Thursday, November 4, 2010

PRK: Pakatan Rakyat kalah sebab BODOH!

Kalaulah minggu lepas aku bertaruh RM5 juta yang PR akan kalah di kedua-dua DUN, malam ini aku sudah pasti tidak perlu memikirkan soal pekerjaan lagi sebab malam ini aku sudah jadi jutawan. Aku telah ramal PR akan kalah dan aku dah tulis dalam status di fesbuk.

Kenapa PR kalah?
satu saja: sebab PR bodoh!

Kenapa aku kata begitu? Sifirnya mudah saja. Tak perlu tunjukkan aku track record, kronologi, statistik atau keletik itu keletik ini -
Apabila kita menjadi sapi di Batu Sapi dan malas di Galas, maka bayang kekalahan sudah terlakar.
Mari tengok sebab ini:-

1) SPR - Apabila sebuah badan pengendali pilihanraya yang sepatutnya memberikan suatu tarikh yang selesa agar semua pengundi dapat menggunakan hak mengundinya gagal berbuat demikian maka celaka banganglah terhadap PR yang masih berdiam. Ketika bendera PKR dan DAP juga dilarang untuk dikibarkan semakin beballah PR kerana masih tersengih-sengih kerang memasang angan-angan untuk menang main sabung ayam. Masih tak sedar lagi yang PR sudah jadi Pak Kaduk yang memakai baju kertas.

sepatutnya : PR mengisytiharkan tidak bersetuju dengan tarikh tersebut dan MEMBOIKOT pilihanraya kecil tersebut. Kenapa? Tak boleh? Takut nak bagi mereka menang percuma? Well, hari ni kamu menang ke?

SPR adalah badut dan sesiapa saja yang menerajuinya adalah pecacai! Jika ada penyokong PR yang masih percayakan SPR - anda memang bebal!
Pilihanraya adalah silap mata
Penyokong PR jika masih percaya yang kerajaan ini akan bertukar dalam pilihanraya akan datang adalah insan yang malap daya pemikirannya. Aku terpaksa beriman dengan sabda Hishamuddin Rais yang diriwayatkan oleh sahih dirinya sendiri iaitu "Jika pilihanraya dapat mengubah apa-apa, sudah lama ia akan diharamkan."
Tolong buka mata dan berpijak di atas bumi yang nyata. Tolooongg!!! Jangan jadi burung unta yang menyerodokkan kepala di dalam tanah kerana tak mahu mengakui kebenaran atau tidak bersetuju dengan kebenaran.
Apa? PRU 2008 kita berjaya menang 5 negeri? Maknanya rakyat sokong kita? Sudah tentu akan datang BN akan lingkup? Hahaha! Okeylah, aku setuju tapi semudah itukah nak menang weh? Nak bagi harta mereka camtu je atau nak biar mereka dan keluarga mereka dok jel camtu je?
Tengok mereka rampas Perak. Mudahkan? Jika PR menang PRU akan datang boleh tak mereka merampasnya semula seperti mereka merampas Perak? Tak mustahil bukan?
Polis, tentera, media, sistem kehakiman dan institusi raja di bawah telur mereka dan ini akan dipunggah untuk menggagalkan kerajaan PR.
Dengar sini - Jika PR menang dan dapat ambil alih dengan mudah serta lancar kerajaan persekutuan pada PRU akan datang, aku akan...akan....jalan kaki secara gostan dari Kajang ke Putrajaya tanpa baju.

Ramai tak percaya dan tak mahu terima bila aku katakan ini. Orang politik lagilah sebab mereka perlukan kerja. Mereka mahu terus jadi YB, Exco, ahli majlis, PA kepada Yb itu ini..kalau kalah mereka kena fikir nak kerja apa lepas ni..
tapi kita tiada kepentingan itu. Kita terus kena kerja walau siapa pun memerintah. Cuba tengok..bila PR menang, amat sedikit yang akan dapat peluang kerja jadi pegawai itu ini di SUK tetapi RAMAI peniaga merosot perniagaan akhbar pembangkang dan cd ceramah mereka. Sewaktu kalah, yang sedikit tetap ada kerja sementara peniaga dapat berniaga dengan baik kerana orang nak berita. Hehehe! Perubahan politik tetap memberi kesan terhadap orang bawah sementara orang politik tetap cerah periuk mereka.

