Sebelum tu baca ini dulu--> http://www.malaysiakini.com/columns/206177
Membaca tulisan Rahmat Haron ini mengingatkan aku ketika ke Mekah dan Madinah 4 tahun dulu. Benar sebelum ini ramai antara kita mempercayai Arab Saudi adalah contoh pengamal Islam sebenar walhal di belakang keluarga Saud ini adalah Amerika.
Hari ini Mekah sudah diserang dengan budaya konsumer dan plastik, tak perlu ditakluki seperti Masjidil Aqsa. Cukup dengan membawa budaya itu.
Ketika di Mekah aku mendengar keluhan seorang sahabat dari Singapura tentang betapa berubahnya kota Mekah ini berbanding kedatangannya pada 90an. Jauh berubah!
Sebelum ke Mekah, aku seperti juga orang lain percaya bahawa kerja Saie pastilah mencabar dengan mengambil sempena kisah Siti Hajar berlari-lari anak dari Safa ke Marwa di tengah panas terik. Aku sudah bersedia untuk berpanas. Rupa-rupanya tidak. Umat Islam semakin dilemahkan dan dimanjakan untuk 'kesenangan' beribadah. Tiada lagi bukit dan tanah gersang tetapi kita hanya berlari berpijakkan lantai konkrit dari Safa ke Marwa yang tidak membukit. Bayangkan kita berlari di dalam sebuah dewan berbumbung berpendingin hawa. Tabung-tabung air zam-zam berair batu atau tanpa air batu di sepanjang trek bersedia untuk diminum. Jika tidak mahu bersesak di musim umrah, ada trek yang sama di tingkat atas. Tak perlu merasa bukit, sekadar lantai konkrit. Itu belum termasuk lagi kanak-kanak Arab yang mengepau kita sewaktu tahalul. Minta upah Rm10 ke atas. Tak dibayar mereka pandai saja menuduh ibadah kita tidak sah, "haram!" kata mereka. Kalau orang kita sudah tentu kelam-kabut bagi sebab takut mendengar perkataan Haram. Tapi aku mengkepalahotakkan aje bebudak ni haha!
Waktu di sana ada beberapa bangunan lama telah dan sedang dirobohkan untuk dibina hotel mewah yang baharu. Hari ini aku dengar sudah ada menara jam yang tinggi sehingga bila jam itu berdentang, jemaah yang sedang tawaf boleh memusing kepala memandang ke arah jam yang boleh dilihat kerana sangat tinggi itu.
Dua tahun lepas kawan aku balik haji menyatakan kesal kerana tidak sempat solat di masjid kucing sebab masjid kucing bakal dirobohkan. Hotel aku menginap dulu berdekatan dengan masjid kucing. (sebelum ke Mekah dulu aku pernah dengar orang kata masjid ini banyak kucing sebab itu dinamakan masjid kucing. Hahaha! Ia sebenarnya dibina oleh sahabat Rasulullah yang sangat sayangkan kucing sehingga Rasulullah saw menggelarkannya 'Bapa Kucing' atau Abu Hurairah. Apakah masjid itu sudah roboh juga?
Banyak bangunan lama atau binaan bersejarah telah dirobohkan seperti di Malaysia hanya kerana hambatan kononnya kemodenan.
Mengapa muslim Malaysia tak bantah semua ini?
Lukisan hiasan:
Tajuk : Tongkat Musa
Artis: Ronasina
Medium: Software Sketchbook di iPad
No comments:
Post a Comment