Tuesday, October 25, 2011

siri bercakap dengan Che'gubard..



Bangsar Foodcourt Nasi lemak Famous malam raya deepavali


maaf interbiu di tempat gelap tetapi jawapan cukup terang.

aku : Che'gubard (CB) ni sebok-sebok lancarkan jentera PRU di Rembau ni yakin ke jadi calon
situ? Sekali parti tak calonkan macamana?

CB : Kita teruskan buat kerja. Persoalannya sekarang regim yang mesti kita robohkan. Najib
akan buat PRU sebelum Suruhanjaya Pilihanraya buat kerja. Kita mesti robohkan regim.
Soal nak jadi calon ke, tawar diri bertanding ke ~ macamana kau masuk PRU dalam
keadaan 8 tuntutan Bersih2.0 tak dipenuhi? Bagaimana nak masuk dalam keadaan kita
akan ditipu?

aku : Jatuhkan regim, tak ke nampak percubaan CB ni bodoh?

CB : Aku cuba sekurang-kurangnya tapi masuk PRU dalam keadaan dah gerenti kalah adalah lebih bodoh.

aku : Jadi?

CB : SAMM (Solidariti Anak MUda Malaysia) sedang berbincang dengan pimpinan parti Pakatan Rakyat dan kita sedikit masa lagi akan menuntut agar Najib jika berani~ umumkan tarikh PRU. Kita akan tuntut ini dan jika dia berani dia akan umum dan kita galakkan semua rakyat menuntut ini. Lagi bagus kalau cakap dia pengecut jika tak umum.

aku : Apa cerita kes kau pada Pemilihan PKR hari tu?

CB : Takde apa.

aku : Ke mana hala tuju AMK? Mengapa ada Jingga 13 la, Road To pUtrajaya laa,...

CB : Maleh nak cito lah bang....

aku : ok ..ok... er sokongan anak muda terhadap SAMM?

CB : Alhamdulillah, kita ada rangkaian di seluruh negara. Paling kuat di Johor dan Sabah bang.

aku : Rock!

untuk baca lebih lanjut, sila ke blog Che'gubard di sini

- aku nak tanya apa pandangan dia ada orang parti dan dari AMK yang kata dia lone rangerlah atau dia buat benda ni jadi pecah-belahlah atau tindakan berani mati ni bahayalah nanti jadi macam Ezam.... aku rasa TAK RELEVAN. Akupun tau jawapannya. Kau pun boleh jawabkan?
- ada yang kata dia politisi bodoh , buku apa yang dia baca pasai revolusilah... macam-macam!

Blog KulupSakah pun tak suka tanya dan perkecilkan apa orang itu buat apa orang ini juang? Kulupsakah pun bukan kem mana-mana..bukan orang itu bukan pecacai orang ini. cuma aku boleh komen, "Che'gubard tak berhenti-henti kerja dari dulu sampai hari ini!"

Mungkin lepas ni KulupSakah akan pergi jumpa anak-anak muda yang lain untuk interbiu.
RUNTUHKAN REGIM!

5 comments:

Anonymous said...

Bro kulup,

1.manusia yang menceburi bidang politik kalo dah berhenti bekerja dalam politik..itu maknanya tak boleh pakai...

2.Manusia yang spesis chegu bad ni memanglah kena kuat bekerja..selagi tidak tercapai apa yang dikehendaki atau dicitakan..DSAI selagi tak jadi PM selagi tulah dia berjuang dan selagi tak mati selagi tu juga dia bekerja jika jadi PM sama juga PM dan puak2x UMNOnya..itu lumrah lah bro...jangan jadi bodoh bro bila fikir guna akal singkat.

3.selagi bro hidup selagi tulah bro kena jaga anak2x tu..tak kan bila dah berjaya jatuhkan regim..bro nak tinggalkan anak2x tu..cumanya bila jatuh regim tu mungkin anak2x bro boleh berubah menjadi lebih baik.Anak2x bro berbangga dengan bro, puak2x bro berjaya menjatuhkan regim.Maka kehidupan semuanya akan menjadi lebih adil dan bahagia,lebih telus,lebih integriti,lebih amanah,lebih berkebajikan,lebih islam dari islam yang ada,lebih aman dan makmur dari keamanan dan kemakmuran yang ada sekarang????

