Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Tuesday, November 30, 2010

aku dengan kartun


lukisan di atas adalah lukisan pertama aku yang pernah tersiar di majalah Gila-Gila ruangan Senyum Pelajar antara isu 1 atau 15 Julai 1990. Aku tingkatan 5 masa tu. Tapi lukisan di atas ni dilukis semula oleh aku tadi dengan cuba meniru stail dan stroke masa dahulu. tanpa melakarkan dahulu dengan pensil dan menggunakan nama fendi - lukisan aku dulu lebih teruk dari ini. Cuma aku gagal hayati keikhlasan semasa melukis pada waktu itu. Tanpa ada rasa nak apa-apa melainkan nak tengok karya tersiar saja. Aku tak tahu berapa lama aku menunggu ia tersiar, yang nyata aku hampir terlupa akannya. Bila beli saja isu tu, aku melompat gembira - menunjukkan kepada bapakku, emakku, kakak dan adik serta kawan-kawan. Tersiar di Gila-Gila samalah seperti kau layak masuk American Idol.
November 1990 aku ke KL. Sekeping dua lagi kartun aku menyusul tersiar di Gila-Gila membakar semangat untuk aku ke Creative Enterprise berguru dengan Pak Jab (Rejabhad). Pak Jab waktu itu ada menerbitkan buku 'bengkel kartun'nya sendiri dan dijual dengan harga rm10.
"Tapi memandangkan anda masih belum bekerja, saya tak mahu ambil duit anda. Anda ambil buku ni dan pulangkan semula selepas membacanya." Arwah Pak Jab bahasanya memang berbunga dan aku jujur. Aku pulangkannya seminggu kemudian. Aku belajar berkartun dengan arwah. Aku memang suka memerhati. Dari bilik Pak Jab di tingkat empat pejabat GG itu, aku dapat melihat Fatah Ngah (A. Mamud) yang sering mengangkat kepala menegur aku setiap kali aku masuk. Aku nampak Zunar yang serius tak pandang kiri kanan, Azman Yusof, Gedek. Sesekali aku berselisih di tangga dengan Roy, Cikli, Roslim, Not dan Kulat. Aku mahu jadi macam mereka. Aku study stroke Don dan Kerengge yang banyak bermain dengan ekspresi serta 'movement' dan juga 'background' yang cantik tapi aku banyak terpengaruh dengan Tazidi (mungkin pasal ada bau-bau bacang. Bapak aku dengan bapak dia sepupu) dan Tazidi banyak terpengaruh dengan Paul Coker Jr. Aku pun merujuk Coker. Aku kenal Sergio Aragones yang besar pengaruhnya kepada Jaafar Taib, Aza, Petai dan lain-lain.
Aku selalu menyibuk-nyibuk tepi kartunis terkenal kalau ada apa-apa program mereka. Aku nampak Ujang, Gayour, Aie dan generasi baru. Cuma aku tak pandai melukis slapstick seperti lawak lembu main gitar atau beruk bawak jet. Aku minat kartun-kartun satira macam Lat dan Juragan (masa tu je), aku dah ikut Zunar sejak sebelum Gebang-Gebang atau Lizanya. Aku minat Nud's punya idea. Lalu aku jarang melukis apatah lagi freelancer yang tiada nama memang nasibnya seperti kentang. Ditendang sana-sini, artwork tak dibayar. aku mogok seni bertahun-tahun.
Dunia berputar. Akhirnya ada di antara mereka menjadi kawanku. Siapa kartunis pujaanku? Susah nak jawab sebab masing2 ada kecenderungan sendiri dan mereka pakar dalam bidang mereka.
Jaafar Taib - kartunis sepanjang zaman. Takde kartunis mampu menghidupkan watak binatang dalam kartun dengan baik seperti beliau. Macam tengok kartun Walt Disney.
Lat - jika mahu cari kartun berwajah Malaysia, tunjukkan jari telunjuk anda kepada beliau.
Rejabhad- menonton karyanya bagai menonton bangsawan pentas. Stail begini dah pupus. Selain Pak Jab, stroke klasik yang dah jarang dijumpai ialah lukisan Mishar, Wahidi, Hussein Saad (Wak Dojer) - sekadar menyebut beberapa nama. Kalau mahu lihat stroke begini kartunis veteran Madsein ada gaya begini dalam majalah Gedung Kartun yang telah diharamkan.
Fatah - kartunis 'istimewa' yang tersendiri.
Ujang - ramai kartunis muda lahir dan lebih hebat lukisannya tetapi mencari seorang pencerita yang baik seperti Ujang terlalu sukar. Karyanya semua meletup.
Don dan Kerengge - kartunis yang melukis menggunakan teknik dan konsep. Ramai terpengaruh dengan stail mereka termasuklah Aie.
Lee Inas- aku pernah terpengaruh menggunakan berus dan menarik stroke macam dia.
generasi akhir 80an dan 90an yang aku minati karya mereka dan tersendiri adalah Roy, Cikli, Aloy, Roslim, Ramzahurin, Azam de Crow.

Aku?
aku ibarat Hang Kebun. Hanya part time jadi hulubalang Raja dan masaku yang lain hanya berkebun.

