Saturday, November 27, 2010

siapa lagi dalam PKR? (Tak pasti tajuk ni sesuai dak)

Aku tak berkesempatan pergi ke Kongres PKR kali ini sebab anak aku masuk wad. PKR adalah parti yang menarik dengan wadah baru memecah mitos lama yang selalu mendendangkan lagu perkauman serta pecah dan perintah. Sejarah penubuhan Parti Keadilan Nasional (sebelum bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia menjadi Parti Keadilan Rakyat) amat menarik. Ia terbina dari air mata, peluh dan darah rakyat. Ya, asasnya tak boleh lari dari faktor Anwar Ibrahim.
(tak payah tulis dengan bahasa yang susah dan ilmiahlah, leceh! Tapi depa ni kalau tak tulis dengan gunakan istilah hebat dan analogi-analogi mahu pun metafora penulis tu akan dianggap lokoih)

Hari ini krisis sudah menanah dan pimpinan atasan hanya menyumbatnya di bawah permaidani. Percayalah, jika tiada penyelesaian nanah ini akan menjadi barah dan menggunung lalu melibas ranap parti ini. Kepincangan dalam sistem pemilihan ini amat jelas dengan fakta-fakta yang tak pernah disangkal pimpinan. Sistem ini sebenarnya baik - jangan salah sangka tetapi pembelit akan menyalahgunakannya apatah lagi anggota-anggota ada yang masih belum celik berpolitik dan hanya taksub dengan susuk-susuk yang mereka kagumi sahaja. Percaturannya mudah - aku undi dia sebab aku tak suka si anu. Bukan pasal apa-apa. Ada yang masih baru, usah ditanya dah baca perlembagaan parti atau tidak, lagu parti pun tak reti nyanyi - yang ni lebih senang diputar dan dibongokkan.

keADILan (asalnya ejaan dan fontnya begitu) telah melalui beberapa fasa 'pemimpin' keluar parti. Keluar parti tak salah, ia bukan agama - tak sesuai anda boleh murtad. Bermula dengan keluarnya Marina Yusof, Chandra Muzaffar dan geng-geng diikuti beberapa tahun kemudian dengan Ruslan Kassim, Zahid Mat Arip serta grup mereka.
Grup lama yang diketuai Ezam Md Noor, SD Johari, Ghani Haroon dan Nadzmi Rosli keluar amat mengejutkan. Pasti apa yang mereka dakwa ada asasnya juga seperti Azmin mengawal parti dan sebagainya. Tetapi masuk umno adalah bukan tindakan yang betul. Itu lubuk jahanam.

Habis.

Grup yang masuk selepas Anwar bebas juga sudah keluar parti. Mereka yang digelar Tukar Tiub sebagai 'susuk yang berperut gendut dan berbaju batik' masuk selepas hujan reda dan berlumba-lumba mengutip cendawan. Mereka mengaku pejuang tetapi selepas tak dapat cendawan emas mereka keluar. Zahrain, Sallehuddin, Nallakarupan adalah contoh golongan ini. Yang ada salah laku seperti menipu, rasuah sudah tentu cabut. (Zul Nordin, Fairus dan katak-katak lain).

Habis siapa lagi yang tinggal?
1) Orang lama yang turun memprotes ketika Anwar dizalimi. Mereka ada di jalanraya, di parti, di mahkamah, di hospital, di rumah untuk solat hajat. Mereka ini (yang wanitanya) akan menangis memeluk Nurul Izzah kerana sayang. Mereka ini yang tak pernah mengamuk sebab tak jadi ahli majlis atau apa-apa jawatan. Apa jadi mereka sekarang bila kekecohan baru ini timbul?
Aku lihat mereka terus setia di dalam parti tetapi tidak berminat bertanding apa jua jawatan. Mereka tidak perlu jawatan untuk berjuang. Akhirnya mereka semakin ke sudut dari segi populariti dan prioriti kerana mereka tak makan puji dan bodek. Pimpinan yang gila jawatan akan meminggirkan mereka (kalau boleh mencantas) kerana mereka ini tidak boleh disogok. Tumpuan diberikan kepada yang baru-baru untuk terus mereka kekal.

2) Orang lama yang taksub dengan tokoh pujaan mereka. Mereka mengagumi susuk pemimpin ini dan menganggap pemimpin ini sebagai 'guru'. Pemimpin ini mereka angkat, pilih dan julang. Salah benar sudah jadi bukan nombor wahid. Anwar, Azmin, Khalid Jaafar, Zuraida atau juga Shamsul Iskandar ada pemuja mereka sendiri dan mereka sangat menjaga pemuja ini. Orang yang bekerja dengan baik tetapi tak reti berpolitik dan bodoh dalam mengambil hati ikan-ikan akan dibenci dan cuba dijatuhkan. Contoh - Khalid Ibrahim. Ketika imej Menteri Besarnya begitu baik di mata rakyat Selangor, beliau amat dibenci di dalam parti.

3) Orang-orang baru yang masuk selepas kemenangan dalam PRU. Aku kagumi mereka dan tak berniat memperkecilkan keikhlasan mereka tetapi harus diakui juga ada di antara mereka yang bengong masuk melulu mengharapkan akan dapat 'sesuatu'. India-india estet misalnya masuk berbondong-bondong dan diajar mengundi mengikut 'chai' yang diatur ketua mereka. Puak ni bukan tahu apa. Esok dekat PRU percayalah, mereka ini akan berbondong-bondong keluar merungut kononnya diabaikan. Tengoklah nanti!

