Tuesday, December 30, 2014

Tikus sedang merobek negara ini

Tikus-tikus liar sedang menggigit negara kecil ini
Tikus-tikus liar sedang mengunyah bukit-bukau menjadi rata
Tikus-tikus liar ini sedang meratah gunung-ganang sampai terang
Tikus-tikus liar ini sedang menebuk tiang cerucuk pasak bumi  ini
Tikus-tikus liar sedang menyiat-nyiat hutan, balak, pokok-pokok yang menjadi pengalas
Tikus-tikus liar ini sedang kencing meracun sungai dan menyekat kelancaran aliran

Maka angin taufan tak dapat ditampan
Kepala air sesat melimpah ke jalan
Tiang cerucuk longgar menggegarkan

Negara kecil ini menuju kemusnahan
Negara kecil ini menuju kerosakan
Tikus-tikus liar ketakutan
Lari keluar dengan wang penuh tempayan

Sunday, December 28, 2014

Syabas Najib

Bila main golf dengan Obama penting untuk negara...

Tuesday, December 23, 2014

Kita dengan ilusi, retorik teori dan praktikal

Sebelum adanya teori, praktikal datang dahulu. Teori muncul apabila pengamalnya mula memikirkan tentang perlunya ilmu disebarkan sama ada dengan tanggungjawab, mahu buat keuntungan atau mahu memastikan sesuatu yang dipraktikkan tidak tergelincir dari landasan. Contohnya sebelum ada teori, konsep, prinsip dalam kelas lukisan, seniman telah melukis dahulu. Datuk nenek kita dahulu mencari dan mengkaji tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat-ubatan dan kemudian mempraktikkan dahulu. Sesudah pada itu barulah datangnya pesanan petua atau dokumentasi.

Begitu juga dalam penyampaian ilmu dan maklumat. Malangnya dalam hidup yang mengamalkan kepercayaan (iman) beragama; entah mungkin juga kesilapan penyampai atau kegagalan orang awam dalam menghadam dan menaakul ilmu yang disampaikan sering berlaku kesilapan tafsiran sehingga boleh menggagalkan sesuatu usaha. Kegagalan ini juga akan lebih parah sehingga boleh melemahkan keperibadian individu seterusnya keutuhan sesuatu bangsa atau ummah.

Kesilapan menafsirkan 'bersabar', 'redha', áda hikmah' atau 'berdoa' boleh menyebabkan ummah lemah dan tidak bersatu sedangkan dalam ajaran bab lainnya hidup bermasyarakat itu wajib bantu-membantu, bahu-membahu sehingga kita berasa sakit andai saudara sedang sakit. Malangnya ungkapan 'bersabar'' membawa maksud kita menyuruh saudara kita bersabar dan 'redha'' kerana áda hikmahnya'' diduga begitu. Sebenarnya kita membiarkan sahaja saudara kita itu terkapai-kapai dengan kalimah "semoga Allah memberikan ganjaran padamu pada hari kemudian nanti"". Kita yang tidak berbuat apa-apa hanya berkata, "Aku hanya mampu berdoa, semoga kau baik-baik sahaja dan mudah-mudahan segalanya berjalan lancär." Kita menyembunyikan rasa bersalah akibat kegagalan kita yang lemah jiwa itu dengan ucapan semoga segalanya baik-baik sahaja. Lebih parah lagi kita tulis kita berdoa di laman sosial. Semuanya dikhabarkan di situ untuk tatapan yang kita telah berbuat sesuatu. Contohnya musibah banjir ini. Kita mendoakan mereka supaya baik-baik sahaja. Atau kata lainnya, kita menulis di laman sosial yang kita berdoa untuk kesejahteraan saudara kita. Hanya menaip. Tidak berdoa pun sebenarnya. Dan tidak berbuat apa pun. Makan kita tetap berselera, tidur kita tetap lena.