Adun dan MP - sila kembali ke kawasan kamu sekarang, jangan dok leka..cuba cari senarai daftar pemilih yang baru dan lihat perubahan telah pun berlaku. Berapa ramai pengundi baru dan berapa ramai yang dah tiada? Berapa Pusat Daerah Mengundi sekarang? Sudah ditambah atau makin berkurang? Orang-orang di pejabat Adun pun tak tahu benda tu dah berubah. Pergi tengok sekarang!! Masih bermimpi nak menang? Hah! Kalau dah tengok nak goyang telur lagi dan percaya akan menang lagi?

2) Perangai politikus PR
Ini bukan dongeng. Di mana-mana di bawah pemerintahan kerajaan PR, ramai merungut kerana perangai sama dengan umno/ BN. Gila projek, pangkat dan macam-macam. Berebut jawatan dalam masjid, nak kontrak itu ini sampai nak dapat peluang bekal bubur lambuk di bulan puasa pun bergaduh. Konon nak banteras gejala sosial tapi dok gila nak buat bazaar malam, pasar malam dan macam-macam lagi. Apa kepentingan kalau bukan duit? Mana niat nak amar maaruf nahi munkar?
Banyak lagilah!

Apa perlu buat?
Aku mencabar ketua pembangkang Malaysia setelah berbincang dengan semua parti pembangkang mengumumkan - TIDAK AKAN MENYERTAI PRU AKAN DATANG!
Hahahaha..
kenapa? Gila?
"Yelah..kan kita dah ada 4 negeri? Takkan nak lepaskan gitu saja.."
"Aku rasa 4 negeri tu kita bertanding, lain tempat kita boikot.."
pasti akan keluar cadangan begitu.

Aku cabar - berani atau tidak? Cuba tunggu apa reaksi BN jika pengumuman itu dibuat. Cuba tengok dan buktikan. Cuba ajak mereka menari ikut kita.
Kalau kalian masih berasa nak jadi YB atau masih percaya nak tumbangkan BN dalam PRU sila nafikan cadangan ini dan kemudian jangan merungut ditipu berkali-kali oleh BN. Orang bangang memang patut ditipu.

Oh ya! Yang perlu dibuat sekarang, YB-yb harus turun ke kawasan masing2 dan didik rakyat tentang hak mereka supaya mereka bijak. Lupakan pilihanraya. Lupakan gelaran YB itu.

Kalau bukan pilihanraya, jalan apa nak tumbangkan BN?
Aku tak mahu jawab - cuba umumkan boikot PRU dulu!

Sebab itu kalau ada pemimpin PR yang nak bertanding sesuatu jawatan dalam partinya dengan menggunakan menifesto menawan Putrajaya pada PRU akan datang, orang ini harus kita tunjukkan punggung kepada mereka kerana mereka sedang berdongeng kepada kawan mereka sendiri untuk terus berkuasa. Noktah!

Aku harap aku akan kaya menang bertaruh setiap kali ada pilihanraya.

46 comments:

joegrimjow said...

kena guling negara lah camni?

Anonymous said...

Elok tak payah masuk politiklah. Bila kalah terus tak nak pilihanraya.
Berjuang baru seciput expect terus nak menang.
Jiwa kecil!!! semangat coca-cola.

gedek! said...

Ini baru pedas!

kulupSakah said...

anon:

1 - anda tak perlu bersetuju
2 - jika anda berjiwa besar tunjuk muka anda dan temui saya di uk5 untuk berdiskusi
3 - jika nak sertai pru, sila semak daftar terbaru keseluruhan di dun yb anda skrg dan bekerja..tahu tak ia dah berubah? sila bertindak segera!

Anonymous said...

