kami redah Beijing dengan wang derma rakyat Malaysia dan sahabat untuk An-Nur. Merantau hingga ke sana, berkenalan dengan Wooyoung, doktor akupunktur sehingga dia korbankan tenaga dan masa mengikut kami ke sini dan berbakti kepada An-Nur. Kami ke Singapura mencari kaedah ABR - Auto Biomechanical Rehabilitation ciptaan encik Lionid Blyum dari German. Menggabungkan dua kaedah ini.
Setelah sembilan purnama dan lebih RM100 ribu perbelanjaan, perkembangan menarik tentang An-Nur dapat dianalisis hari ini.
Perjalanan masih jauh, masih banyak lagi perlu dilakukan. Kami suami isteri kena terus tebalkan muka berbuat apa sahaja demi An-Nur. Mencari dana untuknya. Menjual apa sahaja yang ada pada kami. Tiada apa yang penting lagi selain mencukupkan keperluan puteri ini. Ini perjuangan.
Terima kasih kepada anda yang turut sama berjuang. Kami akan terus berjuang dan penyertaan anda dialu-alukan.
2 comments:
alhamdulillah bro
physiotheraphy rupanya.
http://www.blyum.com/What_is_ABR_/index.html
Post a Comment