Tuesday, June 11, 2013

Misi ke Tanah Rata siapkan SuratUntuk Anak

Pernah tonton cerita-cerita seram Hollywood? Biasanya mesti cerita bermula dengan hero bawa anak isteri bercuti dan menyewa sebuah rumah untuk siapkan bukunya kan? Dan di situlah timbul cerita-cerita hantu.

Ooopp...kita ketepikan hantu tu. Aku pun segera ke Cameron Highland bersama Sham dan An-Nur, bercuti tiga hari dalam usaha nak siapkan buku Surat Untuk Anak. Kalau tulis di rumah banyak sangat hantu-hantu internet mengganggu. Kena rileks dan bercuti.

Tiga petang bertolak, ikut jalan lama untuk elak tol. Maklumlah bajet kecik. Perjalanan diselang seli dengan hujan dan panas bersilih ganti...hah! Seram bunyinya......

Singgah di pekan Tapah tukar lampin An-Nur. Beli kacang dan kopi tin. Naik banjaran Titiwangsa. Hari mulai gelap. Tiada tempah mana-mana hotel atau pencaus. Ikut nasib. Singgah makan di RnR Tanah Rata. Cuba mee goreng dan Sham pesan kuetiow goreng restoran mat Kelate. Rasanya gagal. Tapi pakej Siakap, Kailan ikan masin, telur dadar dan nasi RM38 amat menarik. Berjanji dengan MatKelate makan malam esok di situ. Oh Ya! Mee goreng mereka tak taruk sawi, guna kailan dan segar. Itu istimewanya. Cameron Highland kan? Susu pada teh pun berketul sejuk.

Pernah ke sini sewaktu arwah annisa masih ada dulu, ikut rombongan naik bas. Lepas makan mencari rumah tumpangan. Cari dari Tanah Rata ke Brinchang. Kereta buat hal. Bunyi tak sedap membimbangkan. Tak pasti mounting atau drive shaft. Dah malam kena urus tempat menginap dulu. Esok kena tengok.

Malam ini belum boleh menulis. Letih. Kopi takde. Aku keluar berjalan kaki tengah malam. Ini bukan KL. 12.30 dah tutup. Suara serak parau pelanggan keluar dari celah pusat karaoke. Hujan nipis yang aku redah semakin lebat. Tiada 7E. Mujur ada pasar mini belum tutup. Beli kopi dan megi cup. Berjalan pulang, hujan makin lebat. Aku mengah berlari mendaki bukit ke penginapan sambil menutup kepala dengan sebelah tangan. Dah nak sampai baru aku sedar aku pakai sweater yang ada penutup kepala. Lupa. Menyumpah sendiri.

Sham buat megi. Tonton tv entah cerita apa. Dengan masalah kereta, yang pasti mencuri bajet percutian ini... Dapatkah aku siapkan?

Sedap megi ni...
Foto bergegar sebab sambil berlari dalam hujan.



2 comments:

WanBeruas said...

..She's beauty bro..Sleeping beauty...

WanBeruas said...
This comment has been removed by the author.