Sedangkan keadaan sebenarnya saudara kita sangat-sangat memerlukan pertolongan. Pertolongan berbentuk fizikal. Dia sudah berdoa. Berdoa ramai-ramai seharusnya pada peringkat terakhir selepas pertolongan fizikal beramai-ramai dilakukan. Tetapi apabila penganut agama lain pertama sampai menghulurkan bantuan, kita bising itu dakyah mereka. Awasi akidah! Mereka itu menolong dengan maksud ada udang di sebalik batu. Jauhi mereka! Kita menjerit di sebalik tingkap. Sekali lagi kita tidak bergerak. Kita faham guru agama kita ajar kita selalu berdoa yang baik-baik, selalu redha sahaja. Ya! Guru agama kita yang kaya-raya itu.

Rukun Iman, Rukun Islam bukan di kertas sahaja. Ia praktikal. Qadha dan Qadr praktikalnya atas muka bumi, bukan menghafal. Bergerak. Sifat 20 pengajian dan kupasannya berlapis-lapis. Bukan menyanyi hafal yang itu sahaja. Ia semakin banyak bila dibuka, semakin luas, semakin besar dan kemudiannya semakin menyatu.  Dari memandang jauh sehingga memandang ke dalam diri. Sehingga dalam dan luar bersatu.

Hidup itu sendiri praktikal. Bernafas bukan guna teori. Praktikal.

Sunday, December 21, 2014

Mengapa saya bosan dengan selebriti politik, politik kepartaian dan penyokong taksub mereka.

Parti pemerintah semua sudah tahu, korup! Pemimpin dan pak menterinya terus gagal membela nasib rakyat. Yang mereka tahu hanya menggoyangkan telur dan menghempap beban kenaikan barang ke kepala rakyat. Sangat sial!
Lalu kita mencari sosok pengganti kerajaan gagal ini. Kita pun percaya dengan tawaran parti alternatif. Tapi ternyata setelah memenangi beberapa negeri dan menjadi kerajaan negeri, belang sikap mereka sudah semakin nampak. Antara pemerintah korup dan alternatif sudah tak ada beza. Korup, diskriminasi, membuli, rebut kuasa? Sebut apa saja kedua-duanya ada. Pemimpin parti menjadi selebriti dan mereka membina kem. Tidak mendidik pengikut dan rakyat sebaliknya terus menanam budaya angguk. Aku yang tahu apa kamu mahu, kamu ikut aja, jangan cakap banyak. Aku tahu!
Perangai ini lama-kelamaan buat aku muak. Lebih-lebih lagi kerana aku selalu bawa isu anak OKU Terlantar seperti anak aku, dapat aku lihat wajah pura-pura mereka. Wajah selamba mengenepikan kami. Kerana mereka ada pentas ada media dan kami tiada, maka kami kalah. Begini:-
http://www.malaysiakini.com/news/222348
Sebelum PRU 2008 dahulu aku dan Rosli keluar di Malaysiakini mengkritik manifesto PRU pakatan rakyat mengenepikan OKU. Seminggu sebelum itu kami merancang adakan forum bersama pemimpin PR. Kami mengundang mereka tetapi sambutan dingin. Apabila isu itu keluar, suasana panas. Anwar Ibrahim juga kena tempias maka beliau janji hadir ke forum. Pada hari itu beliau hadir, lewat berbanding OKU yang terdengkot datang sejak awal. Pemimpin parti politik ada yang hadir tapi semuanya balik awal sebelum acara hadir. Exco Selangor yang menjaga portfolio berkenaan dalam smsnya berkata akan menghantar pembantu kerana dia tak dapat hadir, tapi sampai akhirat tak ada siapa yang mengaku pembantunya menemui kami. Jadi exco ini pun dah dipecat hari itu. Tahniah!
Waktu isu itu panas di Malaysiakini, rafizi ada jawab. Katanya di manifesto memang tiada tapi hal OKU ada di Buku Jingga. Iaitu kenderaan awam percuma. Dia juga tak dapat datang walaupun masa itu belum PRU dan belum jadiYB. Sampai kiamat pembantunya yang dia kata akan hadir pun tak hadir. Tetapi mereka ada media. Media siar kenyataan itu maka rakyat membaca dan berkata wah! Bagus. Ada untuk OkU. Tapi hakikatnya yilek!
http://keadilandaily.com/mobile/?post=46063