Monday, November 29, 2010

kulupsakah da kampung boy

pehhh!! dekat 12 tahun jugak teman tak balik sayong tidur sana. jenguk-jenguk gitu adalah..tempat teman mandi sungai, berbasikal ke pekan Kuale, naik bot menyeberang sungai perak masa tu sekupang je, kalau bawak basikal dua kupang, berlari kat batas bekas bendang, bermain dengan bebudak kampung (salah sorang kawan sepermainan adalah bekas pengacara rancangan wanita tv3). Baru ni adik sepupu kahwin berangkutle teman balik ke sayong. sempatle teman berkaraoke - ropenye budaya karaoke menyerang kampung.
tu satu hei, teman sempat jugak ke kebun belakang romah Wah teman jenguk ayam. Dulu ada kambin, tapi sekarang tadak dah.


teman cari belimbing buluh, kalu buat masak lemak telo itik campor belimbing, perghhh!!

manjatle teman pokok limau nipis, ambik beberapa bijik, buleh buat ayor limo, buat gosok ketiak..
teman angkut sham dengan anak-anak lepak penambang tepi sungai perak tengok bot. sekarang bot ni bukan saja dinaiki oleh orang kampung walau jambatan baru dah ada, tapi pelancong pun suka naik. teman terbayang samseng penambang pendekar bujang lapok. anak-anak buah teman pantang jumpe teman semuanya nak ngekor, hah lantak kome!
sepupu teman pengantin pompuan ni dulu teman cubit2 pipi geram comei bebenor, ropenye mase makin berjalan - dah kahwin sekarang. dengornye ngajor di melawati.
seghonokle juge...lepaih tu tak dan sampai romah, annisa dan an-nur teruih masuk wad sesak nafas. lat seminggu keluarle deme...

Sunday, November 28, 2010

bercinta memanglah indah..

kisah 1

aku mendekati public phone dengan poket berat penuh syiling. harap duitnya cukup. telefon pertama hanya untuk panggilan kecemasan. pergi ke sebuah lagi, masuk duit dan dail. duit ditelan tetapi telefon tak boleh berfungsi. sial! Rugi duit.. pergi ke sebuah lagi tapi terpaksa menunggu kerana seseorang sedang menggunakannya.
masuk duit, dail dan tunggu. "Hello!"....bla! Bla! Bla dengan suara romantis dan memperingatkan diri sendiri dan kekasih akan 'date' esok. Tunggu jam 3 petang di Metro Sinar Kota.
Seperti yang dijanjikan, esoknya kami bertemu. Pergi makan di warung tepi jalan. Menonton wayang. Menaiki bas mini ke mana-mana.
-12- 15 tahun dulu, tanpa sms, henfon, email atau apa kecanggihan percintaan tetap berjalan lancar. kalau terjadi apa-apa di tengah jalan dah tentu tak dapat hubungi sang kekasih. Silap-silap kekasih merajuk kerana menunggu berjam-jam pasangannya tidak muncul.


kisah 2
aku memasuki lif di hospital serdang. di dalamnya ada sepasang kekasih. Kedua-duanya doktor pelatih. Lelaki muda itu sedang berkata sesuatu kepada si amoi. sedang memujuk barangkali sebab suaranya terlalu lembut. aku tak faham bahasa cina. si amoi yang wajahnya menghadap dinding tidak menjawab, hanya menggeleng kepala. merajuk konon. aku pandang ke arah lain seperti tongong. apabila pintu lif dibuka, si lelaki menarik lembut tangan amoi keluar. amoi tidak membantah, hanya menurut tetapi wajahnya memandang ke arah lain.
ah! Bercinta memanglah indah!

* Kalau dah kahwin gua jamin sang lelaki tersebut akan menjerkah "Jangan buat gila merajuk dalam lif! Bikin malu saja!" dan terus blah...hahaha!


ini entry sempena ulangtahun ke 12 perkahwinan kami hari ini dan kami meraikannya di wad.

Saturday, November 27, 2010

siapa lagi dalam PKR? (Tak pasti tajuk ni sesuai dak)

Aku tak berkesempatan pergi ke Kongres PKR kali ini sebab anak aku masuk wad. PKR adalah parti yang menarik dengan wadah baru memecah mitos lama yang selalu mendendangkan lagu perkauman serta pecah dan perintah. Sejarah penubuhan Parti Keadilan Nasional (sebelum bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia menjadi Parti Keadilan Rakyat) amat menarik. Ia terbina dari air mata, peluh dan darah rakyat. Ya, asasnya tak boleh lari dari faktor Anwar Ibrahim.
(tak payah tulis dengan bahasa yang susah dan ilmiahlah, leceh! Tapi depa ni kalau tak tulis dengan gunakan istilah hebat dan analogi-analogi mahu pun metafora penulis tu akan dianggap lokoih)

Hari ini krisis sudah menanah dan pimpinan atasan hanya menyumbatnya di bawah permaidani. Percayalah, jika tiada penyelesaian nanah ini akan menjadi barah dan menggunung lalu melibas ranap parti ini. Kepincangan dalam sistem pemilihan ini amat jelas dengan fakta-fakta yang tak pernah disangkal pimpinan. Sistem ini sebenarnya baik - jangan salah sangka tetapi pembelit akan menyalahgunakannya apatah lagi anggota-anggota ada yang masih belum celik berpolitik dan hanya taksub dengan susuk-susuk yang mereka kagumi sahaja. Percaturannya mudah - aku undi dia sebab aku tak suka si anu. Bukan pasal apa-apa. Ada yang masih baru, usah ditanya dah baca perlembagaan parti atau tidak, lagu parti pun tak reti nyanyi - yang ni lebih senang diputar dan dibongokkan.