Aku susah nak baca artikel yang sebegini jujur dan ikhlas...thanks bro...what a good article...

Aku setuju...kita masih terlalu optimis dan baik sangka dgn BN dan konco2nya sampai tak perasan yang kita di tipu hidup2..

Syukur kita kalah...at least kita kembali berpijak ke alam nyata...

Thanks Allah

Pemantau said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

PR tak bodoh dan BN tak cerdik, kebanyakkan rakyatlah yang bangang! sebab apa, 50 tahun UMNO memerintah dan selama itu orang melayu 'mundur' dari orang cina sebab jika melayu maju dan hebat dari bangsa lain maka tak akan timbul hak keistimewaan melayu, tak akan timbul melayu ditindas dan tak akan timbul melayu merempat. Sebahagian melayu ini masih memilih UMNO sebagai talian hayat bagi mereka sedangkan mereka gagal!

Dari segi keadilan, kebanyakkan melayu juga buta keadilan dan hak untuk mendapat kebenaran. Sebabnya terang-terangan media masa seperti TV dan media cetak yang hanya maklumat memihak kepada kerajaan sahaja dan tiada dari pihak pembangkang jadi adakah kebanyakkan melayu (UMNO) ini tidak peka dan sensitif dengan isu ketidakadilan ini? membutakan mata? Tiada mana-mana rakyat di dalam negara demokrasi di dunia ini akan bersetuju yang media hanya perlu dikonkong oleh kerajaan sahaja. TIADA! Di Malaysia ini adalah situasinya dan kebanyakkan rakyat tidak peduli dengan ini semua!! mana perginya maruah rakyat yang merdeka dan berdaulat.

Rakyat patut merasakan diri mereka bangang! bukan PR bodoh atau BN cerdik!

Pemantau said...

Salam tuan tanah;

Mohon link blog saya disini.

http://pemantau-thirdforces.blogspot.com/

tkasih.

Anonymous said...

x paham...kalo ngko kate prangai org atasn PR mcm prgai org BN watpe sokong lagi??? konpius...bagi aku la, org politik sume jahat kecuali PAS....tgok la, org PKR da dpt kuase prgai cm org BN....org PAS je yg btol2 aku respect...parti politik lain, melayu cina india sume lingkup....

kulupSakah said...

PAS?
kahkahkah..kau orang pas kan?
hey! kau tau tak di galas org melayu marah pasal balak sebab nik abduh dengan abe jak kontrol? baekkk!! jangan mimpilah..
kau nak aku telanjangkan? hahaha!
aku ingat antara sebab bangunan Pas pindah ke Chow Kit sebab untuk nak dakwah pondan2 hj taib..
woi mana dia? hahaha!
asyik berdemo anti konsert je..
pi demo pasal bazar malam yg buka sampai pagi..sapa penganjurnya? hihi..
kebenaran memang pahit beb! kalau aku dikata jahat sebab ini - aku terpaksa buat pilihan.cakap atau angguk!

Anonymous said...

setuju bro.. tapi ada ke yb dan pemimpin PR nak dgr cakap2 blogger

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bro kulup ..
aku bukan nak puji doctor gigi aka pengemar tempe..tapi zaman dia berkuasa ..sanghai pusat pelacuran kat sekincan bungkus...ada juga jasa docktor gigi ni

ni zaman PR rumat urut ada kat sekinchan yang aku perasan 2 yang aku tak perasan berapa tah...
lepastu dua tiga ekor berlagak macam mb..ceh

me said...

ahakzz... ok bro len kali kalau ada PRK sbb ada yb mampoi ka hutang x byr ka balun cukup2 rapat2 ke lantai jgn bg harapan langsung jgn kasi can... klau lpas keputusan kuar komen brutal mcm lawak la pulak hahaha...sori ek...

pepon tahniah org galas ..lpas ni berclubbing sampai malam2 bsama2 mat saleh yiheee......

suara-frust said...

