Lebih kurang jam 6.30 petang pada 8 Februari 2001 seorang jururawat
menolak troli keluar dari dewan bedah
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Ada bayi perempuan di dalamnya seberat
2.8 kilogram.
"Anak encik..." kata
jururawat itu. Aku merapati, melihat wajah suci sang bayi. Matanya tajam
terpejam. Sesekali menguap. Bersih. Aku mengawal perasaan agar dilihat
biasa-biasa sahaja.
"Ciumlah..." kata
jururawat itu sambil tertawa kerana melihat aku berkelakuan selamba tanpa
reaksi ghairah.
Aku mengangkat bayi tersebut dan
melaungkan kalimah suci ke telinganya. Matanya celik seketika. Aku menculik
sedikit manisan dan kusapukan ke mulutnya sambil memuji baginda Rasulullah
Salallahu ala Muhammad.
Kami namakannya Annisa - perempuan
dan nama salah satu surah di dalam Al Quran. Jika didalami dan dihayati surah
tersebut mungkin maksud mengapa kami namakan Annisa akan dapat difahami.
intro buku SURAT UNTUK ANAK dalam proses suntingan.
tunggu!
2 comments:
Bhai Fendi @ PapaRON 97 ...
Anak sulung gua (perempuan) lahir di Hospital Universiti Malaya pada pukul 10 malam 13 September 2001 dengan masalah "hip dislocation" ... Gua namakan Maisarah (Nur Maisarah)
Doa gua buat anak-anak lu dan lu sekeluarga.... ameen
amin bhai
Post a Comment