Friday, November 4, 2011

aku ini ketam durjana

aku tidak sepandai kamu, sayang. aku tidak sempat memakai jubah hitam dan mengutip sehelai kertas dari gedung ilmu sebagai lesen untuk aku berkokok megah menunjuk cerdik aku 'drop school' ijazah, lari dari medan perang merebut sarjanamuda kerana anakku sakit waktu itu. aku tidak pandai, hanya mahir menolak kereta sorong anak aku dan mengelak lekuk-lekuk aspal.

aku hanya mahasiswa universiti kaki lima yang masih mengulang 'paper'. aku tak baca buku banyak~ tebal-tebal ditulis penuh akademik dan falsafah oleh tokoh-tokoh pengubah dunia. aku tak pernah menjadi panelis mana-mana forum untuk menggoncang dunia dengan teori-teoriku.
aku hanya menyanyi lagu-lagu damai untuk merangsang dua anak cerebral palsy benihku.
aku tak pegang jawatan penting mana-mana pertubuhan atau organisasi walau pernah juga tapi aku lari.
aku hanya pegang jawatan ketua keluarga untuk isi perut isteri, annisa dan an-nur.

tapi aku nampak perangkap yang dipasang musuh untuk kamu, sayang. Supaya kamu melatah. dan mereka akan tembak lalu bom kamu sehingga kamu tewas dan tak dipuja.

aku ada juga baca berpuluh atau ratus buku tapi aku masih gagal habiskan buku karangan tuhan. Al Quran disimpulkan di dalam 7 ayat Al Fatihah tapi aku gagal menguasai arti setiap ayatnya. tunjukkan jalan yang lurus, jalan yang engkau redhai bukan yang sesat (ihdinassirotalmustaqim......)
aku tak tahu jalan lurus yang macamana yang engkau suruh aku faham setiap kali aku berdiri di atas sejadah memeluk tubuh, memujimu dalam keadaan tegak, bongkok tunduk dan duduk.
aku tak tahu Al fatihah disimpulkan di dalam kalimah Bismillahirrahmanirrahim yang mengandungi 19 huruf. mengapa digunakan 'bismi' (dengan nama). kenapa hanya dengan nama saja? mana perginya 'diri' yang bernama? hilang. yang tinggal 19 huruf mewakili 19 sifat dari 20. satu lagi hilang untuk dikenali.
Awaluddin makrifatullah. Awal agama mengenalnya. Tapi berapa ramai yang belum kenal? Ah! Aku tak mahu tanya berapa ramai tak kenal. Aku hanya mahu cerita yang aku sendiri saja.
Aku tak tahu Bismillahirrahmanirrahim itu disimpan rahsianya di dalam titik huruf Ba di awal ejaan itu.
Titik itulah benih yang telah mengembara dari alam loh mahfuz sebelum berkata jadi maka jadilah (kun fayakun), sebelum ditajalli menjadi nur lagi.
aku tak tahu.

aku tak tahu. aku tak pandai. tapi aku nampak musuh mengintai kamu, sayang. dengarlah walaupun aku tiada ijazah dan tak baca banyak buku. aku hanya ketam durjana yang reti menyanyi.

aku si penolak kereta sorong anakku.

5 comments:

matsamankati said...

Hanya ketam yang tau pasang surut air laut.

Anonymous said...

Ada dua kaum saja di Malaysia. Kaum berjubur dan kaum tidak berjubur. Ayuh lawan MAKSIAT DURJANA...

Apa sudah jadi kpd penyokong kuat AMBABIGA ... pemuja Pakatan Reput .. bagi la sokongan .. bawa anak bini anda semua ikut serta dalam perhimpunan SEKSUALITI MERDEKA jika anda kafir harbi .. kalau anda bukan kafir harbi tetapi seorang penganut ISLAM ... renung2kan lah ...

Ini lah yang di katakan KETAM DURJANA ... hahahahaha
Suluh muka ... suluh muka ... suluh muka ...

anon pandai said...

dia ingat kita ni bodoh mcm dia ke... apa najib cakap ikut, apa rosmah buat betul.... bodoh punya anon...

Anonymous said...

Anon pandai,

1.aku tambah supaya ko lg pandai.tak semestinya najib cakap betul,memang banyak rosmah buat belum tentu betul.aku setuju..

2.dan ko juga kena tau apa nik aziz wayang kat harakah,berdepan dgn dap,pkr bukan semua boleh percaya.apa yang bang nuar cakap dari mola masa kat um,jadi meNteri,tpm,kuar umno,jadi pembangkang skrg..lagi patut ko tak percaya..puak2x cina dap berpolitik lagi lah ko patut guna akal pandai ko tu...nilailah...kalo ko pandai sangat..

3. Semua samalah bro..yang penting diri kita dgn prinsip kita..dunia ini adalah tempat lakonan kita...akhirat kelak adalah ruang kenyataan..tiada ruang main wayang,main bontot,kebas duit,korup,menipu,dan semulah...kalo ko percaya gak dunia ni...aku ingat ko bkn pandai...tapi Bodoh....huuu.huuu

Anonymous said...

AMBABIGA .. sanjung lah sangat2 wahai Pakatan Reput yg nak menjahanamkn Islam. Bawalah anak bini ... sokong lah sangat2 kafir harbi ini.
Sokong si bangang membawa rebah ..
Si luncai terjun dgn labu2nya ...

Bawak lah anak bini bagi sokongan ..
Meniaraplah anda diatas jalan... konon nya nak jadi HERO.. alamak punya lah Haprak sengkek.