Sunday, December 21, 2014

Mengapa saya bosan dengan selebriti politik, politik kepartaian dan penyokong taksub mereka.

Parti pemerintah semua sudah tahu, korup! Pemimpin dan pak menterinya terus gagal membela nasib rakyat. Yang mereka tahu hanya menggoyangkan telur dan menghempap beban kenaikan barang ke kepala rakyat. Sangat sial!
Lalu kita mencari sosok pengganti kerajaan gagal ini. Kita pun percaya dengan tawaran parti alternatif. Tapi ternyata setelah memenangi beberapa negeri dan menjadi kerajaan negeri, belang sikap mereka sudah semakin nampak. Antara pemerintah korup dan alternatif sudah tak ada beza. Korup, diskriminasi, membuli, rebut kuasa? Sebut apa saja kedua-duanya ada. Pemimpin parti menjadi selebriti dan mereka membina kem. Tidak mendidik pengikut dan rakyat sebaliknya terus menanam budaya angguk. Aku yang tahu apa kamu mahu, kamu ikut aja, jangan cakap banyak. Aku tahu!
Perangai ini lama-kelamaan buat aku muak. Lebih-lebih lagi kerana aku selalu bawa isu anak OKU Terlantar seperti anak aku, dapat aku lihat wajah pura-pura mereka. Wajah selamba mengenepikan kami. Kerana mereka ada pentas ada media dan kami tiada, maka kami kalah. Begini:-
http://www.malaysiakini.com/news/222348
Sebelum PRU 2008 dahulu aku dan Rosli keluar di Malaysiakini mengkritik manifesto PRU pakatan rakyat mengenepikan OKU. Seminggu sebelum itu kami merancang adakan forum bersama pemimpin PR. Kami mengundang mereka tetapi sambutan dingin. Apabila isu itu keluar, suasana panas. Anwar Ibrahim juga kena tempias maka beliau janji hadir ke forum. Pada hari itu beliau hadir, lewat berbanding OKU yang terdengkot datang sejak awal. Pemimpin parti politik ada yang hadir tapi semuanya balik awal sebelum acara hadir. Exco Selangor yang menjaga portfolio berkenaan dalam smsnya berkata akan menghantar pembantu kerana dia tak dapat hadir, tapi sampai akhirat tak ada siapa yang mengaku pembantunya menemui kami. Jadi exco ini pun dah dipecat hari itu. Tahniah!
Waktu isu itu panas di Malaysiakini, rafizi ada jawab. Katanya di manifesto memang tiada tapi hal OKU ada di Buku Jingga. Iaitu kenderaan awam percuma. Dia juga tak dapat datang walaupun masa itu belum PRU dan belum jadiYB. Sampai kiamat pembantunya yang dia kata akan hadir pun tak hadir. Tetapi mereka ada media. Media siar kenyataan itu maka rakyat membaca dan berkata wah! Bagus. Ada untuk OkU. Tapi hakikatnya yilek!
http://keadilandaily.com/mobile/?post=46063