WTF?
bodoh & bebal.
whatever it is,..aku menyesal undi PR masa PRU 2008.
sama juga,..banyak kes rasuah, skandal seks, kes penyelewengan, rebut kontrak,.haihhh

baik aku undi umno,..seteruk yg dikatakan oleh pembangkang pun at least YB BN tempat aku ni selalu jumpa rakyat & bg sumbangan,..

Untuk apa undi pembangkang,..kalau kejadian banjir mcm di Kedah sekarang ni pun dieorang x tunjuk muka?

I've decided,..i'll back with BN!

Anonymous said...

bro,

gua stuju dgn pendapat lu..
dan gua sgt angin psl ini...

tp gua cool down bila ingat tok guru...

tp gua sgt amarah jika bro mengutuk ngutuk pimpinan gua..

serius gua buntu...
adakah kita akan berakhir dgn sebuah penentangan kekerasan atau terus ditipu-ditipu?

utk skrg ni gua fikir mcm ni je..
kita tak dpt didunia tak apa, janji kita sedar.. kita ikut flow kalau dh itu jalan perjuangan kita..

apa kata bro??

Anonymous said...

salam.. aku setuju... memang dari dulu... kite dok menari rentak depa aje... tp.. cadangan kau tuk boikot tuh... x extreme ke?? pe lak kate org tetue kat kg tuh nanti.. dorang leh faham ke tujuan boikot memboikot sumer???

wallahuaklam

Anonymous said...

tok gurupun sama dalam hal ni, kroni je lebih, anak beranak dia jer sapu. galas dah berapa lama diarang perkosa, andaian jauh dan orang tak tahu, akhirnya Allah tunjukkan semua apa yg pemimpin pas perlakukan di galas.

daLyaanoon said...

gua dah agak dah gaya tulisan bro!

tahniah, dah tiba masa kena telan pahit!

cadangan 4 negeri PR boikot PRU memang bernas dan tak pernah dibuat sebab sebelum ni hampir semua negeri BN punya.

berpolitik bukan semata-mata pilihan raya.

PA kepada MP PAS berlagak macam orang UMNO.

Anonymous said...

inilah susahnya org politik....bila dah dapat kuasa lupa segala janji-janji manis...aku pun tak setuju dengan beberapa MP Pakatan sebab lagi dasyat dari org umno..tapi walau apa pun berlaku aku tetap tak sokong dengan umno...sebuah parti yg menyusahkan org miskin.semua benda nak dinaikkan.gaji kecik macam tu jugak.bab islam tolak tepi sebab bahaya kalau agama dan politik disekalikan.aurat tolak ketepi sebab tak moden.org melayu tolonglah sedar hal ini.kesianla anak cucu kita suatu hari nanti.Agama tak tahu disko aje yg dia org tahu...

kulupSakah said...

suara-frust,
jika anda berpaling semula kepada umno, anda bukan saja bebal tapi kelabu asap dan bodoh melantun-lantun. orang yang frust dgn PR takkan balik jadi bangang..
oh ya! sebenarnya kau memang umno dari dulu pon kan?

anon,
kalau kao marah aku kutuk pimpinan kau, kau harus tengok dulu betul atau tidak..
hehe!

apa kesimpulannya?
tunggu...

TOK HAJI BUNGA said...

SEMPOI KULUP SAKAH...AKU SOKONG...BERDEKAHAKHAKAHKAHAKHAKHA

Anonymous said...

sapa-sapa yg balik sokong bn tu memang bebal nak mampos....kecik-kecik tak nak mampos bila besar nyusahkan orang...gua sokong lu kulup sakah....teruskan teguran pedas...

Anonymous said...

bro kulup sakah,
bagaimana anda begitu yakin yang anda juga bukan didalam kategori kelabu asap dan bodoh melantun lantun?

tonot

kulupSakah said...

senang saja tonot,
kau tahu orang tu hendak menipu kau tapi kau masih terus bekerjasama berkali-kali semata-mata mengharapkan keajaiban..
bukankah bodoh melantun-lantun itu?

aku takkan bekerjasama dengan mereka.

cuba kau lihat bila Tok Guru enggan bekerjasama dengan umno, tidakkah mereka terhegeh-hegeh kata itu ini..
cubalah sekali jangan ikut permainan ini.
cuba!