keADILan (asalnya ejaan dan fontnya begitu) telah melalui beberapa fasa 'pemimpin' keluar parti. Keluar parti tak salah, ia bukan agama - tak sesuai anda boleh murtad. Bermula dengan keluarnya Marina Yusof, Chandra Muzaffar dan geng-geng diikuti beberapa tahun kemudian dengan Ruslan Kassim, Zahid Mat Arip serta grup mereka.
Grup lama yang diketuai Ezam Md Noor, SD Johari, Ghani Haroon dan Nadzmi Rosli keluar amat mengejutkan. Pasti apa yang mereka dakwa ada asasnya juga seperti Azmin mengawal parti dan sebagainya. Tetapi masuk umno adalah bukan tindakan yang betul. Itu lubuk jahanam.

Habis.

Grup yang masuk selepas Anwar bebas juga sudah keluar parti. Mereka yang digelar Tukar Tiub sebagai 'susuk yang berperut gendut dan berbaju batik' masuk selepas hujan reda dan berlumba-lumba mengutip cendawan. Mereka mengaku pejuang tetapi selepas tak dapat cendawan emas mereka keluar. Zahrain, Sallehuddin, Nallakarupan adalah contoh golongan ini. Yang ada salah laku seperti menipu, rasuah sudah tentu cabut. (Zul Nordin, Fairus dan katak-katak lain).

Habis siapa lagi yang tinggal?
1) Orang lama yang turun memprotes ketika Anwar dizalimi. Mereka ada di jalanraya, di parti, di mahkamah, di hospital, di rumah untuk solat hajat. Mereka ini (yang wanitanya) akan menangis memeluk Nurul Izzah kerana sayang. Mereka ini yang tak pernah mengamuk sebab tak jadi ahli majlis atau apa-apa jawatan. Apa jadi mereka sekarang bila kekecohan baru ini timbul?
Aku lihat mereka terus setia di dalam parti tetapi tidak berminat bertanding apa jua jawatan. Mereka tidak perlu jawatan untuk berjuang. Akhirnya mereka semakin ke sudut dari segi populariti dan prioriti kerana mereka tak makan puji dan bodek. Pimpinan yang gila jawatan akan meminggirkan mereka (kalau boleh mencantas) kerana mereka ini tidak boleh disogok. Tumpuan diberikan kepada yang baru-baru untuk terus mereka kekal.

2) Orang lama yang taksub dengan tokoh pujaan mereka. Mereka mengagumi susuk pemimpin ini dan menganggap pemimpin ini sebagai 'guru'. Pemimpin ini mereka angkat, pilih dan julang. Salah benar sudah jadi bukan nombor wahid. Anwar, Azmin, Khalid Jaafar, Zuraida atau juga Shamsul Iskandar ada pemuja mereka sendiri dan mereka sangat menjaga pemuja ini. Orang yang bekerja dengan baik tetapi tak reti berpolitik dan bodoh dalam mengambil hati ikan-ikan akan dibenci dan cuba dijatuhkan. Contoh - Khalid Ibrahim. Ketika imej Menteri Besarnya begitu baik di mata rakyat Selangor, beliau amat dibenci di dalam parti.

3) Orang-orang baru yang masuk selepas kemenangan dalam PRU. Aku kagumi mereka dan tak berniat memperkecilkan keikhlasan mereka tetapi harus diakui juga ada di antara mereka yang bengong masuk melulu mengharapkan akan dapat 'sesuatu'. India-india estet misalnya masuk berbondong-bondong dan diajar mengundi mengikut 'chai' yang diatur ketua mereka. Puak ni bukan tahu apa. Esok dekat PRU percayalah, mereka ini akan berbondong-bondong keluar merungut kononnya diabaikan. Tengoklah nanti!

Kesimpulannya - dalam PKR sekarang sedang berlaku 'pertembungan' yang lama dan baru dan mereka ini menjadi mangsa diperalatkan oleh pemimpin yang mahu terus mencari makan dalam parti. Yang berprinsip tak akan mudah terpedaya tetapi risikonya mereka akan disudutkan. Keluarnya Zaid Ibrahim adalah persoalan lain, sama ada dia kuda trojan itu pun bukan halnya. Cuma apa yang didakwanya jangan anggap semuanya salah. Percaturan itu ini di pihak atasan benar-benar berlaku dan gagal disangkal oleh pimpinan. Ini harus dipandang serius bagi mereka yang sayangkan parti. Jangan sokong sembrono. Berpolitik jangan sampai tergigit kelentit. Jadi pejuang jangan jadi bangang. Mengkritik pemimpin atasan bukanlah satu dosa. Konon tuduh umno taksub dan tak boleh pemimpinnya dikritik, sebenarnya kita pun sama. Apa salah kritik Anwar? Dalam soal kes liwat tak perlu kita bahaskan lagi. Itu jelas Anwar dizalimi dan wajib untuk kita membela beliau. Tetapi soal kelemahan mengawal parti jika perlu dikritik, kritiklah. Jangan asyik main slogan "PKR sudah bawa masuk budaya umno" untuk tutup kelemahan tetapi bagi aku "PKR sudah cipta budaya mengampu dalam partinya".

