Ada juga suara ahli parti PR yang sinis menyindir bahawa konsert ini tak perlu.
Ada juga yang berpesan agar jangan lupa solat, jangan lalok, jangan tak tutup aurat, jangan buat sampah dan jangan bergaul bukan mahram.
Baik!
1. Jika Pakatan Rakyat bukan bermaksud "Pakatan Tiga Parti Politik" atau termasuk PSM sebaliknya PR merangkumi semua 'rakyat' seperti slogan "For All" maka mereka harus faham akan perbezaan cara dan kepelbagaian gaya. Rakyat bermaksud semua golongan tak kira ahli parti atau di luar parti yang lebih ramai termasuklah pelacur, mat gian, haji dan hajah, OKU dan lain-lain. Ahli parti ini yang masih gagal menghayati pemikiran pemimpin mereka (dan mungkin ada sesetengah pemimpin juga masih tak faham) harus tidak menolak habis-habisan kelainan ini dan memaksa golongan ini menyertai mereka.
2. Perjuangan suci ialah perjuangan mencelikkan rakyat bukan perjuangan mengajak orang masuk parti politik yang ada sesetengahnya tak hayati perlembagaan parti sendiri. Sepatutnya ahli parti khususnya anak muda dalam parti mengambil kesempatan ini untuk turun dan menyantuni golongan yang pergi konsert. Jika hanya turun ke pentas ceramah sahaja, anak-anak muda konsert tiada di sana. Jika anda berpendapat konsert itu hiburan melalaikan mereka juga menganggap ceramah itu hiburan melalaikan juga. Bagi mereka terlanguk dan ketawa dengar ceramah tak jauh bezanya dengan menari dan menyanyi di konsert. Isi atau mesej? Ilmu? Hahahah! Nak cerita bab dan tertib menuntut ilmu sila buka kitablah. Takkan tak reti-reti.
3. Mat Minah konsert dan aktivis seni juga turut berjuang menentang kebobrokan pemerintah dengan cara mereka dan itu hak mereka. Rock lahir kerana protes terhadap penindasan. Blues merintih dalam kesengsaraan perhambaan manusia. Raggae, Dang Dut adalah suara marhaen bergelandangan. Folk adalah keluhan rakyat. Semua ini ekspresi yang lahir dari penindasan. Dalam perang ada lagu yang dinyanyikan untuk membakar semangat.Perjuangan ini bukan milik sesiapa. Ada aktivis 'tak islamik' telah mengambil tugas ahli politik muda yang jarang turun ke sarang anak muda di tempat konsert, di litar rempit dan di lorong-lorong. Memang susah tapi ia harus dilakukan. Rasulullah ditindas dan berhijrah ke Madinah. Rombongan hijrah disambut penduduk Madinah dengan pukulan-pukulan rebana dan tabuh yang berirama melagukan Tala'al Badru Alaina sementara ada anak-anak gadis dan kaum wanita berlari-lari anak mendapatkan rombongan. Bayangkan kalau Rasulullah marah dan berkata "Hoi! Ni apa berlari-lari nih? Tak malu ke?"
Hahaha!
Hahaha!
4. Buang sampah, lalok, ganas? AHHH! Harap dapat dikawal dan berdoalah. Atau jom turun bantu. Bantu juga budaya lalok kuasa dan ganas berebut kedudukan di dalam parti sendiri dan buanglah sampah yang merosakkan parti serta perjuangan sama.
5. Ada juga yang risau konsert ini akan dimanipulasi media regim yang mengaitkannya dengan Parti Pembangkang seperti insiden 'tunjuk punggung' Carburetor Dung pada konsert protes minyak beberapa tahun dulu, aksi tayang punggung pada gambar PM malam 31 Ogos lalu.
Ahhh! Sejak bila media regim lapor yang baik-baik? Tanpa tayang punggung pun akan dimanipulasi. Pergi umrah, naik jet, hadir di majlis pluralisme pun akan dimanipulasi.
Sebab itu , turunlah! Tengok sendiri dan sampaikan tugasmu. Jangan hanya baca dan dengar cerita Carburetor Dung tunjuk punggung yang diperbesar-besarkan seolah-olah memang tunjuk punggung walhal ada tak anda nampak punggung dia terdedah?
Kepada mereka yang ambil bahagian dalam konsert ini juga ambillah nasihat yang wajar, jika perjuangan menentang kebobrokan itu suci, maka jangan juga dikotorkan acara.
Reformasi yang meminggirkan seni dan kebudayaan akan tempang. Reformasi adalah perjuangan berbagai jalur dan setiap jalur akan mengepung pemerintah yang makin lama makin tersepit.
JOM!