Pada 2011, aku sekeluarga buat tabung pungut dana untuk biaya anak-anakku sertai sesi katihan pemulihan di Beijing. Ada pimpinan kerajaan negeri datang. Aku mohon wakil media yang ikut agar tak siarkan berita kerana aku di pihak yang meminta, jangan politikkan. Ternyata media itu keluarkan berita lawatan tersebut dan antara kenyataan pimpinan akan bantu adakan program untuk cukupkan dana kami. Mereka ada media. Dan mungkin ini isu peribadi kata anda. Tapi ia melibatkan awam, pembaca membaca dan berkata bagusnya pemimpin ini. Dan mereka juga berkata bertuah kami dapat pertolongan mereka. Sebenarnya? Yilek!
Kemudian 5 Mei 2013 PRU13, semua penyokong memprotes penipuan pilihanraya. Pemimpin PR kumpulkan rakyat di Stadium. Mereka pidato tentang penipuan dan akan buat petisyen bantah pilihanraya yang penuh penipuan. Apa jadi? Takde pun usaha itu. Senyap! Beberapa aktivis dan anak muda atur demo bantah pada hari angkat sumpah. Pemimpin PR disaran jangan angkat sumpah kerana mesti protes tetapi penyokong-penyokong taksub suruh angkat sumpah supaya bagaimanapunsuara rakyat mesti dibawa dalam dewan, yang berlaku beberapa anak muda di pagar parlimen ditangkap dan didakwa. Pemimpin PR di dalam minum kopi dengan kepala pemerintah. Penyokong-penyokong langut ini terus menyokong dan membela selebriti politik pujaan mereka walaupun beberapa kali terjadi ahli parlimen ponteng di saat undian perlu dibuat. Ia melibatkan isu rakyat tetapi mereka memonteng. Alasan penyokong langut, datang pun kalah sebab undi wakil kerajaan lebih banyak. Butuh!
Aku sekeluarga bawa memorandum tuntut sekolah bantuan kerajaan khas untuk anak seperti Anur. Timbalan PM dengan muka tak mesra dan cuak terima sambil tertanya, " tak ada ya sekolah?". Menteri Wilayah terima, menteri Belia dan Sukan terima. Idris Jusoh sebelum terima bertanya dulu, " ni nak minta derma ke?" Ikang mung! Menteri wanita, timbalanmenteri kesihatan semua terima. Apa jadi? Mangkuk-mangkuk ini buat apa dengan memo kami?
PR pun dapat. Gombak, Lembah Pantai, Kapar, Temerloh, anak Nik Aziz, MP PKR dari Sabah, Gobind, ramai lagi... Apa dibuat dengan memo kami?
Selebriti politik ini terus berebut kuasa. Rebut kerusi Selangor. Bazir duit rakyat buat Kajang Move. Akhirnya entah apa-apa jadi. Tendang Khalid dengan alasan-alasan yang sebenarnya dibuat juga oleh Penang tapi.....penyokong taksub pedulik apa! Pemimpin kata semuanya betul! Kita bangang ni ikut aje! Maka ikuttttt!
Pemimpin mereka ada kes mahkamah mereka menjerit inilah kezaliman pemerintah! Hak dan keadilan dilaungkan! Pada masa yang sama langsung mereka tak hairan ada rakyat biasa diroboh rumah mereka. Tak jenguk langsung. Pemimpin itu pun pedulik pun tidak...
Tahun depan pasti ada gaduh sesama sendiri lagi. Maka bila nak bicara soal kita yang mengundi?
Kalau ini berterusan aku sudah tak mahu mengundi lagi. Mengundi bermaksud memberi mereka pekerjaan. Pekerjaan mereka menyusahkan kita.
Kebelakangan ini aku mula terfikir rakyat kena ubah. Kalau sebelum ini ABU - Asalkan Bukan Umno atau Anything But Umno tapi akan datang mungkin ABS (ABC) -Anything But Celebrity, Asalkan Bukan Selebriti. Jika di tempat kita selebriti PR cibai yang bertanding melawan BN yang bagus, undi BN. Jika selebriti BN bertanding bersama calon PR yang baik, undi PR. Pilih yang berkhidmat bukan Yang Palat.
Yang makan kenduri, yang pau duit kawan lepas tuterajang kawan kita terajang dia. Atau paling senang.....pergi mampus dengan PRU.
Aku ramai kenalan YB. Ramai juga kenal pegawai-pegawai YB. Juga kenal penyokong parti. Maksud kenal ialah aku tahu nama mereka, mereka tahu nama aku, jumpa salam, sesekali ngeteh semeja. Aku kawan mereka. Kalau mereka berminat lagi berkawan dengan aku, ok. Tapi nak harapkan mereka bawa isu rakyat, isu anak seperti Anur; tak aku harap sangat! Mereka sedang sedap duduk biarlah...



13 comments:

Anonymous said...

tu lah kulup ahli politik diorg mmg barbiturate. Nanti ajak turun demo minyak turun 190. ajak turun mahkamah utk sokong dsai. yg mana ikut tu tak ubah seperti macai umno gak. atleast macai dpt gak duit ni langsung xdpt.. kena pukui kena air asid.. kena tangkap masuk lokap bayar denda. YB PR rileks je bulan2 dpt gaji puluh2 ribu.. aku masih ingat lagi lup kau dgn arwah anak kau n sham kena tahan masa duduk tgh2 panas masa protes bersih no 1 dulu... nak tegur kang kerja yg kau buat tu satu kerja yg bodoh takut kau marah putus kawan... skang aku rasa happy kau dah sedar mainan puak2 barbiturate politik

kulupSakah said...