Pada 2011, aku sekeluarga buat tabung pungut dana untuk biaya anak-anakku sertai sesi katihan pemulihan di Beijing. Ada pimpinan kerajaan negeri datang. Aku mohon wakil media yang ikut agar tak siarkan berita kerana aku di pihak yang meminta, jangan politikkan. Ternyata media itu keluarkan berita lawatan tersebut dan antara kenyataan pimpinan akan bantu adakan program untuk cukupkan dana kami. Mereka ada media. Dan mungkin ini isu peribadi kata anda. Tapi ia melibatkan awam, pembaca membaca dan berkata bagusnya pemimpin ini. Dan mereka juga berkata bertuah kami dapat pertolongan mereka. Sebenarnya? Yilek!
Kemudian 5 Mei 2013 PRU13, semua penyokong memprotes penipuan pilihanraya. Pemimpin PR kumpulkan rakyat di Stadium. Mereka pidato tentang penipuan dan akan buat petisyen bantah pilihanraya yang penuh penipuan. Apa jadi? Takde pun usaha itu. Senyap! Beberapa aktivis dan anak muda atur demo bantah pada hari angkat sumpah. Pemimpin PR disaran jangan angkat sumpah kerana mesti protes tetapi penyokong-penyokong taksub suruh angkat sumpah supaya bagaimanapunsuara rakyat mesti dibawa dalam dewan, yang berlaku beberapa anak muda di pagar parlimen ditangkap dan didakwa. Pemimpin PR di dalam minum kopi dengan kepala pemerintah. Penyokong-penyokong langut ini terus menyokong dan membela selebriti politik pujaan mereka walaupun beberapa kali terjadi ahli parlimen ponteng di saat undian perlu dibuat. Ia melibatkan isu rakyat tetapi mereka memonteng. Alasan penyokong langut, datang pun kalah sebab undi wakil kerajaan lebih banyak. Butuh!
Aku sekeluarga bawa memorandum tuntut sekolah bantuan kerajaan khas untuk anak seperti Anur. Timbalan PM dengan muka tak mesra dan cuak terima sambil tertanya, " tak ada ya sekolah?". Menteri Wilayah terima, menteri Belia dan Sukan terima. Idris Jusoh sebelum terima bertanya dulu, " ni nak minta derma ke?" Ikang mung! Menteri wanita, timbalanmenteri kesihatan semua terima. Apa jadi? Mangkuk-mangkuk ini buat apa dengan memo kami?
PR pun dapat. Gombak, Lembah Pantai, Kapar, Temerloh, anak Nik Aziz, MP PKR dari Sabah, Gobind, ramai lagi... Apa dibuat dengan memo kami?
Selebriti politik ini terus berebut kuasa. Rebut kerusi Selangor. Bazir duit rakyat buat Kajang Move. Akhirnya entah apa-apa jadi. Tendang Khalid dengan alasan-alasan yang sebenarnya dibuat juga oleh Penang tapi.....penyokong taksub pedulik apa! Pemimpin kata semuanya betul! Kita bangang ni ikut aje! Maka ikuttttt!
Pemimpin mereka ada kes mahkamah mereka menjerit inilah kezaliman pemerintah! Hak dan keadilan dilaungkan! Pada masa yang sama langsung mereka tak hairan ada rakyat biasa diroboh rumah mereka. Tak jenguk langsung. Pemimpin itu pun pedulik pun tidak...
Tahun depan pasti ada gaduh sesama sendiri lagi. Maka bila nak bicara soal kita yang mengundi?
Kalau ini berterusan aku sudah tak mahu mengundi lagi. Mengundi bermaksud memberi mereka pekerjaan. Pekerjaan mereka menyusahkan kita.
Kebelakangan ini aku mula terfikir rakyat kena ubah. Kalau sebelum ini ABU - Asalkan Bukan Umno atau Anything But Umno tapi akan datang mungkin ABS (ABC) -Anything But Celebrity, Asalkan Bukan Selebriti. Jika di tempat kita selebriti PR cibai yang bertanding melawan BN yang bagus, undi BN. Jika selebriti BN bertanding bersama calon PR yang baik, undi PR. Pilih yang berkhidmat bukan Yang Palat.
Yang makan kenduri, yang pau duit kawan lepas tuterajang kawan kita terajang dia. Atau paling senang.....pergi mampus dengan PRU.
Aku ramai kenalan YB. Ramai juga kenal pegawai-pegawai YB. Juga kenal penyokong parti. Maksud kenal ialah aku tahu nama mereka, mereka tahu nama aku, jumpa salam, sesekali ngeteh semeja. Aku kawan mereka. Kalau mereka berminat lagi berkawan dengan aku, ok. Tapi nak harapkan mereka bawa isu rakyat, isu anak seperti Anur; tak aku harap sangat! Mereka sedang sedap duduk biarlah...