Anonymous said...

aku setuju ngan ko kulup. boikot je. wat pe jadi bodoh. asyik nak kena tipu je. A'aa...PAS je la yg baik tapi dlm pada tu pimpinan sibuk nak bercinta ngan UMNO semula. PAS betul2 hipokrik, depan bangsa lain manis mulut, belakang sibuk dengan agenda UG, ketuanan melayu...porahhhh..aku selesa ngan pendirian aku, salah tetap salah tak kiralah sapa pun. Kalau bebal mcm ni nak tawan putrajaya?. Walau pun begitu, aku tetap benci kat UMNO. Parti paling hipokrit.

Anonymous said...

salam.. cuma ingin memberi pandangan.. rasanya bila membeban kekelahan kepada SPR.. kita sering lupa beberapa siri kemenangan PRK oleh PR..malah disibu dulu juga PR telah merampas kerusi parlimen..

Sebenarnya beberapa isu berjaya diketengahkan oleh media perdana di galas dan batu sapi.. antaranya isu PKR yang nampaknya semacam menjadi beban dalam PR.. saya tidak tau sebenarnya apa yang berlaku.. tetapi dengan pendedahan berterusan oleh media perdana, PKR yang menjadi pengikat diantara DAP dan PAS sangat bermasalah.. keberahian masing-masing dalam memberi kenyataan.. perebutan jawatan.. sama dan saling tak tumpah seperti umno (parti2 yang individu ini sertai sebelum PKR).. kegagalan ini adalah berpunca dari kempimpinan yang lemah.. alasan untuk pemutihan .. tidak kena pada masa dan keadaannya.. dan tidak keterlaluan jika dikatakan orang dah serik nak undi PKR pada PRU akan datang, kerana kebanyakan mereka nantinya akan melompat parti.. alasan mereka dirasuah oleh BN adalah alasan yang akan memakan diri.. dan kemudiannya beberapa pimpinan PKR akan mencanangkan keburukan dan kebobrokan yb2 yang melompat parti juga satu tindakan yang sangat bodoh.. (apa mereka meletak calon tangkap muat?? dan tidak bertanggungjawab atas kesilapan mereka sendiri)

Kedua.. isu pemberian wang oleh TGNA.. walaupun apa alasan yang diberi oleh PAS, parti yang dikenali sebagai parti Islam tidak seharusnya mengikut rentak dan gaya Umno.. jika BN beri, pas harus menentangnya dan tidak mengikutnya.. jadi bila terkantoi, jgn ada perkataan atau ayat.. "mengapa BN buat, tak kena.. kita buat, kena??" ayat bodoh yang menikam diri sendiri.. orang memilih untuk mengundi PR kerana yakin yang PR tidak sama dgn BN, tetapi jika tidak ada bezanya diantara keduanya .. baik undi BN..

Penyelesaiannya adalah:
Membubarkan PKR dan mewujudkan satu parti baru.. PKR dah punyai track rekod yang buruk.. PAS hendaklah menjadi parti yang benar2 nampak islamnya.. lebih lembut, tidak mengikut rentak umno dalam berpolitik.. (sangat sedih bila melihat perayu-perayu undi PAS yang berkupiyah dan berserban terlalu termakan dengan provokasi BN)

Saya juga ingin mencadangkan sekiranya PKR tidak dibubarkan.. seperti dalam prosidur siasatan Polis, ada tiga komponen.. satu keras dan mengugut, satu batu api dan satu memujuk.. andainya cara ini boleh diaplikasikan, mungkin undi akan menyebelahi anda.. caranya fikirla sendiri..

Tentang segalanya dibawah kawalan kerajaan bn.. itu kita tak boleh buat mcm mana.. yang pentingnya, kemenangan yang manis adalah dari usaha yang sukar.. kalau difikirkan tentang senario kawalan ini, PR tidak kemana-mana.. menyalahi sistem semata-mata, dan tidak boleh berbuat apa-apa.. lebih baik tidak payah berpolitik.. (menangisi takdir??)

peace no war..

