Friday, November 30, 2012

Sesatkah aku?

Aku harap JAIS tak tangkap aku sebab malam tadi aku bermimpi Yesus hidupkan semula Annisa. Serius!


Ini bukan foto Yesus ataupun Galileo

6 comments:

Anonymous said...

bro... mmg nabi isa ada mukjizat untuk hidupkan orang yg telah meninggal...

Ronasina said...

Itu pasal aku mimpi gitu

sangpencinta said...

ustad aku pesan kalau tak nak sesat ikut nabi SAW dan Ahlul baitnya...try this link http://rahmanadir.webs.com/adakahkitaballahdanitra.htm

sangpencinta said...

terasa nk tambah sedikit lagi... sbb ada yg pergi jauh kpd mengenal diri. dari literatur yg saya ada,Muhammad bin Ali berkata: Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil telah memberitahu kepada aku berkata: Ali bin Ibrahim telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Isa bin Ubaid daripada Abu Ahmad al-Azadi daripada Abdullah bin al-Fadhl al-Hasyimi berkata: Aku telah berada di sisi Ja‘far al-Sadiq a.s, tiba-tiba al-Mufadhdhal bin ‘Umar datang, apabila beliau melihat kepadanya,beliau ketawa kepadanya, lalu berkata: Datang kepada aku wahai Mufadhdhal.


Demi Tuhanku, sesungguhnya aku benar-benar mencintai anda dan aku mencintai mereka yang mencintai anda, wahai Mufadhdhal, jika semua para sahabat aku mengetahui apa yang anda mengetahui, nescaya dua orang tidak akan berselisih faham, al-Mufadhdhal berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, sesungguhnya aku kira ramai yang telah mendapat kedudukan yang lebih daripada kedudukanku.


Beliau berkata: Malah, Allah telah mengurniakan kedudukan (al-Manzila) kepada anda, beliau berkata: Apakah kedudukan Jabir bin Yazid daripada kamu? Beliau berkata: Kedudukan Salman daripada Rasulullah s.a.w, apakah kedudukan Daud bin Kathir daripada kamu? Beliau berkata: Kedudukan al-Miqdad daripada Rasulullah s.a.w.


Beliau berkata: Kemudian beliau datang kepada aku sambil berkata: Wahai Abdullah bin al-Fadhl, sesungguhnya Allah a.w telah menciptakan kami daripada cahaya kebesaran-Nya, menjadikan kami dengan rahmat-Nya, dan Dia telah menjadikan roh-roh kamu daripada kami, lantaran itu, kami terasa kasih kepada kamu, dan kamu terasa kasih kepada kami, demi Tuhan, sekiranya penghuni timur dan barat bekerja keras untuk menambah pada syi‘ah kami seorang lelaki atau mengurangkan seorang lelaki daripada mereka, nescaya mereka tidak mampu melakukannya, kerana mereka tertulis di sisi kami dengan nama-nama mereka, nama-nama bapa mereka, kabilah mereka dan keturunan mereka, wahai Abdullah bin al-Fadhl, jika anda mahu, nescaya aku memperlihatkan anda nama anda pada mashaf kami.


Beliau berkata: Kemudian beliau telah menyeru supaya dibawa mashaf kepadanya, lalu dibukakannya, maka aku telah mendapatinya putih, tanpa kesan tulisan, aku berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, aku tidak melihat kesan tulisan, beliau berkata: Beliau a.s telah menyapu tangannya ke atasnya, maka aku telah mendapatinya tertulis di bawahnya nama aku, lantas aku terus sujud kepada Allah kesyukuran[1].



--------------------------------------------------------------------------------

[1] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 224
(DIKUTIP DARI AL IKHTISAS, SYAIKH MUFID..

KapakTerbang said...

kah kah kah!
mimpi?
ada apa pada mimpi! mimpi hanya mainan tidur, mimpi akan datang bila otak kita berhenti rehat untuk berfikir, mimpi mungkin dipengaruhi kehidupan sebelum kita berminpi.
Islam agama ku mengajar supaya mimpi yang tidak ketahuan asal punca dihalang daripada kehidupan kita, menghalau mimpi karut seperti menghalau syaitan, supaya hidup kita suci dari dipengaruhi mimpi.

HIDUP INI BUKAN MIMPI, TETAPI HIDUP INI ADALAH REALITI.

Irwan Mohamad said...

Barulah seronok membaca tentang ILMU. Teruskan lagi posting provokatif sebegini!