Saturday, December 20, 2014

Search ~TapiAkuTakPeduliAkuAkanRockSampaiTua!

Selain urusan memohon visa untuk kemudahan kami berurusan di Jakarta, antara sebab kuat kami pulang ke Malaysia ialah konsert Search di Istana Budaya 4-7 Disember. Ya! Search! Apa pun hujah menafikan ternyata tak dapat ditolak yang kami membesar dengan Search. Keras kepala aku juga disebabkan lagu, musik dan lirik Search. Persetankan apakah mereka dan komposer mereka 'pegang' apa yang mereka bawa dalam lagu-lagu mereka, apa parti politik yang mereka percaya; ternyata Search antara musik, sikap, falsafah dan fesyen - mempengaruhi aku!

Hampir setiap konsert Search di Kuala Lumpur aku ada sejak bujang, sejak bercinta dengan Sham, kemudian bersama Sham selepas kahwin, membawa Annisa dan An-Nur sekali pun ada. Sebelum di Istana Budaya, kami sekeluarga menonton konsert Search di The Mines pada Disember 2011.Ini sangat peribadi kerana lima hari kemudiannya Annisa meninggal dunia.

Ah! Kali ini pergi lagi. Beli tiket pada siang hari pertama konsert. Terus malamnya menikmati aksi Amy yang tak kenal lembik walaupun usia sudah 56 tahun. Kid, Din, Nasir juga memanaskan pentas dan panggung yang sejuk berhawa dingin. Pengawal moral IB yang berbaju batik giat memastikan penonton berdisiplin. Tiket yang mahal tidak mengizinkan penonton merakam foto dan video di telefon pintar. Pasti akan disuluh dengan laser oleh pegawai. Kata Haizal wartawan KiniTV, "Aku banging dalam hati aje!". Penonton rata-rata sezaman Search. Ada juga anak muda. Pasti mereka dapat melihat bagaimana orang tua mampu beraksi dua jam dengan 20 lagu tanpa henti dan terus bermain sehingga empat malam. Empat malam brader!

Aku memang bijak, kau tau kan? Takkanlah tiket semahal itu hanya memadai dengan menonton? Kerana aku ini penulis maka aku masuk sidang akhbar selepas konsert dan makan nasi lemak bersama teh tarik di situ. Berbaloi! Turut bersama seperti wartawan bertanyakan soalan. Tapi ketika Search diminta berposing selepas sidang akhbar untuk jurufoto media mengetik kamera, Amy dua tiga kali senyum ke arah aku dan kemudiannya bertanya, "Ronasina kan?"
Aduiiiiihhh! Amy kenal aku maka aku rasa seperti aku sudah berlari seronok keliling IB waktu itu.

Faizal Riduan rupanya sudah membelikan tiket untuk Sham. Sangka kami Sham tak dapat menonton kerana tiket mahal tetapi Faizal sudah belanja maka aku bawa Sham pergi menonton. Aku dan An-Nur tinggal di luar walaupun Amy di Instagram suruh aku ke belakang pentas. Aku tak mahu. Tapi malam itu malam bertuah. Aku dan An-Nur dibawa masuk menonton dari bilik menunggu. Sesudah konsert, Nik petugas bahagian prop bawa aku masuk ke belakang. Malam terakhir kami datang lagi. Kali ini menikmati dari belakang pentas. Lagu terakhir aku meluru ke pentas banging.