Anonymous said...

salam.. cuma ingin memberi pandangan.. rasanya bila membeban kekelahan kepada SPR.. kita sering lupa beberapa siri kemenangan PRK oleh PR..malah disibu dulu juga PR telah merampas kerusi parlimen..

Sebenarnya beberapa isu berjaya diketengahkan oleh media perdana di galas dan batu sapi.. antaranya isu PKR yang nampaknya semacam menjadi beban dalam PR.. saya tidak tau sebenarnya apa yang berlaku.. tetapi dengan pendedahan berterusan oleh media perdana, PKR yang menjadi pengikat diantara DAP dan PAS sangat bermasalah.. keberahian masing-masing dalam memberi kenyataan.. perebutan jawatan.. sama dan saling tak tumpah seperti umno (parti2 yang individu ini sertai sebelum PKR).. kegagalan ini adalah berpunca dari kempimpinan yang lemah.. alasan untuk pemutihan .. tidak kena pada masa dan keadaannya.. dan tidak keterlaluan jika dikatakan orang dah serik nak undi PKR pada PRU akan datang, kerana kebanyakan mereka nantinya akan melompat parti.. alasan mereka dirasuah oleh BN adalah alasan yang akan memakan diri.. dan kemudiannya beberapa pimpinan PKR akan mencanangkan keburukan dan kebobrokan yb2 yang melompat parti juga satu tindakan yang sangat bodoh.. (apa mereka meletak calon tangkap muat?? dan tidak bertanggungjawab atas kesilapan mereka sendiri)

Anonymous said...

Kedua.. isu pemberian wang oleh TGNA.. walaupun apa alasan yang diberi oleh PAS, parti yang dikenali sebagai parti Islam tidak seharusnya mengikut rentak dan gaya Umno.. jika BN beri, pas harus menentangnya dan tidak mengikutnya.. jadi bila terkantoi, jgn ada perkataan atau ayat.. "mengapa BN buat, tak kena.. kita buat, kena??" ayat bodoh yang menikam diri sendiri.. orang memilih untuk mengundi PR kerana yakin yang PR tidak sama dgn BN, tetapi jika tidak ada bezanya diantara keduanya .. baik undi BN..

Penyelesaiannya adalah:
Membubarkan PKR dan mewujudkan satu parti baru.. PKR dah punyai track rekod yang buruk.. PAS hendaklah menjadi parti yang benar2 nampak islamnya.. lebih lembut, tidak mengikut rentak umno dalam berpolitik.. (sangat sedih bila melihat perayu-perayu undi PAS yang berkupiyah dan berserban terlalu termakan dengan provokasi BN)

Saya juga ingin mencadangkan sekiranya PKR tidak dibubarkan.. seperti dalam prosidur siasatan Polis, ada tiga komponen.. satu keras dan mengugut, satu batu api dan satu memujuk.. andainya cara ini boleh diaplikasikan, mungkin undi akan menyebelahi anda.. caranya fikirla sendiri..

Tentang segalanya dibawah kawalan kerajaan bn.. itu kita tak boleh buat mcm mana.. yang pentingnya, kemenangan yang manis adalah dari usaha yang sukar.. kalau difikirkan tentang senario kawalan ini, PR tidak kemana-mana.. menyalahi sistem semata-mata, dan tidak boleh berbuat apa-apa.. lebih baik tidak payah berpolitik.. (menangisi takdir??)

peace no war..

Anonymous said...

salam bro, gua kat sabah nak bg pandgan sikit dr orang sini pasai apa BN menang kat batu sapi...gua setuju sangat kalau kata pr mmg bangang pilih calon...bn menang bukan pasal kuat tp org batu sapi menyampah tgok calon luar menyibuk kat tempat depa....sandakan punya saiz macam negari melaka takkan xde sorang pun org tempatan yg layakjd calon...mudahnya "Baik pilih org kita dr org luar".kalau Pr pilih org tempatan konfom menang...so lain kali pilih calon yg rakyat suka bukan pimpinan suka.

