diambil dari sini:- http://ummatanwasatan.net/2012/07/bahalolisme-ronasina-bebalisme-pertahan-persepsi/
Bahalolisme Ronasina, Bebalisme Pertahan Persepsi
Nampaknya Ronasina sekali mencampakkan dirinya dalam situasi dungu dan bebal kerana mempertahankan persepsi tanpa mengambil inisiatif untuk meneliti secara terbuka mengenai apa yang diperkatakannya. Melihat kepada rumusan perbincangan tulisannya yang tersiar dalam MerdekaReview, 12 Julai 2012 jelas membuktikan bahawa beliau bukanlah seseorang yang berfikiran bebas dalam membuat pertimbangan hanya bertaklid membenarkan apa sahaja yang dilakukan oleh pakatan pembangkang.
Sebagai penyokong kuat pakatan pembangkang, Ronasina tidak melihat ke dalam dengan lebih bermakna apakah pakatan pembangkang tidak mempunyai kaedah mengindotrinasikan perjuangannya sehingga melihat orang lain semuanya salah. Apakah itu sesuatu yang seimbang atau munasabah kerana memang mudah menjatuhkan kesalahan dan memang sukar untuk melaksanakan kebaikan.
Boleh kita lihat saja bagaimana sikap manusia adalah lebih mudah cenderung untuk ke pusat-pusat hiburan berbanding ke masjid walaupun perbelanjaannya hampir nil berbanding ke aktiviti “clubbing”. Hal inilah yang seharusnya Ronasina patut analisis bagaimana orang lebih mudah percaya kepada Anwar sedangkan keputusan pendakwaan tidak pernah menidakkan bahawa beliau sebenarnya melakukan perbuatan tidak bermoral, cuma kemenangan yang diperolehnya sebanyak dua kali atas masalah teknikal, bukti yang kurang meyakinkan.
Ada perkara yang kita boleh buktikan dengan lengkap, tetapi ada juga perkara yang tidak boleh dibuktikan tetapi dipercayai berlaku. Misalnya, bagaimana Ronasina boleh buktikan bahawa ada orang mati kerana diterjah oleh ilmu hitam kerana buktinya tidak dapat diperoleh. Tetapi, ramai masih percaya mengenai kehebatan santau, gangguan makhluk halus sehingga perubatan alternative itu menjadi sesuatu pilihan yang boleh dilihat diiklankan di mana-mana, termasuk poster di tepi jalan mahupun dalam risalah-risalah tertentu.
Selagi masyarakat tidak diperbetulkan mindanya, selagi itulah setiap kesakitan dikaitkan dengan serangan makhluk halus sebagaimana menjadi sebahagian kepercayaan umum masyarakat zaman sebelum bernama kemodenan. Malangnya, manusia moden yang terlalu terpengaruh dengan idealism demokrasi dan hak kebebasan asasi dambaan barat yang terlalu longgar ikatan moral, manusia telah menuhankannya sehingga segala-galanya atas nama keadilan, kebebasan dan hak asasi.
Rosanina perlu memahami bahawa kenapa Siaful Bakhari sanggup menahan malu dan menebalkan mukanya demi mencari kebenaran. Apakah jika anda mengalami insiden yang sama, anda sanggup berbuat demikian hingga ke peringkat terakhir, selain memohon doa meminta agar Allah SWT menunjukkan kebenaran itu. Walau tewas kerana “bukti kurang meyakinkan”, keputusan awal sudah memberikan keberanian semula kepada pasukan pendakwaan untuk membela hak Siaful dengan mengemukakan rayuan, kerana “peneterasi berlaku.”
Ingatlah, tidak semudah itu untuk Rosanina membuat tuduhan semata-mata untuk menjadi penjilat terhandal dalam kes-kes yang dipaparkan oleh pemimpin utama yang merupakan pelakon paling hebat di pentas politik Malaysia. Adakah anda mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi dan memahaminya luar dalam sehingga sanggup mempertahankan walaupun moralnya berada di tahap terendah oleh kerana tindakannya sendiri.
Persoalannya, adakah Rosanina memahami apa yang Anwar lakukan ketika dipecat oleh Tun Dr Mahathir sedangkan waktu itu beliau tidak bersetuju dengan sebarang tindakan untuk membantu menyelesaikan kemerosotan nilai mata wang. Kenapa Anwar beria-ia sangat untuk memohon dan menerima pakej kewangan yang ditawarkan oleh Michael Camdeasus, yang ketika itu mengetuai International Monetary Fund dan mencadangkan kenaikan faedah dengan tujuan “mengaut keuntungan di atas penderitaan orang ramai” yang sudah tertekan dengan penurunan nilai melebihi 40 peratus.
Pendekatan Tun Dr Mahathir berjaya menyelesaikan kemelut itu dan walaupun peringkat awalnya dilihat sebagai sesuatu yang bersifat autokratik kerana tidak membiarkan pasaran menentukannya, akhirnya pendekatan tersebut diakui. Bagaimana anda melihat krisis kewangan yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2007 sehingga menyebabkan kapitalisme berada dalam kancah kehancuran dan akhirnya, perbendaharaan negara itu terpaksa mengakui, perlukan lebih banyak suntikan wang ke dalam industri. Perkara yang sama dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir termasuk menubuhkan beberapa badan untuk membeli non performing loan untuk membolehkan bank-bank terus beroperasi, jika tidak akan mengalami nasib yang sama sebagaimana Lehman Brothers.