Kata seorang reformis veteran - "Kadang-kadang aku jadi jahat bila mengharapkan Anwar masuk penjara semula sebab nak tengok puak-puak ni sanggup turun menggoncang kerajaan atau tidak seperti yang pernah kita buat"

Ya, 2011 adalah tahun penting kerana PRU semakin hampir. Oh! Mereka masih percayakan PRU. Tugas Pakatan Rakyat makin mencabar bukan saja menangkis serangan BN tetapi bergerak meyakini rakyat agar BN sendiri terhumban bukan kerana apa-apa tetapi kerana kesedaran rakyat itu sendiri. Tugas berat dan mencabar ini harus dipikul oleh anak muda dan Angkatan Muda Keadilan dengan ketua barunya (sebenarnya ketua yang lama juga melakukan pusingan U) selepas berjaya menang pemilihan kali ini harus merangka seterusnya bergerak konsisten memasuki lubuk-lubuk rakyat dan sarang-sarang anak muda untuk menumbangkan kerajaan korup.
Anak muda jika ketuanya lembab, sembab, lembam akan pasti membuat Pakatan Rajyat gagal dan jatuh tersembam.
Jika 2011 ini mereka hanya leka berpolitik dan terus berkelakuan elit, aku akan tembak mereka tanpa belas kasihan.
Amma Ba'du.

Thursday, November 25, 2010

aku pernah saksikan..

9 tahun annisa adalah 9 tahun ulang alik ke rumah sakit. 7 tahun an-nur adalah 7 tahun ubat-ubatan.
"bagaimana kau boleh tabah?" kata mereka.
aku bukanlah kuat, aku sekadar meraikan perjalanan sebuah kehidupan. ia manna dari yang maha sakti. dia suka aku begitu maka begitulah aku. kerna dari katil wad annisa dan an-nur aku pernah melihat:-

seorang anak ususnya di luar di balut dengan beg plastik
setiap jam plastik bercampur darah akan ditukar ganti
aku pernah saksikan seorang demi seorang anak kecil seangkatan anakku pulang menemui yang abadi
aku pernah saksikan seorang anak yang nazak kembali pulih
aku pernah saksikan seorang kanak-kanak bersih lebam berbirat didera binatang yang dia
panggil ayah
aku pernah melihat seorang budak yang semalam berlari tetapi hari ini terlantar kerana pendarahan di kepala, bukan kerana terjatuh tetapi penyakit keturunan..hari ini dia sudah tiada
aku pernah lihat seorang ibu terjelepuk menangis di kaunter jururawat memberitahu bacaan meter denyut jantung anaknya turun mendadak dan dari celah tabir aku nampak bayi jantung berlubang yang tak sampai setahun ini kembali menemui khaliknya
aku pernah lihat seorang ustaz lulusan azhar tidak mahu menjenguk naknya yang dilahirkan cacat dan dia hanya muncul beberapa minggu kemudian untuk membawa pulang jenazah anak 'sial'nya
aku pernah lihat seorang doktor tangkas merawat mati akal apabila anaknya sendiri diserang sawan dan seorang jururawat yang selalu merungut dengan kerenah pesakit juga merasai keadaan yang sama apabila dia turut sama menjaga anaknya yang terlantar
aku nampak sakit dan sembuh hidup dan mati bukan urusan kita biarpun kita berusaha
aku pernah saksikan..
marilah kita saksikan penyatuan kita dengan yang abadi
betapa hampir kita dan dia bak kuku dan isi

Tuesday, November 23, 2010

yahooo! akulah yang hensem

dalam komen seorang manusia di fb - kini ada komplot memburuk-burukkan blogger termasuk aku yang dikatakan blogger upahan Zaid Ibrahim.

Yahoooo! Kalau aku blogger upahan Zaid, akulah anjing yang paling hensem. Bodohpiang punya puak! Korang yang bangang aku yang takde kene mengene dengan ini gambar pon terbabit.

well, kedua-dua anak aku sekarang terlantar di wad pediatrik 5A, Tingkat 5 Hospital Serdand, katil no 9 dan 10.
pss..pss... sengkek ni, bagitahu Zaid suruh bank-in seribu dua ok tak?

Monday, November 15, 2010

roh sudah hilang..

dunia berubah. manusia makin malas dan makin jahat. nak senang tak mau susah lalu kepala bijak (konon) memikirkan cara bagaimana nak untung dengan memanipulasi orang lain. konon niat nampak macam baik, tetapi sebenarnya baik untuk siapa?
banyak benda sudah hilang roh kerana adanya 'simulasi'. haha!
memancing ikan, bercucuk tanam, membela binatang sudah ada di komputer. tak payah buka kebun, cukup main game saja. main bola, tenis, catur tak perlu 'sparing partner'. hanya ada di komputer.
akhirnya kita jadi anti sosial, tak reti berurusan dengan orang di alam nyata. atau suatu hari nanti kita bertutur dengan huruf-huruf melalui sms, chat. tak bercakap lagi, mulut pun jadi bau cipan.
wilayah fantasi ini sengaja diwujudkan untuk melalaikan kita. dipindahkan niat dan semangat kita ke ruang maya yang tak menjanjikan apa-apa untuk melegakan kita saja. akhirnya kita tertipu.
bercucuk tanam di farmville menjadikan kita kaya raya tetapi di dunia sebenar kita tiada pun sayur-sayuran itu dan uangnya.
membebel mencerca kerajaan di blog, fb dan sebagainya tidak akan dapat menjatuhkan kerajaan zalim kerana ia hanya berlaku dialam maya. realitinya kita harus turun ke jalan untuk merealisasikannya.
ruang berangan itu diwujudkan konon kita sedang berevolusi tetapi ia tetap khayal.
..................................
tiba-tiba aku teringat saie di Mekah. Sebelum datang aku terbayang betapa mencabarnya berlari-lari anak dari Safa ke Marwah sepertimana Siti Hajar mencari air di tengah panas terik. Aku bersiap-siap zahir dan batin sejak awal lagi.
Tahu apa yang berlaku? (bagi yang belum sampai sana)
Kau tak dapat rasakan itu. Lantainya disimen konkrit menjadikan bukit safa dan marwah tiada berpasir. Tiada langit, kau berlari seperti di dalam dewan berhawa dingin dan tong-tong air zam-zam diletak dii tepi-tepi laluan untuk kau minum jika dahaga. Feel Siti Hajar tak rasa, sekadar melakukan rukun saja.
Aku tak tahu tahun-tahun mendatang silap-silap kita boleh naik motor melakukan saie.

