Thursday, September 12, 2013

Dengar! Tolong!

Hari ini kita menyaksikan sebuah kezaliman. Kita melihat demi kelangsungan sebuah kuasa, rakyat terpaksa menderita.
Keluarga saya iaitu saudara Abah Anas Ar Rembawi bersama 12 yang lain hari ini SERTA MERTA dihukum penjara dua tahun mandatori hari ini dan sekarang sedang bergari untuk terus dibawa ke penjara. Ini kes mereka berhimpun bantah Kudeta kerajaan Najib terhadap kerajaan PR di negeri Perak pada 2009. Hakim atas konon alasannya menjaga kepentingan awam dan menghormati institusi raja terus memberi hukum ini sekaligus demi menghormati sistem itu telah menyebabkan sebuah atau tiga belas keluarga kehilangan suami dan ayah apatah lagi mata pencarian. Inilah kezaliman yang maha apabila kejahatan politik telah menganiaya rakyat yang mengeluarkan suara.
Keluarga ini dengan isterinya Nashita Md Noor sangat rapat seperi adik-beradik dengan kami. Kak Nashita suri rumah sepenuh masa melakukan jualan kecil-kecilan secara bergerak. Ayuh hulurkan bantuan sokongan moral dan material apatah lagi anak-anak mereka masih belajar. Yang sulung Anas Latif menuntut di Jordan sementara yang lan Ammar, Asma dan Asiah bersekolah dengan didikan agama yang baik.

Akaun bank mereka maybank Nashita 162209939776

6 comments:

Anonymous said...

ni lah akibatnya.. klu kita menjadikan diri kita dipergunakan oleh ahli politik untuk kepentingan diorg.. bila kita kena? anak2 isteri pun terabai.. ahli politik tetap duk rileks dlm rumah layan anak isteri.. nak hulur duit utk denda? jgn haraplahhh... kita sebagai rakyat marhain kena bijak.. kita sepatutnya gunakan ahli politik untuk kepentingan kita... bukan ahli politik gunakan kita untuk kepentingan diorg.. baik PR & BN semua sama je..

Anonymous said...

no akaun bank ape tu cikgu..?

Anonymous said...

ohh ok maybank..

razak "Reformis "98 said...

Ini bukan perkara baru..pimpinan politik 'kencing' ahli2nya.
Semasa saya dan 159 orang ditangkap dlm demo highwy Kesas tahun 2000 lalu...13 orang dari kami dihadapkan ke mahkamah.

Kes tarik lebih 10 tahun...berulang alik kami ke mahkamah klang dan ampang.

Sapa datang jengok kami....hanya Tian Chua dan Dr. Xavier ada lah sekali datang mahkamah.

Anwar, Kak Wan entahlah....entah mana perginya.

Masa diarang kena tangkap...berminggulah kita turun Chow Kit, Kg Baru, Tengku Abd Rahman berdemo atas jalan.

Time kita kena, batang hifung diarsngpun tak nampak.

So skan datang....ada demo Blackout 505 ke...demo Minyak Naik ke....kita kena berani mintak 'duit' dulu dari parti masing2 sebagai pra syarat sebelum kita pergi demo.

Baru lah ada 'KEADILAN'.....cukuplah kita di'perkuda'kan oleh pemimpin2 parti kita.

kulupSakah said...

sesiapa yang mengaku berjuang tetapi berpaut pada parti politik dan sosok peribadi adalah bangang!

posting ini untuk sesiapa yang sudi meringankan keluarga ini.sebagai teman rapat ini usaha kami.

mengatakan kita dipergunakan ahli politik adalah bangang!

Anonymous said...

kah kah kah...