASIB BUDAK YANG PECAH MASUK ITU? OHH!! takde apa..tapi BAGAIMANA NASIB GURU KALAU BUDAK MELAYU KURANG AJAR DIDENDA? SATU MALAYA KECOH DALAM SURATKHABAR!!

babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, November 24, 2008

Ala Kuci-kuci..comelnya cucu Rosmah!

ala kuci-kuci..comelnya cucu Rosmah..beruntung anak comel ni sebab nenek dia bakal wanita pertama Malaysia...harap Rosmah dah mendukung cucunya ini dan Najib dah melawat cucu tirinya..baguslah kalau gitu, barulah keluarga bahagia namanya..bukan apa, masa majlis persandingan dulu Rosmah tak nampak batang hidung dan Najib pula tak nampak batang besi eurocopternya..selamat menerima cucu Bik Nenek dan Tok tiri Jib Glokal!

ala kuci-kuci...busyuk dia!

eh! macam Rosmah 30 tahun dulu ye tak? masa Najib dok angau..masa belum disuntik apa-apa ubat penembam!

(gambar sumber dari majalah Media Hiburan)


Sunday, November 23, 2008

Kekerasan di Pandan Indah- proses kejatuhan BN makin mudah!

Tindakan kasar dan keras pihak Polis Raja Di Malaysia dengan kerjasama anjing2 dan lembu2 upahan yang ketagih garam menyuraikan perhimpunan anti Isa di Pandah Indah merupakan satu proses mempercepatkan lagi kejatuhan Babi Negara!
Najis dijangka akan kempunan menjadi PM kerana rakyat akan bertambah meluat melihat kejijikan kerajaan korup ini..SAMA-SAMA KITA MENGHITUNG HARI-HARI KEJATUH GEDEBUKNYA ROSMAH..err..UMNO/BN!

Saturday, November 22, 2008

mana wira Pemuda Umno? selamatkan remaja melayu!!

aku memang serius bab ni..seperti entry sebelumnya aku menggesa semua pemimpin pemuda parti yang memperjuangkan bangsa Melayu turun ke padang lihat bebudak kita dah makin teruk!!
Turunlah malam minggu tengok mat rempit yang tak dapat pergi kutub utara terus bermaharajalela di jalan membuat kacau agar mamak pemuda tu bawak depa ke kutub barat daya pulak!!
Mana ezam dan ghani haroon yang berkempen lawan Anwar semasa PRK Permatang pauh dulu menjerit slogan "Hidup Melayu!"
sebelum jadi Ketua Pemuda ,Khairy atau Mukhriz kena buat gerak-gempur segera! Buat press conference masuk Buletin tv3 bentangkan pelan tindakan menangani anak muda Melayu yang merosot minatnya ke sekolah..
JANGAN SEBOK DENGAN JAWATAN,PANGKAT DAN PROJEK JE BAHALOL!!
la ni cuti sekolah..januari tahun depan apa pelan kamu sebagai pemuda??
profesor2 bangang yang banyak hampeh kunyit dalam perut tu sila tampil dengan teori2 kamu..jangan sebok nak mengampu bercakap macam lembu ketagih garam..isu bahasa ni akan selesai kalau bangsa kuat..kalau anak bangsa dok lalai macam gambar anan nazri tu alamat lingkuplah bahasa dan ketuanan yang kamu dok perjuangkan tu..anak2 menteri tu hancur pun takpe..dia dah kaya..ni yang miskin tapi bahalol di segenap felda2, kampung2 baru dan lama, pinggir bandar dan tengah bandar..
jangan sorok teloq kamu dalam lobang punggung tu..pi cepattt!!!
AKU MEMANG SERIUS SEBAB KEADAAN MEMANG DAH PARAHH!!! PI LA TENGOOKKK!!

Friday, November 21, 2008

SELAMATKAN PELAJAR MELAYU!!

Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Pelajaran disarankan menggunakan kedua-dua platform (menteri dan parti ) untuk menyelamatkan murid2 Melayu sekolah yang cenderung dengan gejala negatif dan gemar ponteng sekolah. Jangan sibuk dengan percaturan politik dan nak jadi juara sesuatu isu, turunlah ke padang dan terjahlah ke pusat2 hiburan,cybercafe, shopping mall dan di mana2seperti abang rambut ketak "terjah" rancangan Melodi tv3 pasti terlihat anak bangsa yang menjadi tuan tanah negara inilah yang sebok melepak sambil menghisap rokok.
Buat juga kajian dan pelan tindakan mengapa anak Melayu ini sangat rendah motivasinya untuk belajar sedangkan kemudahan motosikal,handphone,mp3 telah dibekalkan oleh ibu bapa mereka ke sekolah. Apakah ibu bapa ini juga membekalkan duit rokok sekali? Penat cikgu2 sekolah buat program zero pontenglah,pembangkang sifarlah..eh silap..ceramah motivasilah..sajak kematianlah (hehe..Menteri ni jugaklah yang ban bende2 gini..) tapi dok camtu gak..
Mana dia anak mamak yang jadi pemimpin Pemuda yang bawak mat-mat rempit ke Kutub Utara dulu?dah berjayakah mamat tu semua jadi taukeh ais kacang?tolonglah tengokkan ini dan janganlah tak terima hakikat dan bercerita yang molek2 di tv..macam menteri hal ehwal pengguna yang tak berguna,turun ke pasar pastu buat kenyataan-harga barang terkawal..memang pukaimak!benci aku tengok muka penipu korang..
tolonglah GPMS,MBM,ABIM..naina merican dan lain2..jangan harapkan Hisham lidah kontot tuu..dia bukan tau apa..selamatkan bebudak ni..bawak depa ke Kutub Selatan pulakk..

Pilihanraya kecil Permatang Pauh 2009?

Penafian penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes Altantuya oleh Razak Baginda adalah satu usaha membersihkan nama Najib yang sebenarnya dah lama busuk seperti bau poen Rosmah untuk meyakini rakyat Malaysia yang bangang khususnya Melayu proto bahawa bakal PM ke 6 adalah bersih dan suci sesuci bibir merahnya..

Najib yang sudah mula berlatih berjalan seperti PM di rumah akan mengambil alih (sebenarnya merompak) kerusi PM dari DOLLah seterusnya meneruskan tradisi kuku besi BN yang diwarisi dari Pak Tua mamak..ciri-ciri Tun Razak juga ada pada Najib terutamanya dalam 'mencantas' mana-mana anasir yang menggugat kuasanya.

Kebangkitan Anwar yang dijangka akan merampas kerusi PM pada pilihanraya ke 13 akan datang mesti dibendung. mereka memang tak dapat menyangkal akan pengaruh Bapa Reformasi itu lalu kes liwat Anwar-Saiful pasti akan digunakan sepenuhnya oleh Najib selaku PM ketika itu. Konspirasi jijik akan diteruskan untuk menghukum Anwar sekaligus membuat beliau hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen dan kembali mendekam di penjara..

Kegagalan penubuhan Kerajaan baru 16 September yang dihebohkan dulu mencerahkan lagi peluang Najib untuk bermaharajalela. Taktik sekarang adalah untuk melemahkan dan melaga-lagakan penyokong reformasi/Anwar dengan memainkan isu agama, perkauman dan isu-isu sensitif agar pertelagahan sesama mereka berlaku. Penyokong reformasi menjadi kecil apabila penyokong PAs yang pro Islam/melayu akan berundur dari kelompok PKR yang dikatakan liberal manakala DAP dengan Malaysian Malaysianya akan menggelisahkan yang lain. NGO-NGO yang perjuangkan hak asasi dan kemanusiaan akan bertelagah dengan mereka...nah! masa ini Anwar dijangkakan lemah (menurut ramalan mereka yang selalunya terbukti salah)..dan pilihanraya Permatang pauh akan menyaksikan BN merampas semula kerusi tersebut walaupun dengan cara kotor!

contoh terbaru:- pertelagahan kawan lama antara exco selangor dan reformis yang nak mogok berbogel..hehehe!!
videosiapa di dalam video ni?