( masa berlari tu aku syok nyanyi lagu Raikan Cinta)

selamat berhari raya Korban!

Friday, November 12, 2010

sentimental sikit pagi sabtu

aku bangun awal hari sabtu ni - jam 10 pagi dan terus on laptop. sham ke pasar.sambil menaip,aku memandang annisa yang nampak macam tidur tapi ibu jarinya sedang mengorek-ngorek cuping telinga kiri. (cuping telinga kanan sudah cacat berparut besar gara-gara tabiat mengoreknya sehingga jangkitan kuman memasuki dalam lubang telinga dan telah dioperasi 2 tahun lepas).
an-nur sedang tidur dengan tuala selamat pagi lembab di dahinya. demam seharian semalam. hari ni pulih. alhamdu.
aku jantan yang degil dan keras hati kau tau..tapi aku rasa ketulan yang keras itu semakin mencair. agaknya faktor umur.

Aku menghimbau apa yang aku lalui bersama mereka.....
Gila! Dan aku tak percaya aku sudah sampai sini.
"aku harap anak kau akan sembuh seperti manusia normal yang lain." kata sang kawan.

apa maksud 'normal'?

* aku tak mengharapkan mukjizat sebab aku kenal sang pencipta dengan segala isi tujuh petala langit tujuh petala buminya.

Thursday, November 11, 2010

lalala..

kuda trojan, kuda catur dan kuda kepang!

sehari dua ni panas juga sms dan telefon aku bila ditanyakan apa yang sedang berlaku antara zaid, azmin, anwar, mustaffa kamil dan PKR. letih aku menjawab.
"Hey! Apasal korang bkin kecoh aku punya hidup jadi susah?"
aku bukan orang anwar apatah lagi menantunya. azmin bukan abang aku, zaid takkan mewariskan hartanya kepada aku dan mustaffa ternyata sekali tak de kena mengena aku. persamaan datang dari Perak tidak bermakna kami ada bau-bau tempoyak. Pening! Mat Saman Kati pun m.c menulis ureka.asianya. semua orang pening!

Maleh nak ulas panjang-panjang korang pun tahu!
masalah PKR ialah mereka ada paranoid iaitu siapa yang tidak sependapat dianggap kuda trojan. paranoid kedua ialah mereka tak mahu jadi macam umno tapi hakikatnya begitulah.

zaid menjadi mangsa dituduh kuda trojan hanya kerana mempertikaikan JPP yang MEMANG mempunyai masalah dan sangat kontroversi. Hey! Sorang dua bolehlah korang tipu beb tapi Mustaffa Kamil yang baik dan tak jamin menang pun boleh bengang apahal?
Sudahlah Azmin! Semua orang tahu Anwar dengar cakap kau. Si ketua umum pun patutnya kenalah nampak neutral tapi kenyataan yang dikeluarkan secara tak langsung nampak menyebelahi azmin. dahlah ketua umum ambil tempat presiden, azmin pulak lompat kat atas sekali.
aku dibisikkan oleh orang kuat khalid ibrahim, nasib MB tak bertanding (Sebenarnya anwar yang tak bagi, bila khalid bagitau nak bertanding, anwar suruh tunggu dan jangan umum lagi. lepas tu dia tak bagi bertanding. ceh!). aku yakin kalau khalid bertanding azmin akan tergolek tapi dah tentulah kempen belasah khalid akan lebih teruk. aku tak dapat nak bayangkanlah! Kata sumber - sejak 16 september gagal, azmin terjelir-jelir tengok kerusi MB.
entahlaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh!!!!

apa yang didakwa zaid ada asasnya begitu juga mustafa. kem mana pun anda dalam PKR patut akui benda ni. sistem 1 undi 1 anggota ini bukan tak baik. takde parti kat malaysia ni seberani PKR. Ini memang hebat! try and error sedang berlaku dan kalau ada kepincangan perbaikilah. bukan mengenepikan hanya kerana korang rasa besar!

malam tadi aku nampak ramai otai reformis berkumpul dalam program rapat anak muda yang dipengerusikan calon amk - chegubard.
Ya! otai-otai inilah yang aku tengok dari dulu, di jalanraya, di rumah anwar solat hajat dan di mana-mana. mereka jelas kecewa dan mereka sayangkan perjuangan. mereka ini aku tengok tak tergoda dengan susuk peribadi seseorang tetapi tegak kerana kesedaran perjuangan yang amat tinggi. mereka ada harga diri. merek atak benci anwar, azmin atau sesiapa. yang mereka mahu KEADILAN! Jangan khianati mereka! Tiada mereka akan sepilah jalanraya, mahkamah dan rumah kamu! Puak lain usah diharap. semua tu oportunis!