Aku tak pernah ikut arahan mana mana pihak untuk turun.

Anonymous said...

abis tu ikut siapa lup.. mesti dari penganjur kan?

bunbinban said...

aku sokong kau lup...aku x percaya lansung pada ahli politik baik berserban maupun bersongkok. Aku dah muak.

kulupSakah said...

Bunbinban: blah jom!
Anon: hahaha! Kami bukan macam budak upahan umno. Ikut penganjur. Hahaha! Kami turun atas kepercayaan kami dan akan terus turun menyatakan sikap kepada mana mana pemerintah yang zalim sama ada BN atau PR.Hahaha!

Anonymous said...

apa lagi lup.. gerakan kuasa ketiga.. moga rakyat marhain seperti kita lebih terbela

Isa said...

Salam Bro,

Apa yg lu luahkan sama dengan apa yang gua rasa dan fikirkan selama ini. Gua pun dah lama slowdown dan malas nak layan kerenah selebriti2 politik yang ada sekarang ni, baik yg berserban mahupun yang berlagak suci. Pi mampus sama diorang.

Gua pun nak blah dari dunia politik hari ini, cari wang lagi bagus. Siapa pun yang memerintah sama saja. Kirim salam pada Syam dan Anur.

Assalamualaikum.... my pren....

kulupSakah said...

Ya! Tapi kerja memprotes di jalanraya adalah cara paling bagus untuk beri isyarat kepada pemerintah tak kira BN atau PR. Yang penakut saja kata itu kerja bodoh.
Kuasa rakyat! Kasi mampus sama politikus pundek

Anonymous said...

bukan soal penakut lup.. soalnya belum pernah protest dijalan raya Berjaya dimalaysia ni... kita kena tangkap masuk lokap hilang mata pencarian... keadaan masih x berubah pun..

kulupSakah said...

Kata William Wallace bukan soal menang atau kalah, tapi soal lawan! Hahaha!

Anonymous said...

hihihih klu kita umpama rey mesterio buat sakit badan je nak lawan dgn big show

kulupSakah said...

Bagi yang jiwa kerdil, hahaha

Rosnida Zainab said...

Assalamu Alaikum wr-wb, perkenalkan nama saya ibu Rosnida zainab asal Kalimantan Timur, saya ingin mempublikasikan KISAH KESUKSESAN saya menjadi seorang PNS. saya ingin berbagi kesuksesan keseluruh pegawai honorer di instansi pemerintahan manapun, saya mengabdikan diri sebagai guru disebuah desa terpencil di daerah surakarta, dan disini daerah tempat mengajar hanya dialiri listrik tenaga surya, saya melakukan ini demi kepentingan anak murid saya yang ingin menggapai cita-cita, Sudah 9 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 4 kali mengikuti ujian, dan membayar 70 jt namun hailnya nol uang pun tidak kembali bahkan saya sempat putus asah, pada suatu hari sekolah tempat saya mengajar mendapat tamu istimewa dari salah seorang pejabat tinggi dari kantor BKN pusat Jl. Letjen Sutoyo No. 12 Jakarta Timur karena saya sendiri mendapat penghargaan pengawai honorer teladan, disinilah awal perkenalan saya dengan beliau, dan secara kebetulan beliau menitipkan nomor hp pribadinya 0853-1144-2258 atas nama Drs Muh Tauhib SH.MSI beliaulah yang selama ini membantu perjalan karir saya menjadi PEGAWAI NEGERI SIPIL.alhamdulillah berkat bantuan bapak Drs Muh Tauhib SH.MSI SK saya dan 2 teman saya tahun ini sudah keluar, bagi anda yang ingin seperti saya silahkan hubungi bapak Drs Muh Tauhib SH.MSI, siapa tau beliau bisa membantu anda