Thursday, November 20, 2008

KITA dan 3 ekor KERA!

aku sedang bersembang dengan Mat Sahak di depan ofisnya sambil memerhatikan 3 ekor kera. Kera 1 bermain2 di tiang telefon, kera 2 yang kudung sebelah tangannya mengacah-acah kami (istilah orang sekarang menghanjing) dan kera ke3 memanjat tiang TNB dan juga menghanjing2 kami..tah macamana POMMM!!..
wayar meletup dan seperti kilat elektrik dari wayar TNB meletup dan menyilaukan..kera 1 dan 2 lari bertempiaran..kera 3 melambung ke semak dan...senyap!!
Kami menghampiri semak dan mendapati kera 3 masih hidup..dia menggigil dan tubuhnya berasap..sekelip mata orang ramai datang berkerumun kerana bunyi letupan dan cahaya kilat tadi menarik mereka..
Gelisah dengan orang ramai kami pun pergi ke pekan berhampiran minum teh..dan terkejut kami kerana separuh pekan telah BLACKOUT! mak aii...kera punya penangan hebat gak!
terjadi perdebatan lawak antara aku dan Mat..
kata aku "Inilah akibatnya kalau KERA nak jadi HANJING!"
kata Mat "kalau KERA berperangai HANJING habis setengah pekan lingkup, apa akan jadi kalau manusia berperangai KERA atau HANJING?
CHAOS!!

Apa punya pengajaran daa kami dapat petang tu..

Wednesday, November 19, 2008

RAIS YATIM akui ISA teruk!

suratkhabar sehari dua lalu ada menyiarkan kenyataan Rais Yatim bapak Dino entot-entot mengomen Barack Obama suruh bebaskan tahanan malaysia di Guantanamo (harap ejaan betul) kerana di sana lebih teruk dari ISA!

hahaha!! maknanya ISA memang teruk tetapi Guatanamo LEBIH teruk...kan tesis Phd anak yatim ni dulu pasal keburukan ISA!

menyokong tukar tiub aku pun nak nyanyikan lagu..
ENTOT ENTOT SEMUT
SIAPA SEDAP DUDUK ATAS
ENTOT ENTOT SEMUT
SIAPA SEDAP DUDUK BAWAH
ENTOT ENTOT SEMUT
LEPAS ENTOT CABUT LARI
TINGGALLAH BINI BAWAK PERUT SANA SINI

Monday, November 17, 2008

AYAH PIN, HAMID ALBAR, JABATAN AGAMA DAN BANGANG!

SINGA LAUT Umno merangkap Menteri KDN, Syed Hamid Albar (bapak dia depa gelar Singa Umno- so dia singa lautlahh!) berkata KDN tidak akan teragak-agak menangkap ayah Pin jika Jabatan agama Terengganu mengarahkan demikian tetapi setakat ini tidak boleh ditangkap..

laa..cuba jelaskan kenapa? wahai jabatan Agama Terengganu? Kenapa orang tua yang suka berbaju gambar dacing tu susah sangat nak ditangkap tak seperti pemimpin Al Arqam, al Maunah dan lain-lain yang terus disumbat ke ISA kerana mengancam keselamatan negara (BACA: Umno)?