Aku tak mahu cerita banyak. Menonton Search sejak dulu memang puas mendengar lagu secara live. Panggung Khayalan, Balada Pemuzik Jalanan, Kejoraku bersatu, Kejora, Fenomena, Fantasia bulan madu, No Way, Honky Tong Kosong, Kereta Merah, Rozana, Gadisku, Laila Namamu Teratas, Cakap Memang Murah, Pelesit Kota, Diari Habil Qabil, Isi Atau Kulit, Langit dan Bumi, Pawana dan lain-lain. Dan walaupun aku tak suka lagu rock balada banyak sangat ternyata Isabella tetap anthem. Itu sudah lejen. Aku layan aje!

Salut untuk Yazid yang menggagahkan diri mengetuk drum dalam segmen lagu balada walaupun menderitai sakit buah pinggang dan menunda pembedahan usus semata-mata untuk konsert ini. Penonton beri standing ovation, suasana terharu, Yazid mengesat mata dengan sapu tangan.

Anda rock, Search!
TapiAkuTakPeduliAkuAkanRockSampaiTua!




















Thursday, December 18, 2014

Inilah perjalanan

Sampai di Jakarta jam enam petang. Hari dah gelap. Harus bersedia untuk bertempur dengan macet di jalanraya untuk sampai ke rumah. Mujurlah Pak Budi agak lucu orangnya. Sambil memandu teksinya dia berjenaka mengubati keletihan kami. Mana tak letih, semalaman kami memburu tikus yang mula bermastautin di dalam rumah kami sebulan ditinggalkan. Harap Diqin yang menjaga rumah kali ini berjaya memastikan dia tidak tinggal serumah dengan Cik Siti.
Jiran kami di Lebak Bulus ini tanpa dipinta terus saja membantu mengangkat bagasi kami yang sarat. Ibu Halimah dan Pak Yanto, tuan rumah sewaan kami gembira dengan kepulangan kami. Sedikit ole-ole untuk mereka sebagai tanda terima kasih. Ternyata rumah dalam keadaan bersih semasa dalam jagaan mereka.
Terkenang perjalanan yang dipermudahkan tadi. Dihantar ke KLIA oleh Azizi, kemudian barang lebih muatan tetapi pegawai baik hati hanya caj satu beg sahaja. Caj dibayar oleh anak saudara yang tak disangka bertembung di dalam airport kerana menghantar abang mengerjakan umrah. Sudahlah begitu, pesawat KLM yang murah itu memberikan tempat duduk strategik. Krew kapalterbang Belanda ini semuanya peramah dan gemar berjenaka. Sempat juga ziarah Wooyoung, juru akupunktur dari Korea. Adik kami itu yang ada kisahnya dalam buku Surat Untuk Anak. Wooyoung dan Sham menangis berpelukan kerana kerinduan.
Tubuh amat penat. Masa yang singkat banyak perkara perlu diselesaikan hari itu. Tiga hari berulang alik ke Kedutaan Indonesia untuk urusan visa. Itulah tak cukup, inilah yang nak dibagi. Waktu memohon visa ke Beijing dulu cukup dengan sekeping surat jemputan saja. Beres!
Masuk bulan kedua Anur sekolah. Moga dia mampu mengikutinya dan bertambah baik perkembangan dirinya. Begitulah harapan ayah dan ibu. Tiada kebahagiaan setara itu, melihat anak dalam keadaan baik. Seperti jawaban mak mengapa tidak makan bersama kami seperti abah sewaktu kami balik kampung Ahad lalu, "kepulangan kamu sudah cukup mengenyangkan. Tak perlu makan."
Mak dan abah yang harus aku ada di samping pada hari-hari tua mereka ternyata amat memahami dan merelakan. Inilah perjalanan kita, kata abah. Perjalanan selepas bersumpah setia dan saksi menyaksi di luh mahfuz.







