Wednesday, August 22, 2012

Nasi Lemak punya kisah

Setelah bergelumang rendang, ketupat dan lemang tekak ini mula ingin kembali kepada fitrah. Semalam Sham masak lemak ikan tongkol taruk peria, timun dan petai cicah sambal tempoyak dan keli goreng, ini memang terangkat.
Pagi tadi aku teringin cari nasi lemak tapi seluruh pelosok tanahair Kajang gagal ditemui. Ramai penjaja masih cuti beraya. Ada sebuah restoran tu ramai sangat orang berbaris.Aku hanya akan mengiktiraf nasi lemak jika ia:-
1. Dibungkus dengan daun pisang. kalau daun pisang itu dilayur terlebih dahulu adalah bonus. Aromanya lebih menangkap.Masalah hari ini ada penjaja yang gagal membungkus nasi lemak daun pisang apabila permukaan daun pisang yang berlilin itu dibungkus di bahagian luar. Ramai penjaja Indonesia buat begini kerana katanya bahagian itu kotor. Mereka membungkusnya dengan permukaan belakang. Ini gagal!

2. Nasi lemak bermaksud wajib ada sambal tumis, ikan bilis, kacang goreng dan telur rebus selain nasi yang harum berdaun pandan dan bersantan. Ikan bilis gred lekeh yang keras dan bikin tercekik adalah gagal. Lauk sampingan seperti ayam, kerang, sotong itu aksesori tambahan. Itu sunat. Tanpa bahan wajib, ia gagal.
Aku tahu kos bahan mentah meningkat sebab aku dan Sham pernah jual nasi lemak. Sekilo kacang tanah, ikan bilis, bawang dan cili kering mahal sekarang dan jika jual nasi lemak biasa lebih dari RM1.50 pelanggan akan merungut. Inilah dilema penjaja nasi lemak. Orang besar tak tahu sebab di rumah kopi atau hotel sepinggan nasi lemak lebih RM10. Orang besar yang biasa makan di sini tak heran. Mereka punya 'taste' hancur!
Namun begitu nasi lemak yang dibungkus dengan polisterin, kertas minyak atau diletakkan di dalam pinggan apatah lagi pinggan yang direkabentukkan seperti daun pisang adalah segagal-gagal makanan di alam semesta ini sejak nabi Adam diciptakan hinggalah Izrafil meniup sangkakala.

PULAUKAN NASI LEMAK YANG DIBUNGKUS DENGAN POLISTERIN!

3 comments:

faizal said...

Daun pisang susah cari bang..
kek kampong banyak la :-)

Tho Ha said...

Sy masih mencari nasi lemak sesedap yg sy pernah makan masa sekolah rendah dulu. Nasi lemak dijual di persimpangan sebuah kawasan setinggan (masa itu keluarga sy penghuni tanah setinggan). Nasi lemak tersebut boleh dikatakan gagal kerana dibungkus dgn plastik yg biasanya penjaja gunakan untuk masukkan air tebu. Tapi sedap gile nasi lemak tu. Masa sy sedang basuh tangan selepas habis menjamah pun sy masih berkata "sedapnya nasi lemak ni". Nasi lemak itu terlalu nostalgia buat sy kerana semasa sy basuh tangan kakak sy terajang sy hingga yg terpelanting dlm bilik air. Sehingga detik ini, sy belum lagi berjumpa nasi lemak sesedap nasi lemak yg sy makan sebelum kena penerajang tu.

kulupSakah said...

aduhh