kesilapan yang paling besar dan keterlanjuran yang nyata apabila PR percaya menang pada PRU13 yang lalu. Apabila seorang polis yang mengundi pos mendakwa dakwat kekal tidak kekal, itulah kesempatan terbaik untuk PR segera bangkit beritahu rakyat agar memboikot pilihanraya. Tapi itu tak dibuat kerana yakin menang. Kesempatan itu terlepas.
Lalu kalah! Bayangkan masa itu tarik diri dan boikot. Apa terjadi? BN kuasai sepenuhnya parlimen? Habis selama ini ahli parlimen PR dapat buat apa?
Dan siri demo protes penipuan hanyalah suatu perhimpunan tunjuk rasa yang tidak berkesan sangat. dulu demo belum jadi budaya. nak cari 100 pun susah. balik-balik kena katok, kena tangkap orang itu juga. hari ini sudah jadi budaya. setakat 10 ribu sekali petik saja. apabila sudah membudaya tiada pelik lagi. ia perlukan perubahan baru. ia tidak boleh statik. ia perlukan satu gelombang lagi.
Maka mulai hari ini gerak baru ialah bukan ajak rakyat sokong PR tetapi mengajar rakyat agar tidak mempercayai pilihanraya. Habis, takkan revolusi bro?
Ah! soalan ini dah pun diajukan 5 tahun lalu.
*anak muda SAMM dan mahasiswa sudah cetuskan api permulaan gerak baru semalam.
No comments:
Post a Comment