Apa yang Anwar lakukan sehingga Tun Dr Mahathir menasihatkan Anwar meletakkan jawatan secara terhormat, tetapi Anwar tetap mahu berlawan. Kenapa? Apakah beliau faham bahawa kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bukanlah haknya yang mutlak, kerana jawatan tersebut adalah perlantikan atas pertimbangan Perdana Menteri. Tidak ada sesiapa yang boleh mendesak atau mengatakan itu haknya, kerana itu adalah prerogative Perdana Menteri.
Jangan kerana ingin mempertahankan benang yang basah dan rapuh daripada putus kerana ketahanannya tidak akan lama. Anwar sudah mengalami “peringkat penurunan” kepercayaan kerana banyak masalah moralnya tidak berjaya ditangani secara berkesan, malah sendiri berusaha menyembunyikannya meskipun semakin ramai rakan-rakan yang kenal dan pernah menjadi pengagumnya sudah tidak mampu lagi bertahan. Itu sudah membuktikan petunjuk yang jelas, dan bukannya sesuatu yang perlu dipertahankan, hanya orang yang dungu dan bahlol sahaja mahu menyembunyikan kelemahan kerana terlalu bersifat ego.
Egolah yang menghancurkan martabat seseorang. Egolah yang akhir akan membakar kehebatan seseorang dan kerana itulah Ronasina harus belajar bagaimana egos Napoleon Bonaparte, seorang wira besar Perancis yang mampu menakluki Mesir akhirnya terpaksa meringkuk dalam penjara kerana egonya. Mungkin juga Rosanina boleh melihat ke dalam diri seorang lagi hero yang terlampau yakin dengan kekuatan yang ada pada dirinya sehingga semua orang lain dianggap lemah dan buruk akhirnya terpaksa merangkak semula dari bawah untuk mendaki bukit, sehingga akhir hayatnya tidak mampu sampai ke kemuncak. Jangan fikirkan alasan, tetapi fikirkan bahawa setiap apa yang kita rancangkan, tidak seratus peratus menjadi kerana Allah SWT yang menentukannya.
Jangan kita terlalu ingin mempertahankan ego dan Anwar merupakan bayangan watak yang berusaha mendaki semula ke puncak gunung, Sisyphus dalam lagenda Yunani. Ingatlah, walaupun hanya tinggal selangkah lagi, ia tidak bermakna langkah terakhir itu tidak akan terjatuh ke dalam parit, dan tentuya, atas ketidaksabaran serta ego yang kuatlah menyebabkan Anwar jatuh. Biarpun mempunyai pelbagai sebab dan natijah, Anwar bukanlah watak terbaik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, kerana sentiasa memutarbelitkan pendirian dan mengkhianati negara dengan melakukan serangan memburuk-burukan negara sendiri apabila berada di luar negara.
Jika Anwar merupakan seorang pemberani dan pejuang sejati, kenapa setiap kali berhadapan dengan kemelut, beliau tidak berada dalam negara. Misalnya, kerana sudah terbayang calon yang disokongnya akan kalah, termasuk rakan dalam pakatan pembangkang, pada malam pengiraan undi terus mengambil penerbangan untuk ke luar negara. Itu bukanlah membuktikan bahawa Anwar hanya rasa bertanggungjawab apabila menang, tetapi apa terbayang kekalahan, beliau akan membina akal yang lain, cari jalan mengelak dan melepaskan penyokong-penyokongnya bersedih seperti anak ayam kehilangan ibu.
Patutkah orang seperti ini dipertahankan dan diangkat menjadi Perdana Menteri? Tentunya, jika berfikir secara matang dan rasional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana sentiment parti politik, tentunya kita tidak boleh menerima. Anwar adalah iconoclast yang sedang meniti zaman gelap dan menunggu kutukan “dewata”, kerana sepanjang karier politiknya selepas 1998 membawa makna yang berlainan dengan apa yang diperjuangkan bersama ABIM dan UMNO. Ingat, sudah ada orang mengsinonimkan ABIM yang ditubuhkannya sebagai pertubuhan Anwar Bin Ibrahim, dan PKR tetap mengambil pendekatan, Pak (Sheikh) atau Parti Kongkalikong Rakyat.
Rakyat dibebankan dengan pendekatan retorik dan “candu pemikiran” bahawa Anwar sahajalah yang terhandal dan mampu menyelesaikan banyak masalah, dari ekonomi dan hubungan dengan Indonesia. Anwar bukanlah manusia ajaib yang mempunyai lampu aladin ataupun tangan mistik seperti “jin dalam botol”, yan boleh melakukan apa sahaja bagi melepaskan dirinya dari “kurungan”. Itulah persepsi yang harus diperbetulkan setelah membaca tulisan Ronasina, yang dikatakan bebas, tapi sebenarnya penjilat yang tidak juga bebas dan matang. Tetap berideologikan bahalol, yakni istilahbahalolisme yang beliau perkenalkan, rasional tulisannya turut mempunyai cirri-ciri bahalol yang didefinisikannya sendiri.
Monosin Sobri
5 comments:
Kejap 'Ronasina'...kejap 'Rosanina'...sapo yg bebal ni?
kihkih
salam.
eh...article ni...aku baca balik mcm ada x kena...
sbb..tajuk dia kata ko bebal..
tapi dia x cerita apa reason yg dia rasa ko bebal..
dia byk citer pasal Anwar je. kesalahan anwar..
dia x tahu ko sendiri x suka "majlis makan besar utk org besar" baik PKR mahupun UMNO. aih.
tak ada kena mengena dgn lu pun dia punya ARTIKEL..
Lu yg bebal atau dia yg ultra sengal???
keh keh keh keh..
Stupidity, stupidity is everywhere.
Post a Comment