Beberapa hari lagi nak raya selepas tak sampai 24 jam Sham sambut hari lahir ke 39, An-Nur masuk wad batuk dan jangkitan paru-paru. Semalaman aku yang jaga dia dan An-Nur sendiri tidak tidur.
Sham tinggalkan kedai untuk luangkan masa bersama dari tengah hari sehingga berbuka. Mujur Enal dan Adib RIM boleh dipercayai menguruskan kedai. Wooyoung bercuti ke Temasik seminggu.
Biasanya dos antibiotik seminggu maka besar kemungkinan aku beraya di Hospital Serdang, wad 5B. Jemputlah datang nanti dengan syarat bawak lemang sendiri...
2 comments:
A'kum
Selamat Hari Raya mohon maaf di atas mana-mana keterlanjuran.
Pak Din doakan An-Nur cepat sembuh dan kembali ceria. Insya Allah.
Sama2lah kita doa mendoakan ye Pak Din? Berbahagialah bersama keluarga...
Post a Comment