Friday, December 12, 2014

Kalau kau anak jantan, ayuh!

i.
Dulu biasa kita dengar ungkapan seperti tajuk di atas. Jika hendak selesaikan apa juga kemelut dan sengketa harus beradu tenaga secara anak jantan. Apakah anak jantan hanya bermaksud kuat fizikal dan menumpaskan lawan menggunakan tangan dan kaki?
Sebenarnya anak jantan bermaksud serba boleh. Anak lelaki mesti jadi pendekar yang membela sesiapa pun tertindas. Bukan sekadar kuat tenaga tetapi cekap bekerja, bijak berfikir dan matang bertindak. Kerja-kerja kasar seperti berladang, menjala mesti tahu sehinggalah kepada ilmu kependekaran, pengetahuan agama dan lain-lain. Lalu selesai secara anak jantan bermaksud menyelesaikan secara bijaksana biar pun memang sampai menghunus senjata. Kerana penyelesaian menggunakan fizikal adalah penyelesaian peringkat terakhir paling pintar setelah segala jalan rundingan dan perdamaian tertutup. Ia penyelesaian paling terbaik! Anak jantan bermaksud menjadi terbaik.
Lama-kelamaan apabila sekolah-sekolah dibuka, pendidikan rasmi dilaksana yang menjurus kepada peluang-peluang mendapat kedudukan dan penghormatan, slogan selesai secara anak jantan mula dimanipulasi oleh budak-budak pemalas, lembik tetapi gila kuasa. Politik mereka licik. Menggunakan kepintaran lidah menjual propaganda. Berpakaian rapi dan berlakon seperti bijak pandai walhal sebenarnya pakar retorik dan putar belit, mereka mengampu dan mencuri peluang. Lidah-lidah mereka kerap mengulang ungkapan songsang dan apabila ada kumpulan yang cuba menentang dengan pantas mereka membudayakan teori "Kalau pintar mari berdebat bukan bertindak bodoh melakukan kekerasan". Semakin lama masyarakat percaya bahawa tindakan keras untuk menyelesaikan sesuatu perkara adalah bodoh dan tidak jantan. Beradu lidah adalah jalan bijak. Sedangkan bersilat lidah adalah bidang mereka apatah lagi mereka telah menguasai semua ruang. Teori mereka telah menyelamatkan mereka yang lembik dan bapok dari dipelupuh dengan bijak.
Apa cara terbaik menyelesaikan sebuah penyelewengan, kesongsangan dan kerosakan? Secara anak jantan. Masuk gelanggang dan lunaskan!

ii
Namun tidak dinafikan ada juga pejuang keganasan yang gemar memukul untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu sememangnya bebal dan bahalul. Mereka inilah sebenarnya menjadi perkakas kepada si bacul tadi. Si bacul punya kertas mewah di saku, kerana bacul mereka berlindung di sebalik samseng yang bangang. Diberi wang untuk mereka bekerja sebagai barua. Kerana bangang, mereka membarua. Mereka bukan anak jantan. Mereka barua! Ini tidak sama dan sangat jauh bezanya.

Anak jantan tahu bila hendak bertindak. Anak jantan berfikir matang sebelum bertindak. Anak jantan juga tidak terlalu lama berfikir sehingga langsung tidak bergerak. Paling penting, anak jantan punya tulang belakang dan tidak berpaut kepada mana-mana tuan yang sedia membalacikan mereka.


Tuesday, December 2, 2014

Penang untuk siapa?

