Monday, November 15, 2010

roh sudah hilang..

dunia berubah. manusia makin malas dan makin jahat. nak senang tak mau susah lalu kepala bijak (konon) memikirkan cara bagaimana nak untung dengan memanipulasi orang lain. konon niat nampak macam baik, tetapi sebenarnya baik untuk siapa?
banyak benda sudah hilang roh kerana adanya 'simulasi'. haha!
memancing ikan, bercucuk tanam, membela binatang sudah ada di komputer. tak payah buka kebun, cukup main game saja. main bola, tenis, catur tak perlu 'sparing partner'. hanya ada di komputer.
akhirnya kita jadi anti sosial, tak reti berurusan dengan orang di alam nyata. atau suatu hari nanti kita bertutur dengan huruf-huruf melalui sms, chat. tak bercakap lagi, mulut pun jadi bau cipan.
wilayah fantasi ini sengaja diwujudkan untuk melalaikan kita. dipindahkan niat dan semangat kita ke ruang maya yang tak menjanjikan apa-apa untuk melegakan kita saja. akhirnya kita tertipu.
bercucuk tanam di farmville menjadikan kita kaya raya tetapi di dunia sebenar kita tiada pun sayur-sayuran itu dan uangnya.
membebel mencerca kerajaan di blog, fb dan sebagainya tidak akan dapat menjatuhkan kerajaan zalim kerana ia hanya berlaku dialam maya. realitinya kita harus turun ke jalan untuk merealisasikannya.
ruang berangan itu diwujudkan konon kita sedang berevolusi tetapi ia tetap khayal.
..................................
tiba-tiba aku teringat saie di Mekah. Sebelum datang aku terbayang betapa mencabarnya berlari-lari anak dari Safa ke Marwah sepertimana Siti Hajar mencari air di tengah panas terik. Aku bersiap-siap zahir dan batin sejak awal lagi.
Tahu apa yang berlaku? (bagi yang belum sampai sana)
Kau tak dapat rasakan itu. Lantainya disimen konkrit menjadikan bukit safa dan marwah tiada berpasir. Tiada langit, kau berlari seperti di dalam dewan berhawa dingin dan tong-tong air zam-zam diletak dii tepi-tepi laluan untuk kau minum jika dahaga. Feel Siti Hajar tak rasa, sekadar melakukan rukun saja.
Aku tak tahu tahun-tahun mendatang silap-silap kita boleh naik motor melakukan saie.

( masa berlari tu aku syok nyanyi lagu Raikan Cinta)

selamat berhari raya Korban!

8 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam..nice... kalau masih certa pasal ibrahim sembelih ismail..aku sanggup tak on selama setagun...lari dari kebiasaan ..
selamat hari raya korban..moga lembu tidak ada lembu digi..tidak ada lembu yang masuk parti politik...sebab memang dah banyak lembu di dalam setiap parti... moh kita balik kampung

Irwan said...

Aku pun fedap jugak dengan cliche Raya Haji atau Raya Puasa yang balik balik recycle presentation yang sama...

Cuma feel Siti Sarah masa tu bukan feel panas atau haus. Feel nya ialah sedang terdesak di satu keadaan yang memang takde tempat nak mintak selain Allah.

Dan biarkanlah keadaan di Mekah tu semakin baik dengan marmar dan atap sebab ozon makin nipis, kang orang tua yang menghaji tu terus mampos kat sana pulak kang. Susah payah anak beranak kat Malaysia ni nak buat kenduri tahlil lak lepas ni...

Iktibar dari entry kau ialah jom kita azam pergi haji masa muda.

Iktibar kedua ialah kita takkan tau camana feel Siti Hajar sebab Siti Hajar ialah pompuan. Feel itu hanya boleh dirasai oleh isteri kita. Kita mungkin boleh rasa feel Nabi Ibrahim yang terpaksa meninggalkan Siti Hajar dan anaknya di satu tempat yang memang tak lojik...Kalau nak rasa, jomlah keluar tabligh 40 Hari...Aku menasykil diri sendiri...

Iktibar ketiga ialah komen aku dah menghilangkan mood Raya korban

Selamat Eidul Adha kepada semua!

Anonymous said...

Hahahaha! Terbaik bang, sistem yang memaksa, terasa baik, tapi baik untuk siapa? Pikir la sendiri. Hahaha. Tapi yang part berevolusi dalam maya setepek kena la bang! Ayooo. Haha!

Sa'i naik motor? Hahaha! Senang sangat dahh tu.

Selamat berwukuf kepada semua jemaah haji dan selamat hari raya aidiladha buat semua umat islam.

-geng_RIMbabara-

kulupSakah said...

brutal,
lembu2 tu layak kena sembelih

irwan,
bagi aku feel tak kira jantina. feel siti sarah ke siti hajar atau ibrahim adalah feel untuk semua insan. kecekalan dan 'percaya gila' terhadap yang maha esa.
tak yah susah2. cuba kita langsaikan duit gaji kita bulan ni utk bersedekah ke jalan Nya dgn betul2 'percaya' selepas itu kita akan dibalas 10 kali ganjaran.
boleh buat tak?
aku TAK!

RIMbabara klik,
jom wukuf di RIM

maun said...

Yang hidup adalah hati, bila mati ia, hilanglah roh....

Tapak Kaki said...

hehe..boleh ke masa tengah saie dok menyanyi?

Irwan said...

camana nak ada roh kalau jasad pun takder?

Term Papers said...

True stuff, live for others, not for yourself, is the best way of living, I guess.