malam tadi telah termeterai keputusan. sila rujuk kat malaysiakini. Mereka menuntut pemilihan ditangguhkan untuk proses pembaikpulih. Harap pimpinan tidak angkuh menolak.
Kalau anwar degil, azmin angkuh - mereka terpaksa menghadapi seorang 'pejuang' yang berdiri melawan pendapat mereka. Bukan chegubard.itu semua orang tahu.
seorang lagi yang akan lawan ialah Nurul Izzah yang menjerit 'lawan tetap lawan' malam tadi! Puteri yang terdedah dengan didikan Anwar sendiri.

cepat jangan terlanjur! Perbaiki semula. akui kesilapan dan semoga menjadi bertambah baik. Bukan tuduh orang itu kuda trojan, orang ini kuda yang pandai bercatur, yang tu kuda kepang. yang ni kuda laut.

aku?
aku kuda 'unicorn'! Ngiahaha!

Tuesday, November 9, 2010

bon voyage buddy!

"Aku nak bagitahu sesuatu." tulis Cheng Ho kepadaku sewaktu chatting di fb dua hari lepas.

* Seperti yang pernah kuceritakan dulu, Cheng Ho adalah kawan karib sejak kecil. Kami berkawan tanpa pernah terlintas di fikiran kami bangsa dan agama kami berlainan.

"Aku dah dapat PR di Kanada. Tahun depan aku akan pergi."

* (bintang lagi) PR bukan Pakatan Rakyat tetapi Permanent Residen.

"Shit man! Kenapa tak bagitahu?" aku sedih.
"Ni bagitahulah ni." katanya. "Maestro macam P.Ramlee pun tak boleh hidup kat sini apatah lagi orang macam aku."

Dia dah mencuba sejak tiga tahun yang lalu. Memang di Malaysia sukar untuk berkarya. Kreativiti disekat beruk-beruk bangang. Tiada kebebasan dan sukar melakukan pembaharuan. Otai-otai bebal sangat besar egonya seolah-olah dunia ini depa yang kontrol. Cheng Ho pernah terlibat di belakang tabir pembikinan drama tv dan filem. Seorang pengarah veteran menghempas skrip marah apabila Cheng Ho menegur kecacatan visual dalam drama tersebut ketika proses editing.
Itu belum lagi termasuk stesen tv tetapkan kalau nak bikin drama mesti ambil artis ini, artis itu - kalau tidak tak dapat siaran.
Hampughaih! Patutlah kita macam hampeh.

Ah! Lantaklah itu.

"A big lose to Malaysia!" kataku.
"Siapa? Si KulupSakah?" katanya.
"Engkaulah. Kau berbakat, kehilanganmu amat dirasai."
" I am nobody. Kau lagi diperlukan. Society need you."
"sigh -"

aku bungkam. Terasa sedih.
"Aku cuba susun hari kita pekena kopi dengan kawan-kawan lain macam Sarray, Tam Happy Nightmare, Dr.Previn dan lain-lain."

"ok! But no 'umno running dog' invited! Aku tak boleh masuk dengan depa. 90% kerosakan dalam negara ini disebabkan oleh umno." katanya yang baru mendilet seorang kawan lama kami yang berfahaman umno hanya kerana kawan itu telah mendilet aku.

"Kita tak jumpa mereka dah 25 tahun dan kalau mereka umno aku rela tak jumpa mereka walau 25 tahun lagi."

Hahahaha!
"Dan kau Lup, fokus apa yang kau nak capai. Kau akan dapat. Trust Allah!"..
...
Aku terasa berdebar mengingatkan saat dia akan berangkat nanti.
Bon Voyage buddy!

Sunday, November 7, 2010

Bravo Zaid Ibrahim!

Zaid Ibrahim harus dihormati.
Jangan paranoid kata dia trojan horselah, kaki botollah..
dulu masa prk Hulu Selangor kemain bela dia bila dikutuk umno..
aku bukan penyokong azmin atau zaid, mereka tak membantu membayar bil streamyx aku..

kalau ada politik wang dalam pemilihan PKR, laporkan kepada SPRM.

politik wang adalah jijik sebab ia RASUAH!!

Thursday, November 4, 2010

PRK: Pakatan Rakyat kalah sebab BODOH!

Kalaulah minggu lepas aku bertaruh RM5 juta yang PR akan kalah di kedua-dua DUN, malam ini aku sudah pasti tidak perlu memikirkan soal pekerjaan lagi sebab malam ini aku sudah jadi jutawan. Aku telah ramal PR akan kalah dan aku dah tulis dalam status di fesbuk.

Kenapa PR kalah?
satu saja: sebab PR bodoh!

