Mungkin kerana kita rasa kasta kita lebih baik lalu sedap juga kita melabel orang atau menghukum lagi menghakimi. Kena pulak zaman media sosial ni kita boleh bebas kata orang itu berlagak, sombong atau bodoh ke. Kita je betul.
Sedang kalau belajar feqah, kita percaya adanya Judgement Day. Hari dibicarakan. Padahal bukan ke tuhan Maha Mengetahui siapa masuk syurga masuk neraka mengapa mesti ada Hari Bicara? Masuk ajelah, kan? Sebab nak diberikan keadilan. Tapi kita sedap je. Nak nak kita banyak follower, banyak like boleh jalan tak jejak bumi.
Dunia ini banyak ironinya. Nak judge orang lain yang kita nampak sesat entah entah sekali dia solat berganda ganda pahalanya dari kita sebab keikhlasan dia yang kita nampak jarang jarang solat tu betul betul pior punya ikhlas. Kita memanglah selalu solat tapi dalam perjalanan menuju masjid entah berapa ribu kali riak kita beranak. Kita baru merangkak berusolli usolli, dia dah fana dalam kelazatan dunia solat.
Dia dah tahu kepada siapa dia beri salam pada akhir tahiyyat. Kita masih tak tahu apa hakikat gerak geri rukun tiga belas. Yang nampak baik, belum tahu hatinya sama. Begitulah sebaliknya . Hati ni dah masuk bab rahsia. Takde siapa yang mampu menilai. Kita cuma boleh sangka sangka saja.
Itulah, lebih baik kita jaga line sendiri. Nak puaskan hati sendiri carilah hobi yang kita suka daripada nak menelek nelek orang buat apa, ye tak? Kalau kita rasa kita dah terbaik maka sebenarnya di situlah ketidakbaiknya kita.
Orang bercakap lain sikit kita kata sesat padahal kita yang tertambat kat pokok tak nak ke mana mana. Orang lain dah ke seberang laut, dah masuk laut layan batu karang. Kita tetap kata rumput keliling kita paling sedap. Orang nak naik kita tak bagi.
"Pak, kalau solat itu tiang agama, tapak agama apa pak tempat nak tegak tiang? "
"Mana kau dapat benda mengarut ni? "
Gitulah... Ibadah berjuta kali banyaknya tapi rasa kitalah paling alim. Jadilah kita macam azazil, tercampak dari kedamaian.
No comments:
Post a Comment