Anonymous said...

"senang saja tonot,
kau tahu orang tu hendak menipu kau tapi kau masih terus bekerjasama berkali-kali semata-mata mengharapkan keajaiban..
bukankah bodoh melantun-lantun itu?

aku takkan bekerjasama dengan mereka."
ini kata Anda..Jadi siapakah yang TIDAK menipu disini?
Anwar,samy velu,mahathir,nik ajiz,mahfuz,lim kit siang,najib,siti hasmah,lim kuan yew,bill clinton,mandela,osama laden,etc..etc?


-tonot-

makanbola said...

pilihanraya 2008 - rakyat pilih pakatan sbb bn-umno sgt cibai
PRU 13 - rakyat tolak PR sbb mereka pun cibai

Anonymous said...

Suara frust
Pegi la kedah tengok la yb-yb Pr yb yb Bn semua ada turun tengok dan tolong. Lu mana tau dok baca suratkhabar yg tu jer. Pi tengok sendiri.

Pilihanraya perlu tak la perlu di boikot. Kepimpinan dah usaha tetapi perlu keizinan Allah untuk menang.

Perjuangan hanya terhenti bila ajal dan maut tiba.


utuh

mus said...

Dalam PRU 13 yg akan datang PR mestilah berusaha lebih gigih lagi memenangi hati rakyat gunakan alternatif baru utk memenangi hati rakyat.. jgn dok guna cara lama (ceramah politik) ajer ... sebenarnya masih banyak lagi rakyat malaysia ini tak sedar & matang dlm hal politik semasa kini... mereka masih mudah diperdaya n dipengaruhi dgn sumbangan,bantuan,projek "mee segera" n sogokan wang semasa kempen pilihanraya tanpa memikirkan impak yg akan berlaku pada masa depan...heran melihat rakyat kita nie seperti patung & pak angguk aja bila kerajaan mengumumkan sesuatu kenaikan seperti kenaikan petrol (apakah tidakkan kita? - cuma mengeluh panjang) mana perginya semangat reformasi kita? - jawabnya "tiada"... lihatlah nanti pada PRU 13 akn datang nie pelbagai isu akn timbul lagi lepas kes liwat DSAI, isu kalimah ALLAH dsb ... apakah lagi ISU yg akan mereka tatapkan utk kita semua... segala wang akn ditaburkan, segala janji akan dijanjikan, kepimpinan PR akn dilaga-lagakan, media perdana akn digunakan sehebat-hebatnya ... jika perkara seperti ini tidak kita sedari jgn nak kata jejak kaki ke Putrajaya ..."signboard" nak ke Putrajaya pun masih belum lagi kelihatan....

Anonymous said...

banyak bunyik bila kalah.. brsorak mcm nak giler kalau menang.. piiirah..

drrita said...

dah 3 tahun..aku tengok Pakatan Rakyat logo bersama pun tak de..
macam mana nak perintah negara kalau menang..
LOGO basic pun tak der...??
susah sgt ker buat logo macam logo dacing..setip kali PRK kecil..tak habis2 pakai logo parti masing2..
dalam 3 thn BN/UMNO dah buat macam2..PR baut ape??
ini masa utk muhasabh diri..bila orang kritik..ambik kritikan tu dan perbaiki diri...!
mula2 GALAS..lepas ni PAS pasti melepas..

Anonymous said...

drrita woi...camana nak register satu logo sebab dah disekat dema kat atas yg rata rata dipegang Bee Ennd...

Apa pun kalau antara 2 pilihan BN or PR...dan calon BN Melayu Islam dan PR bukan Islam aku masih pilih bukan Islam...

Aku nak tengok pulak tiada parti yg dapat kuasa mutlak...kalau boleh ada 50- 50...so siapa tak kerja habis kena humban.

Dulu..Kini...Selamanya Anti EEEE

Anonymous said...

bro kulup,

1.Bravo..bravo..bravo..