Peguam Zulkifli Nordin dalam ceramahnya pernah berkata untuk mengelak dari dituduh menyebar ajaran sesat, ayah Pin telah mengikut saranan peguamnya agar menulis surat pengakuan keluar dari Islam- jadi tuduhan tak dapat dijalankan..BETOIke ? mu jangang dok diang je, jawab le jabatang agamee!
Kalau tak boleh charge, sumbatlah ke dalam ISA..mana lebih bahaya..RPK yang menyesatkan masyarakat dengan tulisannya yang menceritakan keterlibatan Rosmah di lokasi pembunuhan Altantuyakah atau Ayah Pin yang boleh meyakinkan penganut agama tertentu minum air kaki cagunya? hehehe..

p/s ; isu PENGKID ni kita bagi Azalina jawab jelah..boleh tak bergaya macam lelaki..kalau dia kata ah!! ada lelaki perangai cam pompuan kita suruh hisham hussein lak jawab..auw!!

Saturday, November 15, 2008

PEMIMPIN terpengaruh dengan 'NAMA' sendiri?

Apa ada pada nama? Betulkah nama membentuk peribadi seseorang?.Ya! kita dituntut untuk memberikan nama yang baik-baik untuk zuriat kita..lihat bagaimana nama dan watak seakan bergerak seiring..apakah ia kebetulan?

ANWAR- tak perlu diterjemahkan dari bahasa Arab yang dah tentu membawa maksud cahaya gemilang, perkataan WAR sahaja menggambarkan tokoh ini gemar dan berani berperang! BERANI HIDUP BERANI MATI!

MAHATHIR- 'MAHA' pada Mahathir memang digunakan sepenuhnya oleh diktator ini sepanjang tempoh kekuasaannya mahupun sebelum dan sesudah tempoh itu. Mahathir dengan 'Maha'nya mengangkat Malaysia ke satu tahap yang tak terfikir sebelum ini dan dengan 'Maha'nya juga Tok Tua ini meranapkan semuanya. Dari Institusi kehakiman dan institusi raja sehinggalah parti Melayu yang dia seludup masuk.

TENGKU RAZALEIGH- Tengku pada pangkatnya memberikan kelebihan darjat yang membuatkan dia masih lagi 'wujud' dalam dunia politik..tetapi darah diraja itu tak membawa makna apa-apa sebaliknya gelaran Ku Li itulah mempengaruhi kariernya..Ku Li?KULI?Coolie? hehe!!

NAJIB- Nama ini membawa makna yang baik apatah lagi ada Muhammad di depannya. Uniknya nama Najib tidak mempengaruhi karektornya tetapi karektornya membentuk namanya yang akhir-akhir ini diberi gelaran oleh musuh di dalam dan luar Umno dengan nama NAJIS! tihihi!!

ABDULLAH BADAWI- Maksud Abdullah ialah Hamba Allah dan jika ada yang mengatakan dollah manusia baik, aku akui dari hati kecilku memang benar, tetapi kebaikan itu telah dilihat sebagai satu kelemahan oleh musuh dan kawan2 apatah lagi menantunya. Cuma Abdullah terperangkap dengan perkataan 'Abdul'(hamba) yang membuat dia senang diperhambakan. Mentelah lagi lidah mesra orang Melayu lebih suka menggelarnya DOLLah tanpa menyedari DOLL bermakna patung mainan!

tokoh yang lain anda boleh kaji sendiri..Oh ya! aku terima apa saja tafsiran anda dari sudut falsafah atau pun dari sudut makna pada kamus Dewan tentang nama aku- KULUP SAKAH! hehehe!!

Monday, November 10, 2008

POLIS YANG BANGANG!

WAHAI PENDUDUK KAJANG DAN RAKYAT MALAYSIA!!!
ada sorang pegawai penyiasat di balai polis kajang yang amat bangang....nak tau camne?