Seminggu sebelum ke Jakarta aku ke Pulau Pinang. Dan selepas sebulan di Jakarta atau sehari selepas sampai semula ke Malaysia kami ke Penang lagi. Macam lagu Antara Jakarta Dan Penang pulak... Bukan untuk FreedomFilmFest seperti bulan lalu tetapi atas urusan lain. Cuma 24 jam sahaja. Kami menaiki Senandung Langkawi kelas ekonomi, ada katil. Supaya Anur tak letih akibat berkelana tak henti. Semuanya kerana urusan dia.
Apa urusan Anur biarlah lain kali pada penulisan yang lebih baik aku ceritakan. Cuma sebaik selesai urusan kami berasa lapar dan mengambil teksi menuju Nasi Kandar Line Clear yang tersohor itu.
" Sejak Penang terlepas tangan habis kerajaan baru buat tokong aje" kata pemandu teksi apabila aku kagum melihat pekerja-pekerja Cina sedang mengecat patung-patung di pintu gerbang tokong.
"Guan Eng tak naikkan surau kalau ada taman perumahan baru, tapi tokong dulu. Tengok sini tokong sana tokong." Aku terlupa nama jalan tetapi memang benar. Mulanya aku beranggapan ini sentimen seorang mamak mengaku Melayu seperti yang selalu bikin kecoh berdemo itu. Ya! Drebar ini India-Muslim. "Kat flat tu pun ada tokong. Bisinglah nanti!" Tambahnya lagi. Ha-ah! Setiap 200 meter ada tokong.
Aku teringat di Klang. Tumbuhnya kuil pun banyak juga. Seperti surau. Seperti ada penyakit dalam negara kita. Berlumba bina pusat ibadat. Tapi makin banyak pusat ibadat harusnya makin beragamalah masing-masing tapi kebencian antara kaum dan agama makin menyala. Kerja orang politiklah meracun semua ini.

"Ada harapan dapat balik Penang election akan datang?" Tanya aku menambah kayu manis dalam kari komplennya.
"Mampuih takkan dapat. Susah! Depa guna kepentingan segala untuk depa menang. Depa dah kontrol!" Wajah jujur 'pembangkang' di Penang buat pengakuan.
Selesai makan dan bertemu teman kami mendapatkan teksi lain untuk ke jeti. Nak ambil feri untuk menuju stesen keretapi Butterworth.
"Itu apa?" Tanya Sham.
" itu kapal dik. Kapal judi. Orang ramai naik dan kapal belayar ke perairan luar Malaysia dan berjudi. Kat perairan Malaysia tak boleh. Lepas tu kapal tu balik sini." Jawab pemandu teksi berbangsa India.
"Hari-hari?" Tanya aku. Wow! Besar kapal tu. Aku teringat filem Maverick.
"Ya dik!" Katanya. Sambil itu menunjukkan beberapa tempat menarik. "Sekarang harga tanah naik, lagi ini semua sudah jadi bangunan warisan. Unesco iktiraf. "
"Guan Eng bagus!" Aku pancing.
" tadaklah dik! Mula kita sokong. Sekarang susah. Anak saya cikgu mahu bikin loan beli rumah tak dapat. Lulus RM300k tapi rumah sudah RM600k sini. Kita Melayu sama India tadak mampu. Orang Melayu banyak beli rumah kat Alor Staq". Sama seperti drebar mamak tadi, ane ini juga anak jati Penang. "Election nanti mau kasi ajar jugak!"
" Rumah kat sini direkakhas siap ada tempat parking bot. Dah tentu kita tak mampu beli bot." Kata saudara aku waktu kami makan malam sebelum bertolak. Tak boleh bagi depa lebih dua penggal. Mula nak ek!"
Dan aku teringat kawan- kawan Pakatan Rakyat ada yang kritik Penang bajet defisit tahun ketiga. Dan apa alasan untuk jatuhkan Khalid MB Selangor seperti perjanjian air, projek lebuhraya membazir, jual tanah juga dilakukan di Penang.
"Sebab tu KM Penang tarik balik tak jadi saman Nasruddin Tantawi bila Ketua Pemuda Pas MP Temerloh bangkitkan haritu!" Eh! Tau jugak drebar mamak tu tadi.
Ah! Sebaik KajangMove yang mengarut tu aku malas ambil pot politik kepartian punya game.
Tapi kalau anak jati Penang tak mampu duduk lagi di tanah sendiri dan hanya dimonopoli satu-satu kaum, Malaysia apa? Atau....
PENANG UNTUK SIAPA?

Foto- di Armenian Street, Dalam keretapi dan atas feri