Bolehkah kita hidup tanpa teman? Tanpa kawan? Ada orang kata boleh asalkan ada Internet. Maksudnya dia tetap memerlukan 'kawan'. Tanpa kawan, syurga pun tak ada makna. Adam dah duduk dalam syurga pun sunyi, mohon minta ditemani.
Kawan bagaimana kita ada? Bagaimana kita boleh berkawan? Kata orang, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis payah. Soalnya, adakah kita juga seorang kawan yang dicari? Nak tahu kawan yang baik ialah dia ada ketika kita susah. Tapi kita adakah sewaktu kawan kita susah?
Kawan yang baik yang berani tegur kita walaupun teguran itu menyakitkan. Ada masanya yang menjatuhkan kita, yang khianat adalah kawan juga. Atau kita sebenarnya yang khianati kawan?
Kita dibiasakan dengan empat sahabat Rasulullah. Abu Bakr, Ali, Umar dan Othman. Empat sahabat setia yang berbeza karektor tetapi cukup memantapkan gandingan. Abu Bakr sampai digelar As Siddiq. Iya saja apa yang Nabi kata. Ali pula adalah pintunya, jika Rasulullah itu kota ilmu. Dikatakan pula jika ada Nabi selepas Muhammad, Umarlah (ada juga pertikaian orang akan hal ini, tapi itu bab lain). Othman yang kaya raya tetapi sanggup bersama dalam kesusahan.
Kerana duit persahabatan putus. Kerana perbezaan politik kawan lari. Kerana nak buat bisnes MLM kawan menyorok. Macam macam. Ketika menebas, kita seorang. Bila durian dah luruh, ramai datang mengaku sama sama sejak awal.
Soalnya mana lebih penting, kawan yang ramai atau kawan sikit tapi baik?
Kata pujangga sufi, kawan yang baik ialah yang semakin hari semakin rapat menghampiri kita.
"siapa, pak? "
"kematian. "
1 comment:
golden goose outlet
golden goose
off white nike
yeezy 500
palm angels hoodie
jordan shoes
goyard bag
goyard handbags
supreme
bape clothing
Post a Comment