3minggu lepas isteri aku hilang dompet yang di dalamnya dah tentulah ic, kad ATM, duit tak sampai RM100 dan buah rantai +-RM400..menyangkakan tercicir maka kami pun redha sajalah sehinggalah minggu lepas waktu anak buah aku menggunakan tandas dia terjumpa dompet tu tersorok di tangki atas..maka satu persatu orang yang kami syaki kami kaji..dan hasil kajian tu kami dapati ada sekumpulan pelanggan kami yang menggunakan tandas kedai kami agak lama. Seorang yang berkopiah berpura2 mencuba berbagai jenis jubah dan yang sorang lagi menyelongkar laci. Seorang wanita berselendang tapi berambut perang mengawasi orang lain yang masuk ditemani seorang kanak2 kecil ala anak mami yang cukup comel.Mereka tak banyak cakap. Mamat berkopiah ni kemudiannya berkata tiada saiz sesuai untuknya dan meninggalkan nombor telefonnya untuk isteri aku hubungi jika saiz yang sesuai untuknya sampai...HJ ZAINAL namanya yang dia perkenalkan kepada kami..

Hujung minggu lepas butik berhampiran kami menceritakan perkara yang sama menimpanya lalu kami menghubungi HJ ZAINAL tersebut..ternyata bukan dan tuan telefon tu beritahu memang ramai orang menelefonnya mencari hj zainal..sampai ada yang call dari utara pun ada..

Sebagai warga yang baik dan tak mahu perkara ni menimpa ke atas orang lain maka isteri aku dan anak buah serta tauke butik tu ke balai polis kajang buat report, dahlah kerani polis tu taip bahasa tunggang langgang tension pulak dengan soalan2 bodoh pegawai penyiasat yang malas2 nak ambil kes tu..gini lebih kurang dialognya!muka polis ni seperti tak berminat je nak kerja..

PP (Pegawai Penyiasat) : Awak kenal budak tu? kalau saya datang kedai awak,awak jamin
dia ada?
Anak buah : mana saya tahu?tapi kami cam rupa dia kalau ada lakaran..
PP : Awak ingat Kajang ni kecik?
isteri saya : sebab tulah kami report supaya orang lain tak kena dan boleh kita
bendung..
PP : Awak tahu alamat dia?
isteri saya : (naik angin dengan soalan bangang) kalau saya tahu tak payahlah
saya datang sini..Encik! saya datang ni nak buat report dan encik
boleh bakulsampahkan report saya kalau mahu! Jangan tanyalah
soalan bangang macam ni..(mengoyakkan kertas report dan me
lemparkannya di depan muka PP tersebut)

lalu mereka pun blaahhh..sejam kemudian Tuan Helmi menghubungi kerana hairan report isteri aku takde statement, isteriku menjelaskan perkara sebenar dan Tuan Helmi berjanji dengan baik akan membantu..
AKU?sewaktu isteriku bercakap dengan Tn Helmi tu aku menjerit2 di belakang dengan perkataan "POLIS BANGANG!" "CARI BULU ANWAR PANDAI,PART NI BODOH!" dan macam2 lagi....hmm!

Friday, November 7, 2008

GEMPAR! DEMONSTRASI KETUANAN ORANG PUTIH di AMERIKA!!

GEMPAR LAGI MENGGEMPAQKAN!!

Beribu juta warga kulit putih Amerika Syarikat turun berdemonstrasi di jalan raya dari Alaska ke California menuju ke Rumah Putih menghantar mesej kepada Presiden baru Barack Obama agar jangan menghakis ketuanan orang putih..
Mereka membawa sepanduk,bunting,poster dan banner yang bertulis "Hidup Orang Putih!(long live white man)", "jangan gadai Ketuanan orang putih " dan "Contohilah Umno yang guna bahasa kita walaupun berjuang untuk melayu"...
demonstrasi dipercayai didalangi oleh Hillary Clinton...FRU dan SB dikejarkan ke sana dan menangkap beberapa aktivis..perhimpunan kemudiannya disuraikan dengan pancutan air asid dan gas pemedih mata..

