Thursday, June 13, 2013
Masalah politikus yang memenatkan!
Letih dan tak berharap sangat sebenarnya! Tapi meluat dan loya dengan kerenah politikus kita. Mari baca dulu dan fikir sebelum teka apa yang ingin aku sampaikan?
K'jaan S'gor sumbang RM10,000 pada balu PI Bala
Zulaikha Zulkifli
5:53PM Jun 13 2013
Kerajaan Selangor hari ini memberi sumbangan RM10,000 kepada balu penyiasat persendirian P Balasubramaniam, A Santamilselvi, 46, bagi meringankan perbelanjaan selepas kematian suaminya pada 15 Mac lalu.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Rodziah Ismail berkata kerajaan Selangor juga berjanji akan membantu Santamilselvi menyekolahkan tiga anaknya yang berumur 11 hingga 16 tahun yang sudah dua bulan tidak bersekolah sejak tiba di Malaysia dari India sejak Mac lalu.
Selain itu, Rodziah juga berkata pihaknya turut akan membantu menyediakan tempat dan modal kepada balu mendiang untuk membuka kedai makan.
"(Ini) sumbangan RM10,000 dari kerajaan Selangor. Kita akan buat apa yang perlu, yang boleh membantu ringankan beban balu mendiang seperti (memberikan) skim-skim yang disediakan oleh kerajaan Selangor.
"Memandangkan keluarga mendiang dah duduk di India selama lima tahun dan tak dapat mengikuti pendidikan di sini, kita akan sediakan alternatif yang terbaik untuk anak-anak Bala.
"Selain sumbangan, kita juga akan pastikan beliau akan dapat pendapatan bulanan berterusan. Dan kita akan bantu untuk bincang dengan pihak berkuasa tempatan tentang modal dan tempat untuk bantuan memulakan perniagaan," katanya.
Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga berkata demikian dalam sidang media ketika membuat lawatan ke rumah balu mendiang Bala di Rawang hari ini.
Turut hadir dalam lawatan tersebut, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa dan ADUN Rawang Gan Pei Nei.
Pada 15 Mac lalu, Bala meninggal dunia selepas disahkan akibat serangan jantung.
Beliau memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu - yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.
Kematian Bala secara tiba-tiba itu mengejutkan banyak pihak kerana beliau pada ketika itu baru sahaja pulang dari India.
Sementara itu, Selvi yang kini tidak bekerja selepas pulang dari India tidak dapat menahan sebak ketika diminta mengulas bantuan yang diberikan kerajaan Selangor itu.
"Saya ucapkan terima kasih pada kerajaan Selangor," katanya yang kemudiannya mengalirkan air mata dan ditenangkan oleh Rodziah.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Ya! Bantuan bersifat populis. Apa jasa PI Bala kepada Selangor? Bukan pertikaikan Bala dan keluarga. Memang perlu dibantu tetapi bukankah semua ibu tunggal dan anak yatim perlu dibela?
Exco ini sewaktu ajak berbincang tentang OKU, mengelak dan berdalih. Yang kes ini sanggup sampai ke rumah.
Sewaktu dijemput ke majlis dialog OKU dan Pimpinan PR sebelum PRU13 dulu tak hadir. Cakap nak hantar pembantu termasuk perangka Manifesto PR, Rafizi beritahu nak hantar pembantu. Haram takdak! Penat aku baca dasar No Child Left Behind. Tak ramai pimpinan hadir. Yang hadir tergesa balik awal. Anwar sampai pukul 2 petang. Janji pukul satu. OKU sudah menunggu sejak seawal 9 pagi. Awal dari itu pun ada.
Apakah kerajaan PR hanya berminat bantu mangsa kezaliman BN sahaja seperti kes ini, kes Lahad Datu, kes mati dalam lokap.
Anak OKU Terlantar juga adalah mangsa kezaliman. Malaysia adalah negar pembunuh anak-anak OKU Terlantar. Sehingga hari ini tiada sekolah khas kerajaan untuk anak OKU Terlantar sedangkan pendidikan adalah hak mutlak setiap anak dunia. Yang Berhormat dari BN dan PR tak pernah fikirkan ini. Ada ahli parlimen OKu berkerusi roda pun sudah mewah. Mereka jika ada anak cucu OKu pun mampu mengupah pengasuh. Lihat sahaja dalam hal pendidikan. Rakyat bersekolah biasa, anak mereka masuk sekolah antarabangsa atau luar negara.
Penat! Penat bentang idea hari tu. Ni link cadangan aku tu
http://m.youtube.com/watch?v=simMjmYfDa4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment