Friday, August 10, 2012

Dzauk

Suatu hari Musa terdengar seorang lelaki menyanyikan lagu untuk Tuhan seperti begini," Kekasihku! Ke marilah biar kusisir rambutmu, ku ikat tali kasutmu..kau ku cinta..."
Nabi Musa telah memarahi lelaki tersebut dengan mengatakannya syirik sebab menyamakan Tuhan umpama makhluk yang berambut dan memakai kasut.
Nabi Musa yang punya mukjizat boleh berkomunikasi langsung dengan Tuhan telah dimurkai Allah, "Mengapa kau ganggu kekasihku yang sedang mabuk cinta kepadaku? Orang yang sedang asyik bercinta memang perkataannya begitu.."
Musa kemudian mencari lelaki tersebut dan meminta maaf.

6 comments:

Cikli said...

Gua ingatkan cerita sapa kantoi kat the zouk waktu belum sahur tadi.

mat penang said...

Cerita-cerita yang tiada didalam al-Quran macam inilah yang menyebabkan ramai manusia tersesat.

Syariat Nabi Muhammad saw dah cukup dah.

Anonymous said...

Orang yang macam mat penang nilah yang akan membakar buku-buku karangan Hamzah Fansuri. Mereka tidak mampu mencapai ke maqam tersebut... maka mereka mengata sesat.

Ibarat sains yang memerlukan bukti pancaindera, akhirnya terpinga-pinga bila ditanya dimanakah 'akal', dimana 'roh'.

Namun yang pasti sesetengah ilmu Islam sememangnya tidak boleh dibicarakan secara umum kecuali menggunakan konsep mentor-mantee.

Ronasina said...

Vodoh! Pi belajar lagi!

Irwan Mohamad said...

Hehe, Mat Penang ....ketaatan kamu dikagumi. Teruskan!

Anon dan Cik Rona... saya anggap kata2 tuan kepada Mat Penang sebagai kata2 orang dalam dzauk...

Walhal, kata2 Mat Penang sendiri seolah orang yang dalam dzauk dek Baginda SAW.

Good point by anonymous, btw.

"kita tak mungkin bisa menerangkan sesuatu dari dimensi 4D, selagi kita dalam 3D"

I loilke

Anonymous said...

kata2 mat penang biarkan saja
dia di makam dia dan org lain di makam org lain
yg membiracakan hanyalah daerah cinta
suatu alam yg tak dapat dirupakan secara zahir
hanya org yg memiliki atau melalui daerah cinta akan mengerti