Tuan tanah(melayu) kedawon!

cemburu juga mendengar Ronasina dapat ikut Wak Jono ke Gunung Suralaya..aku tak dapat ikut lantaran kerja-kerja terlalu banyak..seminggu ni aku asyik out-station dan dah mula keluar rumah subuh-subuh memandu ke tempat kerja..
untuk hilang bosan dan mata yang masih melayu(bukan bangsa melayu),aku pun pasang radio siaran Hot fm, 10minit sebelum pukul 6pg aku dihidangkan dengan lagu2 Indon..masuk pukul 6pg, slot Hot fm krew kelolaan Faizal Ismail dan Fara Fauzana menyumbatkan telinga aku dengan lagu2 yang dimonopoli lagu2 Indon....nah!! aku rasa tak perlu ikut Wak Jono pun aku dah rasa sampai ke Indonesia..syabas Hot fm...lalu aku teringat gesaan Karyawan yang meminta kuota 90% lagu2 Melayu dimainkan di stesen2 radio...aku pun gelak sorang2 sambil terkentut2 betapa rayuan karyawan2 majoriti Melayu ini langsung tak dipedulikan oleh kaum kapitalis yang sibuk mengembungkan perut mereka. Dengan memasang seekor dua babi Melayu yang dijadikan sebagai ampai2, mereka merobek dan meratah keuntungan. Ketuanan Melayu? pergi jahanam kata mereka..senator Jins Shamsuddin yang kuat kemelayuannya itu pun tahapahapa yang dibuatnya..
Karyawan baru-baru ini (segelintir saja) pun memprotes penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan oleh Kerajaan Melaka..nak cover line punya pasal, ali rustam menjemput Karyawan membuka ofis mereka di Melaka bagi membantu mempromosikan Melaka. Presiden Karyawan Freddie Fernandez (laa...karyawan yang majoriti melayu pun pilih presiden bukan melayu..habis yang sebok dengan PKNS tu pasaipa?) setuju dengan saranan ali ketam 'the kokok man' tu..

Begitulah kita yang sibuk dengan ketuanan Melayu..pengikut2 parti yang memperjuangkan bangsa itu masih tak sedar2 lagi..dalam sibuk ketuanan melayu tulah, Pak Lah kayakan Patrick Lim (mahathir gelar Patrick Badawi), Khairy kayakan Jason lo dan serbegeth dengan projek My Team yang tah ke mana2 tu..dulu Mahathir kayakan eric Chia, ananda Krishnan dan sorang lagi tokey Berjaya group tu tahapa ke nama tah..lupa lak aku!
yang melopong dan masih terjarjis-jarjis melayu Mak Teh Kg.Kerinchi dan Aki sulong kg.Lebu Bentong..

*terjarjis-jarjis- sila semak Dewan Bahasa dan Petaka baru susunan Hisham Rais Tukar Tiub

Wednesday, November 5, 2008

Najib bakal disepak..

Pengumuman Najib RM 7 bilion dana rangsang ekonomi tidak sah dan tidak ikut peraturan Dewan, Speaker putuskan perbahasan parlimen hanya berasaskan bajet asal..
Kelmarin Najib satu-satunya pencatat sejarah Dewan sebagai Menteri Kewangan yang tidak memberi laluan kepada sesiapa dalam perbahasan Belanjawan, malah Bajet (bahasa apa daa perkataan bajet ni..Ketuanan Bahasa Melayu telah dibom C4) yang dihujah berlainan dengan yang diedarkan..
kan aku dah kata Najib ni bongok? apa yang dia tau pasal ekonomi? bukankah belanjawan rumah dia diuruskan oleh Bik Mama pipi berkilat? itupun lembu-lembu daging dok sokong lagi..pi masuk blog Anwar Ibrahim dan saksikan sendiri najib Bangang tersengih-sengih tak nak jawab sambil jamaludin Jarjis si kaki raba bontot menunjukkan kehebatan membodeknya menjadi peguambela Najib..eleh!!
Pendekar tak Mulia tu lagilah hampeh! Hampeh yang berasal dari negeri di bawah bayu!...