Kenapa aku kata begitu? Sifirnya mudah saja. Tak perlu tunjukkan aku track record, kronologi, statistik atau keletik itu keletik ini -
Apabila kita menjadi sapi di Batu Sapi dan malas di Galas, maka bayang kekalahan sudah terlakar.
Mari tengok sebab ini:-

1) SPR - Apabila sebuah badan pengendali pilihanraya yang sepatutnya memberikan suatu tarikh yang selesa agar semua pengundi dapat menggunakan hak mengundinya gagal berbuat demikian maka celaka banganglah terhadap PR yang masih berdiam. Ketika bendera PKR dan DAP juga dilarang untuk dikibarkan semakin beballah PR kerana masih tersengih-sengih kerang memasang angan-angan untuk menang main sabung ayam. Masih tak sedar lagi yang PR sudah jadi Pak Kaduk yang memakai baju kertas.

sepatutnya : PR mengisytiharkan tidak bersetuju dengan tarikh tersebut dan MEMBOIKOT pilihanraya kecil tersebut. Kenapa? Tak boleh? Takut nak bagi mereka menang percuma? Well, hari ni kamu menang ke?

SPR adalah badut dan sesiapa saja yang menerajuinya adalah pecacai! Jika ada penyokong PR yang masih percayakan SPR - anda memang bebal!
Pilihanraya adalah silap mata
Penyokong PR jika masih percaya yang kerajaan ini akan bertukar dalam pilihanraya akan datang adalah insan yang malap daya pemikirannya. Aku terpaksa beriman dengan sabda Hishamuddin Rais yang diriwayatkan oleh sahih dirinya sendiri iaitu "Jika pilihanraya dapat mengubah apa-apa, sudah lama ia akan diharamkan."
Tolong buka mata dan berpijak di atas bumi yang nyata. Tolooongg!!! Jangan jadi burung unta yang menyerodokkan kepala di dalam tanah kerana tak mahu mengakui kebenaran atau tidak bersetuju dengan kebenaran.
Apa? PRU 2008 kita berjaya menang 5 negeri? Maknanya rakyat sokong kita? Sudah tentu akan datang BN akan lingkup? Hahaha! Okeylah, aku setuju tapi semudah itukah nak menang weh? Nak bagi harta mereka camtu je atau nak biar mereka dan keluarga mereka dok jel camtu je?
Tengok mereka rampas Perak. Mudahkan? Jika PR menang PRU akan datang boleh tak mereka merampasnya semula seperti mereka merampas Perak? Tak mustahil bukan?
Polis, tentera, media, sistem kehakiman dan institusi raja di bawah telur mereka dan ini akan dipunggah untuk menggagalkan kerajaan PR.
Dengar sini - Jika PR menang dan dapat ambil alih dengan mudah serta lancar kerajaan persekutuan pada PRU akan datang, aku akan...akan....jalan kaki secara gostan dari Kajang ke Putrajaya tanpa baju.

Ramai tak percaya dan tak mahu terima bila aku katakan ini. Orang politik lagilah sebab mereka perlukan kerja. Mereka mahu terus jadi YB, Exco, ahli majlis, PA kepada Yb itu ini..kalau kalah mereka kena fikir nak kerja apa lepas ni..
tapi kita tiada kepentingan itu. Kita terus kena kerja walau siapa pun memerintah. Cuba tengok..bila PR menang, amat sedikit yang akan dapat peluang kerja jadi pegawai itu ini di SUK tetapi RAMAI peniaga merosot perniagaan akhbar pembangkang dan cd ceramah mereka. Sewaktu kalah, yang sedikit tetap ada kerja sementara peniaga dapat berniaga dengan baik kerana orang nak berita. Hehehe! Perubahan politik tetap memberi kesan terhadap orang bawah sementara orang politik tetap cerah periuk mereka.

Adun dan MP - sila kembali ke kawasan kamu sekarang, jangan dok leka..cuba cari senarai daftar pemilih yang baru dan lihat perubahan telah pun berlaku. Berapa ramai pengundi baru dan berapa ramai yang dah tiada? Berapa Pusat Daerah Mengundi sekarang? Sudah ditambah atau makin berkurang? Orang-orang di pejabat Adun pun tak tahu benda tu dah berubah. Pergi tengok sekarang!! Masih bermimpi nak menang? Hah! Kalau dah tengok nak goyang telur lagi dan percaya akan menang lagi?

2) Perangai politikus PR
Ini bukan dongeng. Di mana-mana di bawah pemerintahan kerajaan PR, ramai merungut kerana perangai sama dengan umno/ BN. Gila projek, pangkat dan macam-macam. Berebut jawatan dalam masjid, nak kontrak itu ini sampai nak dapat peluang bekal bubur lambuk di bulan puasa pun bergaduh. Konon nak banteras gejala sosial tapi dok gila nak buat bazaar malam, pasar malam dan macam-macam lagi. Apa kepentingan kalau bukan duit? Mana niat nak amar maaruf nahi munkar?
Banyak lagilah!

Apa perlu buat?
Aku mencabar ketua pembangkang Malaysia setelah berbincang dengan semua parti pembangkang mengumumkan - TIDAK AKAN MENYERTAI PRU AKAN DATANG!
Hahahaha..
kenapa? Gila?
"Yelah..kan kita dah ada 4 negeri? Takkan nak lepaskan gitu saja.."
"Aku rasa 4 negeri tu kita bertanding, lain tempat kita boikot.."
pasti akan keluar cadangan begitu.

Aku cabar - berani atau tidak? Cuba tunggu apa reaksi BN jika pengumuman itu dibuat. Cuba tengok dan buktikan. Cuba ajak mereka menari ikut kita.
Kalau kalian masih berasa nak jadi YB atau masih percaya nak tumbangkan BN dalam PRU sila nafikan cadangan ini dan kemudian jangan merungut ditipu berkali-kali oleh BN. Orang bangang memang patut ditipu.