14 comments:
Bhai Fendi...
Golongan tue merasakan diri mereka terbaek.. ilmu agama dah tahap tinggi... tapi sentiasa lupa memandang orang lain dengan pandangan ehsan... yang ada cuma pandangan yang meninggikan hidung dan sombong...
Ingat Allah Taala nak tengok ker amal ibadat manusia yang sombong sesama manusia lain???
gua tak de masalah dgn konsert. tulisan kulopsakah memang terbaek! cumanya persoalan gua, kenapa tak ada kumpulan-kumpulan nasyid yang dijemput sama? kata nak kaut rakyat? gua tak layan muzik punk yang bingit! tapi gua layan muzik nasyid yang menyentuh kalbu spiritual gua. tapi kenapa tak ada kumpulan nasyid? bukan sumer orang layan rock, reggae atau punk. mat dan minah nasyid macam gua ni pon pegang satu undi tau!
penganjuran ini adalah terdiri dari mat-mat rock. jika ada penganjur menganjurkan kumpulan nasyid lagi bagus dan konsert nasyid pun takde band rock kan? hihi...
saya cadangkan agar tuan anjurkan konsert nasyid meminta 8 tuntutan Bersih ditunaikan.
kita juga berbangga jika grup nasyid membuka satu lagi jalur perjuangan.
Ewah! Gua tabek sama lu bro!
Sudahlah.. sape peduli dengan konsert? Lagi bnyk isu nanti.. Ko tengoklah.. Hentikanlah konsert bangang ni..
hentikanlah konsert ni.. buat merosakkan anak bangsa sahaja. UMNO tak heran pun dengan konsert ni. nanti banyak masalah dan isu akan timbul.. Tengoklah..
Sudahlah.. sape peduli dengan konsert? Lagi bnyk isu nanti.. Ko tengoklah.. Hentikanlah konsert bangang ni..
kau pun dah rosak tanpa tengok konsert
golongan skimak ni jangan dilayan. besok kalau malaon2 ni berkuasa, mampos rakyat kena tindas balik. percayala cakap aku. teruskan je konsert ni. sape nak masuk syurga, masukla sorang2.
Alah on je la...jgn jdi amno yg belia ala mat kental! Belasah je la...rugged la! Malaysia jdi hancur ni sb ramai sgt pemimpin baju batik kaki pantat x kira la dlm umno ke, dlm pr ke...UBAH SEKARANG!!!
To kucing Hitam,
Salam bro..wa pun x suka gak ngn golongan skema nih..sama gk ngn wa x suka mamat poyo yg jenis menghimpit pimpinan n mnunjuk nunjuk dia knl pimpinan! Lagi wa x suka mamat ostat, profesional yg jenis "know it all" nih..tp paling wa x suka..mamat yg bg komen bodoh cam lu.,soal nk masuk syurga..bkn soal sorang sorang..ianya isu ummah! Klu ada yg nk buat dosa..buat la..tp sembunyi2..jgn tayang..jgn bangga..jgn suruh org iktiraf dosa lu..contoh geng lgbt yg perjuang hak depa tuh!
Wa kasi ingat sama lu n diri wa sendiri..klu kita cenderung pd kezaliman..kelak kita di sambar api
neraka! Zalim juga terjadi apabila kita jahil..!
Krankenman
aku mat black metal. dan aku akan turun konsert ni, walaupun ini bukan gig black metal. support tuntutan bersih.
umno dan yang seangkatan dengannya boleh pegi mampus.... nak menipu pilihanraya semata-mata nak mengekalkan kuasa dan kekal menjadi the longest ruling coalition still in power... time for change is now.... cakap tentang melayu, melayu telah wujud sejak zaman portugis lagi, sejak zaman antonio pigafetta lagi... melayu tak perlu umno untuk wujud....
alhamdulillah...kita meraikn prbezaan pndapat...
Semua yg diatas adalah betul...
bg yg islam harap x lari niat,prkataan dan prbuatan...yg bkn islam jg tatasusila...
Mari semua dtg dn hadir meraikn kbebasan ini...
Hrp pihak pngnjur dpt sediakn kmudhn,jg kselamatn....
Slamat brgumbira....
Mmg melayu tak perlu wujud sbb umno. Tp adakah dap atau pr memperjuangkan nasib melayu? Yg berckp pon xtau hak melayu..korg ni da selesa sgt..tak abes2 bersih..nk ubah..biar lah ubah dgn tanggungjwb dan berdasarkan perlembagaan...pasal tayang bontot..apa ko ni da buta ke byk kot gambar n mamat yg tayang bontot da kena tangkap..benda mcm ni pon, sh nk sangkal? In denial..podacit
Post a Comment