asyik tengok Buletin tv3 suku dan utusan meloya memanglah bodo-bodo kena temberang!
oh ye!..kalau puak-puak UMNO (alahai bila laa parti ni nak tukar nama ke bahasa Ketuanan mereka) masih lagi dok cerita pasal Anwar nak pinjam IMF 10 tahun dulu sila tengok video sidang dewan apabila Anwar menerangkan keadaan sebenarnya dan mencabar MP Bangang Nasional berhujah, sehelai MP pun tak berani bangun..dalam utusan melayu bolelah menyalak..eh! lembu menyalak ke..sori silap..
cuba dengar dan teliti betul2..jangan fanatik sangat sampai tak nak dengar hujah, aku bukan fanatik anwar, korang cuba tengok entry2 aku sebelum ni ada juga aku belasah anwar..sebab kita jangan jadi lembu..lembu pun bagus juga sebab boleh diambil susu..korang apa ada? x-ray kepala langsung takde apa..kosong je..takde otak!

Nampaknya Najib bakal disembelih sebelum Mac kerana gagal menangani ekonomi..Pak Lah akan tiru style Mahathir pecat anwar dulu..
*maaf kalau tersinggung kerana memanggil kalian lembu....maaf banyak2..aku tak panggil begitu lagi.............er..kerbau ok tak?

Saturday, November 1, 2008

Mazhab Umno/BN

cerita 1

Hari ini kalau kita tonton berita TV atau suratkhabar pasti kita merasakan yang rakyat malaysia semuanya ahli Umno..cerita pencalonan jawatan2 dalam Umno penuh menghiasi dada-dada akhbar dan TV seolah-olah kita sedang menghadapi Pilihanraya memilih Datuk Bandar atau Gabenor seperti di Amerika. Mujurlah aku dah 10 tahun berjaya mengekalkan rekod cemerlang tak beli suratkhabar Utusan Meloya dan Berita Heran apatah lagi menonton Buletin TV3suku dan Radio Televisyen Mangkuk (RTM)..

Umno/BN terus menyebarkan dakyah agar mangkuk-mangkuk Malaysia khususnya orang Melayu terus menganut mazhab mereka. Ulamak nasi lemak, Profesor kangkung berperanan sebagai Rasul penyebar utusan Tuhan-tuhan pemberi rezeki,bintang dan darjat kepada mereka.

50 tahun kita diminahbobokan sehingga hari ini masih ada rakyat Malaysia malah golongan yang mengaku cendekiawan pun percaya tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka jika apa yang disampaikan itu datangnya dari mulut menteri-menteri, suratkhabar dan TV...jika TV berkata ekonomi baik maka mereka percaya ianya benar. Jika statistik di akhbar mengatakan KDNK meningkat beberapa peratus, mereka akan seronok walhal ianya tiada kena-mengena dengan harga ikan kembung yang mereka makan itu masih tak turun-turun harga..

Baru-baru ni Pak Cik aku seorang pegawai kelas A juga berkata "Anwar nak jual negara"..aku dapat lihat dari sinar mukanya terpancar kebodohan lembu warisan penjajah.. tah macamana dia memperolehi ijazah aku pun tak tahu..

aku hanya berdiam kerana takut diketawakan isteriku yang pasti akan berkata "buat apalah abang berdebat dengan lembu! Buang masa!"

cerita 2

Aduh!! imej Najib sudah mula nak dibersihkan dengan pembebasan Razak Baginda. Bakal PM kita sudah siap sedia menaiki takhta. Populariti Anwar menurun dan harapan penubuhan kerajaan baru kian pudar. Rakyat sudah tidak menaruh harapan lagi. Akhbar Suara Keadilan yang panas sebelum 16 September mula suam jualannya di tempat aku..
Nampak gayanya kita akan terus duduk di kerusi pembangkang sehingga Pilihanraya akan datang atau terus begitu selepas Umno/BN bangkit membina kekuatannya semula dan dapat menagih semula sokongan rakyat dengan PM baru seperti rakyat menolak PR semasa PRU 2004 kerana Pak Lah dikatakan akan memberi sinar baru selepas sinar Mahathir menjadi gelap hitam legam!

........kita nak start dari zero balik kot!