Friday, March 7, 2014

Rupa-rupanya inilah KajangMove

KajangMove patutlah mengejutkan semua pihak termasuk pimpinan parti di dalam PKR sendiri apatah lagi PAS dan DAP. Rupa-rupanya ia bukan hanya soal Azmin-Khalid yang berselisih faham. Itu asbab permukaan. Baling sebiji batu untuk bunuh 3-4 ekor burung sekaligus termasuk Adun Kajang yang 'hancur' itu.

Memang Anwar licik. Kritikan terhadapnya yang cuba masuk Selangor bertukar kepada nada simpati.

Ramai menyangka keputusan mahkamah rayuan menjatuhkan Anwar bersalah adalah usaha regim menyekat Anwar mengemudi Selangor. Sebenarnya Anwar sudah terhidu semua ini. Lalu KajangMove dirangka. Semua terkejut. Tidak sedikit meramal krisis Anwar-Istana-Khalid-Umno berpanjangan sebaik Anwar menang PRK Kajang. Tetiba PRK ini tidak penting lagi. Anwar sama ada masih lagi calon atau tidak bukan perhitungannya. Ia rupanya sebuah gerakan yang disusun. Untuk mengempang momentum yang sudah lesu. Malam tadi di Kajang generasi reformasi 98 kembali turun. Generasi pasca 98 yang tidak melihat gelombang dahulu bersedia menyambutnya kali ini. 98 majoritinya Melayu tetapi hari ini ia disertai lapisan kaum. Reformasi2.0 diisytihar.

Bersediakah ribut ini melibas lagi berbanding dahulu ketika kedudukan sudah selesa? Dengan gangguan di internet dan media sosial?
Paling penting episod seterusnya apakah Anwar 'ke dalam" semula sedangkan jika kita masih ingat ucapan Anwar di stadium Kelana Jaya sebaik sahaja keluar dari persembunyian kedutaan Turki saat isu liwat Saiful ini mula-mula muncul "Saya jamin konspirasi 98 tidak akan berlaku lagi (tidak masuk penjara lagi)"?

Jika 98 gerakan reformasi tidak tersusun meskipun gempar umno juga tidak bersedia ketika itu dan akibatnya regim Mahathir tumbang, Pak Lah tergolek pada PRU12, Najib tubuh kerajaan 47% . Kali ini bagaimana? Cukup tersusunkah dan cukup bersediakah.


5 comments:

Anonymous said...

Umno bn bakal tegolek babi haram jadah , rakyat perlu bangkit demi menegakan keadilan utk masa depan rakyat malaysia yg berbilangan bangsa daripada dibuli dan dianyaye olih samseng politik umno bn.

Anonymous said...

Kapalterbang terhempas mungkin rancangan reformasi Anwar????? Ha ha ha ha

Anonymous said...

Bermakna DSAI yg menguasai mahkamah.Hebat Anwar.Siapa pula yg rancang MAS menjunam di laut

batu pelangi said...

Jahanam negaraku sekiranya BN masih
lagi memerintah. Fikirkanlah sekiranya CINA DAP yg memerintah
Pulau Pinang boleh memerintah dengan
adil dan jujur mengapa BN yg kebanyakan pemimpin berbangsa Melayu
gagal memerintah dengan adil dan jujur? Buatlah perubahan wahai bangsa MELAYU. Jangan salahkan CINA
DAP yg boleh memerintah dengan baik
sedangkan pemimpin Melayu gagal.

Anonymous said...

kotak itam pecawat mh dijumpai 4cm dlm tmpat yg belakang dan gelap di kawasan sakpoel dkt vietnam