Kesimpulannya - dalam PKR sekarang sedang berlaku 'pertembungan' yang lama dan baru dan mereka ini menjadi mangsa diperalatkan oleh pemimpin yang mahu terus mencari makan dalam parti. Yang berprinsip tak akan mudah terpedaya tetapi risikonya mereka akan disudutkan. Keluarnya Zaid Ibrahim adalah persoalan lain, sama ada dia kuda trojan itu pun bukan halnya. Cuma apa yang didakwanya jangan anggap semuanya salah. Percaturan itu ini di pihak atasan benar-benar berlaku dan gagal disangkal oleh pimpinan. Ini harus dipandang serius bagi mereka yang sayangkan parti. Jangan sokong sembrono. Berpolitik jangan sampai tergigit kelentit. Jadi pejuang jangan jadi bangang. Mengkritik pemimpin atasan bukanlah satu dosa. Konon tuduh umno taksub dan tak boleh pemimpinnya dikritik, sebenarnya kita pun sama. Apa salah kritik Anwar? Dalam soal kes liwat tak perlu kita bahaskan lagi. Itu jelas Anwar dizalimi dan wajib untuk kita membela beliau. Tetapi soal kelemahan mengawal parti jika perlu dikritik, kritiklah. Jangan asyik main slogan "PKR sudah bawa masuk budaya umno" untuk tutup kelemahan tetapi bagi aku "PKR sudah cipta budaya mengampu dalam partinya".

Kata seorang reformis veteran - "Kadang-kadang aku jadi jahat bila mengharapkan Anwar masuk penjara semula sebab nak tengok puak-puak ni sanggup turun menggoncang kerajaan atau tidak seperti yang pernah kita buat"

Ya, 2011 adalah tahun penting kerana PRU semakin hampir. Oh! Mereka masih percayakan PRU. Tugas Pakatan Rakyat makin mencabar bukan saja menangkis serangan BN tetapi bergerak meyakini rakyat agar BN sendiri terhumban bukan kerana apa-apa tetapi kerana kesedaran rakyat itu sendiri. Tugas berat dan mencabar ini harus dipikul oleh anak muda dan Angkatan Muda Keadilan dengan ketua barunya (sebenarnya ketua yang lama juga melakukan pusingan U) selepas berjaya menang pemilihan kali ini harus merangka seterusnya bergerak konsisten memasuki lubuk-lubuk rakyat dan sarang-sarang anak muda untuk menumbangkan kerajaan korup.
Anak muda jika ketuanya lembab, sembab, lembam akan pasti membuat Pakatan Rajyat gagal dan jatuh tersembam.
Jika 2011 ini mereka hanya leka berpolitik dan terus berkelakuan elit, aku akan tembak mereka tanpa belas kasihan.
Amma Ba'du.

6 comments:

Faizal said...

Bro, mohon disebarkan!

Ini tulisan bagus. Anwar Ibrahim dan Wan Azizah juga Azmin harus baca.

Awal-awal dulu aku sangat berharap PKR akan dapat menggantikan UMNO membawa perubahan senario politik Malaysia.Tapi sekarang, aku mula tawar hati. Nak tengok sikit lagi apa perkembangan.

PAS kaya pengalaman, tapi tak berapa gagah nampaknya. Masih low profile.

DAP kelihatan semakin mengukuh di Penang.

Kesimpulan mudah, bila sudah nampak gagah, mulalah syaitan merasuk suruh gilakan harta, pangkat dan betina. 3 lingkaran setan yang paling jahanam.

Mudah-mudahan PKR cepat-cepat kembali ke pangkal jalan, sebelum UMNO merobek-robek tanpa belas. Depa semakin bersemangat.

Yong said...

Yob, tulisan miker bagus. Yong nampak PKR dah terhakis demokrasinya. yong bukan orang PKR, tapi menyokong sesiapa yang menentang kezaliman. Aduhai!!!

matkambing said...

setuju bebenor dsngan pendapat mike lop! inilah yang terbenak disanubari kebanyakan penyokong reformasi ketika ini. berjung dan terus berjuang sehingga umno-bn dijatuhkan! jangan biarkan anak kita kencing diatas kuburan kita satu hari nanti, ingatlah!

Cempaka R.Minta said...

hii
abang anak sudah okey ke?...doa semua ok
add cempaka ya..plss

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tulisan orang kecil yang tidak di hiraukan..
tapi dulu orang orang kecil ini lah yang di sembur pemedih mata
oarang orang kecil inilah yang bergelndangan di kampung baru..

bunbinban said...

aku tak pikir panjang...aku setuju sgt dgn ko. Harap pimpinan PKR jgn ego sampai mencabar supaya mereka yg mengkritik parti utk keluar dari parti....hemmmm ahli mengkritik utk kebaikan, kalau takat nak jawatan rasanya lebeh baik dorang masuk UMNO, ada gak upahnya walau maruah dah tergadai. Pimpinan ni dah lupa agaknya, siapa yg meletakkan mereka di situ, di kerusi empuk. Aku dah di tahap bosan melampau dgn PKR ni. Tapi aku tak kesah...undi aku punya, suka hati akulah nak undi siapa. Tapi takdelah aku nak undi UMNO hipokrik tu tapi masaalahnya PKR pun dah jadi seakan-akan UMNO kalau tak pun sebijik UMNO. Fening2...