4.Adakah bro pasti????kaahh..kaahhh...sungguh melucukan kehidupan kita ini..emmmm..bro bolehkah esok kita nak berlakon jadi orang kaya,minggu depan kita berlakon pulak jadi orang miskin,kemudian kita berlakon jadi orang baik,lepas tu berlakon lagi nak jadi alim..lepastu berubah lagi nak berlakon jadi pemimpin yang lebih bagus dari yang ada, jadi polis,jadi askar,jadi gangtser...selagi kita manusia dan hidup aku rasa kita boleh berlakon macam-macam yang kita suka..asalkan dapat bayaran...huuu..huuu..ini pun tersirat tahap usus babi..

'anon tanpa nama'ikhtiar selagi bernyawa.

author faethal said...

Lepas 3 ari offline sebab di S'wak. Buka2 blog hang...ada entri dgn CB.
Baguih dok ada la...

Paling tepat statement yang aku nampak pasal CB
""Che'gubard tak berhenti-henti kerja dari dulu sampai hari ini!"

Masa CB di Labis (masa geng2 SAMM tahan mat rempit UMNO yg buat provokasi) anak dia sendiri, Che' Nur masuk wad sebab ada jangkitan kuman.

Tapi bab-bab lasak jaga anak ni...aku paling respek dgn hang la Kulup.

Tabik spring!!

Irwan said...

Gua tak ikut sangat CB punya perjuangan. Tapi, setiap pejuang yg fighter gua respek, walau dia Gadaffi sekalipun. Tapi, apalah sangat respek gua ni...

Nak bertanding kat Rembau? Mai-mai! Kat sini memang takde calon yg ada tolo. Tapi warning; orang sini semuanya lalang. Kena sembur racun dulu, kasi clear itu padang, baru boleh tanam LALANG BARU. Paham, eh?

Pasal nak runtuhkan rejim, bagus...
Tarik perhatian mereka dari depan sedangkan kami semua menyusup dari belakang...dan bawah.

Tapi kan CB, Kulup..kalau kita runtuhkan dia, sudah tentu akan ada rejim yg baru, betul tak? Pastu akan ada gerakan peruntuh dan seterusnya dan ia berulang2. Paham, eh?

Cumanya gua nak tau jugak pasal nak cabar2 Najib umum tarikh PRU sumer tu. Kalau dia sahut dan beritahu tarikh, so what? Dan kalau dia kecut simpan sensorang pun, so what? Lime light asyik tertumpu pada calon2 calon PRU.

Kenapa pihak PR tak bergerak menyebarkan kesedaran kpd rakyat agar buat demand yg berwawasan, bijak dan sistematik terhadap bakal2 pemimpin mereka? Ni asyik leka dgn pecah sana, oportunis sini, lone ranger sana...

Pada gua, PR dah capai objektif, samada diorang menang atau tidak PRU nantik. Dan objektif itu ialah membuatkan rakyat Malaysia lebih kritikal dan lantang, berbanding zaman2 kita boroi dan pemalas dulu2...

Syabas kepada kedua-dua puak.

Now, gua nak tau apa yg bro Kulup dengar dari orang muda, pulak...

kulupSakah said...

author faethal -> tq banyak2. moga terus diberi kekuatan.

irwan -> tugas runtuhkan regim baru adalah tuntutan, naik regim baru pun dituntut juga untuk lawan.
-> benar kata kamu, politik kepartaian banyak tidak mendidik tapi hanya sebok dgn isu itu ini dan dedah mendedahkan. tapi didikan bukan tidak ada. memblog, berdemo dan berforum senantiasa dilakukan dan melahirkan karya2 protes bertujuan mendidik sedang berjalan sekarang. Mungkin kesan masih belum kuat tapi ia tetap ADA.
-> insyaallah aku akan cuba temui anak2 muda dan dedahkan apa yang mereka mahu. Cuba baca tulisan Mat Saman Kati kawan aku yang banyak tulis di webnya Malaysia times. banyak analisisnya yang menarik. bukan sekadar politik.

Masalah puak2 umno dan cybertrooper mereka ialah mereka fikir org macam aku ini taksub dgn PR dan Anwar sebab itu merek aselalu kata kami penjilat jubur, menyokong peliwat dan macam2.
perjuangan inni tidak ada kena mengena dengan sosok Anwar. yang ditentang adalah kezaliman yang dikenakan kepadanya. kalau ditakdirkan PR memerintah dan Anwar PM lalu dia pun sama macam umno/bn pukimak ni- aku takde ragu2 akan menibai siang malam macam sekarang!
bukan macam depa, upahan dan balaci!

Irwan said...

Terima kasih, Kulup.

Maka tak salah lagi aku berada di sini...