Oh ya! Yang perlu dibuat sekarang, YB-yb harus turun ke kawasan masing2 dan didik rakyat tentang hak mereka supaya mereka bijak. Lupakan pilihanraya. Lupakan gelaran YB itu.

Kalau bukan pilihanraya, jalan apa nak tumbangkan BN?
Aku tak mahu jawab - cuba umumkan boikot PRU dulu!

Sebab itu kalau ada pemimpin PR yang nak bertanding sesuatu jawatan dalam partinya dengan menggunakan menifesto menawan Putrajaya pada PRU akan datang, orang ini harus kita tunjukkan punggung kepada mereka kerana mereka sedang berdongeng kepada kawan mereka sendiri untuk terus berkuasa. Noktah!

Aku harap aku akan kaya menang bertaruh setiap kali ada pilihanraya.

Wednesday, November 3, 2010

cadangan untuk Dr Asri

Selain cadangan Anwar patut bersara aku juga ingin agar Dr Asri cadangkan:-

1) Najib bersara dari PM kerana terlalu banyak persepsi negatif seperti kaitan kes Altantuya, komisyen kapal selam Razak Baginda, queen control isteri. Ini dapat dilihat tulisan sinis Dr Asri tentang bagusnya Siti Hasmah yang tak campur urusan PM Mahathir.

2) Menteri agama dan mufti-mufti yang gagal memulihkan imej Islam malah gejala sosial umat Islam semakin meningkat.

3) Pusat Islam, Jakim, Ikim dan lain-lain dibubarkan kerana tidak relevan dengan usaha kerajaan menjadikan Malaysia pusat hiburan tengah malam.

4) Majlis Raja-Raja dibubarkan kerana ketua agama gagal menyatukan umat Islam yang asyik bertelagah kerana salah faham politik.

5) mahkamah Syariah ditutup kerana tiada kuasa dalam mendakwa sesetengah kes (contoh: kes Qazaf Anwar - seperti kata Jamil Khir)

Baru-baru ini Dr Asri juga menyindir hantu mana yang tibai duit zakat. Aku juga cadangkan dia bawa kes ni kepada Yang DiPertuan Agong untuk disiasat dan ambil tindakan. Kalau sahabat sendiri yang tibai duit zakat, haruslah kita membabicilakakan kerana merampas hak orang yang layak dapat.

Ini pendapat aku yang perlu dihormati sebagaimana aku menghormati pendapat Dr Asri tentang Anwar patut berundur. Ahli politik patut berundur jika dah rasa tak mahu berpolitik tetapi pejuang yang konsisten mempertahankan hak rakyat dan mendedah penyelewengan tetap relevan.
Rasulullah SAW patut berundur dah selepas berjaya menawan Kaabah semula tapi baginda tetap berjuang sehingga akhir hayat..

(sambil mulut terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci supaya aku dilihat pandai nas dan dalil..)

Monday, November 1, 2010

hantu kum-kum

Kata seorang mat salleh "Islam adalah seperti kulit bawang pada orang Melayu. Jika kulit itu dikoyak maka akan terlihat di dalamnya penuh kepercayaan tahyul dan karut-marut".

Tahun-tahun 80an dulu heboh satu malaya (sebab disiarkan dalam akhbar melayu) kisah hantu kum-kum. Perempuan berpurdah membawa anak akan merayau dan memberi salam "Assalamualaikum-kum". Tidak dijelaskan dengan terperinci apa motif hantu alim menutup aurat itu bikin road tour keliling Malaya dan bertandang ke rumah orang. Tak pasti apa bentuk honorarium yang dia perolehi dengan menakut-nakutkan rakyat khususnya Melayu. Tidak pula dicertitakan dia nak apa dan apa jadi selepas masuk rumah orang. Dia cekik orang ke atau minta kena rogol ke, semuanya tak jelas. Yang jelas, sebagai budak aku cukup takut waktu itu sebagaimana aku takut disakat orang tua-tua ada Benggali namanya Chahu akan menyabit kepala untuk dibuat jambatan. Chahu ini memang selalu bawa sabit untuk menyabit rumput buat makanan lembu peliharaannya.
Suatu ketika seorang jiran kami telah membawa bomoh ke bukit berhampiran rumah kami bertujuan untuk 'memagar' hantu setan dari mengganggu majlis perkahwinan anaknya nanti. Selepas itu heboh terdengar bunyi lolongan tangisan di bukit itu pada waktu malam. Sebenarnya bunyi salakan anak anjing.
"Memang bunyi anjing tapi lama-lama ia semakin menadayu macam bunyi orang menangis, dengar tak?" kata seorang mak cik kepada aku. Ini disebabkan aku mengaku tak mendengar walau jika dibandingkan dengan rumah mereka, rumah aku paling hampir dengan bukit. Sungguh-sungguh mereka mengakui kewujudan hantu. Memang aku pun ada terdengar lolongan itu.
Waktu makan malam aku pun mengada-ngada cakap dengan keluargaku yang aku takut bunyi hantu bukit itu. Tiba-tiba apak melenting, "Syirik kamu takutkan hantu. Orang Islam mesti percaya hantu tak ada dan kita lebih mulia. Bodoh kalau kita takutkan hantu."

Sejak itu aku mula buang rasa takut pada hantu sebab aku tak mahu apak kata aku bodoh.