2.gua respek tulisan lu bro..

3.hetam..hentam jangan tak hentam...

4.ramai yang tinggal komen..peehh..kalo begini tulisan lu bro boleh sebaris dengan Parpukari,GAP dan lain-lain..

5.haaa.haaa..hentam je yang salah..yang betul dan baik untuk kita..kita sokong laaa...

6.bravo..bravo...

7.Kuasa,nama,wang ringgit,kaya,glamour...

8.tahukah anda mereka-mereka yang menjadi adun dan MP tak kira kerajaan atau pembangkang walopun sepenggal sahaja tetap dapat pencen sampai mati..elaun macam2x..

9.Kira memang susahlah nak jatuh miskin.heee..hee..

10.Yang semakin miskin kita..jika kita terus-terus buta

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa

budak sebelah taman kau said...

bro

kau cepat naik hangin kau org pas bagi komen positif tentang parti depa.

janganla kerana segelintir pimpinan pas di kawasan kau,kau simpulkan semua tu.itu semua dusun tua and semenyih mari,kalau pun ada kat kajang pun yg sorang tu je.

aku pun pas jugak tapi aku selalu kata kat kawan2 pas aku bukan semua pkr camtu,cuma kebanyakan dr depa cam tu..he he..


sejak jadi mantan ni(bukan menatang--curi mso kata) aku tengok kau menganas je.relaxla bro..

korang nak pertahankan cikgu lee pun susah,apa cite? nak kumpul 10 org ahli ranting kau pun susah.

kulupSakah said...

cuba kau baca betul2 entry aku nih..kau paham tak?
tak kira mana2 pun, saaamaaa je..
bezanya aku takde taruh kepentingan kalau mengkritik.

nak pertahankan cikgu lee? tegas dan satu je dari aku - aku mengalu2kan demokrasi. siapa menang dia teruskanlah.
ada masa pas, ada masa pkr, selalunya umno/bn lah kenaaa kan?

istilah mantan ke tak mantan ke takde apa bagi akulah. aku bukan macam sesetengah org yg terus nak pegang malah pegang jawatan lain lagi walaupun tak mampu..

mcD di taman aku naik, aku sorang je yg lawan, yg lain menikus. kes masterskill langgar undang2, sapa yg bising? PKR dan DAP je! Pas diam kau tau kenapee?
kah kah!

- kau nii pun satu, tak berani jumpa aku. mailah borak dgn aku. lepas ni kalau kau komen aku maleh nak layan pejuang pemalu macam kau.

ahah!

cia said...

lu org memang banggang sbb ikut pilihanraya.....sekira nya kita boleh tegak islam selepas menang pru...itu bende2 ajaib yg ke8 dlm dunia...hahahahahahahah

cikot said...

Pemimpin PR pun sama setan ngan UMNO.. bebal melantun2. so gua nak kena sokong mana ?

cikgu lee baru sekali je gua nampak turun padang.

otaklunyai said...

Biar kita kalah... asalkan kita tidak mendurhaka kepada Allah S.W.T... ada orang sanggup mengharamkan wang zakat kepada nasabnya... tetapi mengakui judi, rasuah, tipu duit rakyat itu halal... Nauzubillah.. Semoga Allah melaknat makhluk2 yang berperangai syaitan ini... Amin.

budak sebelah taman said...

cikot otak kontot

kau kata cikgu sekali aje turun.info kontot.

kalau ada prob call la dia,pasti dia atau dia kan suruh wakil dia turun,tengok severity kes kau.kalau kau terpijak paku jangan la call dia.

setakat ni kami no prob dengan dia.

tempat bakar sampah terbakar pun dia turun pukul 11.30pm malam.padahal itu bomba punya kerja.

cikot said...

BST, ko aku pasti org kuat PR. so ko mesti update bila pemimpin kesukaan ko turun. Tapi kenapa perlu bersembunyi..

puteri said...

bukan PR
sebaliknya
yang tertinggi dalam negara iytu yang dot.dot.dot

Term Papers said...

It